Anda di halaman 1dari 4

PERISTIWA DI LEMBAH SEMUT

Yang dihormati pengacara majlis, panel hakim yang bijaksana,


guru-guru, seterusnya siding hadirin dan kawan-kawan sekalian.

Salam sejahtera pembuka bicara,
Qisasul Anbiya menjadi agenda,
Di Lembah Semut empunya peristiwa,
Untuk teladan kita bersama

Tahukah kawan-kawan apa itu Lembah Semut?

Ia adalah tempat kediaman sekumpulan semut yang hidup pada
zaman Nabi Sulaiman a.s.








Pengenalan

Nabi Sulaiman adalah seorang rasul yang memiliki sebuah
kerajaan yang besar. Selain boleh bertutur bahasa haiwan,
golongan jin dan angin juga turut patuh mengikut perintah
baginda.




Isi 1

Firman Allah:
=}E^OUOOg4
4@O- LOEg~4
O@O^_` j@O^`)
Surah Al-Anbiya ayat 81
Ertinya: Dan diberikan Sulaiman angin kencang, yang bertiup
menurut perintahnya.




Dalil 1

Walaupun memiliki pelbagai kelebihan dan sebuah kerajaan yang

hebat, baginda tetap taat menjalankan perintah Allah


Huraian 1

Ingatlah kawan-kawan

Pemimpin yang baik ialah mereka yang menjalankan

pemerintahan yang adil dan menurut perintah Allah.



Pengajaran 1

Konflik antara Presiden Basyar Al-Asad dengan rakyat Syria,
wajar menjadi teladan.


Isu 1


Suatu hari ketika di perjalanan,

Pasukan tentera dan Nabi Sulaiman,

Tiba di suatu lembah di pedalaman,

Di situ bersarangnya semut sekawan.





Isi 2

Apabila mendengar kedatangan Nabi Sulaiman dan tenteranya,

salah seekor daripada semut itu berkata kepada kawan-kawannya :

Cepat masuk ke dalam sarang kamu! Kalau tidak kamu akan
dipijak tentera Sulaiman.




Huraian 2

Firman Allah:
-E_GC^4C
N;E4-
W-OU7=u1-
:4L=O4`
Surah An-Naml ayat 18

Ertinya: Berkata seekor semut : Wahai sekalian semut,
masuklah ke dalam sarang kamu masing-masing .






Dalil 2

Ya kawan-kawan

Kata pepatah sediakan payung sebelum hujan. Oleh itu kita
hendaklah sentiasa mengambil langkah pro-aktif sebelum berlaku
perkara yang tidak diingini.




Pengajaran 2

Walaupun segelintir masyarakat tidak bersetuju, namun
pelaksanaan AES adalah langkah pencegahan untuk mengelakkan
berlakunya kemalangan di jalanraya.



Isu 2

Setelah mendengar semut berbicara,

Nabi Sulaiman tersenyum seketika,

Demikianlah kuasa Allah Taala,




Isi 3
Memelihara hamba-Nya yang tidak berdosa.


Firman Allah:
=OO4:4- ~LgO=
}g)` E_gO~
Surah An-Naml ayat 19
Ertinya: Maka tersenyumlah Sulaiman mendengar kata-kata
semut itu




Dalil 3

Kemudian baginda berdoa kepada Allah :
Wahai Tuhanku, ilhamkan aku supaya bersyukur akan nikmat
yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan
supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redhoi,
dan masukkanlah dalam golongan hamba-Mu yang soleh .




Huraian 3

Ingatlah kawan-kawan

Kita hendaklah sentiasa berdoa kepada Allah agar sentiasa

diberikan taufik dan hidayah.



Pengajaran 3

Kebelakangan ini ramai artis wanita di Malaysia seperti Irma
Hasmie, Abby Abadi, Ana Rafalli, Shila Amzah dan lain-lain
yang telah menutup aurat setelah mendapat hidayah untuk
berhijrah.



Isu 3

Pernah suatu hari Nabi Sulaiman bertanya kepada seekor semut,
Wahai semut, berapa banyak engkau mendapat rezeki dari Allah
dalam setahun? Sebesar biji gandum jawab sang semut.



Isi 4

Kemudian, baginda memberinya sebutir gandum lalu
dipeliharanya dalam sebuah botol. Selepas setahun, baginda
mendapati sang semut hanya memakan separuh gandum itu.

Mengapa engkau hanya memakan separuh dan tidak
menghabiskannya? Tanya Nabi Sulaiman.

Dahulu aku bertawakkal kepada Allah. Aku yakin bahawa Allah
tidak akan melupakan aku. Tetapi dengan engkau, aku tidak yakin
sama ada engkau akan ingat untuk memberikan aku gandum lagi.
Kerana itu, aku simpan separuh sebagai bekalan untuk tahun
hadapan. jawab sang semut.








Huraian 4



Ya kawan-kawan

Janganlah kita berputus asa dengan nikmat kurniaan Allah.



Pengajaran 4

Kebanyakan kes membunuh diri yang dilaporkan adalah berpunca
akibat tidak mendapat apa yang dihajati.



Isu 4

Firman Allah:

' >OE:E-
7^^EC)eV W
'4 u7OE
Ep) O).-EO4N
/Cg4= ^_

Surah Ibrahim ayat 7

Ertinya: Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah nikmat-
Ku kepada kamu, dan jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku
amat pedih.







Dalil 4

Alhamdulillah syukur nikmat,

Tentera berlalu semut pun selamat,

Nabi Sulaiman raja yang hebat,

Semua makhluk mendapat rahmat.





Kesimpulan

Kisah di Lembah Semut berakhirlah kini,

Tibalah masa mengundur diri,

Salah dan silap harap dimaafi,

Semoga kita berjumpa lagi.

Sekian, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh




Penutup

Anda mungkin juga menyukai