Anda di halaman 1dari 91

BUKU PANDUAN PENGURUSAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH MALAYSIA

Bantu Diri Supaya Berupaya Membantu Orang Lain

Kata Alu aluan Menteri Pelajaran Malaysia. Dalam masa kita giat meningkatkan prestasi pelajar dari segi akademik dan bukan akademik, kita harus sedar bahawa pelajar adalah golongan yang mempunyai kuasa besar dalam membentuk masa hadapan Negara ini. Oleh yang demikian, mereka perlu dididik dan dibimbing bukan sahaja dari segi intelek tetapi juga dari segi rohani,emosi dan jasmani seperti yang diharapkan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan, maka Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa berusaha kearah ini melalui beberapa program bimbingan yang terancang. Proses pendidikan di sekolah rendah dan menengah bukan hanya tertumpu kepada kecemerlangan akademik tetapi juga ko-kurikulum yang mampu mencungkil potensi pelajar dan juga perkembangan sahsiah pelajar. Perkembangan kanak-kanak dan juga remaja sering dipengaruhi oleh rakan sebaya.Disinilah letaknya keperluan remaja sebagai pembimbing rakan sebaya yang mempunyai pengaruh positif terhadap rakannya.Menyedari hakikat ini, Kementerian Pelajaran Malaysia berusaha membantu pelajar melalui Program Pembimbing Rakan Sebaya yang memberi pelbagai kemahiran melalui latihan yang melibatkan pelbagai peringkat umur agar mereka dapat mempengaruhi rakan mereka kea rah yang diingini. Buku Panduan Pengurusan Pembimbing Rakan Sebaya Sekolah-Sekolah Menengah Malaysia ini dihasilkan sebagai panduan guru-guru melaksanakan program ini dengan berkesan melalui perancangan yang sistematik agar pelajar yang dilatih dapat menjadi pemimpin yang dicontohi keperibadiannya. Saya berharap buku ini dapat memudahkan pengurusan guru penasihat Pembimbing Rakan Sebaya supaya keberkesanan program dapat dinilai dengan lebih baik. Saya mengucapkan terima kasih kepada Jawatankuasa Pembimbing Rakan Sebaya supaya keberkesanan program dapat dinilai dengan lebih baik. Saya mengucapkan terima kasih kepada Jawatankuasa Penulisan Buku Panduan Pengurusan Rakan Sebaya kerana telah menghasilkan buku ini.

Kata Alu aluan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Kementerian Pelajaran Malaysia. Bidang pendidikan adalah amat luas. Dengan kelulusan itu jugalah, kita mahu mendidik pelajar-pelajar agar menjadi orang dewasa yang berguna kepada diri, masyarakat dan Negara. Pelajar harus diasuh dengan sifat pendidikan yang luas,supaya tercapai apa yang dirancangkan. Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa berusaha membantu guru-guru memberi pendidikan dan pelajaran kepada pelajar. Ini bertujuan memastikan proses pendidikan itu berjalan lancar dan matlamatnya tercapai dengan berkesan. Kelahiran buku panduan ini yang telah disusun dengan padat sebagai satu usaha untuk membantu Guru Bimbingan dan Kaunseling dan juga Guru Penasihat PRS untuk memulakan perancangan program, seterusnya melaksanakan program-program yang telah dirancang. Apabila perancangan telah dijalankan dengan baik,maka kesan yang diharapkan juga sudah tentu akan membawa kesan yang positif. Diharapkan dengan terhasilnya buku panduan ini, Pelbagai program peningkatan perkembangan diri dan disiplin pelajar di sekolah dapat dilaksanakan dengan kerjasama Pembimbing Rakan Sebaya sekaligus dapat meningkatkan prestasi akademik dan kokurikulum. Buku ini bukan sahaja amat berfaedah kepada guru yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan khidmat bimbingan ini malah dapat mengatasi ketandusan dokumen penting dalam bidang ini. Matlamat Program Pembimbing Rakan Sebaya iaitu membina budaya kasih mesra dan saling membantu di kalangan pelajar itu sendiri menunjukkan nilai-nilai murni yang harus di contohi oleh generasi kini yang semakin ketandusan penghayatan nilainilai murni. Semoga para pelajar dapat menjadi insane yang penyayang dan bertanggungjawab. Saya turut merakamkan syabas dan setinggi-tinggi penghargaan kepada setiap anggota yang berusaha gigih untuk menghasilkan buku ini. Semoga kita memperoleh kejayaan jua.

Kata Alu aluan Pengarah Bahagian Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia. Pelbagai usaha dijalankan untuk mencapai Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan pelajar yang berterampilan,termasuk usaha melatih pelajar untuk menjadi pemimpin kepada diri mereka dan pelajar lain di sekolah yang sama, merupakan satu langkah yang sangat baik dan sememangnya digalakkan. Dengan usaha yang terancang ini,dijalankan oleh guru yang terlatih dalam bidang perkhidmatan bimbingan dan kaunseling khususnya, keatas sebilangan pelajar yang berpotensi menjadi pemimpin, pelajar berkenaan akan dapat memajukan diri dan rakan-rakan sekolah mereka yang lain. Ini sedikit sebanyak akan dapat menyumbangkan kepada peningkatan tahap disiplin dan prestasi akademik serta bukan akademik pelajar tersebut. Melalui program pembing rakan sebaya ,diharap pihak sekolah akan dapat menggalakkan budaya kasih mesra dan saling mengambil berat di kalangan pelajar, guru dan ibu-bapa. Sehubungan itu, penerbitan buku panduan ini akan memudahkan guru penasihat PRS khususnya melaksanakan program PRS di sekolah secara sistematik dan berkesan. Buku panduan ini yang memuatkan pelbagai maklumat pengurusan PRS dan disusun mengikut kesesuaian perlaksanaannya di peringkat sekolah rendah dan menengah. Saya berharap buku panduan ini akan digunakan sebaik-baiknya supaya khidmat Pembimbing Rakan Sebaya akan dapat membantu mengurangkan masalah displin dan mengurangkan gejala sosial yang semakin berleluasa dikalangan remaja kini.Dengan bermatlamatkan membantu diri untuk berupaya membantu orang lain sudah pasti mampu menjadikan PRS di sekolah sebagai golongan yang harus dicontohi dalam membimbing diri sendiri dan rakan sebaya. Saya mengucapkan tahniah dan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada barisan kaunselor sekolah mengah negeri Selangor yang berusaha menyediakan buku ini. Terima kasih.

Isi Kandungan
Kata Alu aluan Menteri Pelajaran Malaysia. Kata Alu aluan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Kementerian Pelajaran Malaysia. Kata Alu aluan Pengarah Bahagian Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia. Bahagian 1: Pengenalan o Pengenalan o Sejarah perkembangan o Prinsip perkhidmatan o Definisi o Rasional o Falsafah o Visi o Misi o Matlamat o Objektif o Etika o Ikrar o Senarai tugas PRS Bahagian 2:Pengurusann PRS o Carta aliran pengurusan PRS o Kertas cadangan penubuhan. o Pelan tindakan penubuhan. o Contoh Borang pemohonan o Contoh Borang cadangan keahlian o Contoh Borang tawaran o Surat makluman keahlian o Surat kebenaran ibu bapa o Surat panggilan kursus. Bahagian 3: o Carta aliran pentauliahan PRS o Kertas cadangan aturcara majlis pentauliahan PRS. o Contoh Sijil lulus peperiksaan o Contoh sijil pentauliahan

Bahagian 5:Latihan lanjutan Bahagian 6:Pemantauan o Faedah pemantauan o Cara pemantauan Bahagian 7:Projek PRS Bahagian 8:Pengurusan boku log PRS o Contoh borang analisa bimbingan PRS mengikut bulan. o Contoh borang analisa bimbingan PRS mengikut tahun o Contoh borang rekod penghantaran buku log PRS mengikut bulan. o Contoh borang rekod penghantaran buku log PRS mengikut tahun. o Contoh buku log. Bahagian 9:Jawatankuasa PRS Bahagian 10:Rancangan tahunan PRS Bahagian 11:Lagu PRS Bahagian 12: Ujian Pra dan pos Bahagian 13:Carta aliran o Penubuhan PRS sekolah o Kursus / Latihan PRS

BUKU PANDUAN PENGURUSAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA BAHAGIAN 1: PENGENALAN 1.0. PENGENALAN Program Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) telah diperkenalkan di sekolah menengah Malaysia pada tahun 1988 setelah Institut Aminuddin Baki menjalankan kursus kejurulatihan bagi kumpulan pertama. Sehingg tahun 1992, tiga kumpulan jurulatih telah menghadiri kursus ini di Institut Aminuddin Baki. 2.0. SEJARAH PERKEMBANGAN 2.1. Projek perintis di empat buah sekolah iaitu SMK(P) Sri Aman Petalang Jaya, SMK Aminuddinbaki ,Kuala Lumpur, SM Sains Selangor, Cheras Kuala Lumpur dan SMK (L) Bukit Bintang Petaling Jaya. Projek ini telah dijalankan berperingkat-peringkat, dari hujung bulan februari 1986 hingga bulan November 1986. Laporan perkembangan latihan tersebut telah disampaikan kepada Pengarah Institut Pengurusan Pendidikan Negara (IPPN-IAB sekarang). Dr. Yaacob bin Haji Mat Nong, dan Pengarah Bahagian Sekolah-Sekolah, Dato Haji Jumaat bin Dato Haji Mohd Nor yang telah menyokong dan meminta supaya program ini diteruskan di beberapa buah sekolah lagi. Rentetan laporan tersebut satu Seminar/Bengkel PRS diadakan pada 19 hingga 23 Januari 1987 yang dihadiri oleh Ketua Penolong Pengarah Hal Ehwal Murid dan Penyelia Bimbingan dan Kaunseling Jabatan Pelajaran Negeri, Guru-guru Bimbingan dan Kaunseling yang telah dikenalpasti oleh Kementerian serta Pensyarah Maktab Perguruan. Hasil dari seminar/bengkel satu draf modul latihan yang mengandungi elemen-elemen konsep, falsafah, rasional dan objektif program Pembimbing Rakan Sebaya telah dikeluarkan untuk dicuba diperingkat sekolah.

2.2.

2.3.

2.4.

2.5.

2.6.

2.7.

IPPN (IAB) telah menerima peruntukan dari pinjaman Bank Dunia ke 8 untuk menjalankan kursus pendek tiga bulan yang releven untuk Kementerian Pelajaran. Salah satu daripada kursus yang dicadangkan ialah Kursus Pengurusan dan Latihan untuk program PRS bagi menyedia dan melatih guru bimbingan dan kaunseling menjadi jurulatih peringkat negeri. Pada 9 hingga 10 November 1987 satu mesyuarat menggubal kurikulum kursus diadakan di IPPN (IAB) dengan disertai oleh Pensyarah IAB, Pensyarah UKM, UPM dan USM, Pengetua sekolah, Ketua Penolong Pengarah Hal Ehwal Murid dan Penyelia Bimbingan dan Kaunseling Jabatan Pelajaran Negeri, Pegawai-Pegawai Bahagian Sekolah dan Pensyarah Maktab Perguruan. Pada 7 Disember 1987 hingga 31 Mac 1988, seramai 34 orang peserta terdiri daripada Guru Bimbingan dan Kaunseling (30 orang ), dan Pensyarah Maktab Perguruan (4 orang ) telah mengikuti kursus tersebut. 33 orang peserta telah dianugerahkan sijil lulus dan disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah ibni Al-Marhum Sultan Abubakar dalam majlis Pembukaan Rasmi sempena pertukaran nama IPPN kepada Institut Aminuddin Baki (IAB) pada 20 Oktober 1988. Jabatan Pelajaran Negeri telah giat meperkembangkan konsep ini dengan menggunakan tenaga jurulatih untuk menjalankan Kursus Teragih diperingkat negeri masing-masing. 2.7.1 Pada 21 hingga 24 Ogos 1988 bengkel mengemaskini draf modul latihan di IAB supaya modul dicetak dan dihantar ke semua sekolah menengah di seluruh negara untuk dijadikan panduan. Pada 13 hingga 14 September 1988 mesyuarat menyelaras program desentralisasi latihan PRS di IAB dan telah dipersetujui bahawa kurus-kursus desentralisasi (Teragih) di peringkat negeri mengikut panduan kandungan kursus yang sama iaitu Pengenalan Konsep, Falsafah dan Matlamat Program PRS Teknik tafsiran keperluan Teknik-teknik latihan. Teknik penilaian program Kemahiran yang diperlukan oleh PRS seperti kesedaran kendiri, asas komunikasi, asas kaunseling dan kemahiran lanjutan yang spesifik. PRS dari perspektif Islam Pada 21 hingga 22 Disember 1989 satu bengkel meneliti modul

2.7.2

2.7.3

3.0.

PRINSIP PERKHIDMATAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA

3.1. 3.2.

Bersedia dan rela membantu rakan yang memerlukan bantuan tanpa mengira agama, bangsa, jantina, kedudukan perlakuan dan fizikal. Perkhidmatan Pembimbing Rakan Sebaya hendaklah dijalankan berdasarkan etika PRS.

4.0.

DEFINISI Pembimbing Rakan Sebaya ialah seorang pelajar yang telah dilatih dalam bidang kemahiran asas komunikasi dan kaunseling. Ia berfungsi sebagai seorang kawan yang berkesan kepada rakan sebaya, terutama kepada mereka yang memerlukan pertolongan. PRS tidak bertugas untuk memberi nasihat dan menyelesaikan masalah rakan-rakan tetapi ia menjadi seorang pendengar yang peka kepada perasaan orang lain, berminat dan mengambil berat serta rela serta rela memberi khidmat dalam sistem sekolah.

5.0.

RASIONAL Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling telah lama bertapak dalam system pelajaran kita. Walaupun perkhidmatan ini masih mempunyai ruanag yang luas untuk diperbaiki, khidmat pelajar membantu pelajar merupakan satu khidmat sokongan yang penting untuk mengisi ruang tersebut. Oleh sebab pelajar adalah lebih mudah ditemui dan dijangka lebih memahami curahan perasaan rakan, maka mereka lebih mudah dirapati. Golongan pelajar yang terlatih dalam kemahiran asas menolong sangat penting untuk meningkatkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah. 5.1. 5.2. 5.3. 5.4. Guru bimbingan dan kaunseling belum mencukupi untuk menampung keperluan khidmat yang makin bertambah. Bertambah masalah salahlaku dikalangan pelajar. Pelajar memerlukan bimbingan dan perhatian. PRS sebagai khidmat sokongan. Belum lagi menjelajah dan menggunakan pengaruh rakan sebaya secara sistematik untuk membimbing rakan-rakan kearah perlakuan positif. Membantu khidmat bimbingan dan kaunseling dalam menyediakan saluran untuk mencurahkan perasaan, dan perkara lain yang tidak dinyatakan kepada orang dewasa.

6.0.

FALSAFAH BANTU DIRI SUPAYA BERUPAYA MEMBANTU ORANG LAIN PRS harus dilengkapi dengan ilmu pengetahuan, perlakuan, perhubungan, kemahiran, kreativiti dan keimanan.

7.0.

