Anda di halaman 1dari 41

Pengenalan Bola keranjang adalah sukan olahraga yang mengajar kemahiran sosial, ritus peralihan, kreativiti dan memberikan

identiti budaya (seperti yang telah dilakukan oleh Afrika-amerika). Permainan ini biasanya dimainkan di gelanggang yang disediakan khas untuk permainan bola keranjang. Dalam permainan ini, dua

pasukan yang bersaing terdiri daripada lima pemain masing-masing berusaha untuk menjaringkan bola ke dalam jaring yang tergantung di kedua-dua hujung gelanggang. Pasukan yang paling banyak melakukan jaringan melalui jaringan faul, lontaran dan sebagainya akan memenangi pertandingan ini.Oleh kerana permainan ini merupakan permainan aksi berterusan dan kekerapan pemain menjaringkan gol dalam tempoh yang singkat, bola keranjang menjadi salah satu permainan yang digemari dan diminati serta disertai oleh rakyat seluruh dunia. Walaupun bola keranjang merupakan permainan outdoor namun, ianya juga telah direka sebagai permainan dalaman yang menarik untuk dilakukan semasa musim sejuk di Negara yang mempunyai empat musim.Bola keranjang menjadi sukan yang diminati ramai dan menarik ramai penonton ke gymnasium dan arena perlawanan bola keranjang terutamanya Syarikat. Amerika Selatan, Eropah dan Amerika

Sukan bola keranjang dimainkan oleh pemain amatur di sekolah tinggi, kolej dan pasukan nasional dalam Sukan Olimpik sejak tahun 1936. Atlet profesional, terutama di Amerika Syarikat dan Eropah, juga memainkannya. Kejohanan terkemuka diadakan untuk National Basketball Association (US profesional), National Collegiate Athletic Association (Kolej US) dan Sukan Olimpik.

Sejarah perkembangan permainan bola keranjang.

Permainan bola keranjang mula dimainkan pada tahun 1891 di Springfield, Massachusetts, Amerika Syarikat.Permainan ini mempunyai persamaan dengan

permainan kuno kaum Indian di Mexico. Permainan tersebut dikenali sebagai pok-tapok.Ianya dimainkan sebagai salah satu upacara keagamaan.Dalam permainan in,para pemain cuba menolak bola getah dengan siku ke dalam gelung besi yang dipasang pada dinding kuil. Undang-undang permainan pok-ta-pok adalah sangat kejam. Pemain pasukan yang kalah akan dikorbankan untuk pemujaan dalam upacara agama. Idea permainan bola keranjang disarankan oleh jurutunjuk pendidikan jasmani bernama James Naismith. Oleh sebab itulah permainan ini asalnya dikenali sebagai Bola Naismith . Idea ini timbul apabila beliau memikirkan perlunya ada permainan yang aktif di antara musim permainan besbol dan permainan bola sepak. Permainan bola keranjang asalnya dimainkan berasaskan 13

peraturan.Peralatan yang digunakan adalah sebiji bola dan dua batang tiang.Dua bakul dipasang pada kedua-dua hujung tiang. Ketinggian bakul yang dipasang ialah 3 meter. Permainan ini dimainkan oleh dua pasukan yang terdiri daripada Sembilan orang pemain dalam setiap pasukan. Bilangan pemain dikurangkan daripada Sembilan kepada tujuh orang dan akhirnya kepada lima orang sepasukan.Peralatan juga ditukar. Bakul yang berfungsi sebagai gol ditukar kepada gelung besi dan dipasang jaring di sekelilingnya. Gelung besi ini dipasang pada papan pantul. Nama permainan juga berubah kepada bola keranjang. Pada tahun 1904,1924 dan 1928, bola keranjang menjadi acara pertunjukkan di Sukan Olimpik. Pada tahun 1932, Persekutuan Bola Keranjang Amatur Antarabangsa (FIBA) ditubuhkan. Persatuan ini Berjaya memasukkan bola

keranjang sebagai pertandingan dalam sukan olimpik 1936 di Berlin, Jerman. Sebanyak 22 buah Negara telah menyertai pertandingan itu. Dalam sukan Olimpik, Amerika Syarikat merupakan Negara yang paling banyak memenangi pingat emas dalam permainan ini. Permainan Bola Keranjang di Malaysiaa mula dimainkan sekitar tahun 920-an oleh murid-murid sekolah Cina. Pada masa itu kebnyakan guru sekolah Cina mendapat pendidikan dari negeri China.Semasa belajar, mereka diperkenalkan

kepada permainan bola keranjang. Kemahiran ini dikembangkan pula kepada muridmurid sekolah Cina di Malaysia. Sekitar penghujung tahun 1920-an sudah ada pertandingan liga bola

keranjang di Malaysia. Pertandingan ini mendapat sambutan, terutama di negeri yang ramai penduduk Cina seperti Pulau Pinang, Selangor dan Melaka. Pada tahun 1958, Persekutuan Bola Keranjang Amatur Antarabangsa ( MABA) ditubuhkan. Persatuan ini berperanan mengendalikan aktiviti tahunan bola keranjang di Peringkat Kebangsaan. Antara aktiviti yang dijalankan ialah pertandingan Piala Agong,yang melibatkan negeri-negeri di Malaysia. Di peringkat sekolah,bola keranjang dipertandingkan sebagai salah satu acara tahunan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia ( MSSM). Mengenali Bola Keranjang Gelanggang Sebuah gelanggang bertaraf professional biasanya berukuran 28.5 meter (94 kaki) panjang dan 15 meter ( 50 kaki ) lebar. Gelanggang yang baik selalunya dilapisi lantai kayu yang sentiasa digilap. Tetapi memadai juga sebuah gelanggang yang lantainya rata dan mendatar.

Skor Tujuan utama dalam permainan bola keranjang ialah mendapatkan sebanyak mungkin jaringan. Usaha ini perlu dilakukan sepanjang tempoh permainan. Setiap kali jaringan Berjaya dilakukan, salah seorang pemain pasukan yang kena jaring perlu memulakan permainan dengan melakukan hantaran dari garisan belakang. Masa diperoleh apabila bola dilontar masuk ke gelung besi keranjang pihak lawan. Bola yang dilontar masuk dari bawah gelung besi tidak akan dikira. Dua mata akan diberi jika boal yang dilontar dari kawasan separuh bulat masuk ke jarring. Lontaran percuma diberi apabila pihak lawan melakukan kesalahan terutama ketika pemain hendak menjaringkam gol. Pengadil boleh memberi satu atau lebih lontaran percuma. Jaringan bola lontaran percuma bernilai satu mata. Kemenangan diberu kepada pasukan yang mendapat skor tertinggi selepas tamat masa permainan.

Bola Keranjang Mini.

Bola keranjang mini ialah permainan bola keranjang yang telah diubahsuai. Permainan ini sesuai untuk kanak-kanak yang berumur 12 tahun ke bawah. Peraturan yang digunakan adalah hampirt sama,Cuma pengadil

menumpukan perhatian kepada kesalahn-kesalahan yang jelas sahaja. Perbezaan yang paling ketara adalah dari segi peralatan. Boal yang digunakan bersaiz kecil ( saiz 5 ). Ukuran garis pusatnya ialah antara 68 hingga 73 cm. Berat bola pula antara 450 hingga 500 g. Ukuran gelanggang bola keranjang mini adalah sama dengan ukuran bola keranjang biasa. Ketinggian gol direndahkan menjadi 2.60m. Ini bagi memudahkan kanakkanak menjaringkan gol. Tempoh permainan juga diubahsuai. Keseluruhan tempoh permainan ialah 40 minit . Masa rehat selama 10 minit diadakan pada separuh masa permainan. Setiap pemain hanya boleh menjaring sepuluh mata shaja. Selepas menjaring sepuluh mata, pemain tersbut hanya dibenarkan melakukan hantaran. Peraturan ini bertujuan menghindarkan jaringan gol dikuasai oleh beberapa orang pemain sahaja

Bakul Berjaring dan Papan Muka. Di penghujung setiap gelanggang terletaknya bakul keranjang,iaitu sebuah bakul dengan jaring yang tergantung dan luas bukaannya boleh melepasi sebiji bola keranjang. Ia dipasang pada papan muka berukuran 1.8 meter ( 6 kaki permukaan 1.05

3.5 kaki ) yang diletakkan setinggi 3.05 meter ( 10 kaki ) dari gelanggang. Selain dari tempat pemasangan bakul

keranjang,papan muka juga berfungsi untuk melantunkan bola apabila seseoarang pemain ingin membuat jaringan lantunan. Sebuah gelanggang professional biasanya mempunyai papan muka yang dibuat dari bahan lutsinar supaya tidak mengganggu pandangan penonton.

