Anda di halaman 1dari 2

2.

0 PERNYATAAN PROFESIONAL

2.1 PENYATAAN SEBELUM PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

Pengalaman Berasaskan Sekolah ( PBS ) adalah satu program wajib yang dijalankan oleh guru pelatih dari Institut Pendidikan Guru Malaysia. Program ini bertujuan untuk mendedahkan para guru pelatih dengan pengalaman persekolahan pada peringkat awal lagi. Program PBS ini dijalankan di sekolah selama seminggu sebanyak empat kali sehingga pada hujung semester empat. Pada PBS semester dua ini telah diadakan pada 18 Ogos 2013 hingga 22 Ogos 2013. Memandangkan kita telah melibatkan diri di dalam alam perguruan, oleh itu saya merasakan program ini memang berkesan kepada kami; terutamanya dalam membiasakan diri dengan peranan dan tanggungjawab yang harus dipikul oleh seorang guru. Semasa taklimat kami dapat penerengan tentang segala perihal dan tugasan yang sepatutnya kami laksanakan di sekolah. Saya telah memilih sekolah yang berdekatan dengan tempat tinggal saya iaitu Sebelum menjalani PBS, saya telah membuat beberapa prosedur persediaan terlebih dahulu. Persediaan ini perlu untuk memudahkan tugas saya semasa berada di sekolah nanti. Selain itu, ia akan memberi keyakinan kepada saya untuk berada bersama komuniti sekolah. Strategi perancangan telah saya bina sebelum menjalani PBS agar tugasan yang hendak dilakukan dapat berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Ini telah memudahkan saya untuk menjalankan tugasan tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Antaranya adalah membuka portfolio bagi tiap tiap tugasan yang diberikan secara berasingan dan menghiasnya supaya kelihatan menarik. Selain itu, mengenal pasti fokus utama tugasan saya, iaitu memerhati guru mengajar. Saya juga menyediakan bahan bahan yang hendak saya perlukan bagi melaksanakan tugasan saya. Saya juga bersedia bagi mengumpulkan data data yang saya perlukan dan mengenal pasti bagaimana manganalisis data dan merekodkannya.