Anda di halaman 1dari 20

Bahagian B.

b) Pada pendapat anda apakah cabaran terhadap guru dalam menangani kepelbagaian sosio-budaya dan kepelbagaian kelompok dalam kalangan pelajar di sekolah. Berikan justifikasi anda bagi setiap cabaran.

Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai penduduk yang berbilang bangsa dan keturunan. Masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum pastinya akan mewujudkan corak sosio-budaya yang berbeza. Perbezaan yang wujud ini tidak harus dijadikan sebagai tembok untuk mewujudkan pelbagai jurang dalam sistem masyarakat demokrasi di negara kita.Murid sekolah harus didedahkan kepada kepelbagaian sosio-budaya dalam masyarakat agar mereka dapat belajar dalam suasana yang kondusif walaupun berhadapan dengan murid dari kaum yang berlainan. Justeru, peranan guru dalam memahami konsep kepelbagaian budaya di negara kita adalah penting.Guru memainkan peranan utama dalam memupuk kefahaman dan memberikan penghayatan kepada murid tentang kepelbagaian budaya dan implikasinya kepada diri, bangsa dan negara.Murid didalam sesebuah bilik darjah terdiri daripada etnik, taraf sosioekonomi, latar belakang keluarga, kawasan petempatan, budaya, adat resam dan bahasa yang berbeza.Lantaran itu guru tidak seharusnya menggunakan cara yang sama untuk melayani dan memberi perhatian kepada murid. Pada masa kini terdapat pelbagai cabaran yang dihadapi guru dalam menangani kepelbagaian sosio-budaya dan kepelbagaian kelompok dalam kalangan pelajar disekolah. Antaranya ialah memilih kaedah pengajaran yang
1

sesuai. Pembelajaran yang berkesan bagi sekumpulan pelajar tidak semestinya berkesan bagi kumpulan lain. Guru yang baik akan sentiasa memikirkan kaedah bagi mencapai objektif pembelajaran. Guru mesti merumuskan hasil pembelajaran yang telah dikembangkan melalui pelbagai kaedah yang menarik.Contohnya guru meminta murid berlakon, main peranan,menyanyi , bersoal jawab, ujikaji dan sebagainya dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Jadi murid dapat merasai pengalaman dan memahami pelajaran.Selain daripada itu kaedah pengajaran dan pembelajaran haruslah dirancang mengikut tahap pencapaian murid,yang dimulakan dengan set induksi yang menarik dan diikuti dengan aktiviti-aktiviti yang mampu merangsang minat murid untuk belajar. Guru tidak boleh menganggap semua murid boleh belajar dengan cara yang sama.Pendidikan yang saksama bukan bermakna sistem penyampaian yang sama digunakan untuk semua pelajar. Kesaksamaan pendidikan lebih bergantung kepada persekitaran tempat tinggal pelajar, faktor status sosioekonomi keluarga dan gaya pembelajaran pelajar.Salah satu contoh strategi yang boleh digunakan ialah pembelajaran koperatif. Melalui struktur pembelajaran koperatif, pelajar dalam kumpulan heterogenous dapat berkongsi pengetahuan dan pengalaman,belajar bersama-sama, saling membantu dan berinteraksi untuk memastikan pencapaian kumpulan. Cabaran kedua guru dalam kelas pelbagai sosio-buaya ialah membentuk disiplin murid. Pembentukan disiplin murid boleh dimulakan melalui mematuhi peraturan dan rutin bilik darjah. Contohnya murid diberikan tugasan
2

membersihkan kelas pada setiap hari. Murid-murid yang menimbulkan punca permasalahan harus dikenalpasti, supaya murid lain tidak mengikut contoh yang tidak baik. Ketegasan terhadap disiplin murid ketika pembelajaran perlu dilakukan dengan cara dan pendekatan yang berhemah yang menampakkan bahawa ketegasan itu bukan bertujuan mendera tetapi lebih kepada pengajaran.Sekiranya perlu, murid berkenaan diberikan nasihat, teguran dan kata-kata motivasi yang menggambarkan bahawa guru menyayanginya.Apabila berlaku perubahan kearah kebaikan, murid perlu diberi pengiktirafan dan penghargaan terima kasih. Kesabaran, kecekalan dan kesungguhan untuk membentuk perangai murid kadangkala mengambil masa yang agak lama. Guru perlu sentiasa bertindak dalam memastikan ruang pembelajaran murid tidak terganggu dengan perbezaan latar belakang, kelas sosial dan kaum masing-masing dengan cara tidak membezakan mereka di antara satu sama lain. Contohnya, guru akan memastikan murid dari pelbagai latar belakang ditempatkan dalam satu kumpulan yang sama semasa melakukan aktiviti berkumpulan. Ini akan memberi peluang kepada murid untuk berinteraksi sesama sendiri secara terbuka seterusnya mewujudkan pergaulan yang tidak berkelompok dan tanpa sekatan budaya dan masyarakat. Suasana pembelajaran yang menyeronokkan akan terbentuk dan ini dapat membantu guru untuk mengawal persekitaran bilik darjah dengan berkesan. Selain daripada itu, guru juga perlu sentiasa membantu murid untuk memahami diri sendiri dalam membentuk nilai, sikap dan tingkah laku yang sesuai. Murid dibimbing untuk memahami kekuatan pada diri sendiri yang boleh
3