Pasukan Pasukan bola keranjang biasanya terdiri dari 10 hingga 12 orang pemain dan hanya 5 orang sahaja dibenarkan berada dalam gelanggang sepanjang sesi permainan berlangsung.Jurulatih pasukan akan menentukan 5 pemain utama yang akan menerajui permainan dan pemain lain akan ditukarganti jika perlu,pada waktu tertentu sepanjang permainan.

Gerakan Khas Untuk menggerakkan bola, pemain boleh menghantar bola kepada rakan sepasukannya atau dengan menggelecek bola. Ia bermaksud melantunkan bola antara tangan pemain dan lantai gelanggang dengan cepat sambil bergerak (berjalan atau berlari) menuju ke lokasi sasaran.

Jaringan Objektif utama permainan bola keranjang ialah menjaringkan mata melebihi dari pasukan lawan. Untuk menjaringkan mata,pasukan tersebut perlu memasukkan bola agar melepasi bakul keranjang ke bawah, melalui jaring bakul tersebut. Jumlah jaringan bergantung juga kepada faktor lokasi di mana pemain tersebut melakukan jaringan.

Mata Jaringan : 3 Mata Jaringan dilakukan dari mana-mana kawasan di luar garisan 3 mata.

2 Mata Jaringan dilakukan dari mana-mana kawasn di dalam garisan 3 mata.

1 Mata Jaringan dilakukan dari garisan 3 mata apabila pemain memperolehi lontaran percuma disebabkan pemain pasukan lawan yang melanggar syarat permainan.

Gelanggang Bola Keranjang

Kawasan Larangan Pemain hanya dibenarkan berpijak di dalam kawasan larangan ( berwarna biru- rujuk rajah di atas ) selama 3 saat sahaja dalam sesuatu percubaan jaringannya.

Pakaian trek Disebabkan faktor masa yang lama diluangkan oleh seseorang pemain bola keranjang menunggu di kerusi pemain, adalah penting untuk memastikan pakaian trek yang dikenakan dapat memanaskan badan sepanjang tempoh menunggu tersebut. Seluar trek seharusnya agak longgar dan sebaik-baiknya berzip agar ianya mudah ditanggalkan apabila pemain diarahkan memasuki gelanggang.

Bola Keranjang Saiz bagi sebiji bola keranjang secara rasminya ialah dengan ukur lilit di antara 75-78 cm ( 29-31 inci),diperbuat dari kulit,getah atau bahan sintetik. Tekanan angin yang dimasukkan pula mestilah memastikan beratnya adalah sekitar 567-650 gram ( 20-22 oz ).

Gambar rajah bola keranjang.

Kasut Kasut merupakan elemen utama dalam permainan bola keranjang. Kasut yang sesuai akan melindungi kaki anda dan membantu dalam pergerakan larian, lompatan,pusingan badan dan lonjakan.Ia biasanya diperbuat dari kombinasi bahan kulit dan plastik,terdiri dari 2 jenis potongan sebagai pilihan :

1.Potongan Rendah : Sesetengah pemain mendapati kasut jenis ini adalah yang paling selesa dipakai walaupun ia tidak memberikan sokongan sepenuhnya kepada kawasan buku lali anda.

Contoh Kasut bola keranjang potongan rendah.

2. Potongan Tinggi : Kasut jenis but ini memberikan perlindungan kepada sekitar kawasan buku lali yang sangat diperlukan oleh seseoarang pemain bola keranjang.

Contoh Kasut bola keranjang potongan tinggi.

3. Pelapik Tapak Kaki Kebanyakan kasut bola keranjang yang moden mempunyai pelapik tapak kaki berongga yang berisi angin untuk melindungi buku lali dan tapak kaki sewaktu impak pendaratan selepas lompatan atau lonjakan. Ianya diperbuat dari bahan getah yang memberikan daya cengakaman yang kuat pada permukaan gelanggang.

Kemahiran dan latihan asas Bola Keranjang. Menggelecek Lantunkan bola menggunakan hujng hari anda. Jangan sesekali

menggunakan tapak tangan.Lantunan yang dilakukan seharusnya tidak lebih tinggi daripada paras pinggang dan tidak lebih rendah daripada paras lutut, Pastikan lantunan bola berada di hadapan bahagian sisi anda. Bengkokkan kedua-dua belah lutut. Berat badan pula perlulah berada di bahagian hadapan tapak kaki. Kelecekkan bola dengan tangkas, sama ada dengan tangan kanan atau kiri. Anda juga perlu berupaya menukar tangan yang melantunkan bola ketika mengubah arah pergerakan.

Teknik gelecek Peringkat Asas Apabila menggelecek bola, sebelah dari kaki anda perlu berpijak di permukaan gelanggang dan hanya sebelah sahaja tangan anda boleh digunakan dalam satu-satu masa.Anda juga perlu ingat bahawa selepas anda berhenti menggelecek bola, anda mestilah membuat hantaran atau jaringan anda tidak boleh mula menggelecek kembali. Langkah 1 Jangan melihat bola yang berada pada anda, sebaliknya kenalpasti kedudukan pemain pasukan anda dan juga pasukan lawan.

Langkah 2 Dengan menggunakan jari-jari dan pergelangan tangan anda, tolak bola ke bawah, cenderung ke hadapan dalam satu gerakan yang lancer dan kemas.

Langkah 3 Biarkan jari-jari dan pergelangan tangan anda bergerak bebas ke atas dan ke bawah dengan arah pergerakan bola. Elakkan dari menggelecek

menggunakan tapak tangan anda. Sebaliknya, rasakan permukaan bola dengan jari-jari anda dan kawal lantunan dengan pergelangan tangan

Langkah 4 Semasa bergerak ke hadapan, bengkokkan sedikit lutut anda dan melangkah ke hadapan mendekati arah laluan bola untuk mengawalnya dari di ambil oleh pemain lawan. Gelecek bola dengan tangan yang berjauhan dari pihak lawan.

Teknik gelecek Ke belakang Apabila terdapat pemain lawan pada laluan pergerakan anda, anda boleh melepasi halangan tersebut dengan cara berhenti,bertukar tangan dan menggelecek menjauhi pemain tersebut. Langkah 1 Semasa anda menggelecek menghampiri pemain lawan, berhenti dengan mengejut berhampiran dengan kakinya.Pastikan bola dijauhkan dari capaian pemain lawan tersebut.

Langkah 2 Pusingkan badan anda pada arah yang berlainan,dengan berpasak pada kaki yang berdekatan dengan garisan.Pastikan badan anda membelakangi pemain tersebut untuk menghalangnya dari mengambil bola.

