Anda di halaman 1dari 14

TEMA 2 HUBUNGAN KEKELUARGAAN

UNIT 3 KELUARGA BAHAGIA

Memiliki keluarga bahagia adalah impian setiap orang. Keluarga bahagia ialah keluarga yang hidup dengan sejahtera dan harmoni. Tugas mewujudkan keluarga bahagia bukanlah tugas ibu atau ayah sahaja, tetapi menjadi tanggungjawab seluruh anggota keluarga.

Cara-cara mewujudkan keluarga yang bahagia

(a) setiap anggota keluarga perlu saling menyayangi; (b) menyempurnakan tanggungjawab masing masing secara sukarela dan amanah; (c) menjalinkan hubungan yang mesra dan akrab; (d) senantiasa mengamalkan sikap bertolak ansur;

(e) tidak menyinggung perasaan ahli keluarga;


(f) menjaga kebersihan di dalam dan di luar rumah; (g) mementingkan kesihatan dan keselamatan setiap ahli keluarga; (h) melibatkan diri dalam aktiviti keluarga; (i) mengambil berat akan hal dan masalah setiap ahli keluarga; (j) mengamalkan sikap hormat-menghormati, beradab, sopan dan sebagainya

Cara-cara menghargai ahli keluarga

(a) meraikan hari-hari istimewa mereka seperti hari jadi, ulang tahun perkahwinan, dan sebagainya. Caracara meraikan hari istimewa mereka: i. mengingati hari-hari istimewa mereka
dengan memberikan ucapan. ii. mengadakan sesuatu majlis untuk meraikan hari tersebut, contohnya seperti mengadakan majlis hari jadi; iii. memberi hadiah atau kad ucapan selamat.

(b)

(c)

mendengar pandangan dan pendapat setiap ahli keluarga, meskipun dia hanyalah adik kita; memberikan sokongan moral kepada ahli keluarga jika mereka menghadapi masalah atau jika mereka menyertai sebarang pertandingan dan persembahan.

(d)

(e)

Kita hendaklah sanggup bersama dengan ahli keluarga ketika waktu susah dan senang. Selain itu, kita janganlah lupa akan jasa ibu dan ayah. Jasa mereka tidak ternilai harganya dan tidak boleh dibayar dengan wang ringgit.

Antara cara-cara membalas jasa ibu bapa

(a)menghormati mereka; (b)mentaati ibu bapa; (c) belajar bersungguh-sungguh; (d) melakukan perkara yang berfaedah dan berjaya dalam hidup;- kejayaan anak-anak adalah kebahagiaan bagi ibu bapa. (e) menjaga mereka apabila mereka telah tua; (f) menjaga maruah diri dan keluarga.

(g)

Sayangi mereka dan jagalah mereka selagi hayat mereka dikandung badan. Orang yangmenghormati dan menyayangi ibu bapanya akan mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

Anda mungkin juga menyukai