digunakan untuk membantu murid lain. Ini dapat membuatkan murid tersebut rasa dihargai dan akan sentiasa bersungguh-sungguh dalam setiap perkara yang dilakukannya. Hubungan rapat dapat dijalinkan di antara guru dengan murid. Guru juga perlu membantu murid membina konsep positif kendiri serta memberi tunjuk ajar bagi meningkatkan prestasi murid samada dari segi akademik dan sebagainya. Guru juga perlu menunjukkan teladan yang baik di hadapan muridmurid. Contohnya guru datang awal ke bilik darjah, sentiasa bersikap adil dan sentiasa berdisiplin dalam apa jua hal. Perkara ini akan meningkatkan rasa hormat murid terhadap guru dan menjadikan guru sebagai idola mereka. Hubungan guru dengan murid akan erat dan ini akan meningkatkan minat murid untuk meneruskan pembelajaran mereka. Cabaran seterusnya, guru bertanggungjawab untuk membina

persefahaman di antara setiap murid yang berlainan latar belakang. Langkahlangkah pencegahan perlu dilakukan bagi menghalang mana-mana aktiviti yang tidak diingini seperti pergaduhan antara kaum, mengejek dan menghina di antara satu sama lain dan sebagainya. Guru perlu menerangkan kepada murid mengenai perlunya menghormati kepercayaan setiap kaum dan isu-isu sensitif yang tidak harus dipertikaikan. Oleh itu, aktiviti pembelajaran yang sesuai dengan semua kepercayaan, nilai dan agama perlu dirancang dengan teliti bagi menaburkan persefahaman di antara setiap murid. Guru juga perlu memberi peluang sama rata kepada semua murid untuk mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran perlulah dipastikan tidak mempunyai unsur bias kepada mana4

mana murid bagi memberi peluang kepada setiap murid untuk menerokai aktiviti pembelajaran. Guru perlu menggunakan bahasa standard kebangsaan yang boleh diterima oleh semua lapisan murid dan bukannya menggunakan dialek bahasa yang sedikit sebanyak memberikan impak terhadap pembelajaran. Penggunaan bahasa yang standard memberi peluang kepada semua murid untuk mengambil bahagian dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru yang memahami pembelajaran dan perbezaan budaya akan berusaha bersungguh-sungguh dalam menangani cabaran yang wujud dalam bilik darjah. Pelajar merupakan aset utama yang boleh dikategorikan sebagai pelanggan bagi setiap guru dalam bilik darjah. Golongan ini akan sentiasa bersama setiap kali proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung dalam bilik darjah. Perlakuan mereka perlu dibentuk melalui pendidikan dan asuhan yang terbaik dengan memahami latar belakang identiti diri mereka tidak kira dari segi budaya, etnik, usia, jantina, sosio ekonomi, stail pembelajaran dan sebagainya. Yang pastinya dalam sesebuah bilik darjah itu tidak akan lari daripada cabaran kepelbagaian pelajar yang wujud di dalamnya. Apa yang penting adalah guru perlu memahami bahawa terdapat perbezaan antara individu pelajar atau kumpulan pelajar dengan yang lain yang mendesak guru untuk menggunakan kemahiran yang optimum dalam pengurusan bilik darjah. Malah adalah penting bagi guru memahami tingkah laku dan budaya pelajar terlebih dahulu supaya sebarang tindakan dapat dilakukan mengikut kaedah yang betul dan tepat.

c) Apakah refleksi anda terhadap tahap perpaduan rakyat Malaysia dewasa ini terutamanya dalam kalangan pelajar sekolah.

(Perenggan 12 Penyata Razak) menyatakan: Tujuan dasar pelajaran ini ialah bermaksud hendak menyatukan budak -budak daripada semua bangsa dalam negeri ini dengan memakai satu peraturan pelajaran yang meliputi semua bangsa pengantar yang besar, walaupun perkara ini tidak dapat dilaksanakan dengan serta-merta melainkan hendaklah diperbuat dengan beransuransur. Jelas di sini menunjukkan bahawa dasar Laporan Razak 1956 ini juga mengutamakan perpaduan negara dan unsur serta nilai perpaduan menjadi teras bagi menjamin kesejahteraan dan kepentingan masyarakat Malaysia yang mempunyai pelbagai kaum. Penyata Razak jelas telah menggariskan aspirasi ini di dalam penggubalan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Aliran Pendidikan Kebangsaan adalah saluran berkesan yang dapat membina warga Malaysia yang kukuh bersatu padu . Begitu jua yang berlaku pada hari ini di sekolah yang mempunyai pelajar yang berbilang kaum.Pelajar yang berbeza kaum boleh berinteraksi antara satu sama lain. Ini kerana bahasa pengantar yang disekolah tersebut adalah bahasa yang sama. Penggunaan bahasa yang sama iaitu Bahasa Malaysia di sekolah banyak membantu perpaduan kaum dikalangan pelajar. Pelajar berupaya untuk berkomunikasi antara satu sama lain berbanding jika pelajar menggunakan bahasa ibunda masing-masing.