Langkah 3 Teruskan pusingan sehingga anda menghadap ke arah yang berlainan. Semasa anda mula melantunkan bola di penghujung pusingan badan anda, lantunkan bola menuju kepada tangan yang berjauhan dari pemain lawan tersebut. Teruskan menggelecek ke lokasi sasaran anda.

Latihan menggelecek di Gelanggang Aksi menggelecek ( 2-6 pemain ) Latihan ini sesuai bagi pemain yang ingin menguasai teknik asas menggelecek iaitu dengan menumpukan pada arah laluan anda dan bukannya pada bola. Langkah 1 Para pemain akan menggelecek bola secara setempat, menghadap ke arah jurulatih atau pemain lain sebagai penanda, yang berdiri beberapa meter

dihadapan pemain yang berlatih. Pemain dibenarkan menggelecek sewaktu tangan jurulatih atau pemain penanda diturunkan.

Langkah 2 Apabila jurulatih atau pemain penanda mengangkat tangannya, para pemain akan berhenti menggelecek dan memegang bola. Pemain harus sentiasa peka untuk mengetahui bilakah waktunya untuk menggelecek dan waktu untuk berhenti.

Peringkat seterusnya Selain dari menggelecek secara setempat,pemain seterusnya berjalan atau berlari sambil menggelecek bola ke arah jurulatih atau pemain penanda.

Rajah latihan aksi gelecek Teknik Kon menggelecek (1 10 pemain) Aturkan kon-kon penanda pada satu garisan lurus, berjauhan 0.5 meter (2 kaki) antara satu sama lain. Kemudian, mula menggelecek bola menyilangi kon-kon tersebut menggunakan sebelah tangan. Pada peringkat latihan seterusnya, ubah tangan yang menggelecek bola. Ia akan dapat membantu anda menggelecek dengan lebih cekap dan sempurna.

Teknik teg Menggelecek (2-10 pemain) Tandakan satu kawasan yang bersesuian dengan jumlah pemain yang terlibat dalam gelanggang. Setiap pemain memegang sebiji bola,yang perlu digelecekkan secara berterusan. Sepanjang proses menggelecek dan mengawal bola, setiap pemain perlu cuba mengambil bola pemain lain atau melantunkan bola dari tangan pemain tersebut. Apabila mana-mana pemain terlepas kawalan bolanya atau berhenti menggelecek,mereka mesti

meninggalkan kawasan tersebut. Pemenangnya ialah pemain terakhir sekali menggelecek bola di dalam kawasan tersebut.

Rajah latihan teg menggelecek Teknik gelecek sekatan Trafik ( 3-15 pemain) Latihan ini amat sesuai bagi semua teknik gelecek kerana ia memerlukan anda untuk sentiasa mengangkat kepala,bertukar tangan dan mengawal kelajuan gelecekan dan juga mengawal bola pada masa yang sama. Sebanyak 3 atau lebih jumlah pemain (masing-masing dengan sebiji bola di tangan ) akan berdiri di dalam satu bulatan. Secara idealnya,mereka perlu berdiri di bulatan tengah gelanggang. Pemain mestilah menggelecek dalam satu garisan lurus ke arah hujung satu lagi di dalam gelanggang. Mulakan pergerakan pada masa yang sama. Selepasa bergerak ke tengah, mereka akan bertemu pada pusat bulatan tersebut. Setiap pemain perlu bijak

mengatur pergerakan agar mereka dapat melepasi sekatan trafik tersebut agar dapat menuju ke lokasi sasaran mereka.

Rajah teknik teg menggelecek

Mengawal Bola Teknik cengkaman Tangkapan Ia merupakan teknik cengkaman yang dilakukan oleh kebanyakan pemain professional. Letakkan tangan bukan jaringan anda pada sisi bola dan dicengkam kuat dengan jari anda. Sementara itu, tangan jaringan anda diletakkan di belakang bola dengan tapak tangan menghala ke hadapan. Ini menjadikan jaringan dan balingan anda dapat dilakukan dengan lebih berkesan.

Rajah cengkaman tangkapan

Teknik posisi 3 Penjuru Posisi ini ialah gerakan badan asas yang boleh diaplikasikan apabila anda menerima bola. Berdiri dengan kaki diregangkan,pegang bola dengan kemas ke arah dada anda ( dengan badan berada di antara bola dan pemain lawan berhampiran anda) akan memberikan ruang masa untuk anda merancang pergerakan seterusnya.

Rajah teknik posisi 3 penjuru

Teknik berpasak Apabila anda berhenti bergerak dengan bola berada di tangan anda, anda dibenarkan menukar arah laluan anda selagi anda tidak bergerak

menggunakan kaki yang digunakan untuk berhenti. Gerakan ini dinamakan berpasak di mana anda boleh menggunakan pergerakan ini untuk berpusing dan menghadapkan diri ke arah bakul jaringan.

Langkah 1 Apabila anda telah bersedia untuk berpusing, angkat tumit kaki pasak anda dan alihkan berat badan anda ke arah tersebut.

Langkah 2 Angkat kaki sebelah lagi dan mulakan pusingan badan anda, menggunakan langkah yang pendek untuk mendapat keseimbangan.

Langkah 3 Kekalkan bengkokan kaki anda,luruskan tulang belakang anda dan dongakkan kepala anda. Apabila anda telah selesai berpasak, kembalikan kedudukan anda pada posisi 3 penjuru.

Teknik hentian Pertahanan (Separa Hentian) Apabila anda menangkap bola di udara, anda dibenarkan untuk

melangkahkan kaki setapak untuk berhenti. Gunakan teknik hentian pertahanan ini untuk berhenti secara sah atau digunakan apabila anda berhenti selepas meggelecek bola.

Langkah 1 Bergerak ke arah laluan bola, regangkan tangan ke hadapan dan sentiasa memerhatikan bola.

Langkah 2 Semasa anda menangkap bola tersebut, langkahkan kaki setapak ke hadapan dengan sebelah kaki anda. Ia merupakan kaki anda untuk berpasak dan dikira sebagai satu langkah.

Langkah 3 Berhentikan pergerakan anda sepenuhnya dengan langkah yang kedua. Gerakan anda akan berakhir dalam posisi 3 penjuru yang seimbang, dengan kepala didongakkan dan lutut dibengkokkan.Pada ketika ini, anda sudah bersedia untuk membuat jaringan atau melakukan hantaran.

Teknik hentian Lompat Apa yang menarik mengenai teknik hentian ini ialah ianya akan dikira sebagai 1 langkah sahaja,memberikan anda kebebasan untuk memilih mana-mana kaki anda untuk berpasak. Langkah 1 Lompat ke arah bola dengan kedudukan kaki yang selari.

Langkah 2 Tangkap bola di udara dan pastikan anda mendarat dengan kedua-dua kaki berpijak ke lantai gelanggang secara serentak.

Hantaran Bola Permainan bola keranjang tidak memerlukan pemain menjatuhkan pihak lawan. Tetapi apabila anda menguasai bola, pastikan bola dihantar tepat kepada rakan. Hantaran yang tepat merupakaan cara yang terbaik ketika melakukan serangan. Apabila menerima bola, ambil masa untuk memilih arah lontaran. Kemudian hantar bola dengan pantas dan sempurna. Berikut adalah perkara-perkara penting ketika melakukan hantaran : Lontar bola dengan pantas dan sempurna. Setiap sasaran hantaran yang kamu lakukan adalah antara bahagian pinggang dan bahu rakan kamu. Kelirukan pihak lawan secara tidak memandang terus ke arah sasaran. Biasakan menerima dan menghantar bola dengan tangan dan jari yang terbuka. Setelah melepaskan boal dari tangan, jari perlulah mengikut lajak ke arah sasaran.

