Anda di halaman 1dari 4

PERANCANGAN DAN PENAMBAHBAIKAN BAGI MEWUJUDKAN RUANG KANAKKANAK PRASEKOLAH DI PUSAT SUMBER YANG KONDUSIF.

Secara umumnya, setiap ruangan yang hendak digunakan sebagai pusat prasekolah mestilah sesuai dari segi keselesaan, reka bentuk, struktur dan juga keselamatan. Skop utama yang perlu dititikberatkan semasa mewujudkan ruang prasekolah ialah lantai, dinding, siling, pengudaraan, pencahayaan, keceriaan persekitaran, serta keselamatan.Berikut adalah beberapa cara umum bagi mencapai suatu ruang prasekolah yang sesuai dan selesa. Lantai yang sesuai untuk ruang kanak-kanak ialah diperbuat daripada bahan yang mudah dibersihkan, jubin yang tidak licin (anti-slip), tidak menakung air, dan jika lantai papan perlu dicat anai-anai dan vanish. Lantai perlu diperbuat dengan bahan yang selamat kerana kanak-kanak yang berusia muda suka berlari dalam apa jua keadaan dan larangan. Di IPG Kampus Raja Melewar, lantai ruangan prasekolah diperbuat daripada permaidani iaitu karpet yang berwarna biru tua.Ini amat sesuai bagi dan selamat bagi kanak-kanak. Sebagai penambahbaikan, karpet itu hendaklah perlu dibersihkan dengan alat pembersih hampagas (vaccum cleaner). Dinding pula hendaklah bersih, bercat warna cerah dan ceria. Contoh warna ilah merah jambu, kuning muda, hijau muda dan sebagainya lagi yang sesuai. Di IPGKRM warna dinding tidak sesuai pada pandangan saya, Hal ini demikian kerana warna cat tersebut agak gelap dan menjadikan ruangan bacaan prasekolah ini kelihatan tidak ceria bagi kanak-kanak untuk membaca. Sebagai cadangan perlu bertukar cat yang berwarna cerah. Selain itu, dinding pula sangat kosong dan tidak dilengkapi dengan kad kad bacaan atau alat- alat kesenian yang menarik minat kanak-kanak prasekolah. Dengan ini agak baik jika dinding dihiaskan dengan kad kad bacaan yang berfaedah dan kata-kata hikmah yang mampu memotivasikan mereka. Penggunaan siling gantung tidak sesuai atau tidak dibenarkan sama sekali untuk dipasang di ruangan prasekolah. Siling yang berwarna cerah dan tidak mudah rosak

adalah selamat digunakan di tempat sebegini. Di IPG pula walaupun siling berwarna putih ia berlubang. Keadaan ini sangat membahayakan kepada kanak-kanak. Saya berharap kerosakan ini perlu dibaiki dengan secepat mungkin bagi menjaga kesempurnaan ruangan ini. Sistem pengudaraan yang baik penting untuk ruangan prasekolah sebegini. Perlu mempunyai kipas, air-conditioner dan sebagainya.Udara bebas 10% daripada lega lantai dan perlu 20% daripada keluasan lega lantai. Di IPG Kampus Raja Melewar terdapat alat penghawa dingin yang baik. Tetapi lebih baik jika terdapat tingkap yang berjeriji yang boleh dibuka untuk tujuan keselamatan. Ruangan prasekolah hendaklah mendapat sumber pencahayaan yang cukup untuk proses P&P dan aktiviti permainan yang lain. Pencahayaan semulajadi hendaklah 20% daripada keluasan lega lantai. Jika kita lihat keadaan di ruangan IPG KRM, sumber pencahayaan agak kurang walaupun terdapat empat buah lampu besar. Oleh yang demikian jumlah lampu perlu ditambahkan bagi kebaikan kanak-kanak. Lazimnya kanak-kanak tertarik dengan pemandangan yang cantik,dan berwarna- warni. Oleh itu, ruangan yang dibuat khas bagi kanak-kanak hendaklah dihiasi dengan bahan-bahan keceriaan yang sesuai dan berfaedah. Susunan meja dan kerusi, alat-alat perabot dan permainan yang mesra dan mampu menyeronokkan kanak-kanak untuk menbaca.Contohnya meja dan kerusi yang disusun dengan bentuk ladam kuda agak sesuai untuk perbincangan dan senang untuk berhubung dengan antara satu sama lain. Di IPG KRM, Almari, Meja, kerusi, buku-buku, kad-kad bacaan dan alat-alat permainan yang terdapat di ruangan prasekolah di pusat sumber agak lama dan tidak menarik. Pihak yang bertanggungjawab hendaklah berinisiatif untuk menggantikan barang- barang yang lama dengan yang baru yang sesuai dengan usia kanak- kank prasekolah. Contohnya, rak-rak buku yang terdapat di ruangan ini agak tinggi sehingga mereka mengalami kesukaran untuk mencapai bahan bacaan yang terletak di dalam rak-rak buku tersebut. Oleh itu alat ini perlu ditukar mengikut ketinggian yang sesuai.