Jelas menunjukkan bahasa pertuturan yang digunakan di sekolah turut membantu memupuk perpaduan. Apabila pelajar boleh berkomunikasi antara satu

sama lain, barulah mereka saling mengenali dan menjalinkan persahabatan. Selain itu pengajaran dan pembelajaran untuk subjek tertentu diajar di dalam Bahasa Malaysia.Bagi pelajar bukan berbangsa melayu akan berusaha menguasai Bahasa Malaysia untuk belajar dan memahami pelajaran.Jadi ianya turut membantu pelajar memahami bahasa Malaysia. Selain daripada itu,aktiviti kokurikulum yang dijalankan disekolah juga membantu pelajar membentuk perpaduan. Contohnya didalam persatuan, permainan dan unit beruniform , semua pejajar tahap dua diwajibkan menyertainya. Jadi pihak sekolah akan membahagikan semua pelajar kepada beberapa kumpulan. Oleh itu, didalam setiap kumpulan akan terdiri daripada pelbagai kaum yang ada di sekolah tersebut. Dengan cara ini, perpaduan akan wujud semasa pelajar menjalani aktiviti kokurikulum. Namun begitu guru turut memainkan peranan dalam mewujudkan perpaduan dikalangan pelajar. Guru haruslah mengadakan aktiviti yang menarik dan dapat melibatkan semua murid tanpa mengira kaum. Guru juga tidak boleh mengamalkan sikap prejudis dan dikriminasi terhadap pelajar yang tidak sebangsa dengannya. Kadangkala sikap berat sebelah terhadap sesuatu kaum membuatkan pelajar sendiri akan rasa terasing dan tidak berminat lagi untuk bergaul dengan kaum yang lain. Pendidikan merupakan alat meningkatkan tahap perpaduan yang penting. Guruguru di sekolah juga perlu mendidik pelajarnya supaya tahu betapa pentingnya perpaduan itu kepada pembentukan sebuah masyarakat yang aman dan bersatu

padu.Contohnya

denganpenubuhan

Sekolah

Wawasan

yang

bertujuan

untuk

membentuk perpaduan dalam kalangan pelajar di sekolah. Selah ini adalah antara sekolah yang dahulunya terasing antara satu sama lain, kini disatukan dalam satu sistem pendidikan yang seragam.Apabila anak orang Melayu , Cina , India dan kaum lain dapat berinteraksi sejak peringkat awal persekolahan, sudah tentu akan lahir generasi Malaysia yang bersifat pelbagai budaya. Penekanan semangat perpaduan dan integrasi antar kaum sejak kecil lagi iaitu di bangku sekolah rendah akan lebih memudahkan kerana mereka ini masih kanak-kanak yang boleh dilentur. Kementerian Pelajaran juga telah menubuhkan sekolah yang terdiri daripada interaksi murid dari pelbagai jantina. Murid lelaki dan permpua bebas berinteraksi

dalam aktiviti pembelajaran. Pergaulan antara jantina berlainan ini akan mewujudkan pola interaksi yang berkesan dalam membentuk perpaduan dan integrasi

masyarakat.Pihak sekolah bertanggungjawab untuk mengelolakan aktiviti yang memerlukan penglibatan daripada pelbagai jantina, namun niali dan budaya masyarakat masih terus diamalkan.

BIBLIOGRAFI

Esah Sulaiman, (2004) .Pengenalan Pedagogi. Johor : UTM Skudai.

Noriati A.Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad,(2009) Murid dan Alam Belajar.Kuala Lumpur : Oxford Fajar Sdn.Bhd.

Noriati

A.Rashid,Boon

Pong dan

Ying,Sharifah

Fakhriah

Syed Fajar

Ahmad,ZuraidahA.Majid,(2011).Budaya Sdn.Bhd.

Pembelajaran.Selangor:Oxford

Rahil Mahyuddin.Habibah Elias,Kamariah Abu Bakar ,(1997). Pedagogi 2 Kuala Lumpur : Longman Malaysia Sdn.Bhd.