Terdapat beberapa jenis teknik hantaran. Contohnya hantaran tolak, hantaran paras dada,hantaran lantun, hantaran atas kepala dan hantaran besbol. Jika anda baru mempelajari bola keranjang anda perlu berlatih dan menguasai semua jenis hantaran ini. Sebagai permulaan,lakukan hantaran ke dinding. Kemudian lakukan hantaran kepada rakan yang berdiri dan seterusnya hantaran kepada rakan sambil berlari.

Teknik hantaran tolak Hantaran tolak adalah sejenis hantaran yang selalu dilakukan. Hantaran ini digunakan ketika melakukan hantaran bola jarak dekat atau sederhana jauh. Pegang bahagian belakang bola dengan kemas. Sebelah tangan memegang bahagian sisi bola sebagai imbangan. Tolak bola ke hadapan pada paras bahu. Semasa melakukan tolakan,ambil satu langkah ke hadapan ke arah penerima bola. Hantaran ini amat berkesan apabila tiada halangan di antara penghantar dan penerima bola. Dalam situasi permainan, cara hantaran ini amat mustahak.Apabila anda menerima Bola, letakkan bola separas bahagian dada. Ini merupakan kedudukan persediaan untuk melakukan hantaran. Perkara-perkara berikut perlu dititikberatkan : a) Pegang bola dengan kemas. Gunakan kedua belah tangan. Jari-jari mestilah terbuka. b) Bengkokkan sedikit kedua belah lutut.Tinggikan pula kedua belah siku supaya mudah menolak bola dengan lengan,tangan dan jari. c) Semasa meluruskan lengan ke hadapan, bergerak satu langkah kea rah sasaran. d) Luruskan lengan ke hadapan dengan satu pergerakan yang cepat dan bertenaga serta lajak ke arah hantaran. Teknik hantaran Lantun Hantaran lantun amat sesuai dilakukan jika terdapat halangan antara penghantar dan penerima bola.Hantaran sebegini sesuai juga dilakukaan jika pihak lawan yang berdiri di hadapan anda bertubuh tinggi atau kedua tangannya diangkat ke atas.

Teknik hantaran lantun hampir sama dengan teknik hantaran paras dada tetapi kedua-dua siku anda perlu direndahkan. Pastikan hanya pergelangan tangan dan jari anda yang melakukan tolakan.Tangan anda mesti mengikut lajak ke arah lantunan.

Teknik hantaran atas kepala. Hantaran atas kepala dilakukan dengan kedua belah tangan memegang bola. Jika anda seorang pemain yang tinggi, hantaran ini amat sesuai dilakukan apabila berhadapan dengan pemain lawan yang rendah. Teknik hantaran : a) Pegang bola ke atas. Pastikan kedudukan bola di belakang sedikit daripada kepala anda. Jari anda mestilah terbuka dan memegang bahagian belakang bola. b) Sebaik sahaja anda melangkah ke hadapan, luruskan kedua-dua belah lengan dengan cepat. c) Kedua-dua belah tangan mengikut lajak ke arah sasaran. Bola yang di hantar perlulah sampai kepada penerima pada paras kepalanya.

Latihan hantaran di gelanggang Teknik hantaran ke dinding ( 1 pemain ) Langkah 1 Berdiri beberapa kaki dari dinding dan baling bola tersebut ke dinding berkenaan. Bayangkan anda sedang membuat hantaran kepada rakan yang berada di sebalik dinding tersebut.

Langkah 2 Semasa bola tersebut melantun kembali kepada anda,tangkap bola tersebut dan ulangi lontaran hantaran anda. Cuba pelbagaikan teknik hantaran anada iaitu pada paras dada, melepasi paras kepala dan lantunan.

Teknik Hantaran 2 pemain Langkah 1 Dua pemain berdiri sejauh 3.5 meter (10kaki) di antara satu sama lain dengan setiap seorang memegang sebiji bola.Pada akhir 3 bilangan, setiap pemain akan membuat hantaran kepada pemain di hadapannya.

Langkah 2 Salah seorang pemain mestilah membuat hantaran paras dada manakala seorang lagi melakukan hantaran lantunan. Sebaik sahaja setiap pemain Berjaya menangkap bola,mereka perlu segera membuat hantaran kembali dalam gerakan yang lancer, sekata dan tangkas.

Teknik Hantaran Mesingan (5 pemain) Langkah 1 Empat pemain berdiri dalam tandaan separuh bulatan dengan kesemuanya menghadap ke arah pemain kelima (pemain A) yang berdiri 2.5 meter (8kaki) dari mereka.Pemain A memegang bola di tangannya diikuti oleh salah seorang dari 4 pemain tersebut juga memegang sebiji bola di tangannya (pemain B).

Langkah 2 Selepas wisel dibunyikan,pemain A akan membuat hantaran kepada manamana pemain yang tidak memegang bola dengan menyebut nama pemain yang akan menerimanya. Sebaik sahaja bola dihantar kepada pemain tersebut, pemain B akan terus membuat hantaran bolanya kepada pemain A. Pemain A akan menerima bola tersebut dan membuat hantaran kepada pemain lain dalam separuh bulatan tersebut. Kitaran ini berlangsung secara berterusan secara cepat,lancar dan terus-menerus, memerlukan kesemua pemain yang terlibat memberikan pemerhatian yang tajam dan tindak balas yang cepat.

Teknik hantaran mesingan

Jaringan Teknik Jaringan Set Teknik ini digunakan apabila anda sedang berdiri tegak,pegun dan berada berhampiran dengan bakl jaringan pihak lawan. Ia juga boleh digunakan apabila melakukan balingan percuma.

Langkah 1 Dari kedudukan berdiri dan kaki diregsngkan sedikit,bengkokkan lutut dan dongakkan kepala menghala ke sasaran ( bakul jaringan).Jika anda membuat jaringan dengan tangan kanan,ianya anda harus unjurkan ke hadapan sedikit,lebih dari kaki kiri,

Langkah 2 Dengan tangan bukan jaringan anda mencengkam sisi bola dan tapak tangan jaringan menghala ke arah bakul jaringan,mulakan jaringan dengan meluruskan kaki dan melonjak naik ke arah sasaran.

Langkah 3 Angkat badan anda sehingga kaki anda terinjak pada paras ibu jari kaki anda dalam suatu pergerakan jaringan yang lancar dan sekata. Gunakan tangan bukan jaringan untuk menstabilkan bola dan tolak menggunakan pergerakan pergelangan tangan yang kuat.

Teknik jaringan lompatan 1 Cara ini digunakan untuk melepasi pemain lawan semasa membuat jaringan dengan cara melonjakkan diri dan melepaskan bola apabila berada di udara.

Langkah 1 Dengan kaki berpijak sepenuhnya pada lantai gelanggang, bongkokkan badan ke bawah untuk memastikan anda boleh membina daya lonjakan untuk melompat ke atas.

Langkah 2 Luruskan badan dan tegakkan kaki anda dengan membawa bola naik ke arah sasaran dan siku anda dibengkokkan. Bola haruslah berada di atas paras lengan pada ketika ini.

Langkah 3 Lonjakkan diri sepenuhnya untuk membuat hantaran tinggi melampaui capaian pemain lawan. Fokuskan pada bakul jaringan sebagai sasaran anda untuk menjaringkan bola tersebut apabila ianya dilepaskan.

Teknik lompatan II Teknik ini agak berlainan daripada teknik jaringan sebelum ini, di mana anda perlu menuju terus ke bakul jaringan dan menggunakan papan muka untuk membantu menyempurnakan jaringan anda. Langkah 1 Bergerak menghampiri kawasan sekitar bakul jaringan dengan menggelecek bola ke arahnya.Tumpukan berat badan anda kepada kaki hadapan (jika anda cenderung menggunakan tangan kanan,maka gunakan kaki kiri anda

untuk menampung berat badan) dan bengkokkan lutut untuk membina daya lonjakan anda.