VISI

Sistem pengurusan perkhidmatan Pembimbing Rakan Sebaya yang cemerlang dan berkualiti. 8.0. MISI Membentuk dan melahirkan insan yang seimbang dari aspek Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan cemerlang berdasarkan falsafah dan etika Pembimbing Rakan Sebaya. 9.0. MATLAMAT 9.1. 9.2. 9.3. 9.4. Membina budaya kasih mesra dan saling membantu dikalangan pelajar. Membina pelajar yang yakin diri dan menghayati nilai-nilai murni berasaskan kepada kepercayaan kepada Tuhan. Memupuk potensi/bakat kepemimpinan dan menjadi individu yang peka, bertimbangrasa, rela,taat, menolong dan berupaya hidup selesa dalam masyarakat majmuk. Melalui pengaruh positif dan persepaduan dalam aktiviti lain, PRS dapat memainkan peranan membantu mengurangkan masalah salahlaku dikalangan pelajar.

10.0.

OBJEKTIF 10.1. 10.2. 10.3. 10.4. Membina pasukan PRS yang terlatih untuk membantu rakan dari segi akademik, perlakuan, emosi dan peribadi. Membina khidmat sokongan dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling untuk mengisi pertambahan tuntutan dalam perkhidmatan PRS. Melatih pelajar dalam kemahiran asas yang membolehkan mereka berinteraksi secara berkesan dengan rakan dan individu lain. Menubuhkan kumpulan pelajar yang terlatih dan boleh menggerakan program dan aktiviti perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.

11.0.

ETIKA PRS PRS perlu patuh kepada etika berikut: 11.1. 11.2. 11.3. 11.4. 11.5. 11.6. 11.7. Amanah dan menyimpan rahsia. Menerima dan menghormati rakan dan orang lain. Tahu batasan dan keupayaan diri. Sentiasa berusaha meningkatakan diri dari pelbagai aspek. Melapor kepada Kaunselor/Guru Bimbingan dan Kaunseling tenteng kes yang boleh merosakkan diri atau orang lain. Merujuk kes rumit kepada Kaunselor/Guru Bimbingan dan Kaunseling. Mematuhi peraturan sekolah dan norma masyarakat dan agama.

12.0

IKRAR PRS

10

Saya/Kami dengan ini berikrar menerima dan mematuhi serta mengamalkan teras-teras perkhidmatan semasa berkhidmat sebagai Pembimbing Rakan Sebaya (PRS ) sesi _____. 12.1. 12.2. 12.3. 12.4. 12.5. 12.6. Menerima jawatan ini dan sanggup memikul tanggungjawab serta amanah yang diberikan tanpa mengira tempat, masa, dan rakan Berpegang teguh kepada etika Pembimbing Rakan Sebaya. Berusaha menjadi pelajar contoh. Berazam meningkatkan mutu akademik dan disiplin diri. Berkhidmat dengan penuh kemesraan dan kasih sayang. Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti perkhidmatan PRS

13.0

SENARAI TUGAS PRS 13.1. 13.2. 13.3. 13.4. 13.5. 13.6. 13.7. 13.8. 13.9. 13.10. 13.11. 13.12. 13.13. 13.14. 13.15. 13.16. Menjadi rakan yang peka kepada perasaan orang lain dan keadaan sekeliling. Sebagai khidmat sokongan, PRS membantu menggerakkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah. Sebagai salah satu sumber kepada rakan untuk mendapat bantuan. Sebagai penghubung kepada khidmat bimbingan dan kaunseling seperti membuat rujukkan jika perlu. Sebagai peninjau rasa untuk membolehkan Kaunselor/Guru Bimbingan dan Kaunseling menjalankan strategi intervensi jika perlu. Sebagai Role Model kepada pelajar lain. Menjadi fasilitator yang bersikap terbuka, yakin dan percaya diri, Berasa selesa dan berimpati. Menerima rakan secara terbuka dan tanpa syarat. Mendengar, menjelas dan membantu rakan melihat beberapa alternatif sebelum membuat keputusan. Memberi sokongan dan galakkan untuk rakan mengambil langkah positif. Mematuhi etika kerahsiaan. Menyedari bahawa buka semua masalah boleh diatasi. Berbincang dan membantu rakan yang menghadapi masalah biasa/normal. Memimpin rakan melihat masalah dengan objektif dan Mengalakkannya mencari penyelesaian sendiri supaya ia belajar melalui pengalamannya. Menjalankan program membantu sambil mempengaruhi rakan lain supaya melibatkan diri. Mengutamakan kesejahteraan diri dan memahami batasan diri untuk Membantu.

11

BAHAGIAN 2: PENGURUSAN

3.0 3.1

Pengurusan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) Sekolah-sekolah Malaysia Carta Airan Pengurusan PRS Kajian Tindakan Penyediaan Kertas Cadangan Penubuhan Perbincangan dengan Pengetua Taklimat kepada semua guru Hebahan/Publisiti/Iklan Borang Permohonan Keahlian & Borang Cadangan Proses Borang Permohonan Temuduga Surat Tawaran/Surat Makluman kepada ibu Bapa Surat Panggilan Kursus

12

3.2 1.0

Kertas Cadangan Penubuhan PRS Pendahuluan Keperluan PRS di sekolah berlandaskan latar belakang masalah di sekolah/ Rasional Penubuhan.

1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 1.6

Matlamat Penubuhan PRS Objektif Sasaran Tempoh Ahli Jawatankuasa Proses: 1.6.1 Pelan Tindakan Penubuhan PRS (Rujuk Lampiran 1)

1.7 1.8

Penutup Lampiran 1.0 Contoh Borang 1.1 1.2 2.0 Surat 2.1 2.2 2.3 2.4 2.5 2.6 Surat Panggilan Temuduga Surat Tawaran Surat makluman kepada Ibu/Bapa/Guru Tingkatan Surat Persetujuan Ibu/Bapa/Penjaga Surat Panggilan Kursus Asas PRS Surat Kebenaran Ibu Bapa/Penjaga (rujuk surat kebenaran ibu bapa/penjaga di sekolah masingBorang Permohonan Borang Cadangan

13

masing)

14

LAMPIRAN 1 1.6.1
Bil. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11.

Pelan Tindakan Penubuhan PRS


Perkara Publisiti / Taklimat Guru Keluarkan borang Permohonan & borang cadangan. Proses Borang Permohonan Temuduga Surat makluman kepada ibu bapa/guru tingkatan/surat tawaran kepada pelajar Surat Panggilan Kursus Kursus Asas PRS PRAKTIKAL / Percubaan/Ujian (Lisan&Bertulis) Kursus Lanjutan Perlantikan Rasmi Calon-calon PRS yang gagal kursus perlu ulang tahap 7 (Kursus Asas ) dan seterusnya Jan Feb Mac April Mei Jun Julai Ogos Sept Okt Catatan

15

Borang PRS 1.1 UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SK.SAINT RITA, SIBU TELEFON / FAX : 084-321494

BORANG PERMOHONAN KEAHLIAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS) Nama Jantina No. K/P Tatikh Lahir Alamat :.. : .. : . : . Kelas. : Kaum : No. S.B : Tempat Lahir:

Sebab anda berminat untuk menjadi PRS :

.potong di sini BORANG PRS 1.2 Unit Bimbingan dan Kaunseling


SK. Saint Rita, Sibu.

JAWAPAN PANGGILAN TEMUDUGA PRS Sukacita dimaklumkan bahawa saudara/saudari dijemput untuk menghadiri temuduga seperti ketetapan berikut : Tarikh : Tempat : . Masa : . Sekian, terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya Yang Menjalankan Tugas, ( ) 16

Borang PRS 2.1 UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SK. SAINT RITA, SIBU TELEFON / FAX : 084-321494 BORANG CADANGAN KEAHLIAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS)
Guru Besar SK. Saint Rita, Sibu (up.Unit Bimbingan dan Kaunseling) Tuan/Puan, Cadangan Calon Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) Berikut dikemukakan calon-calon PRS Tahun 2013 Bil. Nama Jant. Ting. No. KP * Kriteria Pencalonan

Ciri ciri calon PRS : 1 .Suka menolong 4. Boleh dipercayai Sekian, terima kasih. Tanda tangan . Guru Kelas Tarikh : 2. 5. Bertanggungjawab 3. Peramah & mudah mesra Mudah diterima oleh rakan sebaya

potong di sini Borang PRS 1.2


Unit Bimbingan dan Kaunseling SK. Saint Rita, Sibu JAWAPAN PANGGILAN TEMUDUGA PRS
Sukacita dimaklumkan bahawa saudara/saudari dijemput untuk menghadiri temuduga seperti ketetapan berikut : Tarikh Tempat Masa Sekian, terima kasih. : : : . .

17

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

( ) Kaunselor/Guru Bimbingan Borang PRS 2.2 Unit Bimbingan dan Kaunseling


SMK / SK ___________________ Telefon/ Fax :

BORANG TAWARAN KEAHLIAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS)


Ruj. Kami : Bil. ( ) dlm. SMK BBST/02/02/006 Tarikh : __________________________

Kepada: Ting.

Saudara /Saudari, TAWARAN MENJADI PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS) TAHUN Sukacita dimaklumkan bahawa saudara/saudari telah terpilih sebagai Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) Tahun . di sekolah ini. 2. Diharap saudara/saudari dapat memberi momitmen dan perkhidmatan yang cemerlang.

3. Saudara/saudari juga dikehendaki mengikuti Kursus Asas PRS yang akan dimaklumkan kemudian. Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya Yang Menjalankan Tugas , ( ) Kaunselor Pelajar / Guru Bimbingan 18

SMK /.SK

Borang PRS 2.3 Unit Bimbingan dan Kaunseling


SMK / SK ___________________ Telefon/ Fax :

SURAT MAKLUMAN KEAHLIAN KEPADA IBU/BAPA PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS)


Ruj. Kami : Bil. ( ) dlm. SMK BBST/02/02/006 Tarikh :

Kepada: Ibu Bapa/Penjaga/Guru Tingkatan Tuan/Puan MAKLUMAN TAWARAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS) TAHUN . Nama Pelajar : ____________________________________________ No. K.P. : ______________________________ Kelas/Ting. : ______________________________ Sukacita dimaklumkan bahawa anak/anak jagaan/pelajar tuan/puan telah dilantik sebagai Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) di sekolah ini. Syabas dan Tahniah diucapkan. 2. Sehubungan dengan itu, pelajar tersebut dikehendaki mengikuti Kursus Asas PRS dan dikehendaki lulus kursus-kursus yang akan diadakan dari masa ke semasa. 3. Sokongan dan komitmen daripada tuan/Puan amatlah diharapkan .

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya Yang Menjalankan Tugas , ( ) 19

Kaunselor Pelajar / Guru Bimbingan SMK /.SK

Borang PRS 2.4 Unit Bimbingan dan Kaunseling


SMK / SK ___________________ Telefon/ Fax :

SURAT JAWAPAN PENERIMAAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS)


Ruj. Kami : Bil. ( ) dlm. SMK BBST/02/02/006 Tarikh :

.. (Nama ibu/bapa/penjaga) Alamat : . Kepada :

Pengetua, SMK / SK ___________________ (U.P. Penasihat UBK) Tuan/Puan, SURAT JAWAPAN TAWARAN KEAHLIAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS) TAHUN . Bahawasanya saya, .. Bersetuju /Tidak Bersetuju anak/jagaan saya yang bernama .. tingkatan/kelas .. menjadi Ahli Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) tahun

Sekian, terima kasih. Saya Yang Benar,

20

( ) Nama Ibu/Bapa/Penjaga

Borang PRS 2.5 Unit Bimbingan dan Kaunseling


SMK / SK ___________________ Telefon/ Fax :

SURAT PANGGILAN KURSUS ASAS PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS)


Ruj. Kami : Bil. ( ) dlm. SMK BBST/02/02/006 Tarikh :

Kepada: Saudara / Saudari, Nama Ting. : . :

Saudara / Saudari, KURSUS ASAS PRS TAHUN .. Adalah dimaklumkan bahawa saudara /saudari diminta menghadiri kursus di atas seperti ketetapan berikut : Tarikh Tempat Masa : : : . .

2. Sebarang kemusykilan, sila hubungi Kaunselor / Guru Bimbingan Sekolah anda di talian : .

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya Yang Menjalankan Tugas , 21

( ) Kaunselor Pelajar / Guru Bimbingan SMK /.SK

BAHAGIAN 3: PENGENDALIAN KURSUS / PRAKTIKAL.


4.1 Contoh Kertas Cadangan Penubuhan PRS

1.0 RASIONAL Khidmat pelajar bantu pelajar merupakan satu khidmat sokongan yang penting dalam Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah. Oleh sebab pelajar adalah lebih mudah ditemui dan dijangka lebih memahami curahan perasaan rakan, maka mereka lebih mudah dirapati. Golongan pelajar yang terlatih dalam kemahiran asas menolong sangat penting untuk menguatkan lagi Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. 2.0 MATLAMAT Membina satu kumpulan pelajar ( PRS ) yang mempunyai kemahiran asas untuk membantu dan membimbing serta menjadi kumpulan rakan sebaya yang positif.

3.0 OBJEKTIF 3.1 3.2 Memahami dan menguasai kemahiran asas komunikasi dan berupaya mempraktikkannya dengan rakan-rakan, guru, keluarga, dan orang lain. Memahami dan menguasai teknik-teknik asas dalam kemahiran kaunseling supaya mereka dapat berfungsi sebagai PRS yang peka kepada perasaan rakan. 3.3 3.4 3.5 Mendapat pengetahuan dan berupaya memahami dan menilai kelebihan dan kelemahan diri. Membina strategi bagaimana meningkatkan kelebihan diri dan mengurangkan kelemahan diri supaya dapat membina sikap positif. Memahami sifat-sifat remaja dan aspirasi mereka dan dapat membantu diri dan rakan-rakan untuk membina matlamat hidup yang positif.

22

3.6

Membina daya dorongan untuk membina budaya saling membantu, hormat, dan kasih mesra antara rakan-rakan dan masyarakat sekolah.

