Anda di halaman 1dari 4

ISL Interaksi 7 PKP3117 Secara berkumpulan 4 orang, pelajar dikehendaki: Mengumpul jenis-jenis watak dalam drama kanak-kanak.

Menulis skrip drama sebabak.

Contoh Drama: Arnab Dengan Buaya


Di dalam sebuah hutan terdapat sekawan arnab. Salah seekor daripada arnabarnab itu sungguh cantik. Bulunya lebat, lembut dan putih melepak. Giginya pula tersusun rapi dan putih berseri. Sahabat handai dan binatang-binatang lain di dalam hutan itu selalu memuji kecantikan gigi arnab ini. Akibat pujian dan perhatian ini, semakin hari arnab itu menjadi semakin sombong. Ia mula berlagak seolah-olah ialah yang tercantik di dunia ini. Lamakelamaan, haiwan-haiwan lain mula menjauhkan diri daripadanya. Oleh kerana tiada sesiapa lagi yang suka berbual dengannya, arnab itu selalu berjalan sendirian. Pada suatu hari, arnab itu berjalan di tepi sungai. Ia ternampak seekor buaya sedang berjemur di tebing. Arnab berasa takut dan tidak berani mendekati buaya itu. Hai Arnab, cantik sungguh gigi! Kalau gigi aku juga begitu cantik, sudah pasti aku boleh menjadi raja di laut. Kata buaya itu kepada arnab. Arnab berasa sungguh gembira kerana sudah lama dia tidak mendengar pujian begitu. Bagaimana engkau menjaga kecantikan gigi kau tu? Tanya buaya itu lagi. Arnab berasa bangga dengan pujian itu. Sambil tersenyum, arnab berkata, Engkau mesti banyak makan sayur-sayuran dan jangan makan daging. Kemudian, buaya pun mengangakan mulutnya. Bolehkah engkau tolong periksa gigiku. Gigiku sudah banyak yang rosak, kata buaya lagi. Tanpa berfikir panjang, arnab pun menghampiri buaya lalu memeriksa gigi buaya satu demi satu. Tanpa berlengahlengah lagi, buaya terus menutup mulutnya dan menelan arnab itu. Maka tamatlah riwayat arnab yang mempunyai gigi yang cantik tetapi pendek akal itu.

Watak Protagonis: Arnab


1. Sombong Arnab menjadi semakin sombong atas sebab mendapat pujian dan perhatian daripada binatang-binatang lain di dalam hutan mengenai kecantikan giginya. 2. Pendek akal Arnab tidak memikirkan akibat mengenai sesuatu tindakan yang diambil olehnya, iaitu membantu buaya memeriksa gigi buaya akhirnya dimakan oleh buaya. 3. Mudah percaya orang lain Arnab mempercayai buaya bahawa gigi buaya sudah banyak yang rosak lalu membantu memeriksa gigi buaya. 4. Baik hati Arnab membantu buaya untuk memeriksa gigi buaya yang rosak.

Watak Antagonis: Buaya


1. Penipu Buaya menipukan arnab untuk memeriksa giginya yang telah rosak lalu memakan arnab semasa arnab membuat pemeriksaan gigi buaya. 2. Jahat Buaya bernait jahat, iaitu memakan arnab yang baik hati itu. 3. Licik Buaya membuat perancangan untuk memakan arnab dengan menipu arnab untuk memeriksa giginya yang rosak.

Skrip Drama Arnab Dengan Buaya Babak 1:


Di dalam sebuah hutan terdapat sekawan arnab. Salah seekor daripada arnabarnab itu sungguh cantik. Bulunya lebat, lembut dan putih melepak. Giginya pula tersusun rapi dan putih berseri. Tikus Tupai Monyet Burung : Wah, cantiknya gigi si arnah! : Saya pun mahu mempunyai gigi secantik seperti si arnab itu! : Saya pun mahu! : Memang cantiknya gigi si arnab itu!

Akibat pujian dan perhatian ini, semakin hari arnab itu menjadi semakin sombong. Ia mula berlagak seolah-olah ialah yang tercantik di dunia ini. Lamakelamaan, haiwan-haiwan lain mula menjauhkan diri daripadanya. Oleh kerana tiada sesiapa lagi yang suka berbual dengannya, arnab itu selalu berjalan sendirian.

Babak 2:
Pada suatu hari, arnab itu berjalan di tepi sungai. Ia ternampak seekor buaya sedang berjemur di tebing. Arnab berasa takut dan tidak berani mendekati buaya itu. Buaya: Hai Arnab, cantik sungguh gigi! Kalau gigi aku juga begitu cantik, sudah pasti aku boleh menjadi raja di laut. Arnab: Memanglah gigi saya cantik, ramai kawan-kawan saya pun setuju ini. Buaya: Bagaimana engkau menjaga kecantikan gigi kau tu? Arnab: Engkau mesti banyak makan sayur-sayuran dan jangan makan daging. Buaya: Bolehkah engkau tolong periksa gigiku. Gigiku sudah banyak yang rosak. Tanpa berfikir panjang, arnab pun menghampiri buaya lalu memeriksa gigi buaya satu demi satu. Tanpa berlengah-lengah lagi, buaya terus menutup mulutnya dan

menelan arnab itu. Maka tamatlah riwayat arnab yang mempunyai gigi yang cantik tetapi pendek akal itu.

Anda mungkin juga menyukai