Langkah 2 Naikkan kaki belakang dan juga lengan anda ke atas,bersedia untuk melakukan jaringan.

Langkah 3 Lompat menuju kea rah sasaran (dari sisi,bukannya dari hadapan bakul). Sebaik sahaja anda mencapai tahap tertinggi dalam lompatan anda, alihkan bola dari tangan jaringan dengan menolaknya ke atas dan meluruskan lengan, sebelum melepaskan bola tersebut.

Langkah 4 Bola tersebut akan terkena pada papan muka dan melantun terus melalui bakul dan melepasi jaringan di hadapannya.

Latihan jaringan di gelanggang. Latihan Jaringan Solo Berdiri berhampiran sasaran dan berlatih membuat jaringan dan lompatan dari tempat yang sama. Teruskan membuat jaringan sehingga anda dapat menyempurnakan 5 jaringan yang berturutan. Seterusnya, tukar posisi anda. Berlatih pada kedudukan yang lebih jauh dari sasaran atau tukar kedudukan anda pada sudut tertentu. Anda juga boleh mencuba membuat jaringan menggunakan kedua-dua belah tangan. Latihan mengelilingi dunia ( 1-2 pemain) Teknik latihan ini membantu anda mempelbagaikan jarak dan sudut jaringan anda di sekitar kawasan jaringan tersebut. Berdiri pada mana-mana penanda berhampiran kawasan bakul jaringan dan lakukan gerakan jaringan anda. Jika anda Berjaya menjaringkan bola, beralih kepada kedudukan yang lain. Perhatikan bagaimana anda boleh mengoptimumkan kedudukan anda pada

lokasi-lokasi tandaan tersebut dari 2 hingga 10 (termasuklah garisan balingan percuma dan kawasan di luar kunci).

Rajah latihan mengelilingi dunia

Latihan lompatan. PAstikan pergerakan anda sentiasa lancar dengan melakukan latihan ini, yang membantu anda dalam tindak balas dan teknik hantaran anda. Dua pemain (A dan B) berdiri di pinggir kawasan kunci sebelah kanan bakul jaringan,manakala pemain ketiga (pemain C) berdiri di sebelah kiri berhampiran bakul jaringan. Pemain A menghampiri bakul dan melakukan jaringan lompatan. Pemain C akan mengambil bola dan memberikannya kepada pemain B yang berada di pinggir penghujung kawasan kunci. Pemain B pada masa ini akan berlari menuju ke bakul jaringan dan diikuti oleh pemain A yang akan bertukar posisi dengan pemain C.Seterusnya pemain C pula akan bergerak ke sisi untuk menerima bola dan melakukan jaringan. Kitaran

ini diteruskan lagi sehingga ketiga-tiga pemain Berjaya menguasai teknikteknik tersebut.

Rajah latihan lompatan.

Lantunan semula Teknik melonjak keluar Apabila seseorang pemain melakukan jaringannya,anda mestilah

menempatkan diri anda di antara bakul jaringan dan pemain lawan. Ianya dinamakan lonjakan keluar dan digunakan untuk mengambil bola dari pihak lawan.

Langkah 1 Sebaik sahaja jaringan dilakukan,ramalkan arah lantunan semula bola tersebut dengan menetapkan posisi anda agar berada di antara gelung jaringan dan garisan gelanggang.

Langkah 2 Perhatikan arah lantunan semula bola tersebut, bengkokkan lutut anda dan depakan lengan anda untuk keluasan capain yang maksimum untuk menjadikan badan anda besar dan kukuh. Bersedia untuk melompat sebaik sahaja ia melantun semula.

Teknik Mencecah-Masuk Jika anda melakukan serangan berhampiran gelung jaringan dan anda pasti bahawa lantunan semua akan terjadi,selain dari cuba menangkap bola dan menjaringkannya, anda juga boleh mencecah bola tersebut kembali ke bakul jaringan tanpa perlu mendarat ke lantai gelanggang. Mencecah masuk ialah teknik yang agak sukar untuk dikuasai dan memerlukan pengamatan yang tajam, pertimbangan yang sesuai dan lompatan yang mantap. Sewaktu anda memerhatikan arah laluan bola dan meramalkan lantunan semula bola tersebut, anda perlu melonjakkan diri anda ke udara dan cuba gunakan tangan untuk mencecah permukaan bola tersebut.Laraskan kedudukan badan anda di udara dan jika Berjaya dilakukan, tangan yang mencecah bola tersebut akan menjadi panduan bagi bola tersebut untuk masuk ke dalam bakul jaringan,dengan sedikit tolakan dari pergerakan tangan anda.

Teknik Tangkapan serangan Seperti juga tangkapan pertahanan,rahsia untuk berjaya dalam tangkapan serangan ialah kesesuaian posisi,ketepatan ramalan dan bertindak pada masa yang tepat. Anda boleh mengelirukan pemain lawan dengan berpurapura untuk bergerak pada satu arah tertentu dan membatalkannya pada saatsaat akhir. Cuba posisikan diri anda untuk mudah melonjak keluar supaya anda dapat menyesuaikan masa anda melompat dan juga masa bola

melantun semula. Jika anda Berjaya mendapatkan bola dan ditambah pula dengan ruang pergerakan yang mencukupi,segera lonjakkan badan anda dan lakukan jaringan.

Teknik tangkapan pertahanan Dengan melonjak keluar,anda memperolehi kelebihan dari segi mendapatkan bola setelah ianya melantun semula. Apabila ini berlaku, usahakan agar anda dapat mencapai bola tersebut pada kedudukannya yang paling tinggi.Ia memerlukan masa yang sesuai dan tepat agar anda tidak terkeluar dari ruang potensi capaian anda kepada bola tersebut. Sewaktu anda menangkap bola tersebut,alihkan diri anda dari pemain lawan supaya bola tersebut terlindung dari capaiannya semasa anda sedang mendarat kembali ke lantai gelanggang.

Rajah teknik tangkapan pertahanan

Pertahanan. Teknik kedudukan Pertahanan Apabila berhadapan dengan pemain lawan yang sedang memegang bola,anda perlu berada dalam keadaan yang menyukarkan mereka untuk melakukan hantaran atau jaringan. Bengkokkan lutu anda dan mantapkan pijakan kai anda pada ibu jari kaki untuk memudahkan peralihan gerakan anda. Berdiri dengan sebelah tangan diangkat tinggi ke atas dan sebelah lagi berada di bawah paras kepala,dapat menghalang percubaan pasukan lawan untuk melakukan hantaran pada paras dada dan juga hantaran lantunan.

Teknik menghalang penerimaan hantaran Jika anda dapat mengenalpasti seorang pemain pasukan lawan yang akan menerima hantaran bola dari rakannya,posisikan diri anda di sisi pemain tersebut supaya anda boleh mengunjurkan atau mendepakan lengan anda untuk menghalangnya dari menerima hantaran bola tersebut. Lawan anda akan bergerak menjauhi anda,jadi sentiasa bersedia untuk bergerak ke posisi seterusnya dan dekati lawan anda tanpa menghalang pemandangannya.

Teknik menghalang pemain yang menggelecek Pastikan badan anda berada di antara bola dan lokasi bakul jaringan dan bersedia dalam kedudukan pertahanan. Bergerak seiring dengan arah gerakan lawan yang sedang menggelecek bola. Jangan berada terlalu hamper dengannya kerana sedikit sahaja peralihan gerakan yang perlu dilakukan pemain tersebut untuk mengatasi anda. Cukup sekadar anda menghalang laluan gelecekannya supaya pergerakannya menjauhi bakul jaringan. Bengkokkan lutut anda dan kekalkan pijakan kaki anda rapat ke lantai gelanggang.Dengan saling bertukar kedudukan kaki,anda dapat bertindak balas dengan lebih cepat terhadap kelajuan dan arah gelecekan bola tersebut.