Aspek keselamatan juga suatu aspek yang utama yang perlu diberi perhatian yang lebih dalam mewujudkan ruangan prasekolah yang bermutu. Kita hendaklah memastikan dingding atau alat-alat perabot tidak mempunyai benda-benda tajam yang boleh mencederakan kanak-kanak. Selain itu, point soket yang rendah hendaklah dielakkan supaya kanak-kanak tidak dapat disentuh bagi menjamin keselamatan mereka. Susunan alatan yang tidak menghalang pergerakan kanak-kanak prasekolah perlu diambil kira supaya kanak-kanak tidak tercedera. Jika kita menilai aspek keselamatan di ruangan khas bagi kanak-kanak prasekolah di pusat sumber IPG KRM, agak lemah dan perlu beberapa penambahbaikan yang segera. Contohnya, bucu-bucu tajam yang terdapat di dinding hendaklah dibalut dengan menggunakan span yang lembut bagi mengurangkan risiko kecedaraan teruk kepada kanak-kanak. Ruang ini tidak bebas daripada risiko elektrik kerana wayar-wayar agak rendah yang mampu dicapai kepada tangan kanak-kanak. Kita hendaklah mengelakkan tindakan ini kerana kanak-kanak berusia kurang daripada enam tahun belum berupaya untuk berfikir matang dan mereka akan bertindak mengikut naluri dan perasaan ingin tahu. Selain itu, setiap ruangan prasekolah perlu mempunyai peti kecemasan. Peti kecemasan sangat penting ketika waktu kecemasan seperti murid mengalami kecederaan semasa melakukan aktiviti dan sebagainya. Peti kecemasan perlulah disimpan di tempat tinggi iaitu tempat yang tidak dapat dicapai oleh murid. Selain itu, pastikan peti kecemasan ini diperbaharui dari semasa ke semasa. Sekiranya ubat yang terdapat dalam peti kecemasan ini telah luput tarikh penggunaanya, guru prasekolah perlulah menggantikannya dengan yang baru bagi mengelakkan pengguna yang menggunakan ubat tersebut mengalami kesan yang lebih buruk. Ini adalah salah satu daripada kekurangan ruangan praselolah pusat sumber IPG KRM yang perlu diperbetulkan. Tambahan pula, kemudahan ICT juga perlu diletakkan di sudut yang sesuai . Hal ini membolehkan kanak-kanak untuk mempertingkatkan lagi kemahiran menggunakan computer serta guru-guru juga bolrh menggunakannya bagi mempelbagaikan kaedah pembelajaran kanak-kanak. Selain itu Wayar elektrik yang digunakan perlu diselenggara dengan baik dan kemas bagi mengelakkan litar pintas berlaku. Semasa

aktiviti murid-murid dilaksanakan di sudut ini, guru perlulah memantau pergerakkan murid bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku. Sebagai cadangan tambahan di ruang prasekolah pusat sumber IPG KRM tidak terdapat rak kasut untuk menyimpan kasut-kasut kanak-kanak dengan kemas. Biasanya kanak-kanak menanggalkan kasut-kasut mereka sesuka hati dan kesanya kasut-kasut mereka berterabuh di sana sini. Hal ini mencemarkan keceriaan persekitaran. Oleh itu, pihak yang berkuasa hendaklah mengambul tindaka yang wajar bagi mendapatkan rak kasut yang sesuai untuk diletakkan di luar ruang tersebut. Sebagai cadangan akhir, mungkin lebih baik jika dipasang pintu yang berjeriji supaya guru-guru dapat mengelakkan berlakunya keluar masuk kanak-kanak yang sewenangnya.Ini adalah untuk menjamin keselamatan kanak-kanak dan keselesaaan pengguna pusat sumber yang lain. Tuntasnya ,aspek- aspek yang diperbincangkan ini perlu dipertimbangkan bagi memurnikan lagi kekurangan ruang prasekolah pusat sumber IPG Kampus Raja Melewar ini.

Anda mungkin juga menyukai