Anda di halaman 1dari 4

PENGENALAN Kemahiran Proses Sains bolehlah didefinisikan sebagai membuat jangkaan tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian yang

lalu atau melalui pemerolehan data yang boleh dipercayai. Ini bermakna murid-murid diberikan peluang untuk mengeluarkan idea dan pendapat mengenai sesuatu perkara berdasarkan pemerhatian lalu dan juga data serta pengalaman yang boleh dipercayai kebenarannya. Mengapa kita perlu menggalakkan penguasaan kemahiran proses sains? Ada dua jawapan yang utama kepada persoalan ini. Pertama, nilai penguasaan kemahiran proses sains dari segi intelek adalah lebih tinggi daripada semata-mata penguasaan fakta dan prinsip sains. Kemahiran proses yang dipelajari dalam sains adalah sebenarnya boleh diaplikasikan dalam kehidupan harian kita. Apabila muridmurid telah menguasai kemahiran ini, mereka boleh mengemukakan soalan dan mencari jawapan tentang alam sekeliling serta membentuk idea dan konsep dengan sendiri . Kedua, menurut kajian yang telah dijalankan oleh beberapa universiti di luar negara, mendapati murid-murid membentuk idea masing-masing tentang fenomena alam semulajadi sejak kecil lagi. Oleh itu, mereka sebenarnya bukanlah semata-mata mempelajari sesuatu yang baru di sekolah tetapi membina atau mengubahsuai pengalaman yang sediada melalui pendekatan inkuiri yang digunakan oleh guru.

KEMAHIRAN PROSES SAINS TERBAHAGI KEPADA: *Memerhati *Mengelas *Mengukur dan menggunakan nombor *Membuat inferens

*Meramal *Berkomunikasi *Menggunakan perhubungan ruang dan masa *Mentafsir maklumat *Mendefinisikan secara operasi *Mengawal pembolehubah *Membuat hipotesis *Mengeksperimen

RUMUSAN Kemahiran proses sains penting dalam sessi pengajaran dan pembelajaran. Guru harus menerapkan kemahiran ini dalam setiap pengangajaran dan pembelajaran yang dilakukan supaya kanak-kanak memahami erti Sains yang dipelajari. Ini kerana kanakkanak suka bermain, suka menyentuh , mencium bau, membuka dan memasang semula objek yang mereka tengok. Mereka akan tidak penat untuk bertanya banyak soalan, bagaimana objek itu berfungsi? Siapa buat objek itu? Kanak-kanak mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi. Mereka punyai tenaga yang banyak. Begitulah kanak-kanak belajar. Mereka akan gunakan semua deria untuk belajar tentang objek atau fenomena yang sedang mereka kaji. Dengan soalan-soalan yang ditanya mereka mengumpul maklumat tentang objek yang dikaji. Akhirnya daripada pemerhatian dan jawapan yang mereka terima mereka akan memahami objek atau fenomena yang dikaji. Pandangan kita terhadap sesuatu perkara akan dipengaruhi oleh pengalaman kita dengan perkara itu. Begitu jugalah dengan persepsi kanak-kanak terhadap sains. Sekiranya pengalaman pembelajarannya semasa belajar sains tidak selaras dengan sifat tabii sains, maka mungkin minat terhadap pembelajaran akan terhakis dari hari ke hari dan akhirnya mungkin kanak-kanak ini tidak akan mengambil matapelajaran ini di peringkat sekolah menengah dan seterusnya. Juga apabila persepsi kanak-kanak terhadap sains berkurangan ianya akan mempengaruhi prestasinya. Begitulah pentingnya guru perlu menyediakan pengalaman yang sesuai dan relevan dengan sifat tabii sains agar sifat ingin tahunya tidak `diluntur oleh anda. Justru objektif kurikulum sains tidak akan tercapai. Bagi memastikan guru boleh menyediakan pengalaman yang relevan dan bermakna, guru itu terlebih dahulu perlulah mempunyai kefahaman yang mantap tentang sifat tabii sains. Kanak-kanak mempunyai idea mereka sendiri tentang objek atau fenomena alam semulajadi. Idea mereka ini terbentuk akibat daripada pengalaman yang mereka alami setiap hari semasa mereka bermain, perbualan, dan kejadian-kejadian yang diperhati di alam semulajadi atau yang disiarkan dalam media. Kajian tentang idea yang dipunyai kanak-kanak didapati adalah (1)dibentuk oleh kanak-kanak itu sendiri, (2) idea mungkin nampak kurang lengkap atau bercanggah, dan (3) idea mereka agak mantap dan agak

sukar untuk diubah. Guru perlu membantu kanak-kanak ini supaya idea-idea mereka tentang konsep sains dapat dibetulkan, dimantapkan atau diubah supaya kefahaman mereka selaras dengan konsep-konsep yang digunakan oleh ahli saintis.