Teknik mengenalpasti pemain hantaran.

Sediakan diri dalam kedudukan pertahanan dan tetapkan beban badan pada ibu jari supaya pergerakan tindak balas anda lebih cepat dan pantas.

Gunakan lengan dan tangan anda untuk menghalang sebarang percubaan untuk melakukan hantaran atau serangan. Anda boleh bertindak agresif dan fizikal,tanpa menyentuh pemain lawan. Jika tidak,anda akan didapati melanggar syarat-syarat permainan dan akan dikenakan tindakan oleh pengadil. Rahsia pertahanan berkesan ialah dengan menggunakan

kepandaian menggunakan badan dan bijak dalam mengatur tindakan. Sebaik-baiknya anda perlu meramalkan pergerakan lawan anda ar segala usaha untuk mereka memperolehi mata dalam perlawanan dapat dipatahkan.

Kemahiran Peringkat Tinggi Teknik gelecek peringkat tinggi Jika anda berlari dalam satu garisan lurus,menggelecek bola dengan tangan yang sama,anda akan lebih mudah dipintas oleh pihak lawan untuk cuba mendapatkan bola dan mengambilnya daripada anda. Jika anda mahir menukar tangan anda untuk menggelecek bola,bukan sahaja ke atas dan bawah,malah di antara kedua kaki dan ke belakang anda,ia akan mengecilkan peluang pihak lawan untuk mengatasai anda dari segi kawalan bola.

Teknik gelecek silang Semasa anda menggelecek bola ke hadapan,pastikan kaki anda dibuka sedikit dan badan anda direndahkan.Bawa bola ke sisi anda. Dengan badan masih bergerak ke hadapan,lantunkannya ke hadapan anda dari satu tangan ke tangan yang lain ( Contohnya, kiri ke kanan atau kanan ke kiri). Segera lantunkan bola kembali ke tangan asal dan menyambung pergerakan anda ke hadapan.

Teknik gelecek di antara kaki Semasa anda menggelecek,langkahkan kaki ke hadapan sambil membawa bola ke sisi anda. Biarkan bola melantun ke arah luar sisi anda,memberi ruang untuk anda melangkah setapak lagi. Tangkap bola yang melantun di antara bukaan kaki anda ke tangan bersebelahan.Lantunkan bola kembali dan pastikan bukaan kaki anda agak luas bagi membolehkan bola digerakkan

dengan mudah. Lantunkan bola kembali ke tangan asal dengan memastikan cengkaman yang kemas di antara bukaan kaki anda.

Teknik gelecek ke belakang Dengan kaki dibuka luas dan kedudukan badan yang rendah,bawa bola ke sisi belakang anda.Tumpukan perhatian anda ke hadapan, lantunkan bola perlahan-lahan di belakang anda, Bawa sebelah lagi tangan anda ke belakang untuk menerima lantunan bola tersebut. Sebaik sahaja bola menyentuh tangan yang menerimanya,angkat tangan tersebut mengikut arah lantunan bola dan bawa bola menjauhi sisi badan anda. Dengan menggunakan tapak tangan yang melekap pada bola,lantunkannya kembali ke tangan asal seperti posisi sebelumnya.

Teknik palsu dan Tuju palsu dan tuju merupakan taktik yang digunakan untuk mengelirukan pihak lawan dan memberi anda ruang untuk bergerak menuju ke bakul jaringan. Sebaik sahaja laluan anda dihalang oleh pemain pertahanan lawan,anda mesti melihat arah alternatif untuk anda sampai ke lokasi bakul jaringan. Ambil langkah seolah-olah anda ingin menuju ke satu arah,pemain pertahanan tersebut akan cuba untuk menghalang anda. Semasa pemain pertahanan tersebut bergerak ke hadapan,dengan pantas anda gerakkan badan anda ke belakang,iaitu pada arah yang berlawanan dengan gerakan awal anda tadi dan teruskan mengawal bola sejauh mungkin daripada pihak lawan. Gerakan ini pasti akan mengelirukan pemain pertahanan tersebut. Ambil langkah yang panjang melepasi pemain pertahanan tersebut dan gelecek bola terus menuju ke bakul jaringan. Pemain pertahanan tersebut kini perlu membuat gerakan yang banyak untuk kembali menghalang anda. Gerakan palsu ini telah Berjaya mengelirukan pemain pertahanan pasukan lawan dalam masa yang singkat. Kini anda boleh teruskan menggelecek bola dan sentiasalah bersedia mengintai peluang untuk melakukan jaringan.

Lontaran Permulaan Teknik bola lompatan Pengadil akan melontarkan bola secara menegak ke atas di antara dua pemain yang berdiri pada sebelah gelanggang masing-masing. Mereka akan melompat setinggi yang mungkin, dalam percubaan untuk mencecah bola kepada rakan sepasukannya di belakang. Kedua-dua pemain tidak

dibenarkan menyentuh bola selagi ianya tidak mencapai tahap tertinggi dalam lontaran tersebut. Malah, mereka hanya dibenarkan menyentuh bola tersebut sebanyak 2 kali sahaja. Selepas percubaan tersebut, bola haruslah disentuh oleh pemain lain dari mana-mana pasukan.

Jaringan Tahap Tinggi Teknik jaringan cangkuk (HOOK SHOT) Apabila laluan anda ke bakul jaringan dihalang, kaedah jaringan cangkuk adalah cara yang terbaik untuk menjaringkan bola ke dalam bakul jaringan. Anda hendaklah bergerak menjauhi pemain yang menghalang anda dengan berpasak secara pantas. Kekalkan bahagian belakang badan anda pada pemain lawan untuk melindungi dan mengawal bola tersebut. Semasa anda berpusing,alihkan bola kepada tangan jaringan anda dan cekup bola tersebut menggunakan jari-jari anda yang diregangkan. Unjurkan lengan anda lurus ke belakang dan angkat kaki anda ke atas dari lantai gelanggang. Semasa anda melonjakkan kaki hadapan anda,luruskan lengan dan kekalkan cekupan anda pada bola. Hayunkan tangan yang memegang bola melampaui paras kepala anda menuju ke bakul jaringan. Lepaskan bola sepenunya sewaktu lonjakan anda mencapai tahap tertinggi.

Teknik hempasan dalam (SLAM DUNK) Teknik ini merupakan teknik yang terkenal dalam sukan bola keranjang dan merupakan pergerakan yang menakjubkan. Namun begitu,anda mestilah cukup tinggi atau boleh melompat dengan tinggi untuk melakukannya. Anda hendaklah bergerak mendekati bakul jaringan sepantas yang

mungkin,kemudian lonjakkan kaki kiri dengan bola berada di tangan kanan ( arah yang sebaliknya jika anda kidal). Anda perlu melompat setinggi mungkin untuk mengangkat bola melepasi paras gelung jaringan pada bakul keranjang

tersebut.

Jika

lompatan

anda

benar-benar

tinggi,

anda

dapat

menghempaskan bola masuk ke dalam bakul jaringan dengan mudah dan memperolehi mata jaringan untuk pasukan anda.

Gerakan pecahan pantas Teknik 3-lawan-1 (3 pemain) Langkah 1 Dua pemain pertahanan ( A dan B) berdiri di garisan asas, di mana setiap seorang berada pada tempat di mana garisan kunci bertemu dengan garisan asas,manakal seorang lagi (pemain C) berdiri di garisan asas di bawah bakul jaringan. Dengan mengikut arahan jurulatih, A dan B membawa bola sehingga ke garisan tengah dengan secepat yang boleh, serta saling menghantar dan menerima bola tersebut.

