2 cawan tepung gandum 1 biji putih telur 2 1/2 cawan air 1 sudu besar cuka 2 sudu besar minyak Sedikit garam
Cara penyediaan: 1. Satukan semua bahan2,blend supaya tidak bergentel. 2. Perap adunan selama 1 jam. 3. 4. 5. Kemudian, ambil non stick pan dan panaskan dengan menggunakan api sederhana. Ambil adunan tepung tadi dan layangkan bentuk bulatan pada kuali seperti buat kuih ketayap. Biar hingga tepung masak dan angkat, tidak perlu diterbalikkan. 6. Boleh di susun berlapis-lapis di dalam pinggan
Bahan-bahan inti:
1 btg carrot ~ disagat/hiris halus 1 mangkuk kobis yg telah dihiris halus 1 biji sengkuang- di sagat/hiris halus 1 biji bwg besar ~ mayang 2 sudu besar udang kering dikisar 3 batang daun bawang-hiris nipis 1 sudu besar sos tiram Sedikit minyak utk menumis Garam dan gula secukupnya.
Cara penyediaan:
1. Tumis bawang besar dan udang kering hingga layu. 2. Masukkan carrot,sengkuang,dan kobis dan kacau hingga layu. 3. Masukkan sos tiram,daun bawang dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Bahan-bahan untuk sos:
100gm cili kering-kisar 2 biji bawang besar-kisar 4 ulas bawang putih-kisar 1/2 cawan gula 1 sudu besar gula perang 1 sudi besar tepung jagung-bancuh dengan sedikit air. Sedikit cuka dan garam
Cara membuat sos: 1. Panaskan periuk dengan api perlahan. 2. Masukkan bahan yang telah di kisar bersama gula,garam dan cuka dan sedikit air. 3. Masukkan juga bancuhan tepung jagung utk memekatkan sos ini. 4. Kacau hingga pekat dan bolehlah di angkat.
Bahan sampingan:
2 biji telur-buat dadar nipis dan potong halus Kacang tanah ~ disangai, buang kulit dan ditumbuk. Bawang goreng.
Cara penyediaan: 1. Bentangkan kulit popia di permukaan yang rata. 2. Sapukan sos di permukaan kulit popia hingga rata. 3. Taburkan kacang tanah,bawang goreng,telur yang di hiris dan seterusnya masukkan sedikit inti. 4. Gulung kemas dan sedia untuk di hidangkan.
Kulit Popia Resepi kulit popia ini boleh menghasilkan 60 hingga 90 keping bergantung kepada kecekapan dan saiz yang anda hasilkan. Pastikan anda menggunakan kuali leper dan tiada kesan minyak pada kuali tersebut. Bahan diperlukan 1 kg tepung gandum 4 1/2 cawan air 1 biji telur (telur putih sahaja) 5-7 sudu makan minyak masak 5 camca teh garam atau secukupnya
Cara Membuatnya Masukkan air, putih telur, minyak masak dan garam kedalam mangkuk adunan dan kacau sebati. Kemudian masukkan tepung gandum dan gaulkan sehingga sebati serta pastikan adunan tepung tadi akan terbentuk seperti gam. Tutup adunan dengan kain atau kertas dan biarkan sekurang-kurangnya setengah jam. Panaskan kuali dengan api sederhana kecil, ambil semuat tapak tangan anda dan sapukan adunan tepung bebentuk bulat ke atas kuali leper kemudian tarik keatas. Biarkan kulit popia masak dalam masa baberapa saat. Apabila tepi kulit popia terangkat sedikit, bolehlah diangkat.
Tip Tebal atau nipis kulit popia bergantung kepada pekat atau cair adunan tepung yang anda uli. Semakin pekat adunan semakin nipis kulit popia tersebut.
