Anda di halaman 1dari 2

UCAPAN JAMUAN MAKAN MALAM SEMPENA PERSARAAN pn Rohani

TEKS UCAPAN PERSARAAN

Assalamualaikum w.b.t Yang berusaha Pn Norasikin Bt Abdullah, Guru Besar SK Pinji, Yang diraikan Pn. Rohani Bt Hamdan dan suami. Yang dihormati Tn Syed Azmai B Syed Yeop GPK Pentadbiran, Pn Norlela Bt Hanafi GPK HEM, Pn Norafiza Bt Ahmad GPK KO-kurikulum Rakan-rakan guru, Jawatankuasa penganjur majlis Persaraan dan murid-murid yang dikasihi sekelian. Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya, sebagai wakil guru dapat saya menyampaikan sepatah dua kata di majlis yang indah ini. Hari ini bolehlah dikatakan sebagai hari terakhir bagi kita dapat bersama-sama Pn. Rohani kita di dalam majlis rasmi seperti ini. Hadrin yang dihormati sekalian, Tujuan majlis ini diadakan, bukan sahaja untuk meraikan Pn. Rohani, ia juga menjadi medan terakhir bagi kita untuk beramah mesra sesama kita. Melunaskan rasa rindu kita kepada Pn. Rohani kita sebelum pemergian beliau. Bercakaplah dan bersapalah di majlis ini sepuaspuasnya dengan beliau selagi ruang masih ada. Di sini juga kita dapat berpeluang mendengar amanat terakhir dari Pn. Rohani yg kita kasihi. Sudah tentu ada kata-kata hikmah dan pesanan yang akan menjadi ingatan dan panduan kepada kita untuk menjadi pendidik yang berjaya dan berkarisma seperti beliau. Hadrin yang dihormati sekalian, Kami sebenarnya merasai satu kehilangan besar di sini, beliau umpama sebutir permata di lautan luas, walaupun tenggelam di dasar selut yang hitam, beliau tetap bersinar walaupun hanya bekas yang ditinggalkan. Hadrin yang dihormati sekalian, Masa beredar terlalu pantas. Kami rasa seperti baru semalam mengenali Pn. Rohani. Rupanya kami hanya bermimpi di siang harisedar-sedar Pn. Roani kita telah mencapai persaraan wajib pada hari ini. Adalah diakui bahawa banyak sumbangan dan peranan yang telah beliau lontarkan pada SK Pinji. Hadrin yang dihormati sekalian,

tenang-tenang air di laut, sampan kolek mudik ke tanjung, hati terkenan mulut menyebut, budi yang baik rasa nak dijunjung. patah dahan bunga kemboja, pucuk paku subur di titi, budi puan kami tak lupa, sudah terpaku di dalam hati.
Saya akhiri ucapan saya dengan assalamualaikum w.b.t