Langkah 2 Apabila A dan B telah mencapai separuh dari garisan tengah dan menghampiri bakul jaringan,pemain C akan bergerak ke hadapan ke penghujung kawasan kunci untuk mempertahankan gelanggangnya.

Langkah 3 Pemain A dan B mestilah melakukan serangan pada bakul jaringan di bawah kesesuaian keadaan,iaitu sama ada membuat hantaran,menggelecek atau melakukan jaringan kepada situasi jaringan secepat yang mungkin. Sebaik sahaja mereka berjaya menjaringkan bola atau pemain C berjaya merampas bola tersebut,ulangi gerakan ini kembali.

Teknik pecahan pantas (5 pemain) Langkah 1 Menggunakan keseluruhan keluasan gelanggang, 3 pemain penyerang akan beratur pada garisan asas,manakala 2 lagi pemain pertahanan akan berdiri di penghujung garisan kunci masing-masing.

Langkah 2 Dengan mengikut arahan jurulatih, 3 pemain penyerang akan menggerakkan bola merentasi gelanggang secepat yang mungkin, mewujudkan situasi serangan 3-lawan-2 di sekitar kawasan bakul jaringan.

Langkah 3 Pemain yang menyerang harus mengatur strategi untuk cuba menjaringkan bola

Langkah 4 Sebaik sahaja bola Berjaya dijaringkan,pemain penyerang yang

menjaringkan bola akan bergabung dengan 2 pemain pertahanan untuk mewujudkan situasi 3-lawan-2 menentang 2 lagi penyerang yang tinggal.

Langkah 5 Dua penyerang tersebut seterusnya akan bertukar peranan menjadi 2 pemain pertahanan dan kini berusaha mempertahankan gelanggang dan menghalang 3 penyerang yang kini mulai bergerak menuju ke bakul jaringan. Kesalahan permainan.

Rajah teknik pecahan pantas

Kesalahan yang berlaku dalam permainan Bola keranjang Tiga jenis kesalahan yang sering berlaku dalam permainan bola keranjang ialah : Kesalahan ketika bermain bola. Kesalahan ketika bola keluar gelanggang. Kesalahan masa.

Pada setiap kesalahan,lontaran masuk percuma akan diberi kepada pihak lawan. Lontaran ini akan dilakukan di garisan tepi yang berhampiran.

Kesalahan ketika bermain Pemain boleh bermain menggunakan tangan sahaja. Pemain boleh menggolek,memukul,melantun atau menghantar bola ke mana-mana arah. SUngguhpun begitu, pemain dilarang menendang atau menumbuk bola. Mengelecek bola dibenarkan dalam permainan.Mengelecek dilakukan secara melantunkan bola semasa berdiri,berjalan atau berlari.Sekiranya pemain berjalan atau berlari, bola perlulah dilantun dengan sebelah tangan pada setiap langkah. Lantunan dilakukan dengan menolak bahagian atas bola menghala ke tanah. Lakuan mengelecek bola tamat apabila pemain mematikan bola sama ada dengan sebelah atau kedua belah tangan. Ketika ini sebelah kaki perlu dipasak ( kaki statik ) sehingga bola dihantar atau dijaringkan ke gol.Selepas mematikan bola,kamu dilarang melakukan kelecekan kali kedua. Kesalahan sedemikian dinamakan mengelecek dua kali atau double dribble. Melantun bola dengan dua belah tangan juga adalah satu kesalahan permainan.Apabila mendapat bola,pemain boleh melakukan tiga tindakan iaitu sama ada menghantar bola kepada rakan,menjaring atau mengelecek. Jika tidak, pemain hanya akan dibenarkan berdiri setempat.Sebelah kaki pemain mesti dipasakkan. Kamu boleh berputar di sekeliling kaki pasak yang hanya boleh diangkat selepas kamu melakukan hantaran,jaringan atau kelecekan.Jika pemain melakukan kelecekan,bola mestilah dilantun terlebih dahulu sebelum kaki pasak diangkat. Pemain boleh mengangkat kaki pasak ketika melakukan jaringan atau hantaran tetapi kamu perlu melepaskan bola sebelum kaki pasak mendarat. Jika gagal mematuhi peraturan ini,pemain dianggap melakukan kesalahan.

Kesalahan ketika bola keluar gelanggang. Bola yang melintasi garisan tepi dianggap bola mati. Bola yang keluar akan dilontar masuk oleh pemain lawan.

Kesalahan masa. Peraturan masa tiga saat. Pemain pasukan penyerang yang tidak menguasai bola dilarang berada dalam kawasan gol lebih dari tiga saat.Kiraan tiga saat bermula setiap kali lontaran gol dibuat. Peraturan ini dikenakan kepada pasukan yang bertahan.Peraturan ini bertujuan mengelakkan pemain yang tinggi daripada pasukan lawan menguasai bahagian bawah gol.

Peraturan masa 5 saat Seseorang pemain mesti melakukan hantaran ke dalam gelanggang atau lontaran percuma dalam masa 5 saat ( dalam kejohanan NBA, pemain mempunyai 10 saat untuk membuat lontaran).

Peraturan masa 8 saat Selepas mendapat bola dalam kawasan gelanggang sendiri,pasukan tersebut mempunyai 8 saat untuk bergerakmembawa bola ke bahagian gelanggang pihak lawan. Jika tidak, bola akan diberikan kepada pihak lawan.

Peraturan masa 24 saat Dalam kejohanan NBA,apabila sesuatu pasukan Berjaya mendapatkan bola,mereka mempunyai 24 saat untuk membuat jaringan. Jika tidak,bola akn diberikan kepada pihak lawan.

Kesalahan lain Pembatalan Individu Halangan badan Apa sahaja sentuhan yang menghalang pergerakan pemain lawan.

Perlanggaran Berlaku apabila seseoarng pemain (dengan bola atau tanpa bola,menolak atau bergerak dengan melanggar pemain lain

Halangan tangan Penggunaan tangan oleh pemain pertahanan terhadap pemain lawan, sama ada untuk menghalang pergerakan atau membantu pertahanannya terhadap pemain lawan.

Halangan belakang Sentuhan badan dari belakang oleh pemain pertahanan. Pemain pertahanan tersebut(jika tidak memegang bola) akan tetap menerima tindakan

pembatalan akbiat perlakuan sebegini.

Pautan Pautan anggota yang melibatkan sentuhan seorang pemain terhadap pemain lain yang mengganggu pergerkan dirinya atau pemain lain dalam perlawanan.

Halangan terlarang Sebarang usaha untuk menyekat pergerakan atau menyekat kebebasan pergerakan pemain lawan untuk menuju ke arah laluan bola atau ke lokasi tertentu di dalam gelanggang.

Tolakan Sentuhan yang melibatkan pemain ditolak secara paksa atau menolak dengan niat untuk menggerakkan atau menjatuhkan pemain lain, sama ada sedang memegang bola atau tidak.

Penggunaan tangan secara tidak sah Berlaku apabila pemain melakukan sentuhan dengan pemain lain dengan tangannya apabila cuba untuk merampas bola dari pemain lain.

Kesalahan berganda Pembatalan sebegini dikenakan apabila terdapat 2 pemainyang melakukan perlakuan yang melanggar undang-undang secara serentak. Apabila ianya berlaku, setiap dari pemain akan dikenakan tindakan secara individu,tanpa sebarang lontaran percuma bagi kdua-dua pemain. Sebaliknya, permainan dimulakan semula dengan lontaran bola oleh pengadil di kawasan

berhampiran bulatan di mana pembatalan tersebut berlaku.