Inti popia Resepi inti popia yang di tuliskan disini berdasarkan selera saya, bagaimanapun anda boleh juga menambah bahan-bahannya seperti udang, ayam dan sebagainya untuk lagi rasa. Anda juga boleh menggunakan resepi sendiri menambahkan
mengikut kesesuaian selera anda. Bahan diperlukan 1 biji bawang besar (dimayang) 3 ulas bawang putih (dimayang) 1/4 inci halia (dimayang) 3 sudu makan udang geragau (dikisar kering) 1 batang lobak merah (dihiris nipis) 1 biji sengkuang cina (dihiris nipis) 200 gram taugeh (dibuang akar) Minyak masak secukupnya untuk menumis Garam secukupnya
Cara membuatnya Tumis bahan-bahan yang dimayang sehingga naik bau, masukkan udang geragau kisar dan tumis hingga sedikit garing. Masukkan lobak merah dan sengkuang cina gaul sehingga sedikit lembut, masukkan Taugeh, garam dan gula. Kacau sebati sehingga cukup masak. Sos Popia Rasa yang sesuai untuk sos popia adalah manis, sedikit masam, sedikit pedas dan terpenting terasa udang keringnya. Bahan di perlukan 1 biji bawang besar dikisar halus 3 ulas bawang putih dikisar halus 3 senduk masak lada kisar/cili boh (pedas sos mengikut keperluan anda) 4 sudu makan udang kering/geragau yang dikisar kering 1 sudu makan sos tiram 1 sudu makan kicap cair 3 sudu makan gula merah 1 1/2 mangkuk air Garam secukup rasa Gula secukup rasa Sedikit asam jawa Tepung jagung untuk memekatkan sos Cara membuatnya Tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau, masukkan lada kisar dan tumiskan sehingga garing. Kemudian masukkan udang kering/geragau dan tumiskan juga. Masukkan sedikit air dan kacau rata. Kemudian masukkan sos tiram, kicap cair, gula merah dan sebatikan. Masukkan air, garam, gula dan asam jawa kacau lagi biarkan mendidih. Setelah mendapatkan rasa yang anda kehendaki masukkan tepung jagung (telah dibancuh dengan air) dan kacau sehingga mendapat kepekatan yang anda kehendaki. Menyediakan Popia Basah Untuk melengkapkan lagi penyediaan Popia Basah dan membuatkannya lebih enak dimakan beberapa bahan perlu ditambah padanya. Bahan diperlukan Kulit Inti Sos Kobis (dimayang halus) Telur rebus (dihancurkan) popia Popia
Kacang tanah goreng (ditumbuk/kisar) Bawang goreng (sebaiknya dikisar) Daun bawang (potong halus) Cara penyediaan Sapukan rata sos pada kulit popia, taburkan sedikit kobis, sedikit telur rebus hancur, kacang tanah dan bawang goreng. Letakkan inti popia kemudian gulungkannya. Untuk benar-benar 'kick' sapukan sos keatas popia basah yang siap digulung dan taburkannya sedikit telur, kacang tanah, bawang goreng dan daun bawang.
Cara-cara
1. masak inti; panaskan sedikit minyak, tumis bawang hiris hingga layu, masukkan udang kering dan tumis hingga kering.
2. masukkan carrot, tauhu, & kacang panjang.msk ngn api besar dan pantas supaya x berair. last skali masukkan sengkuang. suaikan rasa garamnya dan angkat - ketepikan.
3.
masak sos; campurkan semua bahan dlm periuk bersama 1 cawan air. masak hingga pekat sambil disuaikan asam garamnya. ikutlah selera masing2 ya.. 4. membuat kulit; gaul sebati semua bahan menggunakan hand whisk/senduk. adunan hendaklah pekat/kental seperti adunan cekodok/cucur/jemput2. 5. PERAP 3,4 jam. 6. stelah diperap, panaskan kuali dgn api perlahan (akk guna non stick pan), sapu minyak dgn nipis atas kuali tu.guna tuala kecil @ tissu.jgn buh minyak ngn banyak nnti adunan x nak lekat.
7. angkat kuali dari api, letak atas meja. dgn tangan ambil sejemput besar adunan lalu di lenserkan atas kuali dgn cepat & nipis.bawa/tarik adunan serata kuali. (bnda ni kena praktis la..hehe.. tp sbnarnya senang je..) 8. adunan yg lebih tu kaut & masukkan balik dlm mangkuk brsama yg lain. agak kalau panas, sengetkan kuali, kaut lh ngn sudu lebihan doh tu.
9. lepastu letakkan kembali kuali atas api, masa ni bleh jika nk kuat kan skit api.. skit je tau.. biar beberapa minit, lalu blhlah diangkat. 10. buatlah sampai habis.
11. ambil sekeping kulit popia, sapukan sos keatasnya.. jgn banyak2..nnti lencun kulit tu hehe..
12.