4.0 KUMPULAN SASAR Pelajar yang berminat: Kumpulan Perintis - Tingkatan 1 dan 2 seramai 40 orang pelajar lelaki dan perempuan di bawah kelolaan seorang jurulatih / guru pembimbing. 5.0 INPUT KURSUS Merujuk kepada Modul Latihan Asas PRS Kementerian Pendidikan Malaysia 1992. 6.0 JANGKA MASA KURSUS Masa tidak kurang daripada 15 jam ( Satu sesi 2 jam x 3 kali seminggu ) 7.0 SUMBER KEWANGAN 7.1 PCG Bimbingan dan Kaunseling 7.2 Sumbangan pelajar yang dilantik sebagai PRS 7.3 Derma PIBG 7.4 Derma masyarakat 8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN Bagi tahun ini, kursus melatih kumpulan PRS adakan diadakan pada peringkat dalaman sahaja iaitu dikendalikan oleh Guru Kaunseling dengan menjalankan aktiviti-aktiviti asas dalam bidang Perkembangan Diri dan Kemahiran Asas Komunikasi. Oleh yang demikian, hanya keperluan untuk membeli peralatan tulis sahaja yang diperlukan: Kertas Sebak Kad manila Kertas warna =10 x 50 sen = 10 x 60 sen = 5 x 80 sen = RM 5.00 = RM 6.00 = RM 4.00

23

Pen Marker ( Merah, Hitam, Biru ) =6 x RM 2.50 = RM 15.00 Jumlah 9.0 PEMILIHAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA ( PRS ) Pemilihan PRS sekolah dilakukan berdasarkan langkah-langkah berikut: LANGKAH 1 Kaedah 1 Guru Kaunseling mengiklan di papan kenyataan tentang pemilihan PRS baru. Masa yang diperuntukkan adalah dalam tempoh seminggu ( 7 hari ) dari tarikh iklan. Pelajar yang berminat diminta untuk mengisi borang permohonan yang boleh didapati dari Unit Bimbingan dan Kaunseling. Kaedah 2 Dengan mengedarkan soal selidik. Pelajar-pelajar diminta memilih dan mencatatkan nama pelajar lain yang mereka merasa selesa untuk berbincang tentang sebarang masalah / persoalan. Kaedah 3 Guru memilih dan mengisi borang cadang nama pelajar yang dianggap sesuai dilantik sebagai PRS. LANGKAH 2 Kaedah 1 Semua nama pelajar yang dicalonkan akan disenaraikan. Guru Kaunseling akan membuat satu pemberitahuan tentang tarikh, masa, dan tempat untuk calon-calon PRS mengikuti ujian personaliti. ATAU Kaedah 2 Sekiranya bilangan pencalonan tidak melebihi 30 orang, maka satu sesi temuduga akan dijalankan untuk memilih calon-calon yang layak dilantik sebagai PRS. Calon yang terpilih adalah layak untuk mengikuti latihan asas PRS yang akan dimaklumkan. = RM 30.00

24

Contoh Risalah / Iklan PRS PROGRAM LATIHAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA Apa itu Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)? Ia adalah seorang pelajar yang berkhidmat dan membantu pelajar lain, terutama mereka yang memerlukan pertolongan di dalam mengendalikan masalah. Pembimbing Rakan Sebaya akan dilatih di dalam bidang perhubungan manusia supaya ia berupaya menggalakkan kawan-kawan berbincang tentang masalah, pandangan, kebimbangan, dan lain-lain aspek lagi. Maklumat-maklumat yang diberi akan dirahsiakan. Pembimbing Rakan Sebaya dilatih bagaimana menjadi seorang kawan yang berkesan melalui pembinaan hubungan yang berasaskan rasa hormat dan faham. Pembimbing Rakan Sebaya akan diselia dengan teliti oleh Guru Kaunseling dalam masa mereka menjalankan tugas. Satu faedah yang didapati ialah dalam masa mereka menolong kawan memahami diri dan masalahnya, Pembimbing Rakan Sebaya sendiri akan belajar memahami dirinya sendiri. Ini yang dipanggil kesedarankendiri (self-awareness). Adakah anda masih berminat mengikuti latihan ini? Ringkasnya Pembimbing Rakan Sebaya ( PRS ) ialah: seorang yang mesra dan senang bergaul dan berupaya menolong orang lain. mempunyai sifat menerima, sabar, mengambil berat, berminat, dan boleh dipercayai. mempunyai sikap yang positif terhadap kawan-kawan sebaya, sekolah, dan juga orang dewasa. Apa tanggungjawab Pembimbing Rakan Sebaya? Menjadi pendengar yang faham kepada masalah kawan.

25

Membantu Guru Kaunseling di dalam aktiviti bimbingan dan kaunseling. Membantu pelajar baru dalam masa orientasi. Memimpin kumpulan perbincangan. Membantu Guru Kaunseling di dalam kaunseling kelompok. Menjadi tenaga pengajar kepada pelajar yang lemah di dalam satu-satu mata pelajaran. Menjadi sebagai contoh / model. Merancang projek membantu pelajar-pelajar yang memerlukan pertolongan dari segi moral dan material. Menolong menjayakan kempen-kempen untuk faedah pelajar umumnya. Masihkah anda berminat? Jika masih berminat, isikan borang permohonan yang boleh didapati daripada Guru Kaunseling di Bilik Kaunseling sama ada: Anda sendiri berminat untuk memohon menjadi ahli PRS ; atau Anda ingin mencadangkan nama rakan anda yang anda tahu dia berminat dan berpotensi untuk menjadi ahli PRS. Pemilihan akan dibuat sedikit masa lagi. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam kotak berwarna merah yang diletakkan di pintu Bilik Bimbingan & Kaunseling.

Disediakan oleh; Tarikh . . ( ) Guru Kaunseling / Guru Bimbingan :

26

Contoh Borang Cadang Nama PRS

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN USJ 4 SUBANG JAYA, JALAN USJ 4/3, 47600 SUBANG JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN. CADANGAN PESERTA PEMBIMBING RAKAN SEBAYA ( PRS )
Saya ingin mencadangkan _________________________________________ dari Tingkatan _________________________ menjadi peserta dalam projek Latihan

Pembimbing Rakan Sebaya Sekolah Menengah Kebangsaan USJ 4 Subang Jaya. Pelajar ini saya dapati layak untuk menjadi seorang PRS kerana :

1. __________________________________________________________ 2. __________________________________________________________ 3. __________________________________________________________ 4. __________________________________________________________ 5. __________________________________________________________

27

Nama *Guru / Pelajar yang mencalonkan nama: Tingkatan : .

Tarikh : ..

* Potong yang tidak berkenaan

4.2

Lantikan Jawatankuasa Jawatankuasa Induk Penasihat Pengerusi Naib Pengerusi Setiausaha Bendahari AJK : Pengetua / Guru Besar : GPK HEM : Penyelia Petang : Guru Kaunseling / Guru Bimbingan : Bendahari PIBG : Penyelaras Tingkatan 1 5 / Penyelaras Darjah 4 6 Guru Disiplin Guru Pendidikan Islam / Guru Pendidikan Moral

Penolong Setiausaha : Guru Kaunseling / Guru Bimbingan

4.3

Mesyuarat JK Pelaksana Kursus i) ii) iii) iv) v) vi) vii) Berbincang dengan GPK HEM dan usul kertas cadangan. Mendapatkan kelulusan Tetapkan tarikh mesyuarat dan tentukan agenda dan tempahan bilik mesyuarat Keluarkan surat panggilan mesyuarat Menjalankan mesyuarat Menyediakan Jawatankuasa Maklumkan rancangan tahunan kepada Jawatankuasa minit mesyuarat yang juga terkandung senarai tugas

28

4.4

Surat Jemputan Penceramah Surat yang dikeluarkan adalah ditandatangan oleh Pengetua / Guru Besar

29

CONTOH SURAT JEMPUTAN PENCERAMAH: Ruj. Kami : .. Tarikh : . Pengetua .. .. Tuan, JEMPUTAN SEBAGAI PENCERAMAH Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuki. 2. Sukacita dimaklumkan SMK. . akan mengadakan Program Peningkatan Pembimbing Rakan Sebaya ( PRS ). Tujuan program ini diadakan untuk memantapkan lagi kemahiran asas kaunseling di kalangan PRS. 3. Sehubungan ini pihak kami memohon pertimbangan tuan untuk memberi kebenaran kepada pegawai di sekolah tuan iaitu Encik . , Guru Bimbingan Kaunseling untuk menyampaikan ceramah seperti ketentuan berikut: Tarikh Masa Tempat Tajuk Sasaran : : : : :

4. Untuk makluman pegawai tuan, pihak penganjur akan menyediakan kemudahan peralatan ceramah seperti berikut : a) Pembesar suara b) Overhead Projektor c) Skrin 5. Bersama surat ini dikepilkan boring biodata diri penceramah dan diharapkan pihak pegawai tuan dapat mengisi dan membawanya ke sekolah berkenaan pada hari tersebut. 6. Sekiranya pihak pegawai tuan mempunyai sebarang kemusykilan berhubung perkara di atas , sila hubungi pegawai berikut iaitu En N0. Telefon Pihak kami terlebih dahulu merakamkan ucapan ribuan terima kasih di atas pertimbangan tuan mengenai perkara di atas. Sekian, Terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA () 4.5 Mengendalikan Ujian Lisan / Bertulis PENGENDALIAN KURSUS/ LATIHAN/ PRAKTIKAL 4.2 Lantikan Jawatankuasa Pelaksana Kursus

30

Contoh : Penasihat : Pengerusi : Naib Pengerusi: Setiausaha : Naib Setiausaha: Bendahari : AJK : Pengetua/ Guru Besar Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Penyelia Petang Guru Kaunseling SM / Guru Bimbingan SR/ Guru Penasihat PRS Guru Kaunseling/ Guru Bimbingan Bendahari PIBG i) Penyelaras Tingkatan 1-5 ii) Guru disiplin iii) Guru Agama / Pendidikan Moral

4.3

Carta Aliran Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana Kursus Contoh : Berbincang dengan PK HEM (Usulkan kertas cadangan) Dapatkan kelulusan Tetapkan tarikh mesyuarat, Tentukan agenda, tempahan bilik mesyuarat Keluarkan surat panggilan mesyuarat Mesyuarat dijalankan # Rujuk contoh minit mesyuarat, senarai tugas J/K, Rancangan Tahunan PRS.

4.4 4.4.1 4.4.2 4.4.3 4.5

Surat Jemputan kepada kepada penceramah Surat Pelepasan/ Jemputan Penceramah mesti ditandatangani oleh tanda tangani. Surat jemputan kepada penceramah perlu melalui dan salinan PPD Setiap surat mesti Salinan Kepada ( s.k) ke PPD. (Ketua Sektor Pengurusan & Pembangunan Manusia). Mengendalikan Ujian Lisan / Bertulis

Contoh-contoh soalan Ujian Lisan dan Bertulis

31

UJIAN LISAN 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. 21. Nama, Tempat tinggal, kampong, Anak yang ke berapa, Ibu bapa/penjaga, cita-cita, hobi, isu-isu semasa dan lain-lain. Bagaimana anda boleh menjadikan unit bimbingan dan kaunseling lebih diminati di kalangan pelajar ? Dari mana anda mendapatkan maklumat tentang PRS. Kenapa anda berminat untuk menjadi PRS? Apakah maksud PRS? Bagaimana anda menghabiskan masa lapang anda? Apakah peranan anda yang boleh anda mainkan sebagai PRS yang berjaya? Apakah kekuatan/ kelemahan yang ada pada diri anda untuk menjadi seorang PRS? Pada pendapat anda, apakah masalah-masalah yang sering dihadapi oleh para pelajar di sekolah ini? Bagaimana cara yang boleh menjadikan seseorang pelajar itu sebagai PRS yang berkesan? Adakah pernah anda menolong rakan anda dalam menyelesaikan masalah? Apakah program / aktiviti unit bimbingan dan kaunseling yang telah anda ikuti di sekolah ini? Apakah pandangan anda mengenai unit bimbingan dan kaunseling? Pada pandangan anda, apakah personality , kebolehan, kemahiran yang mesti ada pada PRS? Jika anda ada masalah, mahukah anda berbincang dengan seseorang mengenai masalah tersebut. Mengapa? Apakah harapan anda/ cadangan anda untuk meningkatkan keberkesanan unit bimbingan dan kaunseling di sekolah? Berapakah jumlah guru Unit Bimbingan dan Kaunseling di sekolah ini? Apakah yang anda tahu tentang kaunseling/ komunikasi? Bagaimanakah cara anda mengendalikan sesebuah kes rakan anda yang kronik? Bagaimanakah cara anda memberi respon / tindakbalas terhadap cerita rakan anda? Apakah perasaan anda jika anda tidak terpilih sebagai PRS pada tahun ini?

UJIAN BERTULIS

32

Nama Tingkatan Tarikh

: : :.

ARAHAN : Sila beri respon kepada satu jawapan sahaja, dengan membulatkan jawapan yang anda pilih. 1. Komunikasi di antara manusia ialah A. Cara kita berhubung dengan orang lain B. Cara kita menggunakan alat-alat pancaindera C. Cara kita menggunakan khidmat orang lain D. Cara kita berusaha mencari bantuan orang lain 2. Di bawah ialah sebab-sebab berlakunya masalah perhubungan di antara manusia, melainkan: A. B. C. D. 3. Tidak faham bahasa Sudah ada syak-prasangka Maksud yang dihantar tidak jelas Persefahaman di antara satu dengan lain

Kaunseling bermaksud A. B. C. D. Pertemuan bersemuka di antara Kaunselor dengan Klien Kaunselor beri nasihat Klien diberi pertolongan material Menyelesaikan semua masalah

4.

Satu cara meninggikan kepercayaan terhadap seseorang ialah A. B. C. D. Pendedahan diri yang tinggi Beri pinjam duit Perhubungan yang berkesan Selalu berjumpa

5.

Di dalam memberi kepercayaan kepada seseorang terdapat risiko: A. Sama ada hubungan menjadi lebih baik atau buruk terpulang kepada kelakuan seseorang itu pada masa hadapan B. Hubungan dengan seseorang akan bertambah erat C. Kepercayaan yang diberi akan menambahkan beban seseorang D. Hubungan dengan seseorang tidak akan berlanjutan.

6.

Etika Kaunselor ialah seperti di bawah MELAINKAN: A. B. C. D. Menyimpan rahsia Memberi rujukan khidmat lain jika Kaunselor tidak upaya menolong Menerangkan dengan jelas syarat-syarat menerima pertolongan Menganggap Klien bukan unik, mereka serupa sahaja

33

7.

Di dalam perhubungan kaunseling, pekara yang pertama yang harus diusahakan oleh Kaunselor ialah: A. B. C. D. Memberi pertolongan secepat mungkin Membina hubungan Kaunselor-Klien yang kukuh Mendapat beberapa banyak maklumat mengenai Klien Memberi nasihat yang berguna

8.

Kemahiran penting yang harus dipelajari oleh Kaunselor ialah: A. B. C. D. Memberi nasihat Memberi maklumat Memberi perhatian Memberi panduan

9.

Empati bererti: A. Faham tentang perasaan dan emosi seseorang seolah-olah diri sendiri mengalaminya. B. Berasa kasihan terhadap penderitaan seseorang C. Menghormati perasaan seseorang dengan tidak mencungkil D. Memberi pertolongan supaya seseorang itu tidak menderita lagi

10.

Respon yang menunjukkan empati kepada ayat ini: Saya tidak tahu apa yang mesti saya buat. Setiap kali saya bericadangan ada saja yang tidak betul. Kalau macam ini lebih baik saya berdiam diri A. B. C. D. Kalau macam itu, memang baik awak berdiam diri. Mungkin awak cakap kasar dengan dia Awak rasa bosan dengan sikap dia Usaha awak untuk mengambil bahagian tidak dihargai, ini membuat awak marah dan kecil hati.

11.

Pendedahan Diri di dalam konteks kaunseling bererti: A. B. C. D. Membuka minda Mendedahkan rahsia orang Menceritakan hal peribadi yang sulit kerana percaya. Berkongsi perasaan

12.

Di dalam memberi respon menunjukkan empati, perkara yang ditekankan ialah: A. B. C. D. Kisah yang diceritakan oleh seseorang Perasaan seseorang apabila berlaku satu peristiwa Keinginan seseorang untuk bercerita Perkara-perkara yang ditinggalkan semasa bercerita

13.

