Anda di halaman 1dari 7

LIMA NILAI SEJAGAT YANG DIKONGSI BERSAMA OLEH AGAMA DALAM MENYATUPADUKAN MASYARAKAT BERBILANG KAUM DI MALAYSIA

ASAS HUBUNGAN ETNIK DALAM KONTEKS AGAMA Berkenal-kenalan Persefahaman Bekerjasama Persaaudaraan Berkasih sayang Saling menjamin

BERKENAL-KENALAN
Berkenalan dimaksudkan tidak terbatas kepada nama atau tempat tinggal seseorang, malah mengetahui kedudukan seseorang , corak kehidupan seharian, budaya bangsa atau etnik atau etnik asal dan sebagainya. Hal berkenaan hanya dapat diketahui apabila wujudnya kehidupan mesra dan saling mengenali antara satu sama lain

PERSEFAHAMAN
Saling memahami antara satu sama lain Bertujuan untuk mencapaikehidupan yang harmonis dan sejahtera. Amalan ini dapat dilaksanakan melalui program kemasyarakatan seperti gotong royong beriadah atau bersukan.

BEKERJASAMA Bekerjasama dalam masyarakat pelbagai etnik bertujuan kearah kebaikan, mengelak musibat demi mencapai kepentingan bersama. Pertolongan dalam pelbagai bentuk iaitu tenaga, harta dan masa. Pertolongan juga wujud dalam bentuk pengorbanan masa seperti nasihat, tunjuk ajar, kuliah, ceramah dan sebagainya.

PERSAUDARAAN
Persaudaraan bermaksud perhubungan seperti bersaudara atau pertalian yang rapat seperti isi dan kuku. Dalam konteks hubungan etnik konsep persaudaraan bukan sahaja dalam bentuk kata-kata tetapi juga dengan perasaan jujur dan ikhlas.

BERKASIH SAYANG
Sifat yang sewajarnya disemai dan dibajai oleh setiap anggota masyarakat. Kesan lahirnya kasih sayang akan timbul rasa cinta bukan sahaja terhadap diri sendiri dan anggota terdekat tetapi juga kepada seluruh masyarakat walaupun berlainan agama dan kaum.