Anda di halaman 1dari 15

(TEMPLET TUGASAN - VERSI BAHASA MALAYSIA) HADAPAN)

(MUKA SURAT

FAKULTI FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGE

SEMESTER / TAHUN JANUARI 2011

KOD KURSUS HBEF 2103

TAJUK KURSUS PSIKOLOGI PENDIDIKAN

NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGNEALAN NO. TELEFON E-MEL

820417075096001 : 820417-07-5096

: :

013-4899466 alhuda_1716@yahoo.com

HBEF2103

PUSAT PEMBELAJARAN LEARNING CENTRE

SEAMEO RECSAM

HBEF2103

MUKADDIMAH

Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin rahmat dan kurniaanNya, dapat saya menyiapkan tugasan ini. Keupayaan yang terbatas selaku manusia biasa serta cabaran dan dugaan yang dihadapi telah dilalui, meskipun memerlukan ketabahan dan kesabaran. Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih saya ucapkan kepada tutor saya iaitu Dr. Hairul Nizam bin Ismail atas segala sumbangan ilmu, kepakaran dan tenaga beliau dalam memberi tunjuk ajar, bimbingan dan nasihat sehingga saya berjaya menyempurnakan tugasan ini. Hanya Allah jua yang dapat membalas jasa baik tuan. Terima kasih yang tidak terhingga juga saya ucapkan kepada rakan-rakan di yang telah menyumbang ilmu yang tidak ternilai harganya sepanjang semester ini. Penghargaan ini juga buat keluarga tercinta kerana memahami serta membantu saya dalam meneruskan cabaran untuk membawa pulang segulung ijazah. Sesungguhnya segala kesabaran dan penat lelah pastinya ada hikmah di sebaliknya. Terima kasih.

NURULHUDA BT ABDUL HAMID 820417075096001

HBEF2103

PENDAHULUAN

Tokoh-tokoh mazhab behavioris yang berpengaruh dalam pembentukan teori pembelajaran ialah Pavlov, Thorndike dan Skinner. Mereka berpendapat bahawa pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan tingkah laku. Kebanyakan teori pembelajaran mereka berasaskan ujian pemerhatian terhadap haiwan-haiwan seperti tikus, anjing, kucing dan burung. Ujian mereka ditumpukan kepada hubungan ransangan dan gerak balas yang menghasilkan perubahan tingkah laku. Mereka juga berpendapat bahawa tingkah laku pelajar boleh diperhatikan, dikawal dan diramal. Penekanan teori ini juga diberikan kepada perkaitan gerak balas diantara individu dengan rangsangan adalah satu proses pembelajaran.

Bagi mazhab sosial atau neobehavorisme menyaarankan teori pembelajaran menggabungkan teori behavioris dan teori kognitif. Tokoh tersohor mazhab ini adalah seperti Bandura yang menegaskan bahawa pembelajaran melalui proses permodelan, iaitu pembelajaran melalui proses pemerhatian atau peniruan.Beliau berpendapat bahawa teori pembelajaran meliputi aspek pemikiran dalaman seperti yang disarankan oleh ahli psikologi kognitif. Teori pembelajaran sosial mementing tiga unsur unsur asas yang utama iaitu individu (proses), persekitaran (environment) dan tingkah laku (behavior). Dalam tugasan ini, saya akan menghuraikan masalah sebenar saya semasa mengajar disekolah dan membuat penambahbaikan melalui teori Skinner dan Bandura.

HBEF2103

1.SENARIO PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Senario pembelajaran yang pertama ialah pengunduran diri. Pengunduran diri ini ialah murid-murid ini berasa takut kepada guru, malu dengan rakan-rakan dan juga malu untuk melibatkan diri di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Terdapat juga pelajar yang menghadapi masalah penyesuaian emosi dan sosial di dalam kelas. Permasalahan ini juga akan membina tingkahlaku helah bina diri demi mengelakkan aktiviti pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas. Ini kerana, murid-murid ini seringkali berada di dalam keadaan emosi yang cemas, bimbang dan juga rasa kurang selamat. Pencapaian aktiviti pembelajaran mereka juga terlalu rendah akibat pemencilan diri mereka sendiri. Keadaan ini boleh dikaitkan dengan teori pelaziman operan B.F Skinner iaitu guru boleh memberi peneguhan positif kepada kanak-kanak yang menghadapi masalah pengunduran diri ini. Peneguhan positif yang boleh diberikan kepada kanak-kanak tersebut jika mereka berjaya menjawab soalan atau melibatkan diri dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas ialah memberi pujian, penghargaan, hadiah dan sebagainya. Ini akan menyebabkan murid tersebut akan bertambah yakin dan bersemangat untuk berinteraksi dan melibatkan diri dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Secara tidak langsung mereka akan dapat mengatasi masalah emosi mereka secara beransur-ansur seperti merasa cemas dan juga bimbang. Senario yang kedua pula ialah hiperaktif. Hiperaktif ini ialah murid-murid yang terlalu aktif apabila berada di dalam kelas. Mereka tidak dapat duduk diam di sesuatu tempat
5

HBEF2103

dalam tempoh masa yang lama tetapi seringkali bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Mereka juga jenis murid-murid yang inginkan lebih perhatian daripada guru dan rakan. Mereka suka membuat bising, ketawa dengan kuat, tolak menolak serta melakukan sesuatu secara tiba-tiba tanpa memikirkan akibatnya. Antara ciri-ciri hiperaktif yang dapat dikenali adalah mereka mempunyai tenaga yang berlebihan dan sering melibatkan diri di dalam aktiviti yang berlebihan tanpa faedah. Mereka juga mempunyai sosioemosi yang kurang stabil, mudah naik marah dan mudah gementar dan gemuruh.

Keadaan ini boleh dikaitkan dengan teori pembelajaran sosial Albert Bandura dimana beliau merumuskan pelbagai tingkahlaku sosial seperti keagresifan, persaingan, peniruan model dan sebagainya adalah hasil pemerhatian daripada gerak balas yang ditonjolkan oleh orang lain. Dalam kes diatas, murid bertindak hiperaktif kerana mereka tidak dapat duduk diam di sesuatu tempat dalam tempoh yang lama. Akibat daripada perlakuan ini, rakan yang lain akan terdorong untuk meniru tingkahlaku hiperaktif murid tersebut seperti membuat bising di dalam kelas, ketawa dengan kuat dan tolak menolak. Kesan daripada situasi ini, akan menyebabkan keadaan kelas menjadi huru hara dan menyebabkan kawalan kelas tidak dapat dikawal. Selain itu, aktiviti pengajaran dan pembelajaran juga akan turut terganggu. Objektif hasil pengajaran dan pembelajaran pada hari itu tidak dapat dicapai dengan tahap yang memuaskan. Seterusnya, keseluruhan kelas akan ketinggalan dalam subjek yang diajar pada hari tersebut. Senario yang ketiga pula ialah murid-murid yang kurang penumpuan di dalam kelas. Hal ini kerana mereka mungkin tidak memahami apa yang dipelajari di dalam kelas. Selain itu juga mungkin disebabkan gangguan dari luar kelas dan di dalam kelas serta mereka merasa bosan dengan aktiviti pembelajaran yang dijalankan. Apabila mereka tidak dapat menumpukan perhatian di dalam kelas mereka akan mengganggu rakan-rakan seperti mengambil barang rakan, bercakap sesama sendiri dan juga akan melakukan aktiviti lain seperti melukis dan menconteng di atas kertas lain. Keadaan ini boleh dikaitkan dengan teori B.F Skinner kerana suatu kemahiran belajar atau teknik yang dipelajari hendaklah diberi peneguhan secara berterusan dan diikuti dengan secara berkala agar kemahiran atau teknik itu dapat diperkukuhkan dan dikekalkan. Penggunaan peneguhan positif yang membawa keseronokan adalah lebih berkesan daripada peneguhan negatif yang membawa kesakitan atau hilang keselesaan. Dalam kes ini, murid
6

HBEF2103

tersebut

tidak dapat memberi tumpuan semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran

dijalankan. Akibatnya murid tersebut akan ketinggalan di dalam sesuatu subjek. Mereka juga akan mempengaruhi murid lain sehingga mereka tidak dapat mengikuti aktiviti pengajaran yang dijalankan. Gangguan luar juga akan memberi implikasi yang besar kepada pembelajaran murid. Gangguan-gangguan tersebut ialah murid tersebut melihat kanak-kanak lain bermain di luar atau senario yang berlaku di luar kelas seperti orang yang lalu lalang atau bersembang di luar kelas.

2. HURAIAN TEORI

Teori pertama yang telah dipilih ialah teori Pelaziman Operan B.F Skinner. Teori Pelaziman Operan B.F Skinner ini telah dikemukakan oleh B.F Skinner. Perkataan operan dicipta oleh Skinner yang membawa maksud bertindak balas. Pelaziman operan ialah apabila organisme menghasilkan sesuatu gerak balas kerana organisme itu mengoperat ke atas persekitarannya. Contohnya , seekor anjing akan menghulurkan kaki depannya sekiranya ia diketahui bahawa tingkahlaku itu akan diikuti dengan makanan. Begitu juga dengan seorang budak yang mengemaskan tempat tidur jika dia tahu akan dibelanja makan ais krim. Menurut Skinner teori pelaziman gerak balas boleh dikuatkan atau dihapuskan jika diberikan peneguhan kepada pelajar sebaik sahaja gerakbalas itu ditunjukkan. Peneguhan ialah perkara yang dilakukan untuk menggalakkan sesuatu perlakuan itu diulangi. Dalam pelaziman klasik, organisme tidak mengubah keadaan persekitaran. Misal kata, anjing Pavlov tidak ada pilihan untuk bertindak dengan mengeluarkan air liur apabila diberikan makanan dan bunyi loceng. Manakala, dalam pelaziman operan, organisme mempunyai pilihan untuk bertindak atau tidak kerana gerak balasnya menentukan rangsangan yang diberikan. Prinsip-prinsip asas pelaziman operan terdapat lima jenis iaitu peneguhan positif, peneguhan negatif, hukuman, prinsip Premack dan pelupusan. Peneguhan terbahagi kepada dua iaitu peneguhan positif dan juga peneguhan negatif. Hukuman pula merupakan denda yang boleh diberikan. Peneguhan positif boleh diberikan secara berterusan atau bentuk berkala. Peneguhan berterusan ialah peneguhan yang akan diberikan kepada pelajar selepas
7

HBEF2103

setiap reaksi yang diingini ditunjukkan. Guru juga boleh menggunakan peneguhan ini di dalam bilik darjah. Peneguhan negatif pula ialah rangsangan serta merta yang tidak selesa dan menyakitkan yang ingin dielakkan. Rangsangan yang tidak selesa ini dapat dielakkan sekiranya seseorang dapat membuat gerak balas yang betul atau gerak balas yang dikehendaki. Hukuman pula merupakan salah satu proses atau tatacara untuk melemahkan atau mengurangkan berulangnya tingkah laku yang tidak diingini. Hukuman juga menyebabkan kebarangkalian sesuatu gerak balas atau tingkahlaku yang terhasil berkurangan atau langsung dihapuskan. Tegasnya hukuman adalah kesan yang negatif yang membawa kepada pengurangan dalam kekerapan berlakunya tingkahlaku tersebut. Hukuman ini juga terbahagi kepada dua iaitu hukuman persembahan dan hukuman penyingkiran. Hukuman persembahan berlaku apabila sesuatu rangsangan menyebabkan perubahan dalam tingkahlaku pelajar tersebut. Hukuman bentuk ini tidak melibatkan fizikal tetapi dapat menakutkan pelajar. Contohnya seperti guru memberi kerja sekolah tambahan dan juga lari padang. Hukuman penyingkiran berkaitan dengan penyingkiran dalaman. Contohnya pelajar yang bersalah dikenakan hukuman tidak dibenarkan masuk kelas untuk tempoh tertentu. Prinsip Premack pula mengaitkan aktiviti yang kurang diminati dengan aktiviti yang lebih diminati untuk mengukuhkan tingkah laku terhadap aktiviti yang kurang diminati. Prinsip Premack juga dikenali sebagai Grandmas Rule. Di dalam kelas, guru boleh menyelang selikan aktiviti yang menarik dengan aktiviti yang kurang menarik untuk meningkatkan kadar pembelajaran murid itu. Pelupusan pula bermaksud perlakuan yang tidak diberi peneguhan akan lupus dengan sedirinya. Keadaan ini akan dapat diatasi jika peneguhan untuk sesuatu perlakuan itu dapat dikenalpasti. Selain itu, peneguhan itu tidak lagi digunakan dan guru sanggup bersabar dalam menghadapi proses pelupusan kerana hasilnya tidak datang dengan serta merta.

Teori yang kedua yang telah dipilih ialah Teori Pembelajaran Sosial Albert Bandura. Bandura berpendapat sesuatu tingkah laku dipelajari menerusi interaksi dengan orang lain dan juga persekitaran. Semasa berinteraksi, seseorang itu akan memerhatikan tingkahlaku dan seterusnya mereka akan meniru tingkahlaku tersebut. Proses peniruan ini dipanggil modelling iaitu pembelajaran melalui pemodelan. Pembelajaran berlaku melalui kelima-lima deria iaitu
8

HBEF2103

penglihatan, pendengaran, bau, rasa dan juga sentuhan. Melalui penglihatan kita dapat melihat kejadian sesuatu peristiwa. Melalui pendengaran pula kita akan dapat mendengar sesuatu bunyi. Bau pula boleh membuatkan kita merasa lapar dan sentuhan pula akan dapat membezakan antara permukaan licin dengan permukaan yang kasar. Jenis-jenis peniruan pula terbahagi kepada lima iaitu peniruan secara langsung, peniruan secara tidak langsung, sekat lakuan, tidak sekat lakuan dan elisitasi. Peniruan secara langsung ini ialah peniruan melalui pemerhatian. Contohnya adalah seperti guru mendemostrasi membuat tunjuk cara bertayamum dan pelajar akan meniru secara langsung. Peniruan secara tidak langsung iaitu melalui imaginasi atau pemerhatian secara tidak langsung. Contohnya seperti meniru gaya pelakon di dalam filem yang ditontonnya. Peniruan secara sekat lakuan pula ialah, peniruan yang hanya bersesuaian di dalam sesuatu situasi sahaja. Contohnya seperti makan hanya di kantin sahaja. Peniruan tidak sekat lakuan pula ialah tingkahlaku yang ditiru itu ditunjukkan dalam apa jua situasi. Contohnya makan di kantin. Peniruan yang terakhir iaitu peniruan secara elisitasi. Elisitasi ialah mereka meniru perlakuan orang lain, contohnya seperti melihat kawan membeli kotak pensel baru dan timbul keinginan untuk mendapatkan kotak pensel baru juga. Langkah-langkah peniruan pula yang pertama ialah pemerhatian atau attention. Yang kedua ialah penyimpanan atau retention. Yang ketiga pula ialah pengeluaran atau reproduction dan akhir sekali ialah motivasi atau motivation. Bagi langkah yang pertama iaitu pemerhatian, mereka yang ingin meniru akan perhatikan model dan cuba mengingati langkah-langkah yang dilaksanakan oleh model tersebut contohnya, kanak-kanak yang ingin meniru perilaku gurunya akan mengingati cara penampilan guru tersebut. Langkah yang kedua pula iaitu penyimpanan, iaitu langkah-langkah perlakuan model akan disimpan dalam ingatan pelajar. Contohnya, murid akan mengingat penampilan guru tersebut dan akan meniru apabila diingini atau diperlukan. Langkah yang ketiga pula, ialah pengeluaran. Pengeluaran iaitu tingkahlaku yang ditiru akan diperlihatkan dalam situasi atau keadaan yang sesuai, contohnya murid tersebut meniru penampilan guru yang dijadikan model di dalam persembahan Sambutan Hari Guru di sekolahnya. Langkah yang keempat pula ialah motivasi iaitu sekiranya tingkahlaku yang diperlihatkan mendapat peneguhan daripada orang lain maka peniruan ini akan diulangi. Aplikasi daripada teori ini ialah akan dapat membentuk tingkahlaku yang baru dan menggalakkan contoh-contoh tingkahlaku yang positif. Kesan teori ini di dalam suasana bilik
9

HBEF2103

darjah ialah memastikan objektif dan matlamat pengajaran berjaya dicapai contohnya guru menjadi role model di dalam kelas. Selain itu , dapat menaikkan semangat murid-murid untuk terus berusaha kerana ingin mendapatkan penghargaan daripada guru. Contonya, guru menggunakan rakan sebaya yang cemerlang menjadi role model untuk membuat desmostrasi dalam kelas. Selain itu juga dapat menerapkan nilai murni contohnya, teknik main peranan dan simulasi melalui watak bersejarah. Kesan teori ini dalam kehidupan seharian pula ialah guru dan ibu bapa akan sedar bahawa mereka mengajar berdasarkan konsep contoh. Mereka tidak nampak kepentingan model tersebut. Selain itu, ialah pengaruh media massa seperti TV dan filem dan model sebagai alat pemulihan. Contohnya, Aliya memerhati seorang budak bermain dengan kucing dan berasa tenang serta kurang takut kepada kucing. Kelebihan teori ini ialah guru tidak memberi ceramah tetapi memberi arahan yang singkat dan diikuti contoh-contoh yang baik dilakukan sendiri mahupun simulasi. Objektif pembelajaran yang perlu dikuasai oleh pelajar dapat disampaikan secara sistematik oleh guru dengan menyusun bahan pengajaran dan pembelajaran secara teratur. Selain itu, teori ini juga bersesuaian untuk melatih kanak-kanak yang masih memerlukan bantuan daripada orang dewasa. Kekurangan teori ini pula, pembelajaran pelajar hanya berpusatkan kepada guru. Tidak semua mata pelajaran memerlukan model tetapi memerlukan teknik lain. Selain itu, proses pembelajaran kurang menyenangkan pelajar kerana guru bertindak autoriti, berkomunikasi sehala, melatih dan menentukan apa yang akan dipelajari oleh pelajar serta pelajar bergantung sepenuhnya kepada guru dan tidak berusaha untuk berdikari dan pelajar akan menjadi pasif.

10

HBEF2103

3. PELAN MENGATASI MASALAH

Bagi masalah yang pertama iaitu pengunduran diri, langkah mengatasinya di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran boleh diaplikasi daripada teori B.F Skinner iaitu guru boleh menggunakan peneguhan positif. Peneguhan positif dalam pengajaran dan pembelajaran yang diberikan oleh guru dapat mendorong pelajar itu menghasilkan kerja yang bermutu tinggi. Peneguhan itu juga boleh diberi melalui istilah yang jelas dan bersistematik.
11

HBEF2103

Peneguhan positf yang diberikan oleh guru haruslah mempunyai ciri-ciri yang berikut. Menurut Brophy (1981)ciri-ciri tersebut iaitu memuji secara ikhlas dan cepat contohnya apabila murid dapat menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru dengan betul maka guru haruslah mengucapkan sesuatu yang positif seperti bagus, pandainya dan tepat sekali. Ciri berikutnya ialah memuji tanpa pilih kasih. Contohnya, guru tersebut memuji pelajar tersebut tanpa mengira hubungan persaudaraan. Berikutnya ialah memuji usaha dan juga cuba jaya. Contohnya, guru memberikan kata-kata perangsang sekiranya jawapan yang diberikan kurang tepat seperti cuba lagi, jawapan anda betul tetapi kurang tepat. Selain itu ialah, memuji tingkahlaku yang spesifik iaitu guru memuji pelajar yang telah berubah tingkahlaku daripada malu kepada lebih berkeyakinan. Akhir sekali ialah, memuji jawapan atau respon yang spontan. Contohnya, apabila murid tersebut secara tiba-tiba dapat memberi respon kepada aktiviti pengajaran guru.

Penyelesaian bagi masalah hiperaktif pula ialah menggunakan teori sosial Bandura. Kebanyak murid yang sering menimbulkan masalah dalam kelas adalah berpunca daripada murid sukar dikawal perwatakannya. Mereka seringkali menganggu murid lain yang sedang belajar seperti membuat bising, berlaku penolakan dan tindakan secara tiba-tiba. Perbuatan mereka secara tidak langsung akan menjadi ikutan murid-murid lain. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dapat dicapai melalui Implikasi Teori Permodelan Bandura. Penyampaian dan penampilan guru haruslah cekap dan menarik agar menjadi role model yang gemar dicontohi oleh pelajar. Guru juga perlu mengutamakan strategi pembelajaran berpusatkan murid dan kaedah individu agar murid-nurid sentiasa fokus dan tidak hilang tumpuan. Keperluan asas murid-murid juga perlu di titik beratkan, dimana guru perlu memastikan keperluan asas murid dipenuhi seperti kerusi dan meja murid dalam keadaan yang tersusun. Demonstrasi guru semasa pengajaran juga perlu jelas serta menarik agar membolehkan murid menirunya dengan mudah dan tepat. Guru juga boleh menggunakan rakan sebaya yang cemerlang untuk menjadi role model untuk membuat demostrasi didalam kelas atau di luar bilik darjah, contoh aktiviti yang boleh dilakukan ialah dengan mengadakan mentor dan mantee didalam kelas. Seterusnya guru boleh mengajar nilai murni dan watak bersejarah dengan menggunkan teknik main peranan dan simulasi agar murid-murid yang bermasalah tadi dapat mencontohi watak-watak tersebut.
12

HBEF2103

Bagi masalah yang ketiga pula iaitu murid kurang memberi penumpuan didalam kelas. Terdapat pelajar yang tidak dapat memfokuskan pembelajaran mereka secara konsisten kerana mereka mungkin mendapat ganguan dari dalam kelas dan di luar kelas. Perkara ini dapat diatasi dengan mengaplikasikan teori B.F Skinner. Bagi murid yang kurang memberi tumpuan, guru-guru boleh menggunakan peneguhan positif dan negatif. Sesuatu kemahiran atau teknik yang baru dipelajari oleh murid-murid hendak diberi peneguhan positif secara berterusan dan diikuti secara berkala supaya kemahiran atu teknik dapat diperkukuhkan dan dikekalkan. Peneguhan positif yang membawa keseronokan seperti memberi hadiah dan pujian adalah lebih berkesan daripada peneguhan negatif yang membawa hilang keselesaan kepada murid-murid. Peneguhan negatif hanya sesuai digunakan ketika guru menginginkan tingkahlaku murid yang baik. Contohnya, menarik balik pemberian rehat jika pelajar tidak dapat menyiapkan tugasan dan melanggar peraturan sekolah. Setiap kali selesai pengajaran dan pembelajaran, murid-murid mesti mengetahui hasil pembelajaran mereka seperti membuat lembaran kerja kerana dengan ini murid-murid dapat mengetahui kelebihan dan kekurangan mereka dalam pembelajaran, seterusnya mereka dapat membuat penambahbaikan dari masa ke semasa.

(2515 patah perkataan)

APENDIKS RUJUKAN/ REFERENSI

13

HBEF2103

Azizi Jaafar.(2009). Teori Pembelajaran Sosial Bandura. Retrieved 27 Oktober 2009. from http://mabjip.blogspot.com.

Hassan Mohd Ghazali.(2009). http://www.scribd.com/doc

Cara penulisan

Bibliografi. Retrived

2009, from

Mok Soon Sang. (2003). Psikologi Pendidikan untuk Kursus Diploma Perguruan Semester 3.Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Mook Soon Sang. (2003). Pedagogi untuk Kursus Diploma Perguruan Semester 4 . Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.

Prof. Dr Khadijah Rohani Mohd Yunus, Mahani Razali, Ramlah Jantan. (2011). HBEF2101 Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur:Open University Malaysia.

Skinner, B.F. (2002). Operant Conditioning. B. F. Skinner Foundation.:All Rights Reserved.

Teguh Arie Sandy.(2008). Teori Belajar Menurut B.F Skinner . Retrieved 7 March 2008, from http://t-goeh.blogspot.com

14

HBEF2103

15