http://cgnarzuki.com/?page_id=278

http://ms.wikipedia.org/wiki/Kelompok_etnik

http://www.scribd.com/doc/27268735/Bilik-Darjah-Mesra-Budaya

10

Gubal pendidikan perpaduan


Oleh ANUAR AHMAD

Malaysia, kata banyak sarjana pendidikan merupakan makmal yang paling sempurna untuk mengkaji tentang perpaduan. Pandangan ini ada benarnya kerana populasi dalam negara ini yang memberikan satu landskap demografi kaum yang sangat unik. Orang Melayu sebagai kumpulan utama hanyalah sekitar 55 peratus sahaja jumlahnya, tidak termasuk kumpulan bumiputera yang lain WALAUPUN banyak usaha memupuk semangat perpaduan di kalangan manakala bukan Melayu khususnya masyarakat kanak-kanak tetapi ia tidak berterusan di peringkat golongan dewasa. - GAMBAR HIASAN Cina dan India mencapai sekitar 40 peratus. Dengan kata lain majoriti mutlak tidak pernah wujud di negara ini khasnya di kalangan orang Melayu. Maka itu memiliki perpaduan bukanlah satu anugerah tetapi harus dicari, dibina, diurus dan dikawal dengan baik agar kestabilan dan keharmonian dapat dicapai. Bagi tujuan itu, peranan pendidikan merupakan satu-satu komponen yang sangat penting, berkesan dan ampuh untuk memulakan perpaduan di negara ini. Sejak zaman berzaman asas utama kepada tujuan pendidikan adalah untuk membina sebuah masyarakat. Maka itu masyarakat bersetuju supaya setiap ahlinya disosialisasi dengan nilai, resam dan norma positif kehidupan bersesuaian dengan amalan masyarakat tersebut. Hanya selepas revolusi perindustrian di Eropah pada abad yang ke-17, tujuan pendidikan dikembangkan untuk perkara yang lebih materialisme, individualisme dan berteraskan ekonomi. Maka pendidikan mulai berubah daripada asas-asas humanisme kepada kehendak pragmatisme. Perubahan tujuan pendidikan ini kemudian mulai mengaburi tujuan asal pendidikan untuk pembinaan sebuah masyarakat yang harmoni dan sejahtera. Maka ini ramai pemikir pendidikan sejak lama dahulu menimbulkan kerisauan mereka jika sesebuah masyarakat gagal memahami dan mengimbangi antara humanisme dan pragmatisme maka tujuan pendidikan yang syumul akan lama-kelamaan akan lenyap dan cair. Dipercayai juga bahawa sebagaimana hebat kualiti pendidikan untuk pembangunan material tetapi apabila kurang penekanan diberikan kepada pembangunan masyarakat, pada akhirnya masyarakat tersebut akan hilang upaya sosial dan akhirnya akan lemah dan lumpuh keseluruhannya.

11

Tanda-tanda kelumpuhan pendidikan untuk pembangunan masyarakat banyak sekali di sekeliling kita pada hari ini. Sekadar menyebut beberapa contoh, kegagalan pendidikan Islam menerapkan ketakwaan yang tinggi kepada para pelajar menyebabkan bukan sedikit pelajar beragama Islam hilang moral Muslimnya. Kisah pembuangan bayi menjadi semakin menyayat hati. Jika dahulu bayi ditinggalkan di surau dan masjid dengan selimut buat pemanas badan bayi, tetapi kini bayi dibuang di tepi jalan dan di dalam tong tong sampah, ada yang dibuang di longkang-longkang hingga menjadi makanan gagak liar. Malah ada yang dibuang di tengah jalan raya hingga menjadi mangsa tayar kereta yang tidak mengenal mangsa. Seperkara yang paling utama dalam transformasi pendidikan untuk tujuan membina perpaduan negara, suka tidak suka, kita kena juga akui bahawa kita sedang menghadapi masalah perpaduan kaum dalam negara ini. Masalah ini pula tidaklah begitu menonjol dalam bentuk konflik fizikal tetapi lebih kepada soal persepsi. Maka rasa prejudis dan saling mencurigai mula membina, desakan-desakan kumpulan etnik mula kedengaran. Bagaimanapun di negara ini perpaduan masih terkawal dan belum menggugat kestabilan akar umbi masyarakat kerana pergolakan perpaduan kaum lebih terjurus kepada 'perangai' serampang dua mata ahli politik tertentu untuk meningkatkan populariti mereka dan juga cuba mengaut keuntungan melalui desakan supaya kaum yang diwakilinya mendapat lebih banyak habuan melebihi daripada apa yang telah dipersetujui oleh masyarakat umum negara ini. Oleh itu, kedengaranlah desakan seperti penelitian semula pengagihan konsep Dasar Ekonomi Baru (DEB), menghapuskan ketuanan Melayu dan menyamakan agama Islam selaku agama rasmi dengan agama lain sejak setahun yang lalu. Terbaru, desakan supaya dimasukkan peranan dan sumbangan kumpulan minoriti di dalam mata pelajaran Sejarah negara dan 'membuang' sebahagian sejarah perjuangan orang Melayu sebagai tanda mengimbangi bahawa negara ini milik bersama. Semua ini nampaknya menuntut satu penelitian semula secara menyeluruh sistem pendidikan kebangsaan yang semakin hari sudah hilang upaya untuk membina jati diri. Terdapat dua faktor yang menyebabkan berlakunya perubahan dalam menguruskan perpaduan negara. Pertama, sindrom mencari populariti politik yang semakin ketara, kebebasan media, tekanan gerakan masyarakat sivil dan persaingan ekonomi akibat globalisasi. Jika dahulu soal perpaduan hanya berlegar sekitar soal agihan kuasa politik dan ekonomi, kini perpaduan membentuk spektrum baru dan memerlukan kemahiran baru di pihak kerajaan untuk menguruskannya. Sebagai contoh, dulu jika sesuatu isu yang berkaitan orang Cina, orang Melayu dan India jarang sekali campur tangan dengan alasan biarlah kaum Cina sendiri menyelesaikan masalah mereka.
12

