Anda di halaman 1dari 1

Secara kesimpulannya, landskap telah menjadi amalan dan budaya cara hidup masyarakat di Malaysia.

Terdapat beberapa undang-undang yang telah disediakan untuk memastikan setiap pembangunan yang hendak dibangunkan hendaklah mempunyai landskap yang tersendiri untuk mengindahkan kawasan pembangunan tersebut. Terdapat beberapa peruntukan undang-undang dan garis panduan untuk memastikan kerja-kerja penanaman pokok seperti Akta Perancangan Bandar dan Desa, 1976, Bahagian VA. Selain itu juga, elemen-elemen landskap yang diterapkan mestilah sebagai landskap lembut dan penyeri kepada persekitaran melalui Garis Panduan Landskap Negara 1995. Dengan adanya pelaksanaan akta atau undang-undang yang diperuntukan oleh kerajaan untuk mengekalkan sebahagian daripada pokok besar yang sedia ada iaitu dalam Bahagian 35A, Akta Perancangan Bandar dan Desa, 1976. Landskap telah menjadi satu wawasan negara untuk menjadikan Malaysia sebagai Negara Taman pada tahun 2005. Landskap di Malaysia juga terus berkembang di mana kerajan telah mewujudkan badan yang bertangungjawab untuk menguruskan landskap seperti Unit Landskap di Jabatan Perancangan Bandar dan Desa pada tahun 1981, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Jabatan Landskap Negara. Oleh itu, landskap sangat memainkan peranan yang penting kepada sesuatu pembangunan bagi memastikan sesuatu kawasan dalam keadaan yang lebih menarik dan tersusun. Landskap juga turut memberikan inspirasi kepada setiap manusia yang melihat dan memberikan ilham kepada yang memandang.

Anda mungkin juga menyukai