Anda di halaman 1dari 14

1.0 PENGENALAN Kemahiran berbahasa meliputi kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis.

Kemahiran berbahasa ini merupakan teras kepada penguasaan bahasa baku. Penguasaan kesemua kemahiran ini amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran supaya berjalan dengan lancar dan berkesan. Kemahiran berbahasa yang berhubung dengan kemahiran lisan melibatkan dua komponen asas, iaitu mendengar dan bertutur. Kedua-dua komponen ini berkait rapat dan saling melengkapi. Kemahiran membaca dan menulis pula merupakan kemahiran bukan lisan. Penguasaan terhadap ketiga-tiga kemahiran berbahasa ini penting terhadap murid-murid dalam memastikan input yang diberikan kepada murid-murid adalah sejajar dengan apa yang dikehendaki dan termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Oleh itu, kita akan melihat keempat-empat jenis kemahiran berbahasa ini, perkaitan antara Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Objektif Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah.

2.0 KEMAHIRAN BERBAHASA Seperti yang kita ketahui bahawa, kemahiran berbahasa itu merupakan kemahirankemahiran yang perlu dikuasai dalam penguasaan bahasa yang mana meliputi tiga kemahiran iaitu kemahiran lisan mendengar dan bertutur, membaca dan menulis.

2.1 Kemahiran mendengar Kemahiran mendengar merujuk kepada keupayaan pelajar mendengar dengan teliti dan memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan seperti cerita, arahan, perbualan, soal jawab, laporan, berita, dan perbincangan. Kemahiran mendengar ini adalah kemahiran lisan yang paling asas dan ia berlaku pada peringkat penerimaan (receptive level). Penguasaan terhadap kemahiran ini amat penting dalam aspek kemahiran berbahasa kerana merupakan kemahiran paling asas dalam kemahiran berbahasa.

2.1.1 Definisi kemahiran mendengar Proses mendengar adalah satu proses fizikal yang melibatkan telinga sebagai alat penerima bunyi bahasa. Proses memahami pendengaran pula melibatkan proses psikologi dan mental seperti pengamatan, kecerdasan dan pemikiran yang

disepadukan untuk membolehkan seseorang memahami apa yang didengar dan melakukan tindakbalas yang sesuai. Chuah (1987) menyatakan dengar adalah satu proses fisiologi yang melibatkan sistem saraf pendengaran di otak tetapi mendengar adalah satu proses yang lebih aktif, iaitu proses yang melibatkan bidang psikologi. Dari segi kaunseling, mendengar yang terbaik adalah dengan mendengar secara empati, mendengar dengan menjiwai apa yang didengar kerana dari situlah timbulnya celik akal. Apabila hal ini terhasil maka para murid akan mencapai tahap pencapaian kendiri, yang akhirnya dapat merealisasi dan menggunakan keupayaan dan intelektual secara maksimum dalam proses pembelajaran. Mendengar perbuatan adalah

yang menggunakan organ bersama- sama dengan saraf pendengaran proses

di otak. Tetapi perbuatan ini mesti dilatih dengan betul supaya pendengaran dapat dilakukan dengan betul.

2.1.2

Peringkat kemahiran mendengar Peringkat secara definisinya ditakrifkan sebagai had yang dicapai dalam

sesuatu usaha; susunan mengikut kemajuan yang dicapai; tingkat kemajuan; tahap dan lain-lain (Kamus Pelajar Edisi Kedua : 2008). Secara umumnya, kemahiran mendengar dalam peringkat penguasaan terdiri daripada tiga tahap. Peringkat penguasaan yang dimaksudkan di sini ialah tahap-tahap kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid-murid sebelum mengamalkannya. Dalam erti kata yang lain, murid-murid perlu menguasai setiap tahap dalam kemahiran mendengar dan juga bertutur sebelum dilabelkan sebagai mahir. Peringkat pertama yang perlu dikuasai ialah menerima serta membezakan bunyi-bunyi bahasa yang hampir sama dengan contohnya. b-p d-l s-t g-k bagi dan pagi dari dan lari beras dan berat gali dan kali