Memberi respon (maklumbalas) yang minimum adalah seperti di bawah: A. B. C. D. Hmmmm Ceritakanlah lagi, apa berlaku Tentu awak rasa marah pada saya Oh, begitu rupanya

34

14.

Kumpulan perkataan-perkataan di bawah menunjukkan perasaan seseorang, MELAINKAN: A. B. C. D. Benci, marah, gundah Terlupa, terkenang, bersepah Gembira, senang, tenang Kecewa, hampa, bangga

15.

Maksud yang hendak disampaikan boleh diberi melalui, MELAINKAN A. B. C. D. Gerak Badan Air Muka Pandangan Mata Tanpa pertemuan

16.

Satu daripada kenyataan di bawah menunjukkan soalan jenis terbuka: A. B. C. D. Ini awak punya? Bagaimana perasaan awak sekarang? Awakkah yang buat? Tahukah awak siapa yang melakukannya?

17.

Matlamat kaunseling individu yang bermasalah ialah: A. B. C. D. Menukar perlakuan kepada yang lebih diterima Menerima masalahnya Memberi pertolongan seberapa yang boleh Menggalakkan perlakuan yang sedia ada

18.

Kaunseling individu ialah untuk: A. B. C. D. Orang sakit jiwa Orang yang ada masalah biasa Orang gila Orang yang dirasuk fikiran yang karut

19.

Satu daripada cara memastikan seseorang kaunselor itu faham tentang apa yang dicadangkan oleh klien ialah A. B. C. D. Mengesahkan (Checking) Cungkil Berdiam diri Menerima

20.

Satu daripada cara untuk menolong seseorang mengetahui tentang dirinya ialah: A. B. C. D. Beri maklumbalas yang jujur Jangan ditegur Perhatikan sahaja Beritahu orang lain

35

UJIAN EMPATI (RESPON BERKESAN) Nama Tingkatan Tarikh : : :.

ARAHAN: Baca kenyataan di bawah. Cuba anda pilih satu jawapan sahaja dengan menandakan kepada respon yang anda fakir PALING sesuai untuk kenyataan-kenyataan berikut. 1. Kedua ibu bapa terutama ayah saya merasa kecewa dengan saya. Dia sering membandingkan saya dengan kakak saya. Kenapa dia tidak menerima hakikat bahawa saya tidak dapat menandingi kakak saya? A. Mungkin ayah anda berpendapat bahawa anda tidak benar-benar berusaha seperti kakak anda. B. Telah menjadi kebiasaan bagi ibu bapa membandingkan anak-anak mereka. Mungkin anda bersikap terlalu sensitive. C. Anda merasa marah dan kecil hati kerana ayah anda tidak menghargai diri anda? D. Apakah sebab-sebab kenapa ibu bapa anda tidak berpuas hati dengan anda? 2. Saya cuba ikut nasihat cikgu. Saya tidak mahu lagi berkawan dengan budak-budak jahat itu, tetapi mereka sentiasa mengganggu saya. Apa patut saya buat? A. B. C. D. 3. Jangan pedulikan mereka, buat tak tahu saja. Kenapa awak berkenalan dengan dia dulu Awak rasa menyesal sekarang berkawan dengan dia dulu. Awak rasa bimbang dan takut setiap kali mereka menganggu awak. Awak rasa diri awak terancam dan sekarang awak serba salah.

Saya tak dapat langsung menumpukan perhatian pada pelajaran. Fikiran saya melayang setiap kali saya mula belajar, saya apa pun tak dapat saya kerjakan. Kalau beginilah seterusnya, saya pasti gagal. Oh Tuhan, apa yang harus saya lakukan? Saya tak pernah gagal sebelum ini. Kedua ibu bapa menaruh penuh harapan kepada saya. A. Jangan bimbang. Kadang-kadang seseorang itu gagal. Saya pasti ibu bapa anda akan faham. B. Saya rasa awak ini terlalu memberatkan harapan keluarga anda C. Oleh kerana penumpuan perhatian merupakan masalah anda, bolehkah anda sebutkan perkara-perkara menganggu fikirkan anda sehingga menghalang kerjakerja anda? D. Rasa takut gagal buat pertama kalinya di dalam hidup dan tidak dapat memenuhi harapan ibu bapa amat merunsingkan anda.

4.

Adik saya mahu mengaku saya ini kakak dia. Tiap-tiap kali dia cakap dengan kawannya saya bukan kakak dia. Saya ingat dia benci saya A. Awak rasa kecil hati adik awak menolak awak sebagai kakaknya. Dia buat awak rasa kekurangan pada diri awak. B. Mengapa dia tidak mahu mengaku, kan ke awak kakak dia? Semua orang tahu. C. Agaknya dia iri hati dengan awak sebab awak cantik? D. Awak cakaplah dengan dia yang awak rasa kecil hati, bila dia kata begitu.

36

5.

Kadang-kadang saya mahu berhenti sekolah. Saya tidak nampak faedah mempelajari semua ini yang kebanyakannya tidak berguna langsung apabila saya bekerja nanti. A. Jangan lakukan sesuatu yang akan anda kesali kemudian kelak. Anda tidak akan sedar pentingnya pelajaran sehingga anda mengharungi alam pekerjaan B. Kenapa anda mengatakan yang pelajaran tiada kaitan dengan pekerjaan anda pada masa depan? C. Mempelajari sesuatu yang kurang berkaitan dengan dunia pekerjaan benar-benar membosankan anda dan ini membuat anda ingin behenti sekolah D. Saya faham sekolah menjemukan kerana saya pernah merasa begitu

6.

Saya tahu saya gemuk. Itu sebab orang tak suka saya. A. B. C. D. Lebih baik awak diet Biasanya orang gemuk memang orang tak suka Awak rasa awak tak cantik sebab awak gemuk Awak rasa sedih bila orang tak pedulikan awak. Awak rasa diketepikan kerana awak gemuk.

7.

Saya sedang memikirkan dengan serius untuk menarikdiri daripada pencalonan sebagai ketua murid. Saya rasa ada pelajar lain yang lebih berkebolehan untuk menjalankan tugas itu A. Anda tidak sepatutnya mengundur diri disaat akhir. Apa anggapan kawan-kawan dan guru-guru anda nanti. B. Bagi saya anda mempunyai kebolehan menyandang jawatan itu, lebih-lebih lagi pada tahun lalu anda adalah nai ketua murid. C. Adakah sesuatu kurang pada diri anda yang membuatkan anda merasa tidak dapat menjalankan tugas itu sebaik orang lain? D. Anda ragui kebolehan anda memikul tanggungjawab sebagai ketua murid.

8.

Macam mana nak belajar? Mak bapa saya sentiasa berkelahi. Macam mana saya nak tumpukan fikiran pada pelajaran? A. Mengapa mak bapa awak selalu berkelahi? B. Awak pergilah belajar di perpustakaan C. Awak rasa curiga dan takut setiap kali mak bapa awak berkelahi. Ini membuatkan awak runsing dan tak tenteram D. Awak tak boleh tumpukan fikiran pada pelajaran sebab emak bapa awak selalu berkelahi.

9.

Saya tak tahan lagi dengan ibu bapa saya. Asyik nak ambil tahu hal saya saja. Kenapa tak boleh biarkan sahaja saya sendirian?. Kadang-kadang saya rasa lebih baik mereka mati. A. Anda tidak harus mengeluarkan kata-kata begitu terhadap ibu bapa anda. Saya pasti mereka kasihkan anda. B. Anda rasa ibu bapa anda mengongkong hidup anda dan ini benar-benar membosankan anda. C. Kemungkinan ibu bapa anda merasa anda masih memerlukan perhatian dan perlindungan. D. Bersabarlah. Saya faham perasaan anda. Saya pasti ibu bapa anda akan memberi anda kebebasan yang lebih setelah anda dewasa.

37

10.

Saya tak ada masa untuk belajar. Saya orang miskin dan terpaksa membantu emak saya menjual kuih. A. Awak rasa bertanggungjawab terhadap adik beradik awak. B. Tanggungjawab yang awak pikul sangat berat & awak tak berani melepaskannya kerana takut bersalah. C. Saya kasihan melihat penderitaan awak. Boleh saya beri RM50 untuk menolong awak. D. Adik-beradik awak yang lain tak boleh menolong awak?

LATIHAN KOMUNIKASI ARAHAN: Tandakan satu respon yang anda fikirkan boleh menunjukkan anda mendengar dengan empati dan boleh menggalakkan rakan anda berkongsi maklumat tambahan selanjutnya. 1. Ali beritahu saya, Cikgu hendak jumpa saya. A. Ya, saya dengar awak tak boleh bergaul dengan orang lain di dalam kelas B. Oh ya, memang betul. Cakaplah apa yang telah berlaku antara awak dengan kawan-kawan lain di dalam kelas C. Memang sudah lama saya hendak bercakap dengan awak. Bagaimana perasaan awak tentang kawan-kawan awak di dalam kelas selama ini? D. Ya, saya cuma ingin menolong anda supaya berasa senang di dalam kelas. Boleh kita bincang tentang apa yang berlaku di dalam kelas selama ini. E. Saya hendak dengar cerita awak tentang apa yang berlaku di dalam kelas. 2. Memang saya tak akan berjaya di dalam temuduga itu. Saya tahu saya akan gagal seperti dulu juga. A. Tidak, Awak takkan gagal. Katakan pada diri awak, awak takkan gagal B. Hai, awak harus yakin pada diri sendiri, saya pasti awak berjaya C. Awak bertanyalah orang yang pernah pergi temuduga, mungkin mereka boleh tolong awak untuk jadikan panduan. D. Awak bertanyalah orang yang pernah pergi temuduga, mungkin mereka boleh tolong awak untuk jadikan panduan. E. Awak rasa, sebab awak pernah gagal masa lepas di dalam temuduga, kali ini pun akan gagal juga. 3. Saya datang berjumpa awak kerana saya perlukan pertolongan. Apa patut saya buat? A. Nampaknya awak mahu saya beritahu awak apa yang harus awak lakukan. B. Perkara pertama pertama yang patut awak buat ialah mendapatkan seberapa banyak maklumat. Sudah awak Tanya tentang biasiswa? C. Saya tak boleh menyelesaikan masalah awak D. Apa yang awak hendak buat? E. Saya tidak pasti. Boleh kita bincang lagi tentang perkara itu?

38

4.

Kalaulah saya dengar cakap bapa saya, perkara ini tidak akan berlaku A. B. C. D. Kita hidup dan kita belajar. Bukan buruk sangat membuat kesilapan. Menyesali perkara yang telah berlaku tiada guna Memang susah. Cakaplah pada saya apa yang telah berlaku. Awak rasa takut sebab bapa awak selalu betul di dalam beberapa perkara.Mungkin ada perkara lain yag dia betul. E. Saya tertanya-tanya apa yang awak telah usahakan untuk menolong diri awak sendiri. Ingat! bila anda memberi respon, anda tidak mahu menjadi seperti hakim, penyiasat @ seolah-olah tidak berminat. Memang sukar untuk kita menyampaikan rasa mesra dan penerimaan melalui kata-kata. Pendedahan diri yang sangat awal, tidak akan menolong kerana perhatian ditumpukan pada diri sendiri. Cubalah sampaikan perasaan yang sedang dialami oleh Klien anda. SELAMAT MENCUBA

4.6

Praktikal

CONTOH SOALAN-SOALAN LISAN: 1. Berikan definisi Pembimbing Rakan Sebaya ? Jawapan : Pembimbing Rakan Sebaya ialah seorang pelajar yang telah dilatih dalam bidang kemahiran asas komunikasi dan kaunseling. Ia berfungsi sebagai seorang kawan yang berkesan kepada rakan sebaya terutama mereka yang memerlukan pertolongan. 2. Apakah falsafah Pembimbing Rakan Sebaya? Jawapan: Bantu Diri Supaya Berupaya Membantu Orang Lain 3. Apakah visi Pembimbing Rakan Sebaya ? Jawapan : Sistem pengurusan perkhidmatan Pembimbing Rakan Sebaya yang cemerlang dan berkualiti. 4. Apakah misi Pembimbing Rakan Sebaya? Jawapan: Membentuk dan melahirkan insan yang seimbang dari aspek jasmani, emosi , rohani , intelek dan cemerlang berdasarkan etika Pembimbing Rakan Sebabya. 5. Senaraikan 5 daripada 7 etika PRS yang anda tahu? Jawapan:

39

i: amanah dan menyimpan rahsia ii: menerima dan menghormati rakan dan orang lain iii : tahu batasan dan keupayaan diri iv : sentiasa berusaha meningkatkan diri dari pelbagai aspek v : melapor kepada kaunselor/ guru bimbingan dan kaunseling tentang kes yang boleh merosakkan diri atau orang lain vi : merujuk kes rumit kepada kaunselor / guru bimbingan dan kaunseling vii : mematuhi peraturan sekolah dan norma masyarakat serta agama

6. Apakah matlamat utama PRS ? Jawapan : i : membina budaya kasih-sayang , mesra dan saling membantu di kalangan pelajar ii : membina pelajar yang yakin diri dan menghayati nilai-nilai diri berasaskan kepercayaan kepada Tuhan iii ;memupuk potensi / bakat kepemimpinan dan menjadi individu yang peka , bertimbang-rasa , rela , taat , menolong dan berupaya hidup selesa dalam masyarakat majmuk 7. Senaraikan tugas dan tanggungjawab PRS? Jawapan : i: menjadi rakan yang peka kepada perasaan orang lain dan keadaan sekeliling ii: sebagai khidmat sokongan , PRS membantu menggerakkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sekolah iii: sebagai salah satu sumber kepada rakan untuk mendapat bantuan iv: sebagai penghubung kepada khidmat bimbingan dan kaunseling seperti membuat rujukan jika perlu v: sebagai peninjau rasa untuk membolehkan kaunselor / guru bimbingan dan kaunseling menjalankan strategi intervensi jika perlu vi:sebagai role model kepada pelajar lain vii: menjadi fasilitator yang bersikap terbuka, yakin dan percaya diri, berasa selesa dan berempeti viii: menerima rakan secara terbuka dan tanpa syarat

40

8. Nyatakan satu kemahiran asas dalam kaunseling? Jawapan: i: kemahiran mendengar ii: kemahiran memberi perhatian iii: kemahiran memberi respons dan maklum balas iv: kemahiran membuat refleksi 9. Nyatakan peringkat umur alam remaja? Jawapan: Remaja ialah mereka yang berada dalam peringkat umur 12 tahun hingga 18 tahun. 10. Apakah bentuk-bentuk kegiatan yang dilakukan oleh remaja? Jawapan: Jawapan yang berkaitan boleh diterima

41

CONTOH SOALAN BERTULIS: 1. Apakah isu salah laku yang sering berlaku di sekolah anda? . 2. Apakah respons anda terhadap isu di atas? 3. Pada pandangan anda adakah murid boleh dan mesti dilatih supaya mereka dapat membantu murid lain dengan berkesan ? 4. Pada pandangan anda bidang adakah PRS dapat membantu menjayakan program sekolah dengan lebih berkesan. Bagaimana? 5. Senaraikan ciri-ciri seorang PRS yang berkesan? ...

42

1.

