Anda di halaman 1dari 5

IKATAN SISI BATA

Ikatan ini khas digunakan pada tembok yang tebalnya setengah


bata atau 112.5 mm. Ikatan ini disusun dengan menyambungkan
bata pada kepalanya.Lekapnya ialah ½ bata. Pembinaannya
bermula dengan satu lapisan bata sisi ,lapisan yang kedua pula
dimulakan dengan satu bata setengah diikuti dengan bata sisi
penuh dan seterusnya. Contoh ikatan ini ditunjukkan seperti dalam
rajah. Tembok yang dibina dengan ikatan ini tidak mempunyai
keupayaan tanggung yang tini. Oleh sebab itu, ia digunakan pada
jenis binaan yang tertentu seperti tembok sekatan, tembik landasan,
semperong dan tembok-tembok dalam struktur berangka di mana
tiada beban berat yang disokong.
IKATAN KEPALA BATA

Tiap-tiap lapisan dalam tembok yang dibina dengan jenis ikatan ini
mengandungi kepala bata sahaja. Rajah menunujukkan pandangan
hadapan dan pelan bagi sebahagian tembok lengkung yang dibina
dengan ikatan kepala bata. Sambungan mortarnya merupakan
bentuk huruf V .Jenis ikatan ini sesuai digunakan pada binaan asas
atau pada tembok yag berbentuk bulat atau melengkung.
IKATAN INGGERIS

Ikayan ini adalah yang paling meluas digunakan. Ikatan ini disusun
dengan satu lapisan kepala bata berselang seli. Sebiji bata penutup
setengah mestilah ditempatkan selepas kpala bata penuru pada
lapisan kepala bata. Kegunaan pada penutup setengah ini adalah
untukmengelakkan sambungan tegak yang berterusan dan memberi
lekap yang seragam iaitu suku bata. Pada tembok yang tebal
,semua bata di bahagian dalam disusunkan secara melintang.
Ikatan jenis ini adalah dianggap sebagai ikatan yang sekuat sekali
antaraikatan-ikatan kerja bata kerana ia tidak mengandungi
sebarang sambungan tegak yang berterusan. Rajah menunjukkan
pelan tegak sebuah tembok yang dibina dengan Ikatan Ingeris .
IKATAN FLEMISH

Ikatan ini mengandungi kepala bata dan sisi bata disusun berselang
seli dalam satu lapisan yang sama. Seiji bata penutup setengah
mestilah ditempatkan selepas kepala bata penjuru pada sudutnya
mewujudkan lekap yang seragam iaitu ¼ bata. Sambungan tegak
yang berterusan berlaku di dalam tembok tetapi tidak kelihatan
pada permukaan tembok. Apabila kedua-dua belah permukaan
tembok menunjukkan susunan Flemish ia dinmakan
‘Flemish Kembar ’ .Jika sebelah permukaan tembok menunjukkan
susunan Flemish dan sebelah yang lain pula menunjukkan susunan
Inggeris maka ia dinamakan ‘ Flemish Tunggal ’. Rajah
menunjukkan sebuah tembok yang dibina dengan ikatan yang
dibina dengan ikatan Flemish. Ikatan ini dapat menghasilkan
kedua-dua belah muka tembok yang lebih rata dibandingkan
dengan ikatan yang lain. Oleh itu, ikatan ini sesuai digunakan
untuk membina tembok yang tidak akan dilepa.
RUJUKAN

• TEKNOLOGI BINAAN BANGUNAN DBP


( TAN BOON TONG ) 1994
• MODUL POLITEKNIK KEMENTERIAN
PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAN DAN
BINAAN KJURUTERAAN ( C 1001 )