Anda di halaman 1dari 47

1.

PENGENALAN

Masalah disleksia dalam pembelajaran sudah lama wujud di kalangan pelajarpelajar sekolah rendah dan menengah. Di Malaysia, disleksia hanya diperkenalkan kepada khalayak ramai buat pertama kalinya pada tahun 1993 melalui Seminar Kebangsaan Pengenalan kepada disleksia yang dianjurkan oleh Rotary Club Gombak.

Disleksia bukanlah satu istilah yang terlalu asing. Terdapat banyak buku serta bahan rujukan internet yang ditulis berkaitan pelbagai aspek disleksia. Namun apa yang masih sangat kurang adalah rujukan dan panduan mengenai disleksia dalam bahasa Melayu. Di negara-negara di mana pengetahuan mengenai disleksia lebih baik di kalangan masyarakatnya, ibu bapa merupakan pihak yang pertama menyedari masalah membaca dan menulis ini pada anak-anak mereka. Dengan itu dapatlah mereka mendapatkan bantuan seawal mungkin untuk anak-anak disleksia ini. Walau bagaimanapun, di Malaysia, konsep Masalah Pembelajaran Spesifik masih sangat baru. Sering kali ibu bapa menyedari masalah spesifik anak mereka hanya apabila terdapat kemerosotan yang sangat serius dalam pelajarannya ketika di Tahun 3 atau 4. Pada ketika ini anak itu sudah pun mengalami pengalaman persekolahan yang begitu menyukarkan, yang sebenarnya boleh diatasi sekiranya diagnosis awal dilakukan bagi mengenal pasti sama ada kanak-kanak itu mengalami disleksia. Pihak yang sering dipertanggungjawabkan dengan tugas ini adalah para guru, terutama guru sekolah rendah. Sehubungan itu, kepentingan meningkatkan pengetahuan para guru mengenai disleksia tidak dapat disangkal lagi.

2.0

DEFINISI Disleksia berasal daripada gabungan perkataan Greek dys yang bermaksud

kesukaran dan lexis yang bermaksud bahasa . Secara literalnya , disleksia bermaksud kesukaran dalam bahasa ( Ott, 1997). Kanak-kanak disleksia bukan

sahaja menghadapi masalah dalam pembacaan, tetapi juga ejaan, penulisan serta beberapa aspek bahasa yang lain.

Definisi operasional disleksia yang pertama dikeluarkan oleh World Federation of Neurology (1968). Menurut definisi itu, disleksia ialah : Suatu kecelaruan pada kanak-kanak di mana,meskipun mereka melalui pengalaman bilik darjah konvensional, gagal menguasai kemahiran bahasa seperti membaca, menulis dan mengeja yang selaras dengan kemampuan intelektual mereka .

Seterusnya, definisi yang lebih terkini mengenai disleksia mengiktirafkannya sebagai suatu masalah kognitif (Thomson, 1984). Selain itu, disleksia diakui bukan sahaja menjejaskan ingatan dan konsentrasi seorang kanak-kanak, bahkan juga kemahiran pengurusan diri dan kadang kala turut mempengaruhi kebolehan matematik.

Difinisi Persekutuan Neurologi Sedunia - satu gangguan pada kanak-kanak yang gagal menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengeja walaupun mempunyai kebolehan intelek yang normal dan telah menerima pendidikan yang mencukupi. (Ott,P.1997) Difinisi Sarjana Malaysia - Sofiah, 2000; Disleksia bukan kecacatan dan tiada kaitan dengan tahap kecerdikan atau IQ seseorang. Zabidi, 2000; Hasil kajian pakar perubatan mendapati dari segi fizikal, kanak-kanak disleksia adalah normal. Shafie, 2003; kanak-kanak disleksia adalah kanak yang normal fizikalnya tetapi menghadapi kecelaruan dalam menanggap persepsi penglihatan atau pendengaran. Difinisi Sarjana Barat - Disleksia ialah ketidakupayaan yang teruk dalam membaca, melibatkan kesukaran dalam kefahaman dan perhubungan di antara bunyibunyi dan huruf-huruf. (Mercer, 1991)

Definisi Kementerian Pelajaran Malaysia - Murid yang mempunyai kecerdasan mental yang searas atau melebihi murid-murid biasa tetapi menghadapi kesukaran yang tinggi dalam menguasai kemahiran mengeja, membaca dan menulis. (KPM 2003).

