Anda di halaman 1dari 2

Persediaan Pelajar Memasuki Alam Kerjaya Pada dasawarsa ini, arus globalisasi yang semakin menerjah telah banyak

membawa perubahan kepada seantero marcapada. Transformasi tanpa limitasi telah terhasil daripada anjakan paradigm masyarakat di segenap penjuru dunia. Dalam keghairahan kita mengorak langkah memasuki alaf teknologi dan maklumat, kerajaan semakin menitikberatkan perkembangan bakal pemimpin negara bagi melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang dari semua aspek. Bakal pewaris negara inilah yang akan memasuki alam kerjaya dan seterusnya, berusaha memajukan negara. Secara automatiknya pelajar akan memasuki alam kerjaya selepas menamatkan pengajian mereka. Persoalannya, apakah persediaan yang dapat dilakukan oleh pelajar sebelum memasuki alam kerjaya? Bertitik tolak daripada manifetasi ini, salah satu cara pelajar dapat membuat persediaan memasuki alam kerjaya adalah dengan melakukan persiapan mental. Apabila kita melangkah ke arah alam kerjaya, kita perlu menjadi seorang yang lebih berdikari. Kita terpaksa belajar untuk menjalankan kehidupan sendiri, menguruskan kewangan dan juga menguruskan diri. Cabaran dalam pekerjaan juga lebih mencabar daripada cabaran seorang pelajar. Walaubagaimanapun, semua masalah ini dapat diselesaikan jika kita mempunya permikiran yang bersedia menghadapi segala cabaran. Misalnya, pelajar mestilah mampu menghadapi stres di tempat bekerja ataupun di rumah tanpa mempengaruhi prestasinya dalam menjalankan tugasnya. Jika disingkap dari perspektif yang berbeza, satu lagi langkah persediaan pelajar memasuki alam kerjaya ialah pelajar patut melengkapkan diri dengan perlbagai kemahiran dan nilai yang essensial. Pelajar mestilah mempunyai kemahiran seperti disiplin, matang, mampu membuat keputusan yang betul, berkomitmen dan kerajinan. Kualiti pekerja sungguh penting dalam mengekalkan pekerjaan dan usaha mendapatkan promosi. Majikan sebenarnya lebih mementingkan pekerja yang berkebolehan melaksanakan tugas dengan baik berbanding dengan mengupah pekerja yang memiliki sijil-sjil yang banyak, tetapi tidak mempunyai kemahiran. Dalam konteks yang lain, pelajar perlu sanggup memajukan diri terutamanya apabila dalam alam kerjaya. Pelajar perlulah sanggup mencuba dan belajar perkara yang baru serta rela menerima teguran apabila membuat kesalahan. Apabila kita melakukan sesuata kesalahan, kita perlu berfikir dengan teliti tentangnya, mengubah cara kita bekerja dan tidak mengulangi kesalahan itu. Pelajar juga perlu menilai diri sendiri dari segi kekuatan dan kelemahan supaya dapat memajukan diri dan mempersiapkan diri dengan ilmu-ilmu yang berkaitan dalam dunia pekerjaan. Bukan itu sahaja, dalam usaha menyediakan diri memasuki alam kerjaya, pelajar juga perlu membuat penyelidikan yang secukupnya. Pelajar haruslah mendapat tahu kriteria dan skop kerjaya yang diminati melalui pelbagai cara seperti bertanya kepada orang dewesa, melawat tempat kerja, mendapat maklumat dari internet dan juga mendapat pengalaman bekerja dalam kerjaya berkenaan. Dengan ini, pelajar akan mengetahui situasi sebenar dalam alam pekerjaan.

Di samping itu, pelajar dapat menyesuaikan potensi, bakat, minat dan kemahiran sendiri dengan kerjaya yang sesuai. Pelajar juga boleh mengkaji dan menilai suasana persekitaran dan kehendak pasaran semasa kerjaya yang ingin diceburi sebelum membuat keputusan. Walaupun kualiti pekerjaan dan kemahiran sungguh penting, memang tidak dapat dinafikan bahawa sijil pelajaran juga memainkan peranan yang penting dalam menentukan pekerjaan kita. Dalam zaman yang penuh dengan mahasiswa, keputusan yang cemerlang dapat meningkatkan peluang mendapat pekerjaan yang diidamkan. Oleh itu, pelajar mestilah belajar dengan bersungguh-sungguh untuk mendapat keputusan yang cemerlang selain memastikan kemahiran kita berkali ganda lebih baik dengan segala yang tertulis di atas kertas. Kesimpulannya, sudah terang lagi bersuluh bahawa terdapat banyak langkah yang harus dilakukan oleh pelajar sebelum memasuki alam kerjaya. Alam kerjaya memangnya lebih mencabar daripada kehidupan pelajar. Walaubagaimanapun,kita perlulah menghadapi dengan berani kerana cabaran-cabaran inilah yang bakal menjadikan kita seorang manusia yang lebih kuat dan kental. Diharapkan semua pelajar akan menjadi pekerja ideal pada masa hadapan dengan memiliki kemarhiran dan kelayakkan yang bersesuaian dengan bidang tugas yand dipilih supaya hasil kerja yang baik dapat diwujudkan. Dengan ini, kemajuan negara kita juga dapat ditingkatkan sehinggi dapat berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara gergasi yang lain.

Anda mungkin juga menyukai