Anda di halaman 1dari 3

VASUGI A/P SHAMUGAM ( K17 )

Konsep Pendidikan di Malaysia Pendidikan bermaksud pengetahuan, nilai, sikap dan kemahiran yang disampaikan melalui usaha sistematik yang dilaksanakan oleh sesuatu masyarakat dalam memperkembangkan potensi individu. Selain itu, menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, pendidikan bermaksud perihal mendidik. Definisi pendidikan juga adalah proses pengubahan sikap dan tata laku seseorang atau kelompok orang dalam usaha mendewasakan manusia melalui keupayaan pengajaran dan pelatihan. Matlamat umum pendidikan adalah untuk melahirkan individu yang dapat mengawal persekitaran. Selain itu, matlamat pendidikan adalah untuk membentuk insane yang dapat menentukan objektif-objektifnya tersendiri. Pendidikan juga melahirkan individu yang dapat menyatakan sesuatu dengan jelas. Sistem pendidikan juga bermatlamat untuk mewujudkan individu yang dapat bertanggungjawab terhadap kebajikan masyarakat. Melalui pendidikan juga, seseorang dapat memberi sumbangan terhadap pembentukan semula masyarakat. Objektif pendidikan pula adalah untuk mengadakan satu sistem pendidikan untuk mengintegrasi perpaduan kaum. Seterusnya, objektifnya adalah untuk menyediakan pendidikan dan latihan untuk mendapatkan tenaga rakyat yang berguna bagi pembangunan negara. Objektif pendidikan juga adalah untuk meninggikan mutu pelajaran dalam usaha membentuk masyarakat yang progresif berorientasikan sains dan teknologi. Pendidikan jugan menyediakan peluang-peluang pendidikan yang saksama kepada semua murid dari pelbagai peringkat. Akhirnya, objektif pendidikan

juga adalah untuk memperbaiki usaha penyelidikan, perancangan dan kebolehan pelaksanaannya untuk mencapai objektifnya. Terdapat empat jenis konsep pendidikan iaitu pendidikan berterusan, pendidikan lanjutan, pendidikan dewasa dan pendidikan berulang. Pendidikan berterusan ialah pendidikan yang memberi tumpuan kepada individu yang sudah kenal huruf dan sudah memperoleh kemahiran asas. Manakala, pendidikan lanjutan ialah proses pendidikan yang sudah kenal huruf dan sudah melalui pendidikan wajib. Pendidikan wajib ialah pendidikan sekolah rendah iaitu semua kanak-kanak wajib mengikutinya seperti yang diperuntukkan oleh Akta Pelajaran 1961 dan Akta Pendidikan 1996. Pendidikan dewasa lebih bersifat liberal atau terbuka yang diadakan pada waktu lapang. Pendidikan ini boleh memenuhi keperluan dan minat yang pelbagai menurut tahap kebolehan dan kefahaman dan bagi mengisi perubahan peranan dan tanggungjawab dalam kehidupan. Pendidikan berulang pula adalah pendidikan yang mengambil tempoh-tempoh tertentu untuk golongan dewasa yang sedang bekerja. Kesimpulannya, pendidikan di Malaysia adalah satu proses pembelajaran yang berterusan. Pendidikan dapat membina individu yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Selain itu, pendidikan juga penting bagi melahirkan generasi yang berilmu pengetahuand an berketrampilan untuk mengisi keperluan tenaga manusia.

Rujukan Syed Ismail Syed Mustafa dan Ahmad Subki Miskon. (2011). Pengantar Pendidikan. Selangor Darul Ehsan : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Pengertian Pendidikan. Diakses pada September 20, 2011 daripada http://kangmoes.com/artikel-tips- trik-ide-menarik-kreatif.definisi/pengertianpendidikan.html Azizi Jaafar.(2009). PN 3311 D1 Pengantar Pendidikan. Di akses pada September 20, 2011 daripada http://tapjip.blogspot.com/2009/07/definisi-pendidikan.html Chua Yan Piaw. Falsafah Pendidikan. Di akses pada September 20, 2011 daripada http://yanpiaw0.tripod.com/kpli/Falsafah_Pendidikan.htm Azizi Jaafar. (2009). EDU 3101 Falsafah Dan Pendidikan di Malaysia. Di akses pada September 21, 2011 daripada http://azizijaafarjip.blogspot.com/2009/04/bab-2konsep-falsafah.html

Anda mungkin juga menyukai