Kursus Pengenalan - Masa 5 jam Ceramah dan Aktiviti Suai Kenal - 1 jam Rehat Latihan Dalam Kumpulan Bengkel Penilaian kursus - jam - 1 jam - 1 jam - jam

2.

Latihan Kemahiran Minggu 1 Sesi I Kesedaran Kendiri Aktiviti 1 - Membina identiti PRS Aktiviti 2 - LDK - Salji di padang pasir Minggu 2 Sesi I Asas Komunikasi a) Definasi komunikasi b) Komunikasi lisan dan bukan lisan c) Bengkel / praktikal Minggu 3 Sesi 2 Asas Komunikasi - Latihan - Meningkatkan perhubungan manusia, membina kepercayaan - Halangan Komunikasi Aktiviti - LDK - Halangan Komunikasi Minggu 4 Sesi 3 Asas Komunikasi Aktiviti 1 - Pidato Spontan Aktiviti 2 - LDK - Menghantar mesej

Minggu 5 Sesi I Asas Kaunseling Kemahiran Mendengar Latihan Kemahiran Mendengar Aktiviti - LDK - Titanic

43

Minggu 6 Sesi 2 Asas Kaunseling Latihan Kemahiran Memberi Perhatian Aktiviti - Topi Saya Minggu 7 Sesi 3 Asas Kaunseling Kemahiran Memberi Respon dan Maklumbalas Aktiviti - LDK - Kemahiran memberi respon dan maklumbas. Minggu 8 Sesi 4 Asas Kaunseling Rumusan Kemahiran Asas Kaunseling Aktiviti - LDK - DYAD (berpasangan) - PRS dan klien menjalankan sesi membantu Minggu 9 Sesi I Perkembangan Remaja Pengenalan - Definisi Remaja - Bengkel - Apa yang remaja suka lakukan dan tidak suka lakukan. - Apa yang remaja harapkan daripada ibu bapa, rakan sebaya, dan lain-lain Minggu 10 Sesi 2 Perkembangan Remaja Mengadakan lawatan - contohnya ke pusat membeli belah Minggu 11 Sesi 3 Perkembangan Remaja - Ceramah oleh penceramah khas

44

Lampiran Contoh LDK

Tajuk Objektif kerana

: Salji di padang pasir : 1. Supaya peserta sedar bahawa persepsi terhadap seseorang itu timbul dikawal oleh apa yang hendak dilihat. 2. Supaya peserta sedar bahawa prasangka, syak, dan lain-lain boleh menyekat perhubungan. 3. Supaya peserta sedar bahawa penerimaan tanpa syarat boleh membuatkan seseorang berasa selesa dan rela berkongsi perasaan.

Alat

: 3 keping gambar: gambar orang tua orang muda (lampiran A) gambar muka kembar pasu bunga (lampiran B) gambar garis-garis muka kaki lilin (lampiran C)

Langkah

: 1. Edarkan lampiran A, minta peserta teliti apa yang mereka nampak. Lekatkan gambar itu di dinding. 2. Edarkan lampiran B dan C. Pastikan tiap-tiap peserta dapat peluang meneliti gambar-gambar itu. 3. Bincangkan mengapa ada peserta nampak jelas satu aspek saja daripada gambar-gambar itu, misalnya di dalam gambar lampiran A ada yang nampak rupa orang muda dan ada yang nampak rupa orang tua sahaja. Terangkan bahawa apabila seseorang memandang sesuatu, otaknyaakan memberitahu mata supaya menumpukan perhatian kepada satu yang jelas kelihatan sahaja. Kaitkan ini dengan cara individu mengukur seseorang dengan memandang lahiriah saja. Tanpa mengenali dengan lebih dekat, kesimpulan dan penilaian awal akan dibuat sama ada ada cara sedar atau tidak. 4. Kaitkan bagaimana faktor membuat penilaian awal ini boleh menyekat penerimaan terhadap individu itu, terutama di dalam proses menolong. 5. Tegaskan bahawa prasangka dan lain-lain akan membuatkan Pembimbing Rakan Sebaya mempunyai fikiran tertutup dan perhubungan tidak akan berkesan.

45

Tajuk Objektif

: Latihan Penghalang Komunikasi : 1. Supaya peserta memahami jenis-jenis halangan komunikasi 2. Supaya peserta dapat mengelakkan halangan komunikasi dalam hubungan menolong

Alat Langkah

: Kertas nota (lampiran A), kertas kosong, pen : 1. Arahkan peserta duduk dalam bulatan 2. Edarkan kertas nota halangan komunikasi 3. Pembimbing menerangkan halangan-halangan komunikasi serta contohcontohnya 4. Untuk setiap jenis halangan komunikasi, dapatkan respon peserta dan minta mereka memberikan contoh-contoh yang lain 5. Kemudian minta peserta mencari pasangan, setiap pasangan dikehendaki melakonkan peranan PRS dan rakan sebaya. Minta rakan sebaya menulis masalahnya dalam kertas. Kemudian PRS menyenaraikan ayat-ayat sebagai respon kepada masalahnya. Selepas itu tukar peranan. 6. Kemudian minta pasangan itu melakonkannya di depan kumpulan besar dan peserta lain boleh berbincang dengan bantuan pembimbing. Diikuti dengan pasangan-pasangan yang lain.

Perbincangan

Soalan-soalan panduan : Apa itu jenis-jenis halangan komunikasi? Berikan contoh bagi halangan komunikasi jenis Apakah kesannya halangan komunikasi ini kepada perhubungan menolong? Apakah perasaan anda jika orang memberi respon dalam bentuk ayat yang menggambarkan halangan komunikasi? Jelaskan : Komunikasi tiak akan berkesan jika di dalamnya terrdapat bentuk-bentuk halangan. Penerokaan kendiri tidak akan lancar jika terdapat halangan komunikasi

Kita mesti menggunakan ayat-ayat yang membawa maksud menolong, bebas dari sebarang bentuk ancaman, paksaan, dan lain-lainPERLAKUAN MENYEKAT KOMUNIKASI

46

1.

MENGARAH, MEMERINTAH perbuatan atau perkataan yang memerintah dan mengarah (biasanya keras) membuatkan seseorang itu berasa tidak senang. Contohnya : Awak dengar apa saya kata

2.

AMARAN, MENGANCAM menyatakan pada rakan anda apa hukuman atau kesan buruk yang akan menimpa jika ia melakukan sesuatu. Contohnya : Awak akan dikenakan denda jika awak melakukan perkara itu

3.

BERKHUTBAH, MENEKAN HARUS DAN TIDAK HARUS mengatakan pada rakan anda apa yang patut / harus menyelesaikannya sama ada awak suka atau tidak

4.

MEMBERI NASIHAT, MEMBERI PENYELESAIAN / CADANGAN menunjukkan kepada rakan anda bagaimana menyelesaikan masalahnya tanpa memahaminya terlebih dahulu, seolah-olehcadangan anda paling baik. Contohnya : Awak tak dapat mengulangkaji sebab awak tak rancang jadual waktu. Awak buat jadual waktu dulu, baru boleh atasi masalah awak

5.

MENGAJAR,

MEMBERI

FAKTOR-FAKTOR

YANG

LOGIK

anda

cuba

mempengaruhi rakan anda dengan memberi faktor-faktor yang sah. Contohnya : Awak fikirkan logiknya. Kita ada hanya 2 penggal, bagaimana kita boleh habiskan projek itu 6. MENGEJEK, MELABELKAN NAMA anda membuatkan rakan anda berasa bodoh, memalukannya. Contohnya : Kelakuan awak seperti budak 2 tahun, tak ada akal 7. MENUDUH, MENGKRITIK mengeluarkan komen negatif. Contohnya : Awak sebenarnya seorang pemalas 8. MEMUJI, BERSETUJU, MENYEDAPKAN HATI menyatakan sesuatu kepada rakan anda untuk menyedapkan hatinya sahaja. Contohnya : Awak bijak, awak boleh menjadi ketua, semua orang tahu 9. BERTANYA, MENCUNGKIL, MENYOAL SELIDIK cuba mencari sebab-sebab berlaku, mencari maklumat dengan bertanya bertubi-tubi. Contohnya : Bagaimana hal itu terjadi? Siapa yang melakukannya? Pukul berapa ia mula?

47

10. MENARIK DIRI, PERKATAAN PEDAS, MENGALIH PERKATAAN mencuba mengalihkan perhatian rakan anda daripada masalahnya. Anda cuba menarik diri daripada terlibat. Anda mempermainkan rakan anda dengan kelucuan. Contohnya : Mari kita cakap hal lain

Tajuk Objektif terhadap

: Topi Saya : 1. Supaya peserta sedar bagaiman pentingnya memberi perhatian

seseorang apabila dia sedang bercakap. 2. Supaya peserta sedar bahawa bahasa tanpa lisan dan gerak-geri mereka meninggalkan kesan terhadap seseorang, terutama di dalam proses mendengar. Alat : mencukupi untuk melilit kepala. Kad manila itu terdiri daripada warna yang berlainan Stapler, pen marker Kertas Nota Peringkat Di dalam Proses Mendengar (Lampiran A) Langkah : 5 keping kad manila yang dipotong selebar 8 cm dan panjangnya

1. Dapatkan 4 orang peserta untuk mengambil bahagian secara sukarela. 2. Beri arahan kepada mereka supaya keluar dari bilik untuk berbincang tentang tajuk yang mereka ingin bercakap di hadapan rakan-rakan mereka. Tajuknya bebas. Masa untuk bercakap ialah 3 minit seorang. 3. Apabila mereka telah meninggalkan bilik, terangkan kepada fpeserta lain tentang proses aktiviti ini, iaitu mereka mesti memberi reaksi terhadap topi yang dipakai oleh rakan mereka apabila tiap-tiap orang mengambil giliran bercakap. 4. Tuliskan perkataan di bawah di atas kepingan kad manila tadi: Jangan pedulikan saya Dengar cakap saya Kondem / kutuk saya Ketawakan saya Galakkan saya

5. Panggil mereka masuk jika telah sedia. 6. Mereka harus duduk lurus di dalam satu baris bersedia untuk menyampaikan pendapat mereka. Mereka tidak dibenarkan melihat topi yang dipakaikan di kepala rakan yang lain.

48

7. Klip kad manila tadi untuk diletakkan di atas kepala peserta berkenaan sebagai topi. 8. Mereka mula bercakap jika telah sedia. 9. Peserta lain menunjukkan reaksi mengikut topi yang dipakai apabila rakan mereka bercakap. Contohnya apabila orang yang memakai topi Kondem / kutuk saya bercakap peserta lain haruslah mengutuknya setiap kali dia memberi pendapat. Ini diteruskan sehingga keempat-empat peserta selesai mengambil giliran mereka. 10. Bincangkan reaksi peserta yang mengambil bahagian. Apa perasaan peserta yang mengambil bahagian Apa reaksi yang timbul jika pendapat mereka tidak diperendahkan atau jika mereka dikutuk Apa reaksi mereka apabila pendapat mereka didengar dan diterima baik Apa gerak-geri mereka yang dapat dilihat menunjukkan perasaan mereka Apa pembelajaran baru yang mereka dapat daripada aktiviti ini Bagaimana aktiviti ini boleh dikaitkan dengan peranan mereka sebagai Pembimbing Rakan Sebaya

(Nota)

49

PERINGKAT PERINGKAT 1 Mendengar sekejap-sekejap. Kadangkadang mendengar dan kadang-kadang fikiran melayang ke tempat / perkara lain Separuh mendengar mengikut perbincangan sehingga mendapat peluang untuk bercakap, kemudian hilang minat Diam dan mendengar tanpa respon. Mendengar sepanjang masa tetapi tidak melihat orang yang bercakap. PERINGKAT 2 Mendengar untuk mendapatkan idea-idea yang penting tetapi tidak mengambil bahagian untuk berinteraksi dengan orang yang bercakap. Mendengar dengan sempit memandang kepada orang yang bercakap tetapi tidak dapat menangkap idea yang penting kerana telah membuat kesimpulan awal. PERINGKAT 3 Mendengar dengan aktif dan menyoal. Memberi fokus kepada idea yang penting, memerhati gerak-geri, air muka dan mendengar tanpa membuat penilaian atau kesimpulan awal.

SITUASI

Sedar bahawa ada lain bersamasama tetapi berfikir untuk membuat sesuatu bersendirian. Menunggu giliran atau peluang mencelah

Seperti mendengar radio atau menonton televisyen Satu kuliah yang pada akhirnya akan disudahi dengan ujian.

Kemungkinan cara ini banyak digunakan.

Cara ini harus dipraktikkan apabila mendengar di dalam bilik darjah, bercakap dengan kawan-kawan, dan lain-lain.

50

TAJUK : TITANIC OBJEKTIF: 1. Memupuk sifat berani di kalangan peserta untuk membuat pengucapan umum 2. Pelajar sedar dan dapat menyatakan kelebihan dan kepentingan diri berbanding peserta lain 3. Peserta dapat meyakinkan orang lain. BAHAN YANG DIPERLUKAN : 1. Kertas yang dipotong memanjang ( 1sm X 5 sm ) mencukupi untuk 5 helai bagi seorang peserta 2. Radio 3. Lagu Titanic LANGKAH : 1. 2. 3. 4. Pelajar duduk dalam kumpulan LDK masing-masing Fasilitator menerangkan cara permainan Peserta duduk dalam kedudukan bulatan ( bahu bertemu bahu ) Peserta diberi masa 1 minit untuk memikirkan tentang kelebihan diri dan sebab mengapa dia lebih layak diselamatkan berbanding peserta lain 5. Peserta berdiri dalam kedudukan bulatan ( bahu bertemu bahu ) 6. Setiap peserta di beri masa 30 saat untuk merayu dan mempengaruhi peserta-peserta yang lain dengan pengucapan umum yang disampaikan olehnya 7. Lagu Titanic dimainkan 8. Peserta duduk semula dalam bulatan sambil menutup mata 9. Fasilitator menyentuh bahu peserta tanda giliran mereka telah sampai untuk memilih siapa yang ingin diselamatkannya. Ini diteruskan sehingga semua peserta selesai membuat pilihan. 10. Peserta bergilir menyerahkan keratan kertas kepada rakan-rakan yang mereka fikir perlu untuk dibantu. 11. Setelah selesai fasilitatir memberi arahan kepada peserta untuk membuka mata 12. Peserta membuka mata dan mengira bilangan kertas yang ada dalam tangan mereka. 13. Peserta yang mempunyai bilangan kertas yan banyak akan dikira selamat manakala yang lain dikira mati tenggelam. 14. Fasilitator meminta peserta membayangkan keadaan ini betul-betul berlaku. Bayangkkan keadaan rakan-rakan dalam kumpulan yang mati dan yang terselamat. 15. Fasilitator mengulas permainan.

51

Nota: 1. Lagu Titanic akan dipasang secara perlahan sepanjang permaianan untuk membawa mood kepada peserta. 2. Bilik haruslah dalam keadaam suram untuk menambah impak kepada permainan Falsafah: 1. Pelajar dapat belajar menghargai rakan-rakannya 2. Memupuk sifat berani di kalangan peserta 3. Peserta dapat merasakan perasaan dihargai orang lain

TAJUK Objektif

: MENGHANTAR MESEJ : 1. Supaya peserta sedar bagaimana pentingnya komunikasi melalui penggunaan perkataan yang sesuai dengan gerak-geri. 2. Supaya peserta sedar tentang beberapa halangan komunikasi yang boleh menimbulkan masalah perhubungan manusia. 3. Supaya peserta sedar tentang kesan komunikasi sehala dan dua hala.

