Anda di halaman 1dari 7

http://www.slideshare.

net/nurulanwar/seni-boneka-prasekolah

SENI BONEKA PRASEKOLAH Presentation Transcript

1. IPGM KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN 2. TUTORIAL 5 SENI BONEKA DISEDIAKAN OLEH: ~ AIZA HUSNA A. RAHIM ~ NADIA SABRI ~ SITI MARLIYANA LATIP 3. DEFINISI BONEKA Merupakan sebarang benda atau objek yang digerak lakonkan oleh pemain sama ada secara sentuhan atau arahan yang bertujuan untuk menyampaikan mesej. Apa sahaja objek boleh menjadi boneka selagi ia digerakkan oleh pemain Pemain akan cuba menghidupkan watak menerusi dialog yang dipertuturkan atau aksi boneka tanpa sebarang dialog. 4. Boneka digunakan sebagai alat bantu untuk menyampaikan cerita dengan berkesan. Pendengar dapat menghayati disamping melibatkan diri secara tidak langsung melalui penggunaan boneka. Kesannya cukup baik ke arah: Pendedahan komunikasi Melahirkan idea kreatif dalam penciptaan cerita Merangsang daya imaginasi Memberi murid pengalaman belajar bekerjasama secara berkumpulan. 5. JENIS BONEKA Boneka sarung tangan 6. Boneka tongkat 7. Boneka jari 8. Wayang kulit 9. Boneka mobail 10. PENGGUNAAN SENI BONEKA DALAM KURIKULUM CONTOH AKTIVITI : Judul Cerita : Kenapa Gagak Hitam Nilai : Sikap tidak sabar membawa padah Objektif : Kanak-kanak dapat i) mengenal burung merak dan gagak ii) membezakan pelbagai warna 11. Peralatan : Boneka gagak Boneka merak Pentas boneka Pita rakaman Warna Bangkai binatang 12. Teks : Merak dengan gagak BABAK 1 Suatu masa dahulu, gagak dan merak berkawan baik. Merak : Mari kita warnakan badan kita supaya lebih cantik Gagak : Macam mana caranya? Merak : Aku ada kawan. Seorang pemuda yang jadi pelukis. Gagak : Oh begitu. Cepatlah, aku tak sabar lagi. Merak : Sabarlah. Aku akan pergi jumpa dengan pemuda itu esok. Gagak : Elok benar cadangan awak. Esok kita berjumpa di tebing sungai ini ya! Merak : Baiklah, kau tunggu aku ya! 13. BABAK 2 Merak membawa berus dan warna. Merak : Inilah warna-warna yang aku dapat. Gagak : Cantik. Tentu berseri-seri. Merak : Sudah tentu, tapi siapa yang hendak diwarnakan dahulu. Gagak : Baiklah aku warnakan badan kau. Merak : Hmmm! Cantiknya. Pandai kau pilih warna ya? Gagak : Tentulah, sekarang giliran kau pula. Merak : Baiklah, aku akan warnakan lebih cantik lagi. Gagak : Nanti dulu, aku laparlah. Merak : Sabar la. Bukan lama, sekejap sahaja. 14. BABAK 3 Seekor bangkai ayam terapung di permukaan air yang dibawa arus. Gagak yang lapar itu tidak sabar lagi apabila melihat bangkai di sungai. Gagak : Cepatlah, aku tak sabar lagi. Merak : Baiklah, warna apa yang awak mahu? Gagak : Warnakanlah apa sahaja. Cepatlah. Merak : Baiklah ( lalu mencurah warna hitam ke seluruh badan gagak) Gagak terus terbang dan menyambar bangkai ayam itu. Apabila mereka bertemu semula,

