Anda di halaman 1dari 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS JABATAN PENGAJIAN MELAYU SOALAN TUGASAN PROJEK NAMA TAJUK PROGRAM PROGRAM

IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) NAMA KURSUS KUMPULAN TARIKH MULA LITERASI BAHASA MELAYU PJ A,PJ B,PJ C, B&K A, B&K B, SEJ 22 JULAI 2013 KOD KURSUS SEMESTER TARIKH HANTAR WAJ 3104 2 19 OGOS 2013

I.

HASIL PEMBELAJARAN KURSUS 1. Menjelaskan dan menghuraikan Teori Pemerolehan Bahasa, Konsep LINUS, Kemahiran-kemahiran Asas LINUS, Prinsip dan Kriteria Pemilihan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran LINUS. 2. Membina bahan elektronik dan bukan elektronik dalam pengajaran dan pembelajaran LINUS. 3. Melaksanakan pengajaran dan pembelajaran LINUS dalam mata pelajaran Pendidikan Muzik, Pendidikan Seni Visual, dan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. 4. Menilai dan memilih strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk melaksanakan LINUS kepada murid-murid yang pelbagai latar belakang

Kerja Kursus ini bagi menilai Hasil Pembelajaran 1, 2, 3 dan 4

II.

OBJEKTIF TUGASAN PROJEK Pelajar-pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut: 1. Menjelaskan kepentingan kaedah mengajar membaca untuk aktiviti Literasi Bahasa Melayu serta keberkesanannya dalam mengajar asas membaca kepada murid Tahap 1 sekolah rendah 2. Dapat menyediakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) untuk mengajar pemulihan membaca melalui penyerapan mata pelajaran. 3. Menyediakan bahan bantu mengajar yang sesuai dengan RPH yang dirancang.

III.

BAHAGIAN A- TUGASAN BERKUMPULAN (30%) Kandungan Kursus Literasi Bahasa Melayu merangkumi aktiviti bacaan, menulis dan pemulihan membaca dan menulis. Tumpuan diberikan kepada kaedah, strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran membaca dan menulis. Selain daripada itu tumpuan juga diberikan kepada pemilihan, pembinaan, dan penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran elektronik dan bukan elektronik dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Berdasarkan penyataan di atas; Pilih satu kaedah mengajar membaca dalam Literasi Bahasa Melayu dan huraikan kepentingan kaedah ini serta sejauh manakah keberkesanannya dalam mengajar asas membaca kepada murid-murid Tahap 1 di sekolah rendah.

IV.

BAHAGIAN B- TUGASAN INDIVIDU (70%) (a) Dengan menggunakan kaedah penyerapan mata pelajaran yang sesuai, sediakan satu Rancangan Pengajaran Harian (RPH) bagi pengajaran dan pembelajaran pemulihan membaca Tahap 1 sekolah rendah untuk jangka masa 60 minit. Sediakan juga bahan bantu mengajar yang sesuai (dalam bentuk lampiran) dengan RPH yang dirancang. (40%) (b) Nyatakan kelebihan kaedah dan teknik pengajaran dalam RPH yang anda rancang bagi mengatasi masalah kesukaran membaca dalam kalangan murid Tahap 1. (30%)

V.

PANDUAN PELAKSANAAN TUGASAN PROJEK 1. 2. Tugasan hendaklah dilaksanakan secara berkumpulan (empat orang) untuk bahagian A, secara individu untuk bahagian B. Format penulisan adalah seperti berikut: 2.1 Font Arial saiz 12 dengan langkau 1.5 2.2 Rujukan ikut format APA Panjang ulasan anda hendaklah tidak melebihi 10 muka surat untuk setiap bahagian. Setiap muka surat mestilah bernombor dan justify Penulisan disertakan contoh-contoh dan pengurusan grafik yang sesuai. Rajah, jadual dan gambar hendaklah dilabelkan, dinomborkan dan dimasukkan dalam senarai (Lampiran) Ulasan anda hendaklah asli. Amalan plagiat tidak dibenarkan. Rujukkan berdasarkan sekurang-kurangnya 3 sumber yang berbeza (3 buah buku atau bahan bercetak yang lain, 3 internet, 3 jurnal). Kandungan tugasan mengandungi penghargaan, isi kandungan, soalan tugasan, jadual pelaksanaan tugasan, penulisan dan rujukkan. Bahan yang digunakan hendaklah dilampirkan. Tugasan ini membawa markah 100% dengan wajaran markah 50% 2

3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11.