3.0 3.1

SEJARAH PENDIDIKAN DISLEKSIA Malaysia

Penubuhan program disleksia telah dirancang oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sejak pengambilan kumpulan pertama guru-guru untuk menjalani kursus disleksia selama empat belas minggu . Akhirnya, program ini telah dapat direalisasikan pada 13 Mac 2004 dengan memilih Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr. Ismail (2) sebagai sekolah pra-rintis program disleksia.

Program ini dimulakan dengan hanya tujuh orang murid dan dua orang guru. Subjek yang diajar pada masa itu adalah Bahasa Malaysia. Kini, program disleksia di sekolah mempunyai tiga puluh tiga orang murid dan empat orang guru yang mengajar subjek-subjek utama seperti Bahasa Malaysia, Sains dan Matematik. Murid-murid disleksia dikehendaki mengikuti pembelajaran subjek-subjek lain di kelas arus perdana.Pelancaran rasmi program disleksia di Peringkat Kebangsaan telah disempurnakan di Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr. Ismail (2) pada 16 Jun 2004, oleh Yang Bahagia Puan Hajah Siti Zaharah binti Mat Akib iaitu Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia.

3.2

Luar Negara Singleton (1999) telah menjalankan kajian berbentuk digit span tasks ke atas

kanak-kanak yang mengalami disleksia dengan sekumpulan kanak-kanak normal. digit span tasks yang digunakan oleh pengkaji merangkumi aktiviti mengulangi siri nombor yang di beri secara hafalan ke hadapan atau ke belakang. Selain itu, dapatan kajian David (2003) ke atas 184 orang kanak-kanak disleksia juga di dapati menunjukkan ciriciri persamaan dengan kenyataan Singleton (1999) dan Riddick,Wolfie, serta Lumsdon

(2002) iaitu pelupa,gagal mengikuti satu siri arahan yang diberi, kesukaran untuk mengingati nama rakan, rima lagu, sifir dan apa apa informasi.

Dr William Pringle Morgon telah menghasilkan sebuah artikel perubatan pertamanya yang berjudul A case of congenital word-blindness di English School Physician pada tahun 1896 (Critchley,1970). Artikel beliau telah menerangkan kesukaran mengeja yang berpunca daripada masalah perkembangan left angulargyrus yang di hadapi oleh individu kajiannya yang di anggap bijak dan berbakat tinggi dalam bidang sukan. Keadaan in telah diistilahkan sebagai disleksia perkembangan (Khadijah,1998)

3.3

Tokoh-Tokoh Luar Negara Samuel.Orton seorang psychiatrist dan neurologist di gelar sebagai Father of

Dyslexia (strephosymbolia) Pada tahun 1926,beliau telah melakukan pembentangan mengenai Interpretation of Developmental Reading Disability to The American Neurological Association. Di Amerika, Samuel Torrey Orton (1937) : berpeluang mengkaji ketidakupayaan bahasa pesakit baliau selain memfokuskan kajian pada aspek ketidakupayaan bahasa dan mendapati terdapat hubungan antara kelewatan dalam belajar membaca dengan faktor lain, seperti penggunaan tangan kiri atau penggunaan mata kiri. Beliau juga mencadangkan teori strephosymbolia yang memfokus pada terbalik huruf atau perkataan dan beliau mencadangkan bahawa individu disleksia mempunyai kekurangan persepsi visual pada huruf, berkemungkinan berpunca dari ketidakfungsian otak (dalam Javier Gayan Guardiola 2001). Samuel.Orton juga mencadangkan teori strephosymbolia yang memfokus pada terbalik huruf atau perkataan.

Seterusnya,Anna Gillingham seorang tokoh yang telah menganalisis dan mengadakan prosedur mengajar dalam Bahasa Inggeris yang telah di rintis oleh Dr.Orton. Beliau juga telah melatih beberapa orang guru untuk menggunakan dan membiasakan sistem ini. Anna Gillingham dan Bessie Stillman, telah menulis dan menghasilkan sebuah buku mengenai teknik dan cara untuk kanak kanak disleksia,
4

yang bertajuk (1946): Remedial Training for Children with Specific Disability in Reading, Spelling and Penmanship.

3.4

Tokoh-tokoh Malaysia Rosana (1998) menyatakan bahawa kanak-kanak disleksia dapat dikesan

melalui ciri-ciri iaitu kosa kata tulisan yang tidak seimbang, lambat dalam bertutur, lemah dalam menyusun ayat, pelupa, kurang kemahiran mengeja, seolah-olah faham ketika proses P&P dalam kelas tetapi mendapat keputusan merosot dalam ujian, tidak tepat dalam bacaan dan tidak terancang. Namun begitu, disleksia bukanlah suatu kecacatan kerana tidak mempunyai kaitan dengan tahap kecerdikan atau IQ seseorang

Sofiah (2000) menyatakan bahawa disleksia dapat disembuhkan dengan bantuan rawatan (BOLD 2000). Hasil daripada kajian pakar perubatan dengan mendapati kanak-kanak disleksia dari segi fizikal adalah aktif (Zabidi 2000).