Alat Langkah

: Kad Mesej (Lampiran), kertas kosong, pen : 1. Peserta duduk dalam bulatan. 2. Pembimbing menyampaikan cerita yang tertulis di atas kad mesej secara berbisik kepada peserta pertama. 3. Peserta itu pula membisikkan cerita berkenaan kepada rakan sebelahnya. Ini dilakukan sehingga peserta terakhir. 4. Peserta terakhir dikehendaki menulis mesej yang diterima di atas kertas kosong yang diberi. 5. Pembimbing meminta peserta itu membaca mesej itu dengan kuat. 6. Bandingkan cerita terakhir itu dengan cerita asal.

Bincangkan : Bincangkan mengapa cerita itu terpesong daripada cerita asal. Ini dihubungkaitkan dengan bahaya mendengar khabar angin, cerita umpat-mengumpat, mengata orang, membawa mulut, dan lain-lain. Kaitkan dengan bahaya seorang PRS jika suka mendengar cakap orang, kerana ia akan membuat kesimpulan awal terhadap

52

seseorang itu. Sikap ini akan membuat orang tidak percaya dan berasa takut untuk menghampirinya. Mereka harus mengasah sifat berfikiran terbuka dan tidak mudah menilai seseorang sebelum mengenalinya dengan lebih rapat. Falsafah : 1. Jika mesej itu disampaikan dari mulut ke mulut melalui seorang demi seorang, mesej yang akan diterima kelak akan ditokok tambah atau didapati ada kekurangannya. 2. Jangan terlalu mudah percaya pada khabar angin dan hendaklah dikaji terlebih dahulu akan kebenaran sesuatu cerita yang didengar. 3. Adalah lebih baik menyampaikan satu-satu maklumat itu secara bertulis.

ADA SEEKOR ANAK KAMBING DI LEHERNYA ADA LOCENG BUNYINYA KLING KLING KLING DITENDANG OLEH MALING JATUH TERGULING-GULING LALU MATANYA JULING

TAJUK Objektif

: KEMAHIRAN MENDENGAR : Selepas menjalani latihan ini peserta diharapkan: 1. Menyedari pentingnya mendengar dengan teliti 2. Memahami kesan memberi perhatian dengan teliti 3. Memahami bahawa dalam proses membimbing, kemahiran mendengar amat penting agar mesej yang diterima tepat seperti maksud yang hendak disampaikan oleh penyampai

Alat Langkah

: Tiada : 1. Peserta dikehendaki memilih pasangan masing-masing (A dan B) 2. Aktiviti dijalankan secara berpasangan A dan B. A akan menceritakan tentang dirinya atau pengalamannya kepada B (5 minit). B mendengar dengan teliti dan akan menceritakan semula apa yang didengar kepada A. 3. Ulang aktiviti ini dengan B menceritakan tentang dirinya atau pengalamannya kepada A (5 minit). A mendengar dengan teliti dan akan menceritakan semula apa yang didengar kepada B.

53

4. Semua peserta berkumpul semula berkumpul semula dalam bulatan dan membincangkan kesan mendengar dengan penuh perhatian. 5. Perbincangan dibimbing oleh fasilitator dengan menekankan bahawa: i) Dalam proses melayan rakan-rakan, PRS mestilah memberi penuh perhatian agar rakan yang dibimbing berasa diterima dan dihormati. ii) Kemahiran menimbulkan mendengar sebarang penting kekeliruan, dalam salah proses faham membimbing supaya mesej yang disampaikan tidak ataupun rasa tersinggung kepada rakan itu. TAJUK Objektif Alat Langkah : KEMAHIRAN MEMBERI RESPON DAN TINDAKBALAS : Supaya peserta dapat berlatih mengenalpasti respon yang menggalakkan komunikasi dan yang menghalang komunikasi : Kertas Latihan Komunikasi (Lampiran A) : 1. Tiap-tiap peserta diberi satu kertas latihan. Dalam masa 10 minit mereka diminta mencari respon yang paling sesuai bagi tiap-tiap kenyataan yang diberi. 2. Berbincang dan mencari respon yang paling menggalakkan. Mendapatkan pendapat peserta mengapa respon yang lain dianggap tidak sesuai dan apakah kesannya jika seseorang memberi respon demikian. Pastikan tiap-tiap peserta mendapat peluang mengeluarkan pendapat mereka. Lampiran A 1. Ali beritahu saya, cikgu hendak jumpa saya a. Ya, saya dengar awak tidak boleh bergaul dengan orang lain di dalam kelas. b. Oh ya! Memang betul. Cakaplah apa yang telah berlaku di antara awak dengan kawan-kawan lain di dalam kelas c. Memang sudah lama saya hendak bercakap kelas selama ini? dengan awak. Bagaimana perasaan awak tentang kawan-kawan awak di dalam

54

d. Ya, saya cuma ingin menolong awak supaya berasa senang di dalam kelas. Boleh kita bincang tentang apa yang berlaku di dalam kelas selama ini? e. Saya hendak dengar cerita awak tentang apa yang berlaku di dalam kelas. 2. Memang saya tak akan berjaya di dalam temuduga itu. Saya tahu saya akan gagal seperti dahulu juga a. Tidak, awak takkan gagal. Kata pada diri awak, awak takkan gagal. b. Hai, awak harus yakin pada diri sendiri. Saya pasti awak berjaya c. Awak runsing kalau-kalau awak gugup apabila awak masuk temuduga? d. Awak bertanyalah orang yang pernah pergi temuduga, mungkin mereka boleh tolong awak untuk jadikan panduan e. Awak rasa, sebab awak pernah gagal masa lepas, kali ini pun akan gagal juga. 3. Saya tak faham mengapa kami berdua selalu bertengkar. Nampaknya kami tak boleh berbincang langsung a. Ceritakanlah lagi pada saya b. Gigi dan lidah lagikan tergigit, nikan pula sahabat karib c. Memang menakutkan apabila awak memendam perasaan marah pada kawan awak itu. Ini merunsingkan awak kerana awak tidak faham apa yang telah berubah. d. Apa punca yang awak selalu bertengkar dengan dia sekarang? e. Mungkin awak perlukan perubahan. Ubahlah tabiat awak. f. Jauhkan diri buat sementara waktu darinya.

4. Saya datang berjumpa awak kerana saya perlukan pertolongan. Apa patut saya buat? a. Nampaknya awak mahu saya beritahu awak apa yang harus awak lakukan. b. Perkara pertama yang patut awak buat ialah mendapatkan beberapa banyak maklumat. Sudah awak tanya tentang biasiswa? c. Saya tak boleh menyelesaikan masalah awak. d. Apa yang awak hendak buat? e. Saya tidak pasti. Boleh kita bincang lagi tentang perkara itu?

55

5. Keputusan UPSR makin bertambah baik tahun ini. Saya dengar mereka tidak mahu mengambil pelajar yang gagal walau satu mata pelajaran masuk ke tingkatan satu a. Awak bimbang jika awak tidak diberi tempat ke tingkatan satu jika keputusan awak tidak memuaskan. b. Tak tahulah. Saya pun risau juga. Tak tahu saya dapat atau tidak. c. Makin hari makin bertambah susah. Sudah ramai sangat orang yang bijak-bijak sekarang. d. Jangan takut. Tentu awak dapat tempat. Itu cuma khabar angin saja. Awak dengan saya sama sahaja. Tak tahu lagi nasib. 6. Saya tak pasti sekolah swasta yang mana saya hendak masuk. Saya ingat hendak belajar di Singapura tetapi saya tak dapat pasport a. Nampaknya awak banyak berfikir tentang hal ini b. Apa dia perkara-perkara yang awak pentingkan dalam sekolah swasta yang awak hendak masuk itu? c. Awak dah pergi melawat sekolah-sekolah yang awak cadang hendak masuk? d. Memang sukar membuat keputusan. Elok kita bincangkan tentang perasaan awak pada tiap-tiap sekolah yang awak cadang hendak pergi. e. Awak kelihatan hilang semangat. Ceritakan pada saya apa yang perlu perubahan. 7. Saya datang berjumpa awak, awak tidak menolong saya sedikit pun. Awak tak boleh mengubah apa-apa a. Awak berharap sangat saya dapat meringankan bebab awak b. Awak seperti hilang harapan. Awak mengharapkan yang saya akan berupaya mengubah keadaan yang awak alami sekarang. c. Pada pandangan saya, awak tidak mahu mencuba langsung. d. Mungkin ada perkara-perkara lain yang boleh awak ubah. e. Saya boleh nampak awak putus harapan. Ceritakanlah pada saya apa yang harus diubah. 8. Kalaulah saya dengar cakap bapa saya, perkara ini tidak akan berlaku a. Kita hidup dan kita belajar. Bukanlah buruk sangat kalau membuat kesilapan.

56

b. Menyesali perkara yang telah berlaku tidak berguna. c. Memang susah. Cakaplah pada saya apa yang telah berlaku. d. Awak rasa takut sebab bapa awak selalu betul dalam beberapa perkara. Mungkin ada perkara lain yang dia salah. e. Saya tertanya-tanya apa yang awak telah usahakan untuk menolong diri awak sendiri. 9. Ibu bapa saya sentiasa mencari salah saja. Dia mahu tahu di mana saya pergi, dengan siapa, apa buat, dia tak pernah memberi saya kebebasan. a. Memanglah ibu bapa kita risau tentang diri kita. b. Awak benar-benar kecewa kerana awak fikir ibu bapa awak tidak percaya pada awak. c. Ibu bapa awak sayang awak. Mereka bimbang dan mengambil berat. Zaman remaja sekarang sangat mencabar. d. Pernahkah awak melakukan sesuatu yang membuatkan mereka tidak percaya pada awak? e. Memang elok kalau kita sedar mereka sangat mengambil berat tentang diri kita.

57

PANDUAN SENARAI KEMAHIRAN MEMBANTU PRS SENARAI KEMAHIRAN KEMAHIRAN ASAS 1. Menerima klien dengan terbuka 2. Menggalakkan klien bercerita 3. Membuat klien berkeyakinan dan percaya kepada PRS 4. Menggunakan kemahiran bertanya soalan tepat pada masa dan keadaan 5. Mendapatkan kepelbagaian dan kemungkinan kepada pencetus permasalahan klien 6. Memberi tunjuk sasar dan hala tuju kepada klien dalam proses membantu 7. Memberi peluang kepada klien untuk memikirkan agendanya sendiri 8. Membuat klien menyusun langkah-langkah mengatur agenda 9. Menganalisa segala kemungkinan dan risiko yang bakal dihadapi klien 10. Menggunakan segala maklumat yang diperolehi daripada klien sepanjang sesi 11. Mendapatkan komitmen daripada klien secara konsisten KEMAHIRAN MENGENAL EMOSI 1. Menggunakan Pra - frasa 2. Menggunakan bahasa bukan lisan yang bersesuaian 3. Mengklasifikasikan perasaan klien 4. Menilai ketepatan maklumat dari klien berdasarkan perasaan emosi yang ditonjolkan 5. Menjadi pemudahcara bagi klien meluahkan perasaan KEMAHIRAN BEREMPATI 1. Mendengar dan menggunakan ekspresi yang bersesuaian 2. Menggunakan nada dan bahasa yang membuat klien rasa selesa 3. Memberi perhatian pada klien dan menerimanya tanpa syarat 4. Mewujudkan interaksi perhubungan yang harmoni dalam sesi membantu KEMAHIRAN MENDENGAR 1. Peka pada setiap rangsangan yang klien tunjukkan (melalui pancaindera ) 2. Memberi perhatian pada fakta dan perasaan klien 3. Memahami setiap maklumat yang diberi oleh klien 4. Mengingati segala maklumat penting yang boleh digunakan untuk menganalisa masalah klien 5. Menunjukkan empati dengan perhatian dan pertanyaan yang tepat kepada klien. 6. Memberi tindakbalas secara lisan dan bukan lisan JUMLAH Pembimbing Rakan Sebaya :. Nama Penyelia : YA TIDAK

58

BAHAGIAN 4: PENTAULIAHAN

CARTA ALIRAN PENTAULIAHAN PRS (FORMAT JPS)

Mula / Promosi

Isi Borang Permohonan

Pemilihan Temuduga Tidak Sesi Temuduga

LULUS Ya Mengikuti Kursus

Ujian Bertulis dan Ujian Lisan Tidak LULUS Ya Latihan Praktikal Tidak LULUS Ya Tamat

59

CADANGAN ATURCARA MAJLIS PENTAULIAHAN PRS - Nyanyian lagu : Negaraku : Negeri Selangor : Lagu Sekolah - Bacaan doa - Ucapan guru penasihat PRS - Ucapan pengetua - Majlis pentauliahan PRS - Bacaan ikrar PRS - Nyanyian lagu PRS

60

Contoh sijil lulus peperiksaan

SIJIL PENILAIAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA Dengan ini disahkan __________________________________________________________ telah mengikuti Kursus Pembimbing Rakan Sebaya pada _____________ bertempat di _________________________ dan telah mendapat keputusan Ujian Bertulis LULUS Ujian Lisan LULUS

Pada _________________________ di _____________________________

. t.t Pengarah JPS

Tarikh: .

61

Contoh sijil Pentauliahan

SIJIL PERLANTIKAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA Dengan ini disahkan __________________________________________________________ dari Sekolah ___________________________________________________________ telah lulus Ujian Penilaian Pembimbing Rakan Sebaya dan dilantik sebagai PEMBIMBING RAKAN SEBAYA mulai ________________________

. t.t Pengarah JPS

Tarikh: .

