Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI YUVARANI A/P SUBRAMANIAM

Saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dapat menyempurnakan tugasan Tamadun Islam dan Tamadun Asia Tenggara yang telah diberikan ini bertepatan dengan masa yang telah ditetapkan. Di sini saya ingin berkongsi refleksi saya terhadap tugasan projek ini. Pada awal tugasan, pensyarah kami iaitu Abdul Satar Bin Mohamad terlebih dahulu membincangkan serta memberikan penerangan untuk menyiapkan tugasan ini. Hal ini memudahkan tugasan saya untuk menyempurnakan tugasan. Walau bagaimanapun, tidak lengkap sekiranya kejayaan ini tanpa keperitan dalam menyiapkannya. Tidak dinafikan maklumat yang diperlukan tidak mencukupi untuk melengkapkan tugasan ini sesempurna yang dilihat. Namun,pensyarah kami, Abdul Satar Bin Mohamad selaku pembimbing tetap diutamakan sebagai sumber rujukan utama terpenting untuk mendapatkan maklumat. Walaubagaimanapun, semasa saya berada dalam proses untuk menyempurnakan tugasan pada kali ini, saya menghadapi sedikit kesulitan. Saya menghadapi masalah untuk mencari sumber rujukan. Hal ini demikian kerana, liputan rangkaian internet yang kurang memuaskan dan sangat lemah di blok asrama serta banyak sumber rujukan disekat oleh pihak institut. Manakala perpustakaan kampus juga mengalami masalah kekurangan bahan bacaan dan sumber rujukan yang berkaitan dengan Tamadun Islam dan Tamadun Asia Tenggara. Hal ini mungkin terjadi kerana setiap pelajar semester satu Program PISMP sedang

menyempurnakan tugasan masing-masing. Maka bahan rujukan juga menjadi terhad kerana semua pelajar berebut-rebut untuk mencari bahan bagi menyempurnakan tugasan masingmasing. Namun, masalah ini dapat saya atasi dengan bantuan yang dihulurkan oleh para pensyarah matapelajaran Tamadun Islam dan Tamadun Asia Tenggara terutamanya Abdul Satar Bin Mohamad. Beliau tidak jemu-jemu memberikan tunjuk ajar dan panduan tentang cara untuk melaksanakan tugasan ini. Beliau turut memberi komen dan cadangan bagi penambahbaikan tugasan yang saya lakukan ini. Saya turut disarankan agar menyediakan hasil tugasan yang ringkas tetapi padat dan baik bagi tugasan yang lakukan ini. Selain itu, rakan sekelas saya dan pelajar-pelajar yang turut melaksanakan tugasan ini memberikan kerjasama

mereka dengan berkongsi ilmu pengetahuan dan kefahaman mereka tentang cara pelaksanaan tugasan. Melalui tuhasan ini juga, saya dapat mendalami lagi tentang ilmu-ilmu berkaitan dengan perubatan, matematik, fizik, astronomi, kalendar, sistem pendidikan dan sebagainya terhadap tamadun Dunia sekaligus Tamadun Asia Tenggara. Sebelum ini saya tidak pernah mendalami tentang ciri-ciri bagi setiap tamadun seperti yang dilakukan dalam melaksanakan tugasan ini. Hal ini demikian kerana, saya mendapat banyak pengetahuan tentang perkembangan ilmu terhadap tamadun. Sehubungan dengan itu, saya juga dapat mempelajari peranan aktiviti penterjemahan dalam tamadun islam terhadap perkembangan ilmu di Eropah. Dengan melaksanakan tugasan ini, saya dapat mengenali dengan mendalam tentang sumbangan tamadun Islam dalam membangunkan tamadun-tamadun di Eropah. Seterusnya, sebagai seorang yang bakal menjadi pendidik dapat mengumpulkan idea serta mengetahui peranan saya dalam menyediakan murid untuk terlibat secara langsung dalam dunia pendidikan. Sementelahan itu, saya telah menerima segala kritikan daripada kawan-kawan saya dan memperbaiki kesalahan saya serta bertolak ansur dengan mereka untuk memudahkan pelancaran tugasan projek saya. Setelah selesai membuat pengkajian dan pengumpulan data, saya membuat perbincangan dengan rakan sekelas bagi melengkapkan laporan. Malahan, saya mengetahui kelebihan berkolaborasi dapat menghasilkan sebuah tugasan projek yang terbaik. Saya berharap dengan melaksanakan tugasan ini, saya dapat menggunakan pengetahuan dan pemahaman saya pada masa akan datang. Akhirnya, tugasan ini dapat saya sempurnakan dengan lancar dan telah dapat disempurna dalam tempoh yang telah ditetapkan. Saya berharap agar pensyarah pembimbing saya bagi matapelajaran Tamadun Islam dan Tamadun Asia Tenggara iaitu Abdul Satar Bin Mohamad menerima dan berpuas hati dengan hasil tugasan yang telah saya hasilkan ini. Sekian, terima kasih.