Anda di halaman 1dari 8

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBMS 3303: PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN KOIR SEMESTER SEPTEMBER 2010

1.

Tugasan ini mengandungi SATU (1) soalan sahaja. Anda boleh menjawab sama ada menggunakan Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu.

2. Tugasan anda perlu ditaip atas kertas A4 dengan menggunakan saiz font 12 Times New Roman dan langkau baris 1.5. 3. Tugasan ini menyumbang sebanyak 30% kepada gred akhir kursus. 4. Tugasan ini perlu disiapkan secara individu. 5. Anda perlu menghantar tugasan kepada tutor bersemuka. 6. Tugasan anda hendaklah diserahkan sebelum atau pada Tutorial ke 4. Serahan selepas tarikh tidak akan diterima. 7. Tugasan ini terhad kepada 10-12 muka surat sahaja. 8. Tugasan anda akan dinilai berdasarkan kepada keupayaan anda menghuraikan persoalan yang diberikan dengan disokong oleh hujah-hujah dan bahan-bahan bukti yang tepat dan relevan. 9. Plagiarisma dalam apa jua bentuk adalah dilarang sama sekali. Bahan tugasan yang diplagiat tidak akan diterima dan markah sifar (0) akan diberikan.

SOALAN TUGASAN Multimedia interaktif merupakan salah satu cara pengajaran dan pembelajaran yang boleh digunakan dalam Pendidikan Muzik di zaman era digital ini. (a) Huraikan LIMA elemen utama dalam pembangunan sesebuah multimedia. Elemenelemen tersebut adalah: (i) (ii) (iii) (iv) (v) Teks, Grafik, Audio, Video, dan Animasi. (10 markah) (b) Anda perlu menyediakan bahan bantuan mengajar yang menggunakan multimedia interaktif. Anda boleh menggunakan Microsoft Office Power Point sebagai pelantar kerja. Anda digalakkan menyediakan bahan bantuan mengajar mengikut topik-topik yang terkandung dalam mata pelajaran Pendidikan Muzik mengikut sukatan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR). Penyediaan bahan ini mengambil kira penggunaan Teks, Grafik, Audio, Video, Animasi dan Isi Kandungan. Serahkan kerja kursus ini dalam bentuk Cakera Padat. (20 markah)

[Jumlah: 30 Markah]

PANDUAN PELAJAR 1. Bagi soalan (a) hendaklah disediakan dalam bentuk penulisan ilmiah manakala soalan (b) hendaklah disediakan dalam bentuk persembahan slaid MS PowerPoint dan dihantar dalam bentuk Cakera Padat (CD). 2. Rujukan kepada modul dan sumber-sumber bercetak lain atau sumber dalam Internet yang boleh dipercayai (contohnya sumber yang disediakan oleh orang atau organisasi yang mempunyai reputasi yang baik) diperlukan untuk memahami konsep sebelum pelajar dapat memberi contoh yang tepat dan sesuai. Penggunaan Wikipedia dalam Internet sebagai sumber rujukan dilarang sama sekali.

PANDUAN TUTOR 1. Tutor adalah diminta agar dapat membimbing para pelajar semasa penyediaan tugasan amnya, memberi satu dua tapak web sebagai rujukan pelajar. 2. Tutor adalah diminta memeriksa dan menandakan tugasan pelajar dan seterusnya memberi markah dan memasukkan markah ke dalam OMES selewat-lewatnya pada tarikh yang telah ditetapkan oleh OUM.

Multimedia Multimedia berasal dari dua perkataan Inggeris iaitu multi yang bermaksud pelbagai dan media yang bermaksud alat perantaraan atau medium yang digunakan sebagai saluran untuk berkomunikasi. Ianya berperanan menyebarkan maklumat serta berita kepada orang ramai. Multimedia adalah intergrasi elemen-elemen teks, grafik, audio, animasi dan video dengan menggunakan komputer sebagai alat kawalan persembahan untuk membolehkan proses pembelajaran secara signifikan dan menghidupkan suasana maklumat. Peranan yang dimainkan oleh teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam kehidupan pada zaman sekarang sangat penting. Penggunaan komputer serta teknologi moden mampu meringankan beban pembelajaran pelajar berbanding pembelajaran secara tradisi. Penggunaan pelbagai media dalam proses penyampaian maklumat mampu menghasilkan persembahan yang menarik dan mampu merangsangkan minda pelajar agar tidak bosan. Multimedia merupakan instrumen yang dapat membantu kita menggunakan panca indera kita meneroka ilmu dengan lebih sistematik dan berkesan. Multimedia pada hari ini boleh disediakan dalam pelbagai bentuk termasuklah storan berinteraktif dalam bentuk cakera padat (CD dan DVD) dan internet. Antara perisian interaktif yang boleh melaksanakan pembangunan multimedia adalah Power Point, Multi Media Builder, Flash, Authorware, Director, Shockwave dan sebagainya. Ia juga boleh dijanakan ke dalam bentuk protokol internet World Wide Web (www). Ia juga dikenali sebagai sumber rujukan elektronik yang disampaikan secara interaktif yang menggabungkan penggunaan kesan bunyi, imej visualpegun dan bergerak, animasi dan teks.

Dalam menghasilkan sesebuah pembangunan multimedia perlulah diambil kira fungsi kecerdasan pelbagai (multiple intelligences) ke arah penjanaan minda kritis dan kreatif di kalangan pelajar di bilik darjah. Bahan- bahan untuk membangunkan sesebuah multimedia perlulah melibatkan dari penggunaan teknologi rendah sehinggalah ke penggunaan teknologi tinggi. Kelebihan menggunakan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran adalah seperti berikut: Pelajar mampu belajar sendiri dan mengulangkaji pada bila-bila masa; Meningkatkan minat pelajar;

Kos pembangunan bahan yang murah dan mudah; dan Meningkatkan pemahaman dan pengekalan informasi ingatan pelajar melalui penggunaan pelbagai media dan deria. Terdapat lima elemen-elemen utama dalam pembangunan sesebuah multi media. Elemen-elemen tersebut adalah: Teks; Grafik; Audio; Video; dan Animasi. Penggunaan Teks dalam Multimedia Teks secara umumnya merujuk kepada huruf-huruf yang tersusun mengikut disiplin bahasabahasa tertentu. Dari huruf-huruf membentuk sukukata dan sukukata pula akan membentuk perkataan yang akan memberi makna yang difahami. Huruf tunggal juga mampu memberi makna dan pengertian yang tertentu. Ianya menjadi asas utama bagi menyalurkan maklumat sejak dari dulu hingga kini. Penggunaan teks dalam multimedia interaktif memain peranan yang sangat penting sebagai bahan informasi kepada pengguna. Melalui teks, pelbagai penerangan mampu diberikan kepada pengguna secara ringkas melebihi media lain. Penggunaan teks pastinya akan lebih menarik sekiranya ia digabungkan dengan elemen-elemen multimedia yang lain seperti audio, video, grafik dan animasi. Penyediaan teks dalam sesebuah pembangunan multimedia seharusnya menepati beberapa garis panduan iaitu: Ringkas, tepat dan padat; Menggunakan typeface dan jenis huruf yang bersesuaian; Sesuai dibaca; Warna yang sesuai dan seimbang; Pengawalan jenis huruf (fon) yang konsisten; dan Penggunaan fon yang standard pada sistem computer pengguna. Penggunaan Grafik dalam Multimedia Grafik adalah bahan-bahan visual yang merujuk kepada pelbagai paparan imej yang tidak bergerak seperti foto, gambar, lukisan, lakaran, illustrasi dan sebagainya. Fungsi grafik mampu memberi impak dan penerangan sesuatu maklumat dengan lebih berkesan kepada pengguna.

Melalui penggunaan grafik yang menarik mampu menjadikan sesebuah persembahan multimedia lebih menarik dan menarik tumpuan pengguna. Untuk menyediakan bahan-bahan grafik dalam pembangunan sesebuah aplikasi multimedia adalah:

Memilih bahan-bahan grafik yang bersesuaian tahap sasaran pengguna; Mengelak penggunaan bahan-bahan grafik dari menyentuh sensitiviti pengguna seperti kepercayaan, agama dan adat resam; Pemilihan warna bahan-bahan grafik; Menggunakan bahan-bahan grafik dan sistem komputer yang boleh digunakan oleh kebanyakan pengguna; dan Pemilihan jenis-jenis dan kategori grafik yang sesuai dengan keperluan interaktif. Penggunaan Audio dalam Multimedia Penghasilan audio yang baik akan menghasilkan impak yang sangat berkesan dalam sesebuah persembahan atau paparan visual. Cuba anda bayangkan sesebuah filem aksi seperti Jaws, Independent Day, Star Wars dan sebagainya tanpa bunyi. Pastinya filem aksi tersebut tidak memberi impak yang maksima kepada emosi penonton. Kesan bunyi merupakan satu daya penarik kepada pengguna. Audio dalam sesuatu sistem multimedia adalah merujuk kepada muzik latar, kesan bunyi khas, suara latar dan sebagainya. Ianya berfungsi sebagai pemberi impak terhadap persembahan multimedia supaya lebih berkesan. Ia juga mampu meningkatkan motivasi kepada pengguna agar memberi tumpuan terhadap maklumat yang hendak disampaikan. Untuk menghasilkan audio yang lebih berkesan dalam pembangunan multimedia, audio tersebut hendaklah: Audio yang berkualiti dan jelas; Saiz storan audio perlulah rendah agar sesuai digunakan dalam pelbagai media; Menyediakan audio yang bersesuaian dengan isi kandungan multimedia yang hendak disampaikan; dan Menyediakan butang kawalan audio bagi tujuan kawalan bunyi supaya tidak mengganggu pengguna. Penggunaan Video dalam Multimedia Video adalah imej bergerak dan bersuara yang dipaparkan melalui layar atau monitor. Penggunaan video merupakan elemen yang paling baik, dinamik dan realistik yang

menggabungkan pelbagai media lain seperti teks, grafik dan audio. Penggunaan video mampu memberi gambaran sebenar sesuatu perkara kepada pengguna. Ianya secara tak langsung mampu memberi impak yang kuat terhadap emosi pengguna. Antara kebaikan penggunaan video dalam pembangunan multimedia adalah seperti berikut: Boleh membina kefahaman dan kemahiran kepada pengguna. melalui paparan video; Proses pengajaran dalam kelas lebih mudah melalui imej bergerak yang ditayangkan dilayar; Maklumat yang lebih realistik; Merangsang pelbagai deria; Mudah dikendalikan dan diulang-ulang; Mampu memberi impak kepada emosi pengguna; dan Menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan. Penggunaan Animasi dalam Multimedia Animasi adalah merujuk kepada sesuatu paparan imej yang dihasilkan boleh bergerak walaupun pada asasnya pegun. Imej-imej yang dihasilkan itu mengambilkira aspek pergerakan agar ianya kelihatan hidup dan bergerak. Kebanyakan imej animasi yang dicipta melalui imaginasi dan fantasi penciptanya ke alam realiti. Ianya sangat digemari oleh kanak-kanak. Penghasilan animasi juga melalui gabungan elemen seperti audio mampu memberi impak yang berkesan kepada pengguna. Aspek penegasan isi kandungan boleh dihasilkan dengan lebih menarik jika dibanding dengan penggunaan elemen teks semata-mata. Antara kelebihan penggunaan animasi dalam bidang pendidikan adalah seperti berikut: Menyampai sesuatu konsep yang sukar secara visual; Merupakan media yang sangat dinamik dan berkesan; Boleh dihasilkan dengan kos yang murah dalam pelbagai situasi yang sukar jika dibandingkan dengan penghasilan video; dan Satu bahan pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan khasnya kepada kanak-kanak. Sebagai kesimpulannya, multimedia interaktif membolehkan pengguna meningkatkan ciri-ciri interaktiviti di mana pengguna mampu menjelajah dari satu bahagian ke satu bahagian mengikut keperluan mereka. Pengguna boleh meneroka setakat mana kehendak mereka dan boleh menyambung penerokaan pada hari lain terus ke bahagian yang mereka kehendaki tanpa melalui bahagian-bahagian yang telah mereka lalui sebelum ini. Interaktiviti merupakan kunci yang utama untuk menjadikan sesebuah program multimedia yang dipilih dan digunakan itu

memenuhi kehendaki pengguna itu berkesan, afektif atau sebaliknya. Konsep ini akan menarik minat yang mendalam pengguna-pengguna yang menggunakannya berbanding dengan kaedah konvensional. Oleh itu setiap pembangunan multimedia mestilah mempunyai ciri-ciri menarik minat pengguna seperti animasi, teks, audio, video dan animasi yang berkualiti. Kaedah pengajaran dan pembelajaran multimedia interaktif berbantukan komputer boleh mengubah cara pengguna untuk memperolehi maklumat kerana penggunaan sensori deria yang ada pada pengguna membolehkan mereka mengingati 80 peratus apa yang mereka terokai.

Anda mungkin juga menyukai