62

BAHAGIAN 5: LATIHAN LANJUTAN Latihan Lanjutan perlu diberi kepada PRS untuk meningkatkan kemahiran membantu. Latihan lanjutan tidak perlu panjang dan lama. Aspek latihan terpulang kepada keperluan pelajar. Contoh Modul : i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. Kemahiran membuat keputusan Kemahiran belajar Kemahiran mengurus masa Kemahiran mengatasi masalah Kemahiran mengendali mesyuarat Kemahiran mengurus tekanan Kemahiran berfikir cemerlang Tutor sebaya Lain-lain kemahiran yang berkaitan

BAHAGIAN 6: PEMANTAUAN Pemantauan penting kerana apabila PRS dipantau dengan teliti mereka berupaya berkembang dan mendapat panduan dalam menjalankan tugas mereka. Pemantauan adalah satu aspek penting di dalam program latihan pembimbing rakan sebaya. Tanpa pemantauan mereka tidak akan tahu sama ada peranan mereka telah dijalankan dengan betul atau tidak. 7.1 Faedah Pemantauan : 1. Melalui pemantauan program latihan akan berkembang dan mempunyai kualiti yang tinggi. 2. Guru kaunseling mendapat maklumbalas tentang kemajuan yang dicapai oleh PRS. 3. Pemantauan yang teratur memberi kenyakinan kepada guru kaunseling bercakap tentang program latihannya, kemajuan yang dicapai dan aspirasi pada masa hadapan. Cara Pemantauan 1. Bertemu dalam kumpulan perbincangan untuk mendengar laporan tiap-tiap pembimbing rakan sebaya. 2. Pemantauan dijalankan secara individu melalui pertemuan yang berstruktur. 3.Guru kaunseling berada bersama-sama semasa satu projek atau sesi itu dijalankan dengan keizinan kedua-dua pihak. 4. Pemantauan boleh juga dijalankan melalui laporan peribadi yang dibuat oleh

7.2

63

PRS mengenai kemajuan, halangan dan keperluan yang dialami semasa bertugas. 5. Pemantauan boleh juga dibuat melalui laporan guru-guru mengenai perkembangan dan perubahan diri PRS dari kaca mata orang luar. 6. Galakkan tiap-tiap PRS mempunyai satu buku catatan harian PRS (diari) mengenai perasaan, reaksi mereka dan rakan-rakan yang mereka tolong, kemajuan, kelemahan dan lain-lain. BAHAGIAN 7: PROJEK PRS Projek PRS boleh dijalankan mengikut tempoh masa tertentu atau mengikut perancangan yang telah dibuat.. Antaranya ialah : i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. x. Membina sistem Tutor Rakan Sebaya Info Unit Bimbingan dan Kaunseling Buletin Unit Bimbingan dan Kaunseling Fasilitator Program Maju Diri Budaya Ucap Terima Kasih Program Khidmat Masyarakat Program Study Group Program Pendidikan Kerjaya Buku Skrap, Kiosk Kerjaya dll. Minggu PRS Kempen-kempen Masalah Remaja Kempen Anti Merokok dsb.

64

65

BAHAGIAN 8: PENGURUSAN BUKU LOG ANALISA BIMBINGAN PRS MENGIKUT BULANAN BULAN:
TING/ TAHUN PERALIHAN 1 2 3 4 5 6/6 RENDAH 6 ATAS JUMLAH MELAYU L P JENIS KAUM KLIEN CINA INDIA L P L P LAIN-LAIN L P A D JENIS BIMBINGAN K P JUMLAH R L

ANALISA BIMBINGAN PRS SECARA KESELURUHAN TAHUN:


TING/ TAHUN PERALIHAN 1 2 3 MELAYU L P JENIS KAUM KLIEN CINA INDIA L P L P LAIN-LAIN L P A D JENIS BIMBINGAN K P JUMLAH R L

66

4 5 6/6 RENDAH 6 ATAS JUMLAH

REKOD PENGHANTARAN BUKU LOG MENGIKUT BULAN BULAN:

BIL.

NAMA PRS

NO. PENDAFTARAN PRS

TINGKATAN/ TAHUN

TARIKH

CATATAN

67

REKOD PENGHANTARAN BUKU LOG MENGIKUT TAHUN TAHUN:

BIL

NAMA PRS

NO PENDAFTARA N PRS

TING/TAHUN

BULAN TARIKH TANDATANGAN

10

11

12

JUM

68

(Muka Hadapan Buku loq)

PEMBIMBING RAKAN SEBAYA

LOGO PRS BUKU LOG

Nama Tingkatan/Tahun Sekolah Tahun No. Pendaftaran PRS :

: : : :

69

MAKLUMAT DIRI NAMA : SEKOLAH : TAHUN/TINGKATAN : TARIKH LAHIR : TARIKH LANTIKAN : TARIKH PEPERIKSAAN UPSR : KEPUTUSAN : TARIKH PEPERIKSAAN PMR : KEPUTUSAN : TARIKH PEPERIKSAAN SPM : KEPUTUSAN : TARIKH PEPERIKSAAN STPM : KEPUTUSAN : NAMA BAPA/PENJAGA : PEKERJAAN BAPA/PENJAGA : NAMA IBU/PENJAGA : PEKERJAAN IBU/PENJAGA : ALAMAT RUMAH : NO. TELEFON :

70

FALSAFAH PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS) BANTU DIRI SUPAYA BERUPAYA MEMBANTU ORANG LAIN PRS harus dilengkapi dengan ilmu pengetahuan, perlakuan, perhubungan, kemahiran, kreativiti dan keimanan. PRINSIP PRS 12.0. 13.0. Bersedia dan rela membantu rakan yang memerlukan bantuan tanpa mengira agama, bangsa, jantina, kedudukan perlakuan dan fizikal. Perkhidmatan Pembimbing Rakan Sebaya hendaklah dijalankan berdasarkan etika PRS.

PERANAN ANDA SEBAGAI PRS a. Menjadi rakan yang peka kepada perasaan orang lain dan keadaan sekeliling. b. Sebagai khidmat sokongan, PRS membantu menggerakkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah. c. Sebagai salah satu sumber kepada rakan untuk mendapat bantuan. d. Sebagai penghubung kepada khidmat bimbingan dan kaunseling seperti membuat rujukkan jika perlu. e. Sebagai peninjau rasa untuk membolehkan Kaunselor/Guru Bimbingan dan Kaunseling menjalankan strategi intervensi jika perlu. f. Sebagai Role Model kepada pelajar lain. g. Menjadi fasilitator yang bersikap terbuka, yakin dan percaya diri, berasa selesa dan berimpati. h. Menerima rakan secara terbuka dan tanpa syarat. i. Mendengar, menjelas dan membantu rakan melihat beberapa alternatif sebelum membuat keputusan. j. Memberi sokongan dan galakkan untuk rakan mengambil langkah positif. k. Mematuhi etika kerahsiaan. l. Menyedari bahawa bukan semua masalah boleh diatasi. m. Berbincang dan membantu rakan yang menghadapi masalah biasa/normal. n. Memimpin rakan melihat masalah dengan objektif dan mengalakkannya mencari penyelesaian sendiri supaya ia belajar melalui pengalamannya. o. Menjalankan program membantu sambil mempengaruhi rakan lain supaya melibatkan diri. p. Mengutamakan kesejahteraan diri dan memahami batasan diri untuk membantu. ETIKA PRS PRS perlu patuh kepada etika berikut: 1. Amanah dan menyimpan rahsia.

71

2. 3. 4. 5.

Menerima dan menghormati rakan dan orang lain. Tahu batasan dan keupayaan diri. Sentiasa berusaha meningkatakan diri dari pelbagai aspek. Melapor kepada Kaunselor/Guru Bimbingan dan Kaunseling tenteng kes yang boleh merosakkan diri atau orang lain. 6. Merujuk kes rumit kepada Kaunselor/Guru Bimbingan dan Kaunseling. 7. Mematuhi peraturan sekolah dan norma masyarakat dan agama. PERKARA YANG BOLEH DAN TIDAK BOLEH DILAKUKAN OLEH PRS Perkara yang boleh dilakukan oleh PRS a. Pemudah cara dalam keadaan terbuka,penuh kepercayaan rasa selesa dan empati. b. Menerima rakan dengan terbuka. c. Mendengar,menjelas dan membantu rakan melihat beberapa alternatif sebelum membuat keputusan. d. Memberi sokongan dan galakan untuk rakan mengambil langkah positif. e. Mematuhi kerahsiaan. f. Menyedari bukan semua masalah boleh diatasi g. Berbincang dan membantu rakan yang menghadapi masalah biasa seharian. h. Memimpin rakan melihat masalahnya dengan objektif dan menggalakkan mereka mencari penyelesaian sendiri supaya mereka belajar melalui pengalamannya. i. Merujuk kes-kes yang berat kepada guru bimbingan dan menjadi jambatan kepada rakan Perkara yang tidak boleh dilakukan oleh PRS a. Mengawal,memberi khutbah atau mendesak rakan tentang apa yang harus mereka lakukan. b. Membuat kesimpulan awal dan cuba mengubah mereka. c. Memberi nasihat atau memberi cadangan penyelesaian untuk diikuti. d. Menyelamatkan rakan denmgan membuat sesuatu yang sepatutnya dilakukan oleh rakan itu sendiri. e. Bercerita dengan orang lain. f. Mengharapkan semua masalah boleh diatasi dengan segera. g. Berbincang dengan rakan yang menghadapi masalah emosi mendalam. h. Bertindak menyelesaikan masalah rakan.

i. Menghadapi sendiri masalah yang runcing sehingga mengganggu ketenteraman jiwa. 72

yang bermasalah untuk bertemu dengan guru BK atau orang yang lebih arif. j. Menjalankan projek membantu sambil mempengaruhi rakan lain supaya melibatkan diri. k. Memberatkan kesajahteraan diri dan memahami limitasi diri untuk membantu. CARA MEREKOD MAKLUMAT Tarikh : 1) 2) 3) Nama : Catatkan tarikh setiap kali anda berbincang dengan rakan anda berkenaan dengan sesuatu isu atau aktiviti. Tarikh harus ditulis semasa PRS menyediakan laporan. Guru Kaunseling menulis tarikh semasa membuat pemantauan laporan aktiviti PRS. j. Menjalankan projek bersendirian dan mengetepikan rakan lain. k. Terlibat dengan masalah rakan secara peribadi sehingga mengganggu pelajaran dan perasaan.

Gunakan nama samaran rakan yang berbincang dengan anda. BI BK : : Bimbingan Individu Bimbingan Kelompok

Kod Bimbingan:

Jenis Bimbingan : Bulatkan jenis bimbingan yang diberi. A D K P R L : : : : : : AKADEMIK DISIPLIN KELUARGA MASALAH PERIBADI RAKAN SEBAYA LAIN-LAIN

Latar Belakang Rakan : Latar belakang keluarga, keadaan ekonomi ibu bapa, keadaan fizikal, emosi rakan semasa berjumpa Pembimbing Rakan Sebaya (PRS). Isu Perbincangan :

73

Catatkan isu perbincangan merujuk jenis bimbingan. Tetapkan matlamat perbincangan. Maklumbalas : Nyatakan respon daripada rakan atas alternatif yang diberi. ada perubahan tingkahlaku atau tiada perubahan. Masalah bertambah serius. Tindakan Susulan : Dirujuk kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling. Berbincang seminggu sekali. Berbincang setiap hari dengan rakan.

IKRAR PRS Saya/Kami dengan ini berikrar menerima dan mematuhi serta mengamalkan terasteras perkhidmatan semasa berkhidmat sebagai Pembimbing Rakan Sebaya (PRS ) sesi _____. 1. 2. 3. 4. 5. 6. Menerima jawatan ini dan sanggup memikul tanggungjawab serta amanah yang diberikan tanpa mengira tempat, masa, dan rakan Berpegang teguh kepada etika Pembimbing Rakan Sebaya. Berusaha menjadi pelajar contoh. Berazam meningkatkan mutu akademik dan disiplin diri. Berkhidmat dengan penuh kemesraan dan kasih sayang. Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti perkhidmatan PRS

74

BAHAGIAN 9: JAWATANKUASA PRS Penasihat (Guru Kauanseling) Pengerusi (Pelajar Tingkatan Lima) Naib Pengerusi (Pelajar Tingkatan Empat) Setiausaha (Pelajar Tingkatan Lima) Naib Setiausaha (Pelajar Tingkatan Empat) Bendahari (Pelajar Tingkatan Lima) Naib Bendahari (Pelajar Tingkatan Empat) AJK

Biro Akademik

Biro Publisiti

Biro Kerjaya Biro Lawatan

Biro Latihan

Biro Kebajikan Wakil Tingkatan 1 - 5

75

BAHAGIAN 10: RANCANGAN TAHUNAN PRS CADANGAN PERANCANGAN TAHUNAN PRS Bulan Januari Aktiviti Promosi PRS Pemilihan Ahli Temuduga Ujian Personaliti Mesyuarat Agung PRS Rancangan Tahunan Perlantikan Biro / AJK Pembahagian Tugas Program Orientasi PRS Ramah Mesra Taklimat AktivitiTahunan Kursus PRS 1 (Modul Asas 1- Kesedaran Kendiri dan Asas Komunikasi) Kursus PRS 2 (Modul Asas 2- Asas Kaunseling dan Perkembangan Remaja) Pemantauan PRS Semakan Buku Log PRS Bimbingan Penyelesaian Masalah Sasaran PRS tingkatan 1-5 Personalia Guru Kaunseling AJK UBK Catatan

Februari

PRS tingkatan 1-5

Guru Kaunseling AJK UBK

Mac

PRS tingkatan 1-5

Guru Kaunseling AJK UBK

April

Pemantauan PRS Semakan Buku Log PRS Bimbingan Penyelesaian Masalah Aktiviti Luar Kursus Kepimpinan Rekreasi Lawatan Pemantauan PRS Semakan Buku Log PRS Bimbingan Penyelesaian Masalah

PRS tingkatan 1-5

Guru Kaunseling AJK UBK

Mei

PRS tingkatan 1-5

Guru Kaunseling AJK UBK

76

Latihan Kemahiran Lanjutan

Jun

Pemantauan PRS Semakan Buku Log PRS Bimbingan Penyelesaian Masalah Penglibatan Aktiviti Pertandingan Kerjaya Sekolah / Daerah Pemantauan PRS Semakan Buku Log PRS Bimbingan Penyelesaian Masalah Aktiviti Luar Kursus PRS Lawatan Pemantauan PRS Semakan Buku Log PRS Bimbingan Penyelesaian Masalah Penglibatan Aktiviti Pertandingan Kerjaya Peringkat Negeri Penilaian PRS dan Laporan Pencapaian

PRS tingkatan 1-5

Guru Kaunseling AJK UBK

Julai

PRS tingkatan 1-5

Guru Kaunseling AJK UBK

Ogos

PRS tingkatan 1-5

Guru Kaunseling AJK UBK

September

PRS tingkatan 1-5

Guru Kaunseling AJK UBK

Oktober

Penyediaan Sijil Jamuan Akhir Tahunan / Jamuan Perpisahan

PRS tingkatan 1-5

Guru Kaunseling AJK UBK

77

BAHAGIAN 11 : PERLEMBAGAAN PRS

PERLEMBAGAAN KELAB PEMBIMBING RAKAN SEBAYA

1. MATLAMAT

Untuk melengkapkan pengetahuan dari sumbangan murid membantu rakan dan juga sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan. Selain itu, murid dapat menyakinkan diri dalam memberi bantuan dan juga cadangan serta boleh berinteraksi dengan lebih baik dari masa kesemasa.

2. OBJEKTIF

Mendapat pengetahuan dan berupaya memahami dan menilai kelebihan dan kelemahan diri . Membina strategi bagaimana meningkatkan kelebihan diri dan mengurangkan kelemahan diri supaya dapat membina sikap positif. Memahami dan menguasai kemahiran asas komunikasi dan berupaya mempraktikkannya dengan rakan-rakan , guru,keluarga dan orang lain.. Mengetahui dan menguasai teknik-teknik asas dalam kemahiran kaunseling supaya mereka dapat berfungsi sebagai PRS yang peka kepada perasaan rakan-rakan dan berupaya membantu rakan dengan lebih berkesan.

78

Memahami sifat-sifat remaja dan aspirasi mereka dan dapat membantu diri dan rakan-rakan untuk membina matlamat hidup yang positif. Membina daya dorongan ntuk membina budaya saling membantu, hormat dan kasih mesra antara rakan-rakan dan masyarakat sekolah.

3. KEAHLIAN

Dibuka kepada semua murid sekolah ini. Pemohon menjadi ahli adalah dengan cara mengisi borang yang disediakan. Temuduga akan diadakan dari masa kesemasa dan murid yang layak sahaja akan dipilih. Kelayakan murid yang akan dipilih ialah :

i. ii. iii. iv. v.

Minat dan aktif Boleh berkomunikasi dengan baik. Personaliti yang baik. Tiada masalah disiplin. Mempunyai pencapaian akademik yang baik.

4. GURU PENASIHAT

Guru penasihat adalah terdiri daripada guru sekolah ini. Guru penasihat mempunyai kuasa mutlak merancang,melaksana atau membatalkan sesuatu aktiviti apabila difikirkan perlu.

79

5. AHLI JAWATANKUASA

Dilantik semasa mesyuarat Agung. Ahli yang hadir dan ahli yang tidak hadir tetapi menulis surat layak dicalonkan sebagai AJK. Pemilihan AJK adalah secara undian. AJK kecil boleh dilantik oleh Guru Penasihat tanpa mengadakan mesyuarat. AJK yang hendak meletak jawatan hendaklah menghantar surat perletakan jawatan kepada Guru Penasihat. AJK yang tidak hadir semasa aktiviti / perjumpaan / mesyuarat sebanyak tiga kali tanpa sebab-sebab yang munasabah akan dilucutkan jawatannya semerta. AJK Kelab terdiri:

i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii.

Pengerusi Naib Pengerusi Setiausaha Agung Penolong setiausaha Bendahari Penolong Bendahari AJK mengikut tingkatan Pemeriksa kira-kira

Guru Penasihat boleh menambah bilangan AJK jika difikirkan perlu.

80

6. KEHADIRAN /PENYERTAAN

Ahli kelab dikehendaki menghadiri setiap aktiviti/perjumpaan sekurangkurangnya 70% sepanjang tahun. Kegagalan berbuat demikian boleh dikenakan tindakan disiplin dan kehilangan hak-hak keahlian kelab. 7. AKTIVITI

Dijalankan sebagaimana yang dirancang dalam mesyuarat agung atau mesyuarat ahli jawatankuasa. Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh guru penasihat dan diumumkan kepada pengetahuan ahli. 8. PERATURAN-PERATURAN

Peraturan sekolah adalah peraturan asas kelab. Peraturan khas yang ditetapkan oleh kelab hendaklah dipatuhi oleh semua ahli. Ahli-ahli yang melanggar peraturan kelab akan dikenakan tindakan tata tertib. Semua ahli mestilah patuh dengan etika PRS yang telah ditetapkan.

9. TINDAKAN DISIPLIN

Diambil ke atas ahli yang melanggar perlembagaan kelab dan tidak mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Tindakan disiplin adalah seperti berikut:

81

i. ii. iii. iv.

Amaran lisan Amaran bertulis Menggantung keahlian Pecat keahlian

Ahli yang dikenakan tindakan disiplin akan hilang semua hak ahli kelab. Ahli yang tidak puas hati dengan tindakan yang diambil boleh membuat rayuan kepada Guru Penasihat Kelab secara bertulis dan keputusan Guru Penasihat adalah muktamad.

10. PINDAAN PERLEMBAGAAN

Mana-mana bahagian dari perlembagaan kelab ini sah sehingga ia dipinda. Cadangan pindaak perlembagaan boleh dibuat oleh ahli ,guru penasihat ,murid, ahli jawatankuasa atau pentadbir sekolah dengan bertulis. Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh Guru Penasihat dan ahli

jawatankuasa akan membincangkan cadangan tersebut dan meluluskan sekiranya perlu. Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamirkan dan disahkan oleh Pengetua.

11. DERMA

11.1

Sumber utama kewangan kelab adalah melalui derma yang ditetapkan.

11.2

Kelab juga boleh memperolehi kewangan melalui aktiviti.

82

11.3

Ahli yang menyertai sesuatu aktiviti yang memakan belanja besar boleh dikenakan derma khas bagi membiayainya.

12. HAL-HAL LAIN

12.1

Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti kelab

12.2

Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti-aktiviti kelab dengan penuh minat.

BAHAGIAN 11: LAGU PRS

PRS PRS WERE ALWAYS THERE FOR YOU WHEN YOU NEED US LENDING AN EAR TO YOU PRS wellhejp light up your life Together, friend for eternity *(P) Positivity (R) rational thinking (S) Sensitivity Thats what we strive to be you Time after time (through and through) PRS, that us! Whwn youre down, when you are full of frowns And youre alone, screaming for help, a shoulder to cry on, PRS, your friend in times of need, So dont feel shy, dont wait, just look for us (Repeat*) Your friend in need, thats us! (PRS, That us) Drop in for a chat with us! (PRS, Thats us) Anytime, anyplace, eeverybody welcome! (PRS, thats us) PRS, thats us!! PRS,kan slalu di sampingmu Sambutlah bantuan yang ikhlas dari kami PRS, menyuluhi jalan hidupmu Bersama, sahabattuk selamanya (P) Sikap positif minda rasional (S) sikap sensitive Tuhan harapan kami

83

Setiap masa (setiap kali) Kami PRS Bila dirimu, muram dan hilang senyumanmu Dan kan perlukan bantuan, tempat tuk mengadu PRS, sahabatmu yang sejati Pintu kami kan terbuka tuk mu Kami PRS! Kami PRS! Kami PRS! KAMI PRS!!!

SURRANGGANI SURANGGANI (2X) SURANGGANI KAMALUKANAVA, MALU-MALU KAMALU KANAVA, SURANGGANIKA MALU, SURANGGANIKA MALU KANAVA...

EPO A TAI TAI HEY EPO A TAI TAI A YAH (2X) HEY APO A TAI TAI APO, ITUKI TUKI APO, ITUKI TUKI EYAHHH... SAMBALEE SAMBALE SAMBALOA, AMINAMINA SAMBALOA, AMINAMINA YEH YEH YEH, AMINAMINA OOOOOO, LU SAMA LU GUA SAMA GUA, LU JANGAN DENGKI SAMA KITAK PRS, PRS NO.1 PRS NO. 1 YEAHH... MASIHKAH KAU INGAT MASIHKAH KAU INGAT, PADA WAKTU ITU, SEKUNTUM BUNGA MEKAR, KU SELIT KE RAMBUTMU, MASIHKAH KAU INGAT, IA MENJADI MIMPI DAN MENJADI RINDU, MASIHKAH KAU INGAT, MASIHKAH KAU INGAT

84

KITA BERLARI-LARI DI KAKI LANGIT MENCARI PELANGI LALU HUJAN TURUN KITA BASAH BERSAMA MASIHKAH KAU INGAT MASIHKAH KAU INGAT MASIHKAH KAU INGAT SEKUNTUM BUNGA ITU DI TAPAK TANGAN INI IA MENJADI LAYU LALUKU GENGAM IA MENJADI DEBU MASIHKAH KAU INGAT MASIHKAH KAU INGAT...

I HAVE A DREAM I HAVE A DREAM, A SONG TO SING TO HELP ME COPE WITH ANYTHING IF YOU SEE THE WONDER OF A FAIRY TALE YOU CAN TAKE THE FUTURE EVEN IF YOU FAIL CHORUS: I BELIVE UN ANGEL SOMETHING GOOD IN EVERYTHING I SEE I BELIVE IN ANGEL WHEN I KNOW THE TIME IS RIGHT FOR ME ILL CROSS THE STREAM I HAVE A DREAM............ I HAVE A DREAM,A FANTASY TO HELP ME THOUGH REALITY AND MY DESTINATION MAKES IT WORTH THE WHILE PUSHING THROUGH THEDARKNESS,STILL ANOTHER MILE

85

FIKIRKAN BOLEH!!!!
Jika kau fikirkan kau boleh Kau hampir boleh melakukan, Jika kau fikirkan ragu-ragu, Usahamu tidak menentu. Jika kau fikirkan kekalahan, Kau hampiri kegagalan, Jika kau fikirkan kemenangan, kau hampiri kejayaan. Engkaulah apa kau fikirkan, Terkandung dalam pemikiran, Kau fikir boleh melakukan, Fikirkan boleh Percaya apa kau lakukan, Tabah apa kau usahakan, Bertindak atas kemampuan Engkau Boleh, Engkau Boleh, Engkau Boleh,

LAGU PEMIMPIN WAJA


TIADA GUNUNG TERLALU TINGGI BUAT KAMI DAKI DI SIANG HARI TIADA JURANG TERLALU DALAM BUAT KAMI TURUN DI MALAM KELAM-MALAM KELAM, HUTAN RIMBA 2X PADANG LALANG 2X DUSUN SUNYI JALANNYA JAUH PANAS TERIK, HUJAN GERIMIS AYOHLAH! AYOHH, MAJU KAWANKU, HARAM PATAH 2X HATI KAMI 2X KERANA TERLATIHNYA KAMILAH, PEMIMPIN WAJA AYOH LAWAN SEMUA 2X BUMI LUAS TERBENTANG DI SELURUH NUSANTARA DEBURAN OMBAK KU KAYUH CUACA GELAP KU REMPUH KAMILAH, PEMIMPIN WAJA - WAJA

86

RUKUNEGARA
Kepercayaan kepada tuhan Kesetiaan kepada raja dan negara Keluhuran perlembagaan Kedaulatan undang-undang Kesopanan dan kesusilaan

BAHAGIAN 12: UJIAN PRA DAN POST UJIAN PRA Sila jawab dengan jujur kenyataan no 1 hingga 15 dengan membulatkan skala YA atau TIDAK Bil 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. Penyataan / Item YA Saya tahu apa itu PRS Saya tahu peranan PRS Saya tahu etika PRS Saya tahu membantu guru kaunseling adalah salah satu tanggung jawab pemimpin PRS Saya tahu bagaimana merekodkan maklumatmaklumat di dalam buku log PRS Saya sudah didedahkan dengan kemahiran kemahiran asas kaunseling Saya yakin pada diri sendiri Saya boleh berkomunikasi dengan rakan-rakan Saya boleh berkongsi pengalaman dengan orang lain Saya boleh bekerjasama dengan orang lain Saya boleh bercakap dikhalayak ramai Saya bersedia membantu orang lain pada bila-bila masa 87 Skala TIDAK

13. 14. 15.

Saya tahu kekuatan diri saya Saya tahu kelemahan diri saya Saya boleh berbual dengan kawan baru UJIAN POS

Sila jawab dengan jujur kenyataan no 1 hingga 15 dengan membulatkan skala YA atau TIDAK Bil 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. Penyataan / Item Saya tahu apa itu PRS Saya tahu peranan PRS Saya tahu etika PRS Saya tahu membantu guru kaunseling adalah salah satu tanggung jawab pemimpin PRS Saya tahu bagaimana merekodkan maklumatmaklumat di dalam buku log PRS Saya sudah didedahkan dengan kemahiran kemahiran asas kaunseling Saya yakin pada diri sendiri Saya boleh berkomunikasi dengan rakan-rakan Saya boleh berkongsi pengalaman dengan orang lain Saya boleh bekerjasama dengan orang lain Saya boleh bercakap dikhalayak ramai Saya bersedia membantu orang lain pada bila-bila masa Saya tahu kekuatan diri saya Saya tahu kelemahan diri saya Saya boleh berbual dengan kawan baru Skala YA TIDAK

BAHAGIAN `13: CARTA ALIRAN i. Penubuhan PRS Sekolah 4.0 3.1 Pengurusan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) Sekolah-sekolah Malaysia Carta Airan Pengurusan PRS Kajian Tindakan Penyediaan Kertas Cadangan Penubuhan Perbincangan dengan Pengetua

88

Taklimat kepada semua guru Hebahan/Publisiti/Iklan Borang Permohonan Keahlian & Borang Cadangan Proses Borang Permohonan Temuduga Surat Tawaran/Surat Makluman kepada ibu Bapa Surat Panggilan Kursus

BAHAGIAN 14 : BIBLIOGRAFI 1. Abd Latif Mohd Ali (1982).Konsep Bimbingan dan Kaunseling.Berita Bimbingan dan Kaunseling 1, 5 8,3,32.KPM. 2. Aminah Hj Hashim dan Arthur P. Lloyd (1988) Bimbingan dan Kaunseling di Malaysia.DBP.KL 3. Annes Jones (1997) School Counselling In Practice.Ward Lock Educational Campany London. 4. Kementerian Pendidikan Malaysia (1993) Perlaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah menengah .Kuala Lumpur:Unit Bimbingan dan Kaunseling,Bahagian Sekolah,Kementerian Pelajaran Malaysia. 5. Sufean Hussin (1993).Pendidikan di Malaysia : Sejarah,Sistem dan Falsafah. Kuala Lumpur.DBP 6. Sufean Hussin(2002)Inovasi Dasar Pendidikan,Perspektif Sistem Dan Organisasi.K.L.Penerbit Universiti Malaya. 7. Suradi Salim (1997) Bimbingan dan Kaunseling.Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. K.L 8. William H.Van Hoose and John J.Pietrofesa(1970)Counseling and Guidance in the Twentieth Century.Reflections and Reformations.Boston.Houghton Mifflin Company. 9. Zuraidah Bt Abd Rahman (1988).Pengenalan Kaunseling Kelompok.Petaling Jaya :IBS Buku Sdn Bhd. 10. Zuraidah Bt Abd Rahman(1996) Pembimbing Rakan Sebaya.Petaling

89

Jaya,Selangor.ibsbuku.

Disediakan oleh:
Tn Hj Ishak B. Naim Penyelia Kaunseling, JPS Selangor. En Ahmad Kamal B. Ariffin Kaunselor SMK. Seksyen 18 Shah Alam,Petaling Pn Zubaidah Bt Mat @ Ahmad Kaunselor SMK. Tengku Ampuan Rahimah,Klang En Mohd Said B. Julpin Kaunselor SMK Puchong Utama (1),Petaling Pn Julia Bt Abu Sari Kaunselor SMK Puchong Perdana,Petaling Pn Zunaidah Bt Zakaria Kaunselor SMK(P) Taman Petaling,Petaling Pn Masbah Bt Lamat Kaunselor SMK Bukit Gading, Gombak

90

Pn Hamidah Bt Mohammad Ali P.P.N. Kaunselor SMK Bukit Rahman Putra ,Gombak Pn Chuah Mooi Kim Kaunselor SMJK Yu Hua,Kajang En Adnan B. Hj. Mansor Kaunselor SMK USJ 13,Subang Jaya, Petaling Cik Sabariah Bt. Bakar Kaunselor SMK USJ 4, Subang Jaya,Petaling Pn. Norazwa Bt Mohd Sidek Kaunselor SMK Cheras Jaya, Hulu Langat. Pn Salmiah Bt Monshie Kaunselor SMK Dengkil, Sepang Pn. Yusnita Bt. Mohamed Yusop Kaunselor SMK (P) Bukit Kuda,Klang Pn. Noraini Bt Mohd Mustaffa Kaunselor SMK Jalan Tiga Bandar Baru Bangi Pn. Zaiton Bte Sharif Kaunselor SMK Bandar Baru Salak Tinggi,Sepang.

91

Anda mungkin juga menyukai