Seterusnya ialah peringkat kedua iaitu memahami bunyi bahasa yang bermakna seperti perkataan, frasa, klausa, ayat. Dengan itu, pemahaman mengenai bunyi

bahasa adalah dipengaruhi oleh pengetahuan, pengalaman budaya serta sikap murid-murid yang bertindak sebagai pendengar. Jadi untuk memastikan murid-murid memahami bunyi bahasa, murid seharusnya mempunyai pengetahuan mengenai sistem bahasa yang didengar. Seterusnya ialah pengetahuan mengenai situasi berlakunya pertuturan yang didengar serta pengetahuan sedia ada seperti fakta serta budaya bahasa yang didengar serta cara bahasa tersebut digunakan.

Terdapat tiga peringkat kemahiran mendengar berdasarkan perkembangan murid. Pada peringkat yang pertamanya dikenali sebagai peringkat awal. Peringkat ini melibatkan beberapa kemahiran mendengar yang perlu dikuasai oleh murid. Antara kemahiran mendengar tersebut ialah mengecam, mengajuk serta memilih bunyi seperti bunyi binatang. Selain itu, kemahiran-kemahiran mendengar yang lain iaitu mendengar dan mengecam makna perkataan, rangkai kata dan ayat serta melakukan sesuatu yang disuruh. Di samping itu, menjalankan perintah, bertindak balas terhadap soalan-soalan mudah serta mengingat dan memadankan perkataan dan ayat-ayat mudah dengan tepat. Seterusnya pada peringkat pertengahan pula, kemahiran mendengar yang perlu dikuasai ialah mengecam serta mengingat fakta serta butiran secara tepat dan terperinci. Selain itu, murid juga perlu mengenal maklumat khusus, mengesan urutan serta mengenal sebab dan akibat sesuatu perkara. Di samping itu, pada peringkat ini, kemahiran mendengar yang perlu dikuasai ialah mengenal perhubungan orangorang yang berinteraksi dan juga mengenal sikap serta perasaan yang bercakap. Peringkat yang terakhir iaitu peringkat maju yang melibatkan tujuh kemahiran mendengar. Kemahiran pertama ialah mengenal isi-isi penting. Ini perlu bagi mengetahui apa yang tersirat apa yang didengari. Seterusnya, kemahiran mengetahui peranan dan perhubungan orang yang bercakap serta kemahiran memberitahu fungsi tekanan dan intonasi. Kemahiran lain pada peringkat ini juga ialah mentafsir maksud orang yang bercakap, mengikut aliran dalam dialog atau perbualan serta mencari jalan mengatasi masalah yang didengar. Kemahiran terakhir yang perlu dikuasai dalam peringkat maju iaitu mentafsir tujuan penutur menggunakan pelbagai bentuk struktur tatabahasa. Peringkat penguasaan kemahiran mendengar juga melibatkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah dan guru perlu merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran supaya berjalan dengan lancar. Terdapat tiga

peringkat dalam perancangan pengajaran dan pembelajaran iaitu peringkat pra mendengar, peringkat semasa mendengar dan peringkat selepas mendengar. Terdapat empat aktiviti dalam peringkat pra mendengar seperti memberi tugasan atau soalan kepada murid sebelum mereka mula mendengar. Guru memberi gambaran yang menyeluruh atau penerangan yang ringkas mengenai apa yang hendak diperdengarkan. Aktiviti arahan yang jelas mengenai tugasan serta memastikan bahan rangsangan dalam keadaan baik serta mencukupi untuk digunakan dalam aktiviti serta memastikan murid bersedia untuk menjalankan aktiviti. Aktiviti bagi peringkat semasa mendengar pula ialah memastikan murid menumpukan sepenuh perhatian terhadap bahan rangsangan dan juga mengatasi sebarang gangguan atau masalah yang timbul secepat mungkin ketika aktiviti dijalankan. Pada peringkat terakhir aktiviti yang boleh dijalankan ialah memberi jawapan terhadap masalah yang dihadapi oleh murid mengenai bahan rakaman yang didengar dan memberi penekanan kepada aspek-aspek penting dalam bahan rakaman. Seterusnya, memastikan murid menyempurnakan tugasan dan membuat pengukuhan serta menjalankan aktiviti tindakan susulan yang bersesuaian dengan aktiviti yang telah dijalankan.

