Anda di halaman 1dari 4

1.

0 PENGENALAN
Sepertimana yang kita tahu, hidup manusia dibumi ini bukanlah suatu kehidupan
yang tidak mempunyai tujuan dan matlamat sehinggakan setiap individu itu boleh
melakukan sesuatu mengikut kehendak dan keinginan hawa nafsu tanpa ada batas
dan tanggungjawab. Oleh yang demikian, penciptaan manusia di muka bumi ini
mempunyai suatu tujuan dan tugas risalah yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T.

Sebenarnya, tugas dan tanggungjawab manusia telah jelas dan nyata
sebagaimana yang terkandung di dalam al-Quran yang menyatakan bahawa tugas
manusia di muka bumi ini adalah untuk melaksanakan ibadah yang telah ditetapkan
serta mengabdikan diri kepada Allah. Ini bersesuaian dengan firman Allah S.W.T
dalam surah Az-Zaariyaat ayat 56:
4`4 e^UE= O}_^- "^e"-4
) p+lu4Og ^)g
maksudnya: Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka
beribadah kepadaKu.


Selain itu, Allah S.W.T juga telah menetapkan bahawa matlamat manusia
hidup di dunia ini adalah sebagai khalifahNya dalam makna mentadbir dan mengurus
bumi ini mengikut undang-undang Allah dan peraturanNya. Sepertimana dalam
firman Allah S.W.T dalam surah al-Anaam ayat 165:
4O-4 Og~-.- :UEE_
E-j^UE= ^O- E74O4
7_u4 -O *u4 eE_4OE1
74OUl41g O) .4` 7>-47
Ep) El+4O 7C)O= g^-
+O^^)4 EOO4 l7gOO ^g)
Mafhumnya: Dan Dialah yang menjadikan kamu khalifah (penguasa-penguasa) di
bumi dan Dia meninggikan sebahagian kamu atas sebahagian yang lain beberapa
darjat untuk mengujimu tentang apa yang diberikan-Nya kepadamu.

Tugas sebagai khalifah Allah S.W.T adalah untuk memakmurkan bumi ini
dengan mentadbir dan mengurusnya berlandaskan kepada peraturan dan undang-
undang yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T. Manakala, tugas beribadah dan
mengabdikan diri kepada Allah S.W.T merupakan satu rangka untuk melaksanakan
segala aktiviti dalam kehidupan seharian mahupun pengurusan di dunia ini agar tidak
terkeluar dari garis panduan yang datang dari Allah S.W.T.

Segala amal ibadah ini hendaklah di kerjakan dengan perasaan ikhlas
semata-mata untuk mencari kebahagian di dunia dan akhirat serta mengharapkan
keredaan Allah. Sekiranya tidak pasti amal ibadahya akan sia-sia. Hal ini telah
dijelaskan dalam hadis Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Bukhary dan
Muslim.

.
Dari Amirul Mukminin, Abi Hafs Umar bin Al Khattab R.A, dia berkata: Saya
mendengar Rasulullah Shallallahualaihi wasallam bersabda :Sesungguhnya setiap
perbuatan tergantung niatnya. Dan sesungguhnya setiap orang (akan dibalas)
berdasarkan apa yang dia niatkan.

Allah S.W.T telah menyediakan garis panduan yang lengkap kepada manusia
dalam rangka pengurusan ini. Allah S.W.T telah mengutuskan para rasul dan garis
panduan yang diwahyukan bertujuan supaya manusia itu boleh mengurus diri
dengan pengurusan yang lebih sempurna dan bermatlamatkan supaya manusia itu
dapat hidup sejahtera didunia dan di akhirat.





2.0 KONSEP IBADAH DALAM ISLAM
Konsep ibadah dalam Islam bukan hannya terbatas kepada soal-soal taabbudi
seperti solat, puasa, zakat, haji dan sebagainya. Malah ia meliputi pengertian yang
sangat luas dan mendalam. Ibadah merupakan pengabdian diri sepenuhnya kepada
Allah Subhanahu wa Taala, kerana segala urusan dunia dan Akhirat bersumberkan
petunjuk dan ajaran Allah semata-mata. Selain itu, ibadah juga berfungsi
menjalinkan hubungan yang berterusan antara hamba dengan Allah Taala dalam
segala hal. Hubungan inilah sebenarnya yang menjadi pokok pangkal dan asas
utama pendidikan Islam keseluruhannya.Oleh itu, perincian berkaitan konsep ibadah
dalam islam dapat dibahagikan kepada beberapa elemen penting untuk mejelaskan
lagi konsep ibadah secara terperinci. Antara elemen-elemen tersebut adalah seperti
gambar rajah di bawah:

Rajah 2.1 Konsep ibadah dalam Islam

Anda mungkin juga menyukai