Hal yang sama juga apabila jika kaum India berhadapan dengan keputusan kerajaan yang mereka tidak suka, orang Melayu dan Cina tidak begitu 'terangsang' untuk menyertainya. Kini suasana sudah berubah, jika sesuatu isu melanda kaum India, maka sudah ramai orang Melayu dan Cina yang akan memberikan sokongan bukan atas sebab untuk perpaduan tetapi lebih mendapatkan sokongan politik semata-mata. Oleh itu secara mudah dapat difahami bahawa isu kaum tidak lagi bersifat etnosentrik tetapi isu kaum sudah menjadi kompleks dan lebih sukar diuruskan berbanding dahulu. Kedua, pengaruh perbandaran dan modenisasi akan menjadikan masyarakat Malaysia tidak lagi dominan dalam zon etnik mereka sahaja tetapi kini mula cair dan berbaur dengan etnik lain. Sebagai contoh jika dahulu orang Melayu di kampung, orang Cina di bandar dan orang India di ladang, kini dijangka pada tahun 2020 jumlah populasi yang akan tinggal di bandar akan mencecah 70 peratus daripada keseluruhan penduduk negara ini. Dengan erti kata lain perbauran antara kaum akan menjadi satu gambaran biasa dalam masyarakat Malaysia sangat berbeza berbanding 50 tahun lalu. Oleh demikian, pendidikan untuk perpaduan perlu dikaji dan dirancang semula secara teliti khasnya untuk mendidik anak-anak Malaysia pasca merdeka memahami konsep dan peri penting perpaduan diamalkan dalam kehidupan mereka. Pelaksanaan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) nampaknya gagal mencapai matlamat secara menyeluruh perpaduan etnik di negara ini. Begitu juga dengan pengajaran mata pelajaran Sejarah dan Pendidikan Kewarganegaraan yang agak longgar membina hubungan etnik seperti yang diharapkan. Aktiviti ko-kurikulum juga nampak tidak menonjolkan keupayaan perpaduan di kalangan pelajar. Beberapa kajian berkaitan hubungan etnik di institusi pengajian tinggi IPT menunjukkan bahawa pelajar lepasan sekolah jelas tidak mempunyai tahap perpaduan yang memuaskan apabila mereka meninggalkan bangku sekolah. Dengan itu, satu kursus Modul Hubungan Etnik telah diperkenalkan di IPT supaya pelajar dapat meningkatkan keupayaan perpaduan apabila telah menjadi graduan. Tinggal lagi pelaksanaan kursus ini nampaknya tidak pula memanfaatkan sepenuhnya pendekatan yang dapat membina perpaduan di kalangan pelajar IPT. Sepatutnya tiga perkara paling asas dalam pendidikan untuk perpaduan dilaksanakan. Pertama, pengetahuan fakta sejarah negara secara jelas dan mendalam, kedua kemahiran kewarganegaraan seperti memiliki kemahiran dan keupayaan tingkah laku menghormati dan bertolak ansur. Ketiganya, mendidik nilai-nilai positif yang dapat menimbulkan rasa benci kepada perlakuan atau tindakan individu atau kumpulan yang menggunakan perkauman bagi tujuan meraih sokongan, populariti dan juga atas kepentingan peribadi.

13

Bagaimanapun, penelitian terhadap kursus hubungan etnik di universiti nampaknya hanya cenderung untuk menambahkan pengetahuan sejarah semata-mata tetapi mengabaikan aspek kemahiran kewarganegaraan serta penerapan nilai positif terhadap perpaduan. Sebenarnya semua pelajar yang memasuki IPT telah melalui pembelajaran sejarah negara sejak tingkatan satu hinggalah tingkatan lima. Mereka bukan sahaja diajar tetapi juga telah dinilai dalam peperiksaan. Seharusnya modul hubungan etnik di IPT lebih menjurus kepada aspek pembinaan kewarganegaraan dan juga pengukuhan nilai positif perpaduan. Misalnya separuh bahagian pelaksanaan kursus ini diberikan melalui pengajaran dalam kuliah manakala separuh lagi melalui pengalaman secara hands on kepada pelajar melalui projek khidmat masyarakat, penyelidikan tindakan, aktiviti pembelajaran penyelesaian masalah dan juga melalui penyertaan dalam program dan aktiviti pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar. Walaupun banyak faktor luar pendidikan yang sedikit sebanyak akan mengganggu pelaksanaan pendidikan untuk perpaduan seperti pengaruh politik kaum, sejarah etnik 'yang tidak selari dengan sejarah kebangsaan', fokus yang keterlaluan kepada peperiksaan, kaedah pengajaran yang tidak berkesan dan sebagainya, sekurang-kurangnya dengan melalui satu sistem pendidikan untuk perpaduan yang lebih teratur dan selaras, para pelajar akan mempunyai common memory berkaitan sejarah kenegaraan kita. Apa yang lebih penting melalui pendidikan untuk perpaduan ini, kita bukan sahaja berharap wujudkan perpaduan yang sebenar tetapi lebih jauh dan penting ialah pada akhirnya gagasan 'Satu Malaysia' akan menjadi kenyataan. Tentu memberikan pandangan dan cadangan lebih mudah daripada merealisasikannya. Oleh itu pihak Kementerian Pelajaran dan juga Kementerian Pengajian Tinggi seharusnya mula menggerakkan perbincangan akademik, merangka kembali struktur kurikulum serta memastikan unsur penilaian dijalankan bagi memastikan wujud atau tidak penambahbaikan perpaduan kepada para pelajar. Masanya sangat sesuai sekarang untuk pihak kementerian memulakan langkah membina pendidikan untuk perpaduan masyarakat. Anuar Ahmad ialah Pensyarah Sosiologi Pendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

