Anda di halaman 1dari 2

NOORZAKIAH BINTI MD YUSOFF 3346 Lorong Lagenda 11/6, Taman Lagenda, 09400 Padang Serai, Kedah Darul Aman.

019 798 4516 04 485 0623 Kv9741b@yahoo.com

Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Lindungan Raja, Sedim, 09700 Karangan, Kedah Darul Aman. Julai 2013 Tuan, MEMOHON JAWATAN SEBAGAI GURU GANTI Perkara di atas adalah dirujuk.

Saya seperti nama di atas ingin memohon jawatan sebagai Guru Ganti di Sekolah Kebangsaan Seri Lindungan Raja, Sedim. 2. Untuk makluman tuan, saya merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (UiTM) bagi sesi akademik 2005-2008. Sebelum ini, saya pernah berkhidmat selama setahun sebagai Guru Sandaran Tidak Terlatih Siswazah (GSTT DG41) di SMK Labu Besar Kulim (Opsyen Bahasa Melayu) dan 3 bulan sebagai Guru Ganti di SK Sungai Kob (Opsyen Bahasa Melayu dan Sivik). Terkini saya baharu sahaja menamatkan khidmat selama sebulan sebagai guru ganti di Maktab Mahmud Kuala Muda (Opsyen Matematik). 3. Saya mendapat maklumat bahawa pihak tuan memerlukan tenaga pengajar sementara dalam opsyen Sains dan Matematik. Oleh itu, adalah diharapkan permohonan ini mendapat perhatian daripada pihak tuan. Saya seorang yang boleh bekerja secara kolektif serta mempunyai minat mendalam dalam bidang pendidikan. 4. Bersama surat ini disertakan resume dan dokumen berkaitan untuk penilaian. Adalah diharapkan pihak tuan dapat memberikan maklum balas positif melalui panggilan temuduga. Segala pertimbangan pihak tuan saya dahului dengan ucapan terima kasih. Sekian, terima kasih

Yang Benar,

Zakiahyusoff
(NOORZAKIAH BT MD YUSOFF)

Anda mungkin juga menyukai