Undang-undang permainan Tempoh masa Di bawah undang-undang antarabangsa,sesuatu perlawanan akan

dibahagikan kepada 4 suku masa,iaitu 10 minit bagi setiap suku masa tersebut. Dalam kejohan NBA juga terdapat 4 suku masa, tetapi setiap daripadanya berlangsung selama 12 minit). Bagaimanapun,catatan masa banyak melibatkan pemberhentian dan pembattalan gerakan sepanjang perlawanan,menjadikan masa sebenar perlawanan tersebut berlangsung sehingga 90 minit. Jika kedua-dua pasukan seri pada penghujung masa perlawanan,maka masa tambahan selama 5 minit akan diberikan dan begitulah seterusnya sehingga terdapat jaringan kemenangan dari manamana pasukan. Tidak terdapat perlawanan kalah-mati di dalam sukan bola keranjang.

Hentian Masa Jurulatih dibenarkan untuk menghentikan perlawanan sementara sekali bagi setiap suku masa dan 2 kali dalam suku masa terakhir,maksimum selama 1 minit untuk merancang strategi baru atau taktik yang berubah dengan para pemain. Dalam masa yang tambahan, mereka hanya dibenarkan

menghentikan perlawanan sekali sahaja.

Pemain yang dikawal ketat. Jika seseorang pemain telah Berjaya dikenalpasti,pemain tersebut mestilah melakukan hantaran,menggelecek atau membuat jaringan dalam tempoh 5saat atau bola akan diberikan kepada pihak lawan. Undang-undang ini tidak wujud dalam kejohanan NBA.

Lontaran percuma Lontaran percuma diberikan kepada pemain yang akan membuat lontaran dari luar garisan gelanggang menuju ke lokasi dalam gelanggang yang dikehendaki. Kesemua pemain selain dari penyerang mesti berdiri di luar kawasan kunci iaitu di sepanjang garisan lontaran percuma (atau di belakang pemain yang membuat lontaran, di luar dari garisan gelanggang. Lontaran percuma akan diberikan apabila berlaku pembatalan dalam perlawanan dan apabila jaringan berjaya dilakukan.

Kesalahan Individu Ini adalah perlanggaran syarat-syarat yang melibatkan sentuhan di antara 2 pemain. Kesalahan tersebut akan dikenakan tindakan dengan pemain lawan mendapat lontaran percuma. Namun begitu, jika pemain sedang berada dalam posisi untuk membuat jaringan, sebanyak 1 atau lebih lontaran percuma yang diberikan kepada pemain lawan. Contohnya, jika jaringan cuba untuk dilakukan dari luar garisan 3 mata, maka 3 lontaran percuma akan diberikan kepada pemain lawan.

Kesalahan teknikal Ia melibatkan perilaku pemain yang tidak terkawal seperti mengeluarkan katakata kesat kepada pemain lawan atau mempersoalkan keputusan pengadil. Pasukan ini akan didenda dengan 2 lontaran percuuma kepada pihak lawan.

Perintah keluar padang Ia merupakan kesalahan serius, contohnya menumbuk pemain lain dan lainlain. Mereka akan dikenakan tindakan keluar dari gelanggang pada masa itu juga.

Undang-undang 5 kesalahan Apabila seseorang pemain telah melakukan 5 kali kesalahan (individu atau teknikal), dia akan disingkirkan dari perlawanan dan tidak boleh kembali untuk musim seterusnya. Di dalam kejohanan NBA, syarat penyingkiran ialah apabila berlakunya 6 kali kesalahan.

Perlanggaran undang-undang Pembatalan akan diberikan kepada pemain apabila mereka melanggar undang-undang permainan seperti menggelecek sesuka hati, tidak sah atau meluangkan lebih dari 3 saat dalam kawasan larangan. Hukuman yang dikenakan ialah dengan memberikan bola kepada pemain lawan.

Menyusup bakul jaringan Pemain perlu memastikan bahawa bola tidak disentuh sewaktu ianya jatuh menuruni bakul jaringan. Pemain pertahanan juga tidak dibenarkan menyentuh bola apabila bola tersebut berada di dalam bakul jaringan (ia memudahkan pemain tersebut untuk menolak naik bola keluar dari bakul jaringan). Jika kesalahan ini dilakukan oleh pemain serangan pihak lawan,maka tiada sebarang mata diperolehi oleh mereka dan bola akan diberikan kepada pasukan anda pada garisan 3 mata. Jika ia dilakukan oleh pemain pertahanan lawan,maka pemain penyerang anda akan diberikan mata seolah-olah bola tersebut telah pun melepasi bakul jaringan.

Keluar gelanggang Seseorang pemain itu dianggap terkeluar dari gelanggang jika mereka menyentuh atau melepasi garisan sempadan gelanggang. Bola juga dianggap keluar gelanggang jika pemain yang memegang bola terkeluar dari petak gelanggang atau terkena pada garisan gelanggang. Namun begitu, bola tidak dianggap keluar gelanggang sehinggalah ianya melantun pada lantai gelanggang. Apabila perkara ini berlaku, lontaran percuma akan diberikan kepada mereka yang terakhir sekali memegang bola tersebut.

Bola dikembalikan ke gelanggang belakang Apabila sesuatu pasukan tersebut telah membawa bola melepasi petak gelanggang mereka dan masuk ke gelanggang lawan, mereka tidak boleh berpatah balik ke gelanggang mereka. Jika tidak, bola tersebut akan diberikan kepada pihak lawan.

Peraturan Faul Terdapat dua jenis faul dalalm permainan bola keranjang Faul sendiri Faul teknik

Had maksimum melakukan faul bagi setiap pemain ialah lima kali. Pemain dikehendaki keluar gelanggang sehingga tamat permainan jika melakukan lebih daripada lima kali faul.

Faul Sendiri Pemain biasa melakukan Faul sendiri. Faul ini melibatkan seseorang pemain dengan bola. Jika faul sendiri dilakukan dalam permainan,pihak lawan akan diberi hantaran masuk dari garisan tepi berhampiran tempat berlakunya kesalahan. Jika faul dilakukan ke atas pemain lawan yang hendak menjaring bola, dua lontaran percuma akan diberi kepada pihak lawan di garisan lontaran percuma. Setiap lontaran percuma bernilai satu mata. Jika kedua dua lontaran percuma masuk ke dalam jarring,pasukan yang kena jarring perlu memulakan permainan di garisan belakang kawasan mereka. Jika lontaran kedua gagal, permainan diteruskan. Faul sendiri boleh berlaku jika pemain yang memegang bola dihalang,ditolak atau dihimpit oleh pihak lawan.Faul sendiri juga boleh berlaku kepada pemain yang memegang bola. Biasanya perkara ini berlaku apabila dia menghalang pemain lawan yang cuba menghadangya..Pemain yang bertahan berhak berdiri di mana sha,sekalipun di hadapan penyerang. Sewajarnya pemain yang bertahan tidak member peluang pihak penyerang bergerak dengan mudah. Mengikut peraturan permainan,pemain yang bertahan mesti berdiri menghadap pemain lawan tanpa bergerak sebelum penyerang menghantar bola, Pemain yang bertahan juga dilarang mengganggu pergerakan penyerang dengan

mengacah tangan.

Faul teknik Faul teknik berkait rapat dengan tingkah laku yang tidak bersemangat kesukanan, sama ada yang dilakukan oleh pemain simpanan atau jurulatih. Antara tingkah laku yang boleh dikenakan faul teknik ialah : a) Sengaja melengah-lengahkan masa permainan

b) Bertengkar dengan pengadil atau pihak lawan. c) Menghina pengadil atau pihak lawan. d) Sengaja mengganggu permainan pihak lawan

Pengadil akan memberi dua lontaran percuma pada setiap faul teknik. Ketua pasukan yang menerima lontaran percuma akan memilih salah seorang pemainnya untuk melakukan lontaran itu.

Anda mungkin juga menyukai