Coralie (2000) menyatakan bahawa lazimnya kanak-kanak disleksia diberi peluang pendidikan seperti kanak-kanak biasa. Proses mengenalpasti dan merancang keperluan pembelajaran kanak-kanak disleksia ini adalah sangat penting. Rosana (1998) menyatakan bahawa secara keseluruhannya pelajar disleksia adalah lemah dalam pembelajaran. Mereka bersikap pelupa dan tidak tepat serta lambat dalam bertutur. Irwin (2000) turut bersetuju bahawa individu yang menghadapi masalah disleksia tersebut memerlukan satu program khusus untuk belajar membaca, menulis dan mengeja. Hal ini kerana rogram pengajaran biasa tidak selalunya efektif untuk pelajar-pelajar disleksia. Malah, beliau juga menyatakan bahawa alternatif pengajaran adalah perlu sekali dititikberatkan oleh guru. Contohnya menjalankan aktiviti dengan melibatkan penggunaan pelbagai deria pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran seperti task-on. Antara selebriti dan tokoh terkemuka dunia yang dikatakan mempunyai masalah disleksia seperti yang dilaporkan dalam Time Magazine bertarikh 8 September 2003

ialah Thomas Edison, Tom Cruise, Whoopi Goldberg dan bekas Perdana Menteri Singapura iaitu Lee Kuan Yew.

4.0

FAKTOR-FAKTOR DISLEKSIA

Mengikut Mercer, 1997; Hammond dan Hughes, 1996 dan Spaafford dan Grosser,1996, antara punca-punca disleksia ialah;

4.1

Keturunan atau genetik Kebanyakan kes, terdapat beberapa ahli keluarga yang mengalami masalah-

masalah yang sama. Kemungkinan punca ini boleh diwarisi yang membezakan adalah darjah keterukannya. Terdapat kajian yang dijalankan telah membuktikan disleksia desebabkan oleh kromosom 15, 1 dan 16 yang boleh diperturunkan secara turuntemurun

4.2

Congenital Sejarah kanak-kanak disleksia biasanya adalah semasa dilahirkan tidak cukup

bulan, kekurangan oksigen semasa dilahirkan atau kelahiran yang amat sukar. Faktorfaktor ini menjadi punca kelambatan atau ketidaksempurnaan perkembangan. Sebahagian daripada kerosakan otak yang menyebabkan kanak-kanak ini mengalami masalah belajar dan kerosakan ini minimum

4.3

Perkembangan Terdapat kanak-kanak yang lambat perkembangannya pada bahagian tertentu

dalam sisitem saraf. Pada kebiasannya kanak-kanak lelaki lambat matang daripada kanak-kanak permepuan. Kelewatan kematangan pada kanak-kanak merupakan salah satu kemungkinan punca disleksia

4.4

Pemakanan Pemakanan adalah penting untuk pertumbuhan yang normal. Pemakanan yang

cukup dan seimbang mestilah dapat membekalkan kalori yang mencukupi, di samping
6

bahan-bahan makanan yang tertentu seperti protein, vitamin, zat galian(mineral) dan sebagainya. Bekalan kalori yang cukup bergantung pada fasa pertumbuhan kanak kanak. Sekiranya pemakanan tidak mencukupi semasa peringkat kanak-kanak sedang membesar dengan pesat, pertumbuhan akan terencat (Bernet,2005). Contohnya,kanak kanak pada tahun pertama dan remaja yang sedang mengalami pertumbuhan pada kadar yang pesat mesti mendapat bekalan kalori yang mencukupi ada fasa pertumbuhan yang lain. Tanpa bekalan kalori yang mencukupi pada fasa pertumbuhan cepat ini, proses pertumbuhan akan terganggu. Daripada jumlah 105 kanak-kanak yang diukur antropometri, hanya terdapat separuh daripada golongan tersebut mempunyai masalah pemakanan di awalnya.