Gagak terkejut melihat rupanya yang hitam, sedangkan merak sangat cantik. Gagak terbang menjauhkan diri. Pemilihan cerita Contoh cerita : berkenaan haiwan, kehidupan, keadaan semasa dll 2 pilihan : Memilih cerita terlebih dahulu sebelum membuat skrip kemudian membina boneka berdasarkan watak dalam cerita Menggunakan sebarang boneka yang akan dijadikan watak dalam cerita15. PROSES DAN PERALATAN 16. Skrip tidak perlu menggunakan ayat yang panjang dan harus sesuai dengan kanakkanak. skrip hanya dijadikan garis panduan dan boleh diubahsuai ketika penyampaian cerita. Pencerita Menggunakan teknik menggerak lakonkan boneka. Dialog ditutur selaras dengan gerak laku. Menggunakan pelbagai variasi suara. Boleh mendapatkan khidmat pembantudalam menggeraklakonkan boneka. 17. Membina boneka mudah Boleh diperbuat daripada pelbagai jenis bahan. Benda-benda yang ada disekeliling kita boleh dijadikan boneka seperti stokin, sisa kain, tuala mandi dan kertas kotak. Cth: Boneka beg kertas 18. Alat dan bahan: Gunting Kertas berwarna Gam kanji Cat air atau krayon Dawai kokot Dua beg kertas Pita selofan Rot kayu Kertas tisu lembut 19. Cara membuat: Gumpalkan surat khabar pada hujung rod kayudan lekatkan gumpalan itu dengan menggunakan dawai kokot. Masukkan gumpalan surat khabar tersebut ke dalam beg kertas. Ikat leher beg kertas dengan menggunakan pita selofan. Ratakan bucu beg kertas tersebut. Sapukan gam seluruh permukaan hadapan untuk membentuk muka. Bina ciri-ciri muka dengan menggunakan kertas tisu lembut. Warnakan muka dengan menggunakan cat air Buat rekaan baju dengan menggunakan kain perca. 20. Pentas Terdapat dua kategori pentas iaitu: Pentas Pentas kerusi Pentas meja Pentas tingkap Pentas pintu Pentas lipat OHP Tiada pentas Pencerita dalam keadaan duduk Pencerita dalam keadaan berdiri Pencerita menggunakan apron sebagai latar aktiviti bercerita 21. TERIMA KASIH ATAS PERHATIAN ANDA

http://www.slideshare.net/eela5346/boneka-prasekolah

Boneka prasekolah Document Transcript

1. PENGENALAN Boneka merupakan benda atau barang yang menyerupai patung. Biasanyaboneka selalu digunakan untuk mengajar kelas pemulihan atau di kelas prasekolahyang dijadikan sebagai bahan bantu belajar untuk guru dan murid. Boneka jugaboleh dijadikan sebagai alat permainan untuk kanak-kanak dan dijadikan perhiasanbilik atau rumah terutamanya untuk anak perempuan. Perkataan boneka berasal daripada perkataan boneca di dalam bahasaportugis. Boneka telah wujud pada masa 3000-2000 masihi lagi. ketika itu bonekayang dihasilkan hanya diperbuat daripada tanah liat, tulang dan potongan kain. Bagimasyarakat Yunani dan Romawi kuna, mereka menggunakan boneka sebagaigentian korban manusia. Selain itu, menurut kamus pelajar, boneka bermaksud barang permainan yangmenyerupai orang: atau patung orang. Orang yang dianggap sebagai alat ataubarang permainan. Menurut kamus Dewan Bahasa Edisi Ke 4 pula, mentakrifkanboneka adalah anak patung, anak-anakan. Patung yang boleh digerakkan dengantali atau dengan memasukkan tangan ke dalam dan menggerakkannya.DEFINISI BONEKA Boneka merupakan sebagai sebarang, benda atau objek yang digerak, dandilakonkan oleh pemain sama ada secara sentuhan atau arahan yang bertujuanmenyampaikan mesej. Pemain akan cuba menghidupkan watak sama ada menerusidialog yang dipertuturkan oleh pemain atau aksi boneka tanpa sebarangdialog.Boneka digunakan sebagai alat bantu untuk menyampaikan cerita yangberkesan. Pendengar dapat menghayati disamping melibatkan diri secara tidaklangsung melalui penggunaan boneka. 2. JENIS-JENIS BONEKA Boneka Sarung lidi tangan/ jari Boneka Shadow tangan puppet Boneka Bertali JENIS - JENIS BONEKA 3. Boneka Sarung Tangan/ Jari Rajah 1: Boneka Sarung Tangan/Jari Boneka ini boleh diubah menjadi badan atau anggota boneka. Semasamenggunakan jenis ini, kesemua jari atau sebilangan jari dimasukkan ke dalamsarung tangan itu dan pemain boleh gerakkan tangan bagi menggerakkan watak.Manakala setiap jari mempunyai peranan masingmasing. Misalnya jika temakeluarga, jari ibu mewakili boneka bapa, jari telunjuk boneka emak, jari hantu bonekaabang, jari manis boneka kakak dan jari kelingking ialah boneka adik. Boneka jari ini juga dikenali sebagai finger puppets. Boneka ini bolehdihasilkan daripada kertas, kain felt atau benang kait yang dilukiskan wataknya dansaiznya sesuai dengan jari kanak-kanak.Boneka Lidi Rajah 2 : Boneka Lidi 4. Boneka lidi diperbuat daripada bahan yang keras atau tebal. Kemudia lidipanjang diletakkan pada badan boneka atau anggota tertentu bagimenggerakkannya. Rupa bentuk boneka dilukis di atas kertas yang tebal,,diwarnakan dan bentuknya di potong keluar. Boneka ini juga boleh dibuat daripadakulit,, kad manila, plastik lutsinar atau kertas biasa kemudian dilaminatekan ia.Boneka ini sangat senang dihasilkan dan kanak-kanak sendiri boleh lakukan di managuru hanya memberi template boneka, contohnya kaum-kaum di Malaysia. Setelahsiap mereka gamkan pada lidi dan boleh melakonkan aksi spontan menggunakanboneka itu bersama-sama temannya.Shadow Puppets Rajah 3: Shadow

Puppets Shadow Puppets amat popular di gunakan untuk persembahan cerita, diikutidengan nyanyian dan tarian. . Biasanya boneka ini nipis dan berbentuk dua dimensi.Lidi-lidi halus diletakkan pada tempat-tempat tertentu di bahagian badan boneka itu.Semasa memainkan boneka ini, ia ditempatkan dibahagian belakang satu skrinputih. Lampu dinyalakan dan bayang-bayang boneka tersebut akan kelihatan di atasskrin . lidi digoyangkan untuk menggerakkan anggota boneka. Wayang ini biasanyadimainkan untuk menghiburkan orang ramai. Contohnya wayang kulit. Watak-watakyang dibentukkan juga hendaklah menarik misalnya seperti bentuk yang bolehdigerakgerakkan, mulut yang boleh dibuka dan ditutup dan sayap yang bolehdikepakkan. Shadow Puppets memerlukan kemahiran yang tinggi dalam pengawalanpergerakan watak-watak yang dibina dalam plot sesebuah cerita 5. Boneka Bertali Boneka bertali diperbuat daripada bahan-bahan keras seperti paper mache-plaster-of-Paris atau kayu. Ada juga boneka tali dihasilkan menggunakan belon. Tali-tali halus disambungkan kepada bahagian-bahagian boneka yang boleh bergerak.Tali yang digunakan adalah jenis tali biasa atau tali tangsi yang lebih elastic supayapergerakannya lebih nampak natural. Semasa digunakan tali akan ditarik-tarik untukmenggerakkan anggota badan boneka. Boneka jenis ini sesuai digunakan untukwatak seperti berlari, terbang, menggelongsor dan melompat.Boneka Tangan Boneka tangan merupakan alat yang paling mudah untuk dihasilkan danselalu juga digunakan oleh guru sebagai bahan bantu mengajar untuk kanak-kanakprasekolah kerana ianya sangat menarik dan efektif. Antara bahan yang boleh 6. dijadikan boneka tangan adalah stokin, beg kertas, sarung tangan, sampul surat,kotak dan sebagainya.PENGGUNAAN BONEKA DALAM KELAS PRASEKOLAH Boneka adalah satu bahan bantu mengajar yang sangat berguna untuk gurumenyampaikan pengajaran dan pembelajaran kepada kanak-kanak prasekolah.Ianya boleh digunakan sebagai alat bantu untuk menyampaikan cerita atau mesejbagi menerapkan nilai-nilai murni dalam diri kanak-kanak. Menurut Piaget dan Vygotsky. Imaginasi terikat kepada cara bagaimanakanak-kanak memahami dunia persekitarannya dan perkara-perkara yang berlakudisekeliling mereka. Murid juga seharusnya diberikan peluang untuk memilih bahandan alatan yang boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti bermain dan aktiviti seni.Apa yang penting, kanak-kanak seronok dan menurut kajian daripada penggunaanboneka amat bermanfaat bagi meningkatkan keberkesanan penyampaianpenganjaran dan pembelajaran ataupun sebagai satu terapi untuk kanakkanak yangterganggu emosi. Implikasi boneka dalam pengajaran dan pembelajaran, murid dapatmeningkatkan daya kreativiti dan imaginasi murid dimana mereka dapat mewujudkanemosi marah, sedih, gembira, sunyi, malu dan cemburu. Selain itu, murid juga dapatmenggabungkan kemahiran berbahasa dan kemahiran bersosial. Dua kemahiran iniamat penting diterapkan dalam diri murid kerana ianya sangat membantu muridmencapai kemahiran sosial yang positif dan bahasa yang digunakan akan lebihtersusun kreatif dan memperluaskan diksinya. Dalam teori Kecerdasan Manusia Gardner (1983) mengesyorkan bahawaterdapat tujuh jenis kecerdasan pelbagai, ia amat menggalakkan murid mencapaiobjektif kendiri dalam melancarkan lagi proses pembelajaran. Boneka amatmembantu guru mencapai objektif pembelajaran dengan lebih sempurna keranapendekatannya yang menarik dan sememangnya mudah difahami oleh muridsekaligus akan menjadikan suasana pembelajaran menyeronokkan dan bermakna.

7. Disamping itu, penggunaan boneka dalam pembelajaran juga dapatmelahirkan individu yang berdaya saing, inovatif dan unik dengan rekaan-rekaanboneka yang pelbagai. Bukan sahaja guru yang boleh menghasilkan boneka, malahmurid juga boleh diminta menghasilkan boneka sendiri mengikut kreativiti masing-masing.KAEDAH PERSEMBAHAN BONEKA Persekitaran Pentas Kerusi Pentas Rentang Pentas Persembahan Pentas Tingkap KAEDAHPERSEMBAHAN Pentas Meja BONEKA Pentas Berlipat Susun atur Pentas Tanpa Pentas Teknik Penyampaian 8. KESIMPULAN Aktiviti pengajaran menggunakan boneka dapat meransang minda muriduntuk memahami sesuatu pelajaran itu dengan lebih berkesan terutama dalamkemahiran lisan, kefahaman dan membina sebuah cerita. Guru perlu lebih kreatifterutama dalam penyediaan bahan. Kepentingan boneka dan hubungannya dengan kurikulum dan bidangpengalaman adalah sebagai kaedah mempengaruhi kanakkanakmenghubungkaitkan dengan keseronokan, meningkatkan perhatian, meredakantekanan, meluaskan perbendeharaan kata kanak-kanak disamping memperkenalkankanak-kanak kepada penggunaan simbolik. Membentuk dan membuat boneka merupakan satu bidang yangmengutamakan penguasaan kemahiran serta penyesuaian watak-wataknya.Perancangan rapid an mendalam perlu dilakukan untuk mendapatkan satupenampilan yang benar-benar relevan dengan apa yang dihasratkan. Justeru itu,guru haruslah memainkan peranan yang penting dalam membentuk pengajaran danpembelajaran yang berkesan demi meningkatkan prestasi perkembangan kreativitiyang lebih positf dan tidak terhalang

http://www.slideshare.net/rafizaabdulrazak/86494264-boneka

1. 1. BonekaBoneka terus berkembang mengikut perkembangan zaman. Setiapbangsa di dunia mempunyai pegangan dan kepercayaan tersendiriterhadap boneka. Secara amnya, boneka dicipta untuk tujuankeagamaan dan hiburan. Boneka yang digunakan di Mesir, Itali, Jepun,Cina dan India berkait rapat dengan agama dan kepercayaan. DiJepun, boneka yang dikenai sebagai banraku digunakan untuk tujuanberhibur. Boneka ini dicipta bertujuan menghiburkan orang ramai.Boneka ini dicipta daripada kayu yang boleh digerakkan mengikutdialog penceritanya. 2. Definisi BonekaBoneka merupakan salah satu daripada peralatan penting yangterkandung dalam beberapa watak animasi yang dimanipulasikan olehseorang dalang yang mahir. Kamarudin Husin dan Siti Hajar AbdulAziz (1998) mendefinasikan boneka sebagai objek atau bahan yangdigerakkan serentak dengan skrip bebas yang disesuaikan denganbahan yang diceritakan. Manakala Jamilah Ahmad(1999) mentakrifkanboneka sebagai objek yang terdiri daripada alat sebenar atau bahanciptaan yang berbentuk orang, haiwan tumbuh-tumbuhan dansebagainya yang digeraklakonkan oleh pemainnya denganmenggunakan dialog atau mitos mengikut sesuatu watak atau cerita.Dari segi binaan pula, boneka boleh dibahagikan kepada tigaperingkat, iaitu mudah dan ringkas, sederhana dan rumit. 2. 5. Fungsi Boneka Dalam Media PengajaranPenggunaan boneka dalam pengajaran dan pembelajaran banyakmemberikan pengalaman baharu kepada guru-guru dan muridmuridyang terlibat. Kamarudin Hussain dan Siti Hajar (1998) telahmenyenaraikan lapan tujuan dan tujuh kebaikan penggunaan bonekadalam pengajaran dan pembelajaran.Tujuan Penggunaan Bonekaa) Mempelajari bahasa dalam suasana menarikTujuan pembelajaran menggunakan boneka adalah untuk memberikanpeluang kepada murid-murid mempelajari bahasa dalam suasana yangmenarik dan berkesan.b) Pengalaman sebenarboneka dapat mengguna dan memperkukuh kemahiran mendengar,bertutur, membaca dan menulis murid-murid melalui pengalamansebenar serta aktiviti yang menggembirakan.c) Cepat dan memudahkan pemahamankaedah ini akan mempercepat serta memudahkan pembelajaran muridterhadap sesuatu cerita, peristiwa atau isi pelajaran yang disampaikan.d) Memupuk daya kreativitiMurid-murid akan diajar untuk menghasilkan sebuah ciptaan karyaseni yang menarik dan kreatif.e) Penglibatan secara aktif di dalam bilik darjah 3. Boneka membantu murid-murid untuk melibatkan diri secara aktifdalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.f) Membina keyakinan diriPenggunaan dialog secara spontan atau dengan skrip membantumenambah keyakinan semasa berhadapan dengan rakan-rakan lainketika di dalam bilik darjah. Secara tidak langsung proses komunikasimereka akan lebih berkesan.g) Memupuk semangat kerjasama dan berkongsi pengalaman.Semasa aktiviti membuat boneka murid-murid secara tidak langsungakan berbincang sesame rakan lain dan cara ini dapat memupuksemangat juang dan setia kawan yang tinggi serta bersedia berkongsipengalaman dan idea untuk menghasilkan boneka yang terbaik.h) Teransang dan berminat untuk berlajarPenggunaan boneka yang pelbagai bentuk, warna dan bentuk bolehmenarik minat murid-murid secara tekal dan kekal. Tambahan pula,watak yang sedang ditonton atau dilakonkan itu

mempunyaipengalaman manis dalam hidup mereka.Kebaikan Menggunakan Bonekaa) Belajar sambil berhibur Penggunaan boneka memberikan peluang kepada murid-murid belajar sambil berhibur tanpa disedari oleh mereka. Cara ini memberikan kesan yang amat berkesan dalam proses pembelajaran murid-murid terlibat.b) Menggunakan pelbagai deria Pembelajaran menggunakan boneka akan melibat pengunaan pelbagai deria secara serentak, iaitu deria penglihatan, pendengaran dan sentuhan. 4. c) Menggunakan kemahiran bahasa secara serentak Sebelum persembahan, muridmurid diberi peluang untuk merancang dan mengadakan pelbagai aktiviti. Semasa persembahan pula, murid-murid berpeluang membaca, menghafal dan menggunakan pelbagai dialog. Manakala selepas persembahan, mereka digalakkan pula berbincang dan bersoal jawab tentang cerita tersebut bersama-sama rakan di dalam bilik darjah. Secara tidak langsung, murid-murid terlibat akan menggunakan pelbagai kemahiran bahasa secara serentak tanpa disedari oleh mereka.d) Memperkukuh kemahira mata pelajaran lain Persembahan boneka melibatkan penggabungjalinan mata pelajaran seni visual terutama semasa membina boneka. Jika lagu digunakan semasa simulasi, maka mata pelajaran music juga Berjaya diserapkan.e) Mempercepat pemahaman ini terjadi apabila murid-murid berpeluang menggunakan kemahiran mendengar, bertutur, berlakon, manipulatif dan sebagainya melalui persembahan boneka.f) Penglibatan diri secara aktif Oleh sebab boneka boleh dimainkan secara individu, berpasangan dan berkumpulan, peranan murid adalah pelbagai dan bergantung kepada kemampuan dan kebolehan masing-masing.g) Memupuk daya kreativiti Aspek ini boleh diaplikasikan menerusi aktiviti menghasilkan skrip, menulis, membuat dan mereka cipta boneka, mengadakan kesan bunyi, teknik menggerakan boneka dan sebagainya. Penggunaan boneka berjaya meningkatkan minat danmotivasimurid-murid terhadap pengajaran dan pembelajaran di dalambilik darjah. Guru boleh menggunakan boneka sama ada pada 5. peringkat set induksi, perkembangan pelajaran ataupun untuk tujuanpengukuhan. Penggunaan boneka dalam pelajaran dan pembelajaranBahasa Melayu di dalam bilik darjah banyak memberikan pelbagaipengalaman baharu kepada guru-guru dan muridmurid. 6. RUJUKAN/BIBLIOGRAFIhttp://www.slideshare.net/nurulanwar/seni-bonekaprasekolahhttp://id.wikipedia.org/wiki/Bonekahttp://ctdollartists.com/history.htmhttp://m s.wikipedia.org/wiki/BonekaAzman Wan Chik. (1993). Mengajar Bahasa Melayu. Kuala Lumpur.Dewan Bahasa dan Pustaka.Khairuddin Mohamad (2011). Literasi Bahasa. Shah Alam: OxfordFajar Sdn. Bhd.Siti hajar Abd. Aziz. (1996). Permainan bahasa untuk sekolah rendahdan menengah. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.Mat Nor Hussin, & Ab. Rahman Ab. Rashid. (1998). Alat BantuMengajar dalam pengajaran bahasa. Petaling Jaya : Longman Sdn.Bhd.

Anda mungkin juga menyukai