Anda di halaman 1dari 3

Motivasi Dan Inspirasi

Pendidikan, mendidik, pelajaran serta pembelajaran kepada masyarakat berpandukan dan menggunakan internet serta isi kandungannya juga impian mendekatkan jurang digital diantara masyarakat bandar dan desa adalah motivasi yang terkandung sarat melewati kerjaya saya di PI1M Kuala Jempol ini. Nama saya Ahmad Ahzwad Mohd Satar. Berusia 31 tahun dan saya telah bertugas di PI1M kuala jempol dari Ogos 2009 sehingga sekarang. Berkelulusan Sarjana Muda IT dengan kepujian dari Univerisiti Islam Antarabangsa. Kepuasan tatkala melihatkan pelajar di PI1M ini berusaha untuk mahir dalam mengendalikan internet ataupun mendapat manafaat dari isi kandungannya adalah inpirasi yang amat besar terhadap diri saya. Setiap senyuman apabilamana mereka mendapat atau memahami tunjuk ajar saya mahupun mencari fakta fakta di internet juga mempelajari benda benda baru adalah sesuatu yang mengujakan.

Dahulu Dan Kini


Saya seorang yang percaya kepada pendidikan. Pada saya pendidikan boleh merubah seseorang itu dan dengan peluang juga ruang yang di berikan berkemungkinan besar sesorang itu boleh mencapai kejayaan. Saya mula menjejakkan kaki di PI1M Kuala Jempol atau Pusat Jalur Lebar Komuniti Kuala Jempol (PJK KJ) pada masa itu dengan kepercayaan itu. setelah empat tahun di sini saya melihat perubahan kehidupan saya. Jika dulu saya beranggapan bahawa seorang pengurus itu adalah orang yang cuma duduk sebagai pentadbir di PI1M Kuala Jempol namun kini saya boleh katakan bahawa anggapan itu meleset sama sekali. Dengan banga saya boleh melebelkan diri saya sebagai seorang yang digelar sebagai seorang cikgu , seorang event planner , seorang technician dan seorang promoter semuanya kerana kehendak dan ruang dalam menjalankan tugas sebagai pengurus PI1M. Kerjaya yang membuka minda dan mencabar kemampuan seseorang untuk menjadi seorang yang lebih terbuka dan positif serta menyuntik keberanian dalam membuat keputusan serta mengugguli kebolehan untuk menjalankan tugasan secara multitasking dalam setiap tugasan yang di berikan.

Kenangan Dan Ingatan


Menyelusuri jalan kenangan dan ingatan yang menghiasi empat tahun perkidmatan saya di PI1M Kuala Jempol ini yang bagaikan baharu semalam berlakunya namun yang paling menjadi ingatan saya adalah program pensijilan latihan satu Malaysia (1Mtris 1 Malaysian training) yang di jalankan pada September 2011 sehingga September 2012. Salah satu yang menjadi kenangan manis adalah apabila saya serta kumpulan kerja yang terdiri dari petugas PI1M seluruh Negeri Sembilan serta petugas PJL ( Perpustakaan Jalur Lebar) Negeri Sembilan bergabung tenaga untuk menjalankan kelas kelas 1Mtris. Kami bagaikan nomad dari satu sekolah kesekolah yang lain di daerah Jempol ini dengan kerjasama Pusat Kegiatan Guru Bahau (PKG Bahau) menjalankan pembelajaran dan pendidikan Asas computer (Office Suite), Penyuntingan Imej, Blog, serta intalasi serta pembaikan computer (CPU). Sehinggalah kami di pelawa untuk menjalankan pensijilan tersebut di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Sungai Sebaling, Bahau. Kedudukan sekolah ini dari jalan besar

adalah 20 minit melalui jalan tanah merah, di kanan kiri sepanjang perjalanan kami di sapa mesra oleh pohonan kelapa sawit serta pemandangan menghijau pokok getah. Saya dan warga kerja tidak peduli akan habuk tanah merah yang bertebangan atau air becak yang meliputi kereta. Niat untuk kesana dan menyampaikan ilmu IT bagaikan satu kuasa menggerakkan motivasi kami. Sambutan mesra guru dan pelajar di sana bagaikan tonik segar menghilangkan kerisauan dan keletihan akibat di hambat gegaran kenderaan dan perjalanan kesana. Paling manis pada hari terakhir (hari ke empat) kami di sana, ibu bapa murid yang rata ratanya pekerja lading, datang memberikan penghargaan. Tepukan tanagn mereka bergema di sekolah tamil ladang sebaling itu. Air mata kami bagaikan titisan hujan kerana tidak pernah mengalami keadaan seperti itu. Lebih manis, oleh kerana kedatangan kami, pihak kementerian pendidikan telah bersetuju untuk mendahulukan nama Sekolah Ladang Sebaling dalam proses pelupusan komputer lama, dengan memberikan sebanyak 40 pc yang baru. Rasanya tidak ada antara kami yang akan lupa kenangan ini.

Ranjau Dan Halangan


Jika dilihat atau ditanya apakah yang menjadi halangan terbesar atau cabaran dalam mengendalikan PI1M ini rata ratanya pengurus PI1M akan menyatakan bahawa setminda atau mind setting masyarakat luar bandar menjadi jawapan. Set minda yang masyarakat yang berbeza mengikut umur ini agak sukar di ubah, jika warga emas di ajak untuk menghadiri kelas, mereka menolak dengan alas an tidak pandai mengendalikan komputer dan internet bukanlah sesuatu yang mereka perlu. Golongan dewasa pula berdalih dengan menyatakan mereka sanga sibuk dengan urusan seharian. Manakala golongan remaja pun berdalih sama dengan menyatakan perlu menyiapkan kerja sekolah atau kurang minat dengan kelas kelas yang ditawarkan kerana minat mereka lebih kepada bersosial di laman web Facebook atau melepak dengan sekadar menonton video di Youtube. Selain itu, kesukaran mendapatkan kerjasama dari pihak jabatan jabatan lain juga sukar, terutamanya pihak jabatan pendidikan sekiranya melibatkan urusan program di sekolah, sedangkan saya dan kawan kawan lain adalah trainer yang sah dan terlatih. Situasi karenah birokrat hampir sahaja merosakkan dan menjatuhkan motivasi serta kredibiliti Pusat Internet Satu Malaysia dengan pandangan sepi dan serong pihak pihak tertentu

Cadangan Dan Penambahbaikkan


Walaupun PI1M mendekati usaha menjadi one stop center namun kemudahan asas seperti talian telefon dan mesin faksimili tidak terdapat disini. Kemudahan ini berkepentingan tinggi kerana mesin faksimili yang terdekat dengan PI1M Kuala Jempol adalah 5 kilometer dan saban kali kami ditanya mengenainya. Mungkin di masa hadapan PI1M boleh menjadi wakil pendaftar untuk SPR (Suruhanjaya Pilihanraya) dan suruhanjaya syarikat Malaysia (SSM) selari dengan program Get Malaysian Business Online (GMBO) kerana SSM yang terdekat adalah di Seremban (kira kira 55KM dari Jempol) Mungkin perlu di wajibkan kunjungan dari pelajar sekolah terutamanya pada mereka yang mengambil subjek yang memerlukan mereka membuat portfolio.

Mungkin SKMM boleh melakukan sesuatu dengan pihak kementerian pendidikan atas hal ini Kemudian penilaian semula gaji petugas di PI1M yang sudah berusia 6 tahun ini, imbuhan yang sewajarnya mungkin juga perlu di pertingkatkan kerana usia projek dan kadar kejayaannya serta persaingan daya hidup di masa kini yang memerlukan kos yang tinggi.

Untuk Orang Baru


Kepada yang berminat untuk melangkah kedalam PI1M dan menduduki kerusi pengurus ingin saya ingatkan dan menyampaikan beberapa perkara yang perlu kiranya calon yang berminat mengambil nota. Satu, latihlah diri anda untuk membuat pelbagai kerja dalam satu masa dan mungkin kerja yang sangat sangat berlainan dalam satu ketika juga tingkatkan minat untuk mempelajari benda benda baharu yang berkaitan dengan komputer selain itu melatih kecekapan anda dalam membuat akaun serta meletakkan standard diri sebagai pelajar dan pengajar. Dua, sedia memahami kehendak masyarakat setempat dengan cara mendekati diri dengan persatuan penduduk, penghulu mahupun ketua kampung. Hadirkan diri anda di setiap acara yang dijalankan oleh masyarakat setempat. Berkenal kenallah dengan mereka yang mempunyai pengaruh setempat. Applikasikan teknik promosi di kedai runcit dan kedai makan ringan ringankan mulut anda untuk mengajak penduduk kampung datang ke PI1M. Akhir sekali, beramanahlah tatkala menjalankan tugas kerana saya percaya jika kita amanah melakukan kerja maka apa sahaja kerja yang kita ingin lakukan akan menjadi mudah dan fokus serta motivasi terhadap kerja yang di jalankan akan hadir dengan sendirinya juga kesabaran akan menebal di sanubari anda.