Anda di halaman 1dari 2

MINGGU 3 29 JULAI 2013 2 OGOS 2013

A. Masalah 1.
i. Kelas ganti Sepanjang 3 minggu berada di sekolah, saya mendapat terlalu banyak kelas ganti. Hal ini secara tidak langsung membuatkan saya tidak berkesempatan untuk menyentuh soalan tugasan yang diberikan oleh pensyarah untuk dilaksanakan sepanjang praktikum.

2.

Terdapat segelintir murid yang kurang menguasai topik pecahan ii. Saya mendapati bahawa terdapat sebilangan murid di dalam kelas 2 Iman kurang menguasai topik pecahan. Berdasarkan kepada soalan lebaran kerja yang diberikan, murid tersebut hanya betul 1 daripada 7 soalan yang diberikan. Hal ini sangat membimbangkan saya kerana khuatir murid tersebut akan menghadapi masalah untuk menjawab peperiksaan.

B. Tindakan 1. Menerima dengan hati terbuka i.


Walaupun pada awalnya saya mendapati bahawa perkara ini sedikit sebanyak membebankan saya, namun begitu saya akur dengan segala perintah yang diberikan oleh pihak sekolah. Sebagai seorang guru pelatih, saya tidak sewajarnya merungut kerana kelas ganti sedikit sebanyak dapat membantu memberikan pengalaman mengajar kepada saya dan dapat mengenali kepelbagaian murid di sekolah. Selain itu, saya akan berusaha untuk mencari masa lapang yang sesuai untuk melaksanakan tugasan saya. Saya boleh

melakukannya pada waktu hujung minggu memandangkan waktu tersebut panjang dan saya tidak akan terbeban dengan masalah di sekolah.

2. Memberikan lebih perhatian kepada murid ii.


Bagi mengatasi masalah ini, saya telah memberikan lebih perhatian kepada murid yang lemah ini. Saya meninjau murid ini sewaktu dia menyiapkan lembaran kerja yang diberikan. Selain itu, saya juga turut memberikan bimbingan tambahan kepada murid. Hal ini kerana, saya sentiasa berusaha untuk memastikan bahawa tiada murid yang akan tercicir di dalam kelas saya kerana mereka berhak untuk mendapatkan pendidikan yang sempurna.

C. Kesimpulan
1. Bersyukur kerana dapat mengenali kepelbagaian murid i. Alhamdulillah, saya berasa sangat bersyukur kerana saya dapat mengenali kepelbagaian individu murid sewaktu memasuki kelas ganti. Dengan itu, saya dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan saya tentang perbezaan yang terdapat dalam diri murid. Selama ini, saya cuma berpeluang mempelajari teori sahaja. Namun begitu, apabila berada di sekolah, saya boleh mempraktikkan segala ilmu yang pernah dipelajari untuk mengenali kepelbagaian individu. Saya juga mendapati bahawa hujung minggu adalah waktu yang paling sesuai untuk melakukan tugasan. 2. Masih di dalam pemerhatian ii. Alhamdulillah, saya mendapati bahawa murid semakin menunjukkan prestasi yang baik. Namun begitu, saya tidak seharusnya membuat kesimpulan awal terhadap isu ini. Saya akan sentiasa membuat pemerhatian terhadap murid ini dari semasa ke semasa agar dia lagi tidak ketinggalan di dalam pelajarannya.
Pelajar guru Guru Pembimbing Pensyarah Penyelia

Anda mungkin juga menyukai