2.1.3 Aktiviti kemahiran mendengar

Kemahiran mendengar merupakan satu kemahiran yang penting dan perlu dikuasai oleh pelajar bersesuaian dengan Objektif Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah yang pertama iaitu setelah akhir pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu murid dapat mendengar pengucapan dengan teliti dan memahami serta menghayati pengucapan dalam konteks perbualan harian dan formal. Aktiviti merupakan salah satu perkara yang penting untuk memastikan muridmurid telah dapat menguasai kemahiran-kemahiran bahasa dengan baik. Dalam kemahiran mendengar juga terdapat beberapa aktiviti untuk menguji atau meningkatkan tahap kemahiran mendengar setiap pelajar. Antara contoh aktiviti yang dilakukan ialah mendengar dan menyebut perkataan. Pelajar mendengar guru menyebut perkataan. Seterusnya pelajar dikehendaki mengulangi perkataan yang disebut oleh guru berulang kali. Misalnya jika guru menyebut perkataan ladang,

padang, lantai, pantai, lali, lori, galah atau kalah, pelajar juga perlu mengulang dan menyebut perkataan yang sama dengan guru. Hanya pelajar yang menguasai kemahiran mendengar dengan baik dapat mengulangi perkataan yang disebut oleh guru. Aktiviti latih tubi pemintal lidah juga boleh dilakukan kepada para pelajar. Pelajar diuji untuk menyebut perkataan yang hampir sama sebutannya berulang-ulang kali. Ayat yang dibentuk berasaskan perkataan tersebut mestilah bermakna untuk memaksimumkan kesannya. Contoh- contoh ayat pemintal lidah ialah pandang tandan depan padang, dari darah dan nanah yang hanyir tumpah ke tanah, berat beras dua belas kilo dan tulang temulang di atas belulang. Aktiviti yang lain ialah memadankan perkataan dengan gambar. Murid diberi kertas edaran yang mengandungi beberapa set perkataan yang mempunyai sedikit perbezaan bunyi dalam suatu set perkataan. Guru menyebut perkataan itu dan murid diminta memadankannya dengan gambar berkenaan. Contoh aktiviti tersebut adalah seperti berikut : Arahan kepada murid : Bagi tiap-tiap soalan kamu akan mendengar tiga perkataan. Tuliskan huruf-huruf A, B atau C dalam ruangan di bawah gambar yang sesuai. Soalan 1 : A = buku, B = kuku, C = duku Rajah 2 : Gambar buku, kuku dan duku Disamping itu, aktiviti mendengar untuk memahami dan melakukan tindak balas juga boleh dilaksanakan. Pada peringkat ini, latihan diberi untuk menguji pemahaman murid terhadap apa yang diperdengarkan dan seterusnya bertindak balas. Terdapat beberapa aktiviti yang boleh dijalankan. Antaranya ialah :

I. Aktiviti mendengar yang memerlukan tindak balas ringkas. II. Aktiviti mendengar yang memerlukan tindak balas yang lebih lama. III. Aktiviti mendengar sebagai asas untuk belajar dan perbincangan.

2.1.4 Faktor-faktor yang mempengaruhi kemahiran mendengar

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pertuturan seseorang individu. Antaranya adalah seperti berikut :

2.1.4.1 Fizikal Murid yang normal dapat mendengar dengan sempurna, tetapi peringkat kemahiran ini berbeza antara setiap individu; ada yang tajam pendengarannya dan ada pula yang sebaliknya walaupun mereka tidak tergolong dalam cacat pendengaran.