14

Jumaat Februari 10, 2012 Sejauh Manakah Tahap Perpaduan Kaum? Oleh DR AHMAD ZAHARUDDIN SANI SABRI NEGARA kita Malaysia merupakan sebuah negara yang terkenal dengan masyarakat yang berbilang bangsa dan keturunan. Kita sering mencanangkan negara kita merupakan sebuah negara yang harmoni, aman dan damai. Semua bangsa dapat bekerjasama secara kolektif dan mengamalkan prinsip-prinsip jitu perpaduan. Namun hakikatnya, tahap perpaduan kita sampai di mana? Benarkah kita bertanya kepada diri sendiri bahawa sejauh manakah tahap perpaduan yang wujud dalam negara kita? Adakah kita semua sudah berpuas hati dengan segala yang ada sekarang? Atau kita mampu mengubahnya supaya ia menjadi lebih harmoni lagi? Dari segi semantik bahasa, perkataan 'perpaduan' ini asalnya dari perkataan 'padu' iaitu 'mampat', 'pejal' dan 'padat'. Maka perkataan perpaduan membawa maksud 'penggabungan'. Selain itu, secara definasinya pula, perpaduan merupakan satu keadaan rakyat dari pelbagai kumpulan etnik, agama dan wilayah, hidup dengan aman sebagai satu bangsa yang bersatu dengan memberi komitmen yang penuh kepada identiti kebangsaan berlandaskan kepada Perlembangaan Persekutuan dan Rukun Negara. Perkara ini dinyatakan dengan jelas oleh Mesyuarat Panel Penasihat Perpaduan Negara, yang berlangsung pada Februari 1992. Jadi daripada pengabungan dua definisi di atas, kita boleh simpulkan bahawa perpaduan merupakan satu proses menyatupadukan seluruh masyarakat supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta akan tanah air. DETIK HITAM Malangnya, tanggal 13 Mei 1969 tercetus satu detik hitam dalam lipatan sejarah negara. Pertelingkahan kaum yang berlaku telah mengakibatkan negara kehilangan banyak nyawa dan kerugian harta benda. Ia mempunyai kaitan rapat dengan Pilihan Raya Umum 1969 dan merupakan puncak manifestasi masalah perpaduan kaum di Malaysia.

15

Dalam pilihan raya tahun tersebut banyak isu-isu sensitif telah dibangkitkan dan ditimbulkan seperti status bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Dalam suasana yang tegang dan penuh emosi itu, maka tercetuslah peristiwa 13 Mei 1969. Ia juga telah menyebabkan negara kita menjadi tumpuan seluruh dunia. Ironinya, 13 Mei ini merupakan antara masalah perpaduan yang telah lama berakar umbi dalam masyarakat majmuk Malaysia sebelum tahun 1969 lagi. MASALAH YANG DIWARIS Masalah ini telah disebabkan oleh British yang telah memainkan peranan yang cukup besar untuk mewujudkan keadaan sedemikian. Apabila pengasingan kaum berdasarkan kelompok ekonomi menjerat penyatuan mahupun persefahaman antara etnik, walaupun duduk di bawah satu bumbung yang sama maka akhirnya tercetuslah insiden berdarah 13 Mei 1969. Dalam usaha membendung masalah 13 Mei supaya keamanan dan kedamaian yang berterusan dapat terus dikekalkan, kerajaan mengetahui bahawa kita memerlukan satu ideologi untuk kita bersatu. Maka Rukun Negara telah diperkenalkan. Rukun Negara diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 dan diluluskan oleh Majlis Gerakan Negara (MAGERAN). Draf Rukun Negara telah dibincangkan dan dibuat pindaan beberapa kali oleh Majlis Perundingan Negara(MPN) sebelum diluluskan. Rukun Negara juga telah menjadi platform untuk membentuk dan membimbing masyarakat Malaysia ke arah perpaduan. Rukun Negara juga menjadi rujukan yang penting bagi sebarang dasar dan keputusan yang hendak dibuat oleh pihak kerajaan pada masa-masa mendatang, supaya perpaduan dapat dicapai. Memang sudah banyak usaha telah dilancarkan dan dijalankan oleh kerajaan dari dulu hingga sekarang. Hal ini kerana kerajaan menyedari betapa pentingnya perpaduan kaum, kerana tanpa perpaduan di manalah terletaknya nilai kemerdekaan negara kita. KENAPA SEKOLAH KEBANGSAAN DIPERKENALKAN Dalam usaha membangunkan negara kita supaya seiring dengan negara lain, maka perpaduan merupakan kunci utama yang kita sediakan sebelum membuka semua laluan.