5.0 5.1

CIRI-CIRI KANAK-KANAK DISLEKSIA Ciri-ciri Fizikal kanak-kanak ini tidak mempunyai kekurangan dari aspek fizikal mereka mempunyai fizikal yang lengkap cara mereka berpakaian sama dengan kanak-kanak normal yang lain Namun kanak-kanak ini mempunyaian aspek pengamatan Pancaindera yang lengkap tetapi mempunyai masalah dalam

menggunakannya 5.2 Ciri-ciri kecerdasan: Kebanyakkan mereka mempunyai kecerdasan yang sama dengan kanakkanak normal yang lain, malahan ada yang lebih baik daripada kanakkanak normal yang lain. Mempunyai kekeliruan susunan huruf. Contohnya: dan ditulis nad Menambah huruf misalnya main ditulis maein Menggantikan huruf saya menjadi caya Meninggalkan huruf, makan menjadi akan Keliru dengan bunyi huruf-huruf vokal seperti a e i o u. epal ditulis apel Menulis ejaan yang tidak bererti misalnya makan ditulis mikan
7

Membalikkan suku kata misalnya, masa menjadi sama Tidak dapat menulis dan menyebut perkataan-perkataan yang mempunyai 3,4,5 suku kata Sukar menyalin semula nombor-nombor, misalnya 6 ditulis 9

5.3

Ciri-ciri emosi Murung- simptom ini agak berlainan dengan simtom orang dewasa Mungkin akan menjadi lebih aktif dan berkelakuan buruk di kelas Susah untuk diceriakan Kurang berkeyakinan diri Menjadi badut di kelas Bersikap berlawan Suka di beri perhatian

5.4

Ciri-ciri sosial kelihatan berkhayal dan tidak mendengar mudah terganggu tingkah laku yang kurang matang Menghadapi kesukaran membaca isyarat sosial atau bahasa badan Masalah pergaulan sosial, keyakinan dan imej diri yang rendah dan dibuli di sekolah Menghadapi masalah ingatan dan turutan, kadang-kadang di anggap berbohong

6.0 6.1

JENIS-JENIS DISLEKSIA Congenital Sejarah kanak-kanak disleksia biasanya adalah semasa dilahirkan tidak cukup

bulan, kekurangan oksigen semasa dilahirkan atau kelahiran yang amat sukar. Faktorfaktor ini menjadi punca kelambatan atau ketidaksempurnaan perkembangan. Sebahagian daripada kerosakan otak yang menyebabkan kanak-kanak ini mengalami masalah belajar dan kerosakan ini minimum 6.2 Perolehan Menurut Ott (1997), disleksia perolehan (acquired dyslexia) adalah kesan dari kerosakan pada otak seperti kecederaan pada otak atau ketumbuhan dalam otak yang di alami sejak kelahiran. Terdapat empat jenis simptom yang berlainan pada kanakkanak yang mengalami disleksia perolehan, iaitu : I. Disleksia yang dalam teruk (deep disleksia) dan dikenali juga (phonemic disleksia) yang melakukan kesilapan menyebut ketika membaca, yang menyebabkan makna berubah II. Disleksia phonologi yang tidak boleh menyebut atau membaca perkataan dan bukan perkataan III. Disleksia permukaan yang melibatkan gangguan penglihatan seseorang kanakkanak dalam mendiskriminasi abjad atau perkataan yang rupanya agak sama 6.3 Perkembangan Disleksia perkembangan merupakan salah satu gangguan perkembangan fungsi otak. Disleksia dianggap suatu masalah yang disebabkan oleh gangguan dalam daya ingat (memori) dan pemprosesan central yang disebut kesulitan membaca.Seperti yang sudah diutarakan di atas, disleksia perkembangan disebabkan oleh kelainan genetik. Berbagai genetik sudah ditemui merupakan penyebab disleksia.Individu disleksia, genetiknya tersindiri mengalami gangguan.Gangguan perkembangan tersebut hanya

terjadi pada bahagian otak yang berhubungan dengan bahasa khususnya jalur membaca (jalur yang menghubungkan antara pusat penglihatan dengan pusat bahasa). Namun, walau perkembangan di pusat bahasa terganggu, otak individu disleksia mampu membuat kompensasi dengan perkembangan pada pusat lainnya.

Disleksia boleh dikategorikan kepada tiga bahagian iaitu;

Disleksia visual (penglihatan)


o

Kesukaran utama yang dihadapi ialah untuk mengigat dan mengenal abjad serta konfugirasi perkataan. Simbol-simbol perkataan yang dicetak juga sukar untuk diterjemahkan. Kemungkinan untuk melihat abjad-abjad tertentu atau sebahagian perkataan adalah secara terbalik

Disleksia auditori (pendengaran)


o

Kesukaran untuk mengingat bunyi abjad, menganalisis bunyi mengikut suku kata perkataan dan menyusun atau menggabungkan suku kata bagi menyembunyikan perkataan. Bunyi percakapan yang tuturkan secara halus juga tidak dapat dibezakan. