Anda di halaman 1dari 1

Aku Sebuah Komputer Aku sebuah Komputer. Nama aku Dell.

Aku sebuah komputer yang bermodel paling terkini. Aku dilahirkan di sebuah kilang di Jepun. Setelah siap dipasang, aku dan kawan-kawan dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Selepas itu, kami diimport ke Malaysia dengan sebuah kapal yang besar. Kami kemudian dihantar ke sebuah kedai komputer yang terletak di Kuala Lumpur. Setibanya aku di kedai komputer, aku dikeluarkan daripada kotak dan dipamerkan di atas meja komputer. Kawan-kawan aku yang lain pula disimpan di dalam bilik stor. Aku berasa megah kerana mempunyai peluang untuk menayangkan diri. Pada suatu hari, datanglah seorang wanita. Dengan pandangan pertama sahaja, dia berjalan menuju ke arah aku. Dia tertarik dengan kecantikan aku. Setelah membelek-belek tubuh aku beberapa ketika, wanita itu pun membuat keputusan untuk membeli aku dengan harga RM3999. Kini aku telah mempunyai tuan. Aku dibawa pulang ke rumahnya. Tuan aku sangat menyayangi aku. Dia menempatkan aku di dalam bilik tidurnya. Badan aku pula ditutup dengan sehelai kain yang berbunga. Jika aku berhabuk, tuan aku akan mengesat badan aku sehingga bersih. Setiap hari, tuan aku membuat tugasannya menggunakan aku. Dia menggunakan aku untuk mencari maklumat melalui internet. Dia juga selalu berhubung dengan kawan-kawannya menggunakan e-mel. Pada masa lapang, tuan aku akan bermain permainan komputer dengan aku. Aku mempunyai banyak kegunaan. Aku berasa bertuah kerana mempunyai seorang tuan yang begitu menyayangi aku. Semoga aku dapat hidup bersama tuan aku dan berkhidmat kepadanya buat selama-lamanya.