2.1.4.2 Jantina Terdapat perbezaan kemahiran mendengar antara kanak-kanak lelaki dengan kanak-kanak perempuan, misalnya kanak-kanak lelaki yang berumur antara 7-9 tahun lebih lemah kemahiran mendengar mereka berbanding dengan kanak-kanak perempuan yang sebaya dengannya.

2.1.4.3 Status sosioekonomi Latar belakang keluarga, kemudahan di rumah, interaksi antara ahli keluarga mempengaruhi kebolehan mendengar dan emosi kanak-kanak. Kanak-kanak yang terganggu emosinya tidak akan dapat memberi tumpuan sepenuhnya terhadap apa yang didengar.

2.1.4.4 Gangguan bunyi Keadaan persekitaran yang terganggu dengan pencemaran bunyi boleh mempengaruhi kebolehan mendengar. Misalnya, penumpuan murid terhadap pengajaran guru akan terganggu jika suasana bising seperti kenderaan yang lalu lalang dan acara-acara yang diadakan di persekitaran sekolah.

2.1.4.5 Mental Kemahiran mendengar berkait rapat dengan daya pemikiran kerana sesuatu yang didengar melalui deria telinga akan melalui proses mental untuk mendapat tindak balas. Tahap pemikiran kanak-kanak akan mempengaruhi kecekapan mendengar mereka. 2.2 Kemahiran Bertutur Kemahiran bertutur pula merupakan kemahiran kedua dalam aspek kemahiran berbahasa. Kemahiran ini dikuasai dan dipelajari selepas seseorang kanak-kanak berjaya menguasai kemahiran mendengar. Kemahiran ini dikatakan

sebagai dikuasai selepas menguasai kemahiran mendengar kerana kedua-dua kemahiran lisan ini mempunyai kolerasi antara satu sama lain. Hal ini kerana, jika seseorang kanak-kanak itu tidak berjaya menguasai kemahiran mendengar bermakna dia tidak dapat mengetahui tentang bahasa yang digunakan. Sekali imbas, dapat ditafsirkan kemahiran bertutur ini sebagai kegiatan melafazkan bunyibunyi yang dilahirkan daripada alat sebutan (artikulator) manusia.

2.2.1 Definisi kemahiran bertutur Menurut Nor Aina Dani (2007), satu lagi kemahiran yang tergolong dalam kemahiran lisan ialah kemahiran bertutur iaitu kemahiran menyebut dan

membunyikan bunyi-bunyi bahasa dengan pengujaran kata-kata atau ayat dalam intonasi, nada (tekanan suara ), jeda serta helaan yang betul. Unsur-unsur ilmu linguistik yang dinamakan suprapenggalan ini merupakan aspek yang nyata dan penting dalam lisan. Bagi setengah-setengah bahasa, perubahan kepada unsurunsur ini akan melibatkan perbezaan maksud atau makna. Mengenal pasti intonasi yang berbeza-beza ini amat penting bagi mewujudkan suasana pertuturan yang baik, licin dan lancar. Oleh itu, aspek ini juga perlu diberi penekanan dalam pengajaran dan pembelajaran. Menurut Nor Aina Dani (2007), pertuturan adalah gabungan daripada bunyibunyi bahasa yang dilafazkan. Proses pertuturan berlaku di peringkat produksi. la berlaku setelah si penutur itu dapat mendengar dan memahami dengan baik apa yang didengarnya. Individu banyak belajar bertutur melalui pengalaman daripada kecerdasan otaknya.

2.2.2 Faktor-faktor yang mempengaruhi kemahiran bertutur Penguasaan kemahiran bertutur dalam kalangan murid berlaku dalam tiga peringkat iaitu peringkat awal, peringkat pertengahan dan juga peringkat maju. Peringkat awal penguasaan kemahiran bertutur, murid perlu menguasai sembilan kemahiran. Antara kemahiran yang perlu dikuasai ialah melafazkan pengucapan bertatasusila, mengajuk perkataan serta ayat-ayat yang didengar dan menyoal untuk mendapatkan maklumat. Seterusnya membuat teguran atau kenyataan mengenai sesuatu situasi, mengemukakan soalan-soalan mudah berdasarkan situasi tertentu. Kemahiran selanjutnya yang perlu dikuasai ialah dengan mengemukakan soalan-

soalan mudah berdasarkan situasi yang tertentu,dapat bertindak terhadap soalansoalan mudah. Pada peringkat pertengahan pula, murid perlu menguasai sepuluh kemahiran yang terdiri daripada kemahiran melakukan deskripsi mengenai objek atau gambar, bercerita berdasarkan satu siri gambar atau gambar bersiri, mendeskripsikan pengalaman atau sesuatu peristiwa serta memberi satu siri arahan untuk melakukan sesuatu. Kemahiran seterusnya yang perlu dikuasai ialah membaca iklan dan peraturan, memberi ucapan pendek dan mudah, menyoal dan menjawab soalan berkaitan peribadi seseorang , suasana persekolahan, persekitaran, suasana di rumah dan sebagainya. Di samping itu, kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid pada peringkat ini juga ialah mengambil bahagian dalam perbualan mudah serta dapat membuat ulasan, memberi pendapat atau pandangan secara mudah. Pada peringkat yang terakhir iaitu peringkat maju pula dua belas kemahiran yang perlu mereka kuasai. Kemahiran-kemahiran tersebut adalah dapat

mendeskripsikan sesuatu peristiwa, objek, permainan, proses dan sebagainya. Peringkat maju ini, murid seharusnya dapat bercerita dengan menggunakan alat pandang atau tanpa menggunakannya. Mengambil bahagian dalam perbincangan, perbualan ataupun dialog serta bertanya untuk mendapatkan maklumat juga merupakan antara kemahiran yang biasanya dikuasai pada peringkat maju ini. Kemahiran seterusnya ialah kemahiran menghuraikan proses, kejadian, prosedur dan peraturan, memberitahu arah atau hala sesuatu tempat serta memberi ceramah atau syarahan juga adalah salah satu daripada kemahirannya. Selanjutnya, murid mengambil bahagian dalam perbahasan, diskusi, forum, perbincangan, seminar, dan sebagainya serta mengambil bahagian dalam drama atau lakonan juga antara kemahiran peringkat maju. Peringkat maju ini turut menekankan kemahiran menyampaikan komen, laporan atau ulasan serta mengkritik cerpen, pendapat, puisi, novel dan sebagainya.

2.2.3 Faktor-faktor yang mempengaruhi pertuturan Antara faktor yang mempengaruhi pertuturan kanak-kanak ialah: 2.2.3.1 Kecerdasan Kanak-kanak yang cacat otaknya selalu mempunyai pertuturan yang tidak sempurna. Kajian-kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang lembab bercakap didapati lebih lewat kecerdasannya berbanding dengan kanak-kanak yang cepat

bercakap. Ini membuktikan bahawa kanak-kanak yang rendah tahap kecerdasannya akan mengalami kesukaran untuk bertutur dengan baik.

2.2.3.2 Kesihatan Seseorang kanak-kanak mendapat sakit berlanjutan di masa kecil,

penguasaan bahasa mereka akan terganggu. Biasanya kanak-kanak yang lemah dan sakit tidak mempunyai kekuatan untuk berfikir dan bercakap. Selain itu ialah faktor fizikal yang mana pertuturan biasanya terhasil daripada organ-organ vokal manusia. Jika secara fizikalnya didapati organ-organ ini rosak atau tidak lagi berfungsi maka sudah pasti kanak-kanak itu tidak boleh bertutur dengan baik.

2.2.3.3 Taraf sosioekonomi Kajian tentang penguasaan bahasa kanak-kanak menunjukkan bahawa kanak-kanak daripada keluarga atasan dan pertengahan didapati boleh menguasai bahasa dengan lebih cepat dan lebih baik daripada kanak-kanak keluarga bawahan. Semakin tinggi taraf ekonomi sesebuah keluarga, semakin tinggi pula taraf penguasaan bahasa ahli-ahli keluarganya.

2.2.3.4 Jantina Kajian-kajian yang telah dijalankan didapati kanak-kanak perempuan lebih dahulu bercakap daripada kanak-kanak lelaki. Ini disebabkan oleh perkembangan jasmani kanakkanak perempuan yang berkaitan dengan urat saraf pertuturan mereka berlaku lebih cepat daripada kanak-kanak lelaki.

2.2.3.5 Dwibahasa Kanak-kanak ekabahasa biasanya boleh bertutur lebih baik berbanding dengan kanak-kanak dwibahasa. Kanak-kanak yang mempelajari bahasa kedua sering menemui kesulitan. Ini kerana penguasaan bahasa pertama atau bahasa ibunda selalu menggangu bahasa yang dipelajari itu. Sistem nahu dan sebutan bahasa ibunda iti tidak sama dengan sistem bahasa sasaran dan ini menyebabkan kanak-kanak itu tidak boleh bertutur dengan baik dalam bahasa tersebut.

3.0 DAN

PENYEDIAAN PENGAJARAN HARIAN YANG MENGANDUNGI KAEDAH AKTIVITI PENGAJARAN BAHASA MELAYU DALAM KEMAHIRAN

MENDENGAR DAN BERTUTUR.

Tarikh Masa Tahun Bilangan Murid Tema Tajuk Pelajaran

: 12 Julai 2013. : 7.40 8.40 ( 60 minit ) : 5 Dahlia. : 35 orang. : Cerita Binatang : Anjing dengan Bayang-Bayangnya

Objektif Eksplisit:

Pada akhir pelajaran murid dapat :

i.

Menyenarai dan menyusun lima isi penting mengikut urutan cerita yang

terdapat dalam bahan bacaan yang telah dibaca. ii. iii. Menceritakan semula cerita yang telah didengar. Membaca tiga daripada lima ayat tunggal yang dicatatkan dipapan tulis

dengan sebutan dan intonasi yang betul.

Fokus Utama:

10.1

Menghasilkan pelbagai genre (prosa/puisi) termasuk e-mel yang mudah, Menarik dan bermakna.

Aras 1 : Mengenal pasti isi daripada pelbagai sumber berdasarkan tajuk. Fokus Sampingan :

2.1

Bercerita menggunakan kata, frasa, ayat serta sebutan dan intonasi yang baik dan jelas

Aras 2 : Bercerita berdasarkan bahan yang dibaca dan peristiwa yang dialami menggunakan pelbagai jenis pola ayat.

5.1

Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami apa-apa yang dibaca.

Aras 1 (i) : Membaca perkataan, frasa dan ayat yang mengandung ayat tunggal dan ayat majmuk dengan sebutan dan intonasi yang betul.

Pengetahuan Sedia Ada : Murid telah biasa mendengar dan membaca cerita-cerita binatang daripada pelbagai sumber Sistem Bahasa : i. Tatabahasa : ayat tunggal. ii. Kosa kata : termengah-mengah, menggonggong, menjenguk

Pengisian Kurikulum : i. Ilmu : Sains Ii Nilai murni : bersyukur, kesederhanaan.

Kemahiran Bernilai Tambah : i. Kemahiran berfikir : membanding dan membeza. ii. Belajar cara belajar : mengumpul maklumat. iii. Teori Kecerdasan Pelbagai : verbal linguistik, interpersonal, muzik dan kinestetik. iv. KMD : sedar daripada kesilapan. Isi Pelajaran : i. Cerita Anjing dengan Bayang-Bayangnya. ii. Ayat tunggal. iii. Kosa kata. Bahan Bantu Mengajar : i. Kad teka-teki. ii. Kad gambar anjing iii. Pita rakaman. iv. Kad ayat. v. Petikan cerita vi. Borang pengurusan grafik

Langkah & Masa Set Induksi (5 minit)

Isi Pelajaran

Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran Guru menunjukkan gambar anjing. Murid meneka beberapa tajuk cerita yang mempunyai kosa kata anjing.

Catatan

Guru menunjukkan gambar anjing. (Gambar) Murid meneka tajuk cerita . Iaitu cerita Anjing dengan Bayang-Bayangnya.

Kad gambar

Langkah 1 Murid menonton cerita Anjing ( 10 minit ) dengan Bayang-Bayangnya.

Guru menunjukkan rakaman cerita Anjing dengan BayangBayangnya. Murid menonton tayangan tersebut. Guru mengedarkan petikan cerita Anjing dengan BayangBayangnya. Guru membimbing murid membaca dengan sebutan dan intonasi yang betul. Guru membimbing murid supaya menceritakan semula cerita yang telah dibaca dengan menggunakan pelbagai ayat.

-CD Anjing dengan BayangBayangnya. - Teks bacaan. - Nilai murni: Bersyukur dan Kesederhan aan - Penilaian HP 5.1, Aras 1(ii) dan HP 2.1, Aras 2 (i).

Langkah 2 ( 10 minit )

Petikan cerita Sang Kancil dan Buaya. Soalan Guru: 1. Apakah yang dicuri oleh anjing? 2. Bagaimana anjing tersebut menyeberangi sungai?

Guru bersoaljawab mengenai isi cerita dan menerapkan nilai murni. Guru membimbing murid mencari dan menyusun isi-isi penting cerita yang telah dibaca.

Teks bacaan. - Nilai murni Bersyukur - KMD: Sedar daripada kesilapan

3. Mengapa daging yang digonggong oleh anjing jatuh ke dalam sungai?

Langkah 3 Menyenaraikan sifat-sifat buruk ( 10 minit ) yang ada pada diri seseorang yang mesti dijauhi.

Guru membimbing - Kemahiran murid untuk berfikir: menyenaraikan Menyenarai sifat-sifat buruk yang terdapat dalam cerita - Alat secara berkumpulan berfikir: dengan Borang menggunakan borang Pengurusan pengurusan grafik. Grafik - Ketua kumpulan membentangkan hasil perbincangan mereka. Penyerapan ilmu: Sains. - Kemahiran interpersona l. - Kemahiran mengumpul maklumat.

Langkah 4 Penyerapan Tatabahasa ( 10 minit ) (Ayat Tunggal) memberi erti kosa kata: termengah-mengah, menggonggong, menjenguk

Guru membimbing murid membaca ayat tunggal yang disediakan pada kad ayat. Guru membimbing murid mencari ayat tunggal yang terdapat dalam petikan cerita. Guru membimbing murid membina ayat tunggal sendiri. Guru membimbing murid untuk memberi erti kosa kata yang disediakan.

Kad ayat. Teks bacaan. TKP: verballinguistik

Langkah 5 ( 10 minit )

Latihan berkumpulan Menyenarai dan menyusun mengikut urutan lima isi penting daripada petikan. Guru membimbing murid membuat tugasan mengikut kumpulan.

Penilaian: HP 10.1, Aras 1 (i).

Pengayaan : Guru meminta murid menyenaraikan peribahasa yang mempunyai kosa kata anjing berpandukan gambar. Pemulihan : Murid menceritakan semula cerita Anjing dengan Bayang-Bayangnya.

Penutup ( 5 minit )

Guru melafazkan pantun. Dalam semak ada duri Ayam kuning buat sarang Orang tamak selalu rugi Bagai anjing dengan bayang-bayang - Rumusan isi pelajaran. - Penerapan nilai murni.

Guru membimbing murid berpantun dan disertai dengan gerak tangan dan badan. Guru membimbing murid merumuskan isi pelajaran dan menerapkan nilai murni yang terdapat dalam cerita tersebut.

Nilai murni: hormat menghormati. TKP: muzik dan kinestetik.

4.0

Kesimpulan

Anda mungkin juga menyukai