16

Kerajaan telah memperkasakan sekolah kebangsaan untuk menyatukan generasi muda melalui pendidikan dan bahasa kebangsaan. Dengan cara ini, dapat menerapkan disiplin dalam pembelajaran dan pengajaran seperti aktiviti kokurikulm dan kurikulum. Selain itu dengan adanya sekolah kebangsaan ini ia akan merapatkan lagi hubungan dan komunikasi antara kaum yang sebelum ini begitu terhad. Dasar Integrasi Nasional juga telah dilancarkan - iaitu satu proses dinamik untuk merapatkan masyarakat negeri-negeri di Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak, untuk membentuk satu Bangsa Malaysia yang mempunyai identiti sendiri yang berteraskan Perlembangan Persekutuan dan Rukun Negara. Dasar Integrasi Nasional ini juga mesra bangsa-bangsa minoriti yang lain. Sekolah-sekolah jenis kebangsaan diwujudkan dengan memberikan hak mutlak kepada bangsa minoriti untuk menggunakan bahasa ibunda mereka sebagai bahasa pengajaran. MERAPATKAN JURANG Melalui Dasar Ekonomi Baru, satu lagi usaha mewujudkan keadaan di mana, tiada perbezaan fahaman pembelajaran dan tiada pengasingan dan perbezaan antara miskin dan kaya di antara kaum. Bekerjasama dalam pergaulan khususnya agar kekayaan negara dibahagikan sama rata antara pelbagai kaum. Dan yang terkini, Program Khidmat Negara, Program Sekolah Bestari juga merupakan usahausaha yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk meningkatkan tahap perpaduan dan hubungan mesra antara kaum yang telah dijalankan. Segala yang diusahakan oleh kerajaan selama 54 tahun tetap tidak cukup lagi. Hal ini adalah kerana peristiwa pergaduhan antara kaum tetap wujud. Misalnya satu pergaduhan terjadi di kafeteria Universiti Putra Malaysia pada 17 Julai 2006. Kejadian ini berlaku antara kumpulan pelajar Melayu dan Cina. Seramai 11 orang pelajar terbabit dalam insiden ini. Sebuah klip video menunjukkan pergaduhan antara pelajar-pelajar UPM telah dimuatnaikkan ke laman YouTube dan boleh diakses oleh seluruh dunia. Insiden terbaru, satu pergaduhan di sebuah restoran makanan segera di Shah Alam antara seorang pelanggan keturunan Cina dengan pekerja Melayu telah cuba dikaitkan dengan isu rasis. Insiden ini juga telah dimuatnaikkan dalam laman YouTube sehingga komen-komen yang dilemparkan boleh dikatakan kesemuanya berbaur rasis dan memperlihatkan kebencian di antara kaum yang sangat mendalam.

17

Kejadian seperti ini semua akan menjadi bertambah hangat sebaik sahaja orang politik cuba campur tangan dan ingin menjadi juara kaum masing-masing dan bukannya hendak mendamaikan keadaan. Akibat daripada semua kejadian ini, adakah kita masih boleh katakan negara kita telah mencapai peringkat perpaduan yang tinggi? DI MANA SILAPNYA? Kerajaan sebenarnya perlu mengkaji tentang punca yang menyebabkan peristiwa pergaduhan dan keretakan hubungan antara kaum ini. Hal ini kerana kesan daripada pergaduhan dan keretakan antara kaum akan membawa padah lagi jika tiada tindakan yang diambil. Perkara begini sepatutnya tidak boleh dipandang remeh. Ketegangan kaum mudah tercetus sekiranya sensitiviti antara kaum tidak dijaga. Langkah-langkah untuk mengatasi masalah ini bukan sesuatu yang senang dan harus berlaku secara timbal balas. Kekurangan penyertaan rakyat dalam urusan pergaulan merupakan punca utama proses perpaduan antara kaum dilambatkan dan melemahkan keberkesanan apa jua dasar kerajaan yang ingin dilaksanakan untuk tujuan perpaduan. Usaha kerajaan akhirnya menjadi tidak berkesan sangat kerana hanya kerajaan saja yang beriyaiya bertindak, manakala sebagai rakyat, kebanyakkan kita menganggapkan isu perpaduan ini akan wujud dengan sendiri tanpa sebarang usaha sehingga lupa ancaman yang boleh tercetus. Sikap rakyat yang sombong dan enggan bergaul terutamanya di bandar besar serta tidak prihatin terhadap isu-isu perpaduan dan menganggap ia tidak mendatangkan sebarang faedah, akhirnya menjadikan kita semakin jauh antara satu sama lain. Sifat sombong dan bangga diri merupakan penghalang utama bagi kita untuk menerima pendapat atau buah fikiran orang lain. Sikap ini turut mendorong berlakunya keretakan dan perpecahan baik di peringkat rumahtangga, keluarga, masyarakat dan juga bernegara. Sikap sombong sering membawa individu atau kumpulan tertentu melakukan keganasan dan kekerasan ke atas orang lain. Akhirnya ia mencetuskan permusuhan dan peperangan malah anarki. Selain itu, sikap tidak jujur atau tidak adil terhadap orang lain juga menimbulkan rasa tidak puas hati dan dendam yang berpanjangan antara sesama manusia, lebih-lebih lagi antara yang memerintah dengan yang diperintah.

18

Perbuatan ini akan merenggangkan perhubungan dan menghapuskan perasaan kasih sayang dan hormat menghormati antara satu sama lain. Di samping itu, sebilangan rakyat pula tidak memberi kerjasama, malah membantah segala yang dilakukan oleh kerajaan. Seperti sesetengah pemuda enggan menyertai khidmat negara menjelmakan penentangan mereka terhadap berbagai-bagai perkara yang mereka anggap tidak adil. APA YANG PERLU DILAKUKAN Segala sikap yang dinyatakan merupakan faktor utama yang menjadikan tahap perpaduan kita dalam keadaan sekadar cukup makan sahaja. Sikap yang suka bergantung terhadap kerajaan harus diubah, kerana perpaduan tidak bergantung kepada kerajaan semata-mata tetapi memerlukan penyertaan setiap seorang daripada kita rakyat Malaysia. Bersifat terbuka merupakan kunci kejayaan pergaulan antara kaum. Pergaulan dengan mereka yang berlainan bangsa tidak bermakna kita harus mengorbankan prisip dan agama masingmasing. Kita harus bersifat terbuka dan perbezaan itu bukan penghalang untuk kita mengenali lebih rapat antara satu sama lain. Sikap terbuka ini jika tidak disemai dari kecil telah terbukti akan menyukarkan sebarang usaha mewujudkan perpaduan kaum. Ibu bapa juga berperanan besar dalam membentuk sikap yang mulia ini kepada anak-anak mereka. Hal ini kerana, segala yang ada pada ibu bapa sebenarnya akan diwaris kepada generasi akan datang. Ibu bapa perlu memahami tanggungjawab mendidik anak-anak tidaklah terhad kepada soal adab, asuhan keagamaan dan juga pembentukan jati diri. Sebaliknya kanak-kanak harus diterapkan dengan nilai-nilai murni yang universal seperti menghormati bangsa dan agama lain, bertolak ansur serta saling hormat menghormati. Semua ini patut bermula dari rumah ketika anak-anak masih kecil lagi. Kita mampu mengubahnya. Kita hanya perlu mengamalkan sikap terbuka terlebih dulu. Aktiviti merapatkan hubungan dan menjalin hubungan serta menambah kemesraan antara kaum perlu diperbanyakkan lagi. Seperti sempena hari perayaan, rumah terbuka harus digalakkan supaya kita mempunyai peluang untuk bergaul dan memahami budaya kaum lain.
19

Pendidikan juga merupakan alat meningkatkan tahap perpaduan yang penting. Guru-guru di sekolah juga perlu mendidik pelajarnya supaya tahu betapa pentingnya perpaduan itu kepada pembentukan sebuah masyarakat yang aman dan bersatu padu. KONGSI BERSAMA Semangat Bangsa Malaysia patut disemai ke dalam hati rakyat Malaysia. Sebagai rakyat Malaysia, kita tidak patut dibezakan dari segi kaum. Maka dasar ini perlu diperkuatkan lagi. Bangsa Malaysia ialah satu bangsa yang bersatu padu, mempunyai satu masa depan yang sama dan dikongsikan bersama. Penulis percaya, segala masalah yang wujud pasti ada faktor yang mencetuskannya. Jadi segala usaha yang dilakukan perlu berpandukan faktor itu, supaya tindakan yang diambil akan lebih berkesan. Jadi kerjasama semua lapisan masyarakat amat diperlukan untuk kita berjaya. Jika rakyat kita boleh bersikap terbuka tanpa mengira dari mana kita datang, tanpa mengira tentang kepentingan diri, dan tanpa prasangka, sudah pasti ketika itu kita semua akan bangga terhadap diri kita sendiri sebagai satu bangsa yang bersatu padu. Demi tanah tumpah darah, kita patut dan rela berkorban bukan untuk kita semua tetapi sebagai contoh kepada generasi akan datang. Dr Hj Ahmad Zaharuddin Sani Sabri merupakan bekas Honorary Fellow di Asian Institute University of Melbourne dan Adjunct di School of Philosophy, History and International Studies Monash University Victoria Australia. Beliau juga merupakan pensyarah kanan Pengajian Sejarah & Kenegaraan, Universiti Utara Malaysia. Beliau boleh dihubungi menerusi email zaharsani@uum.edu.my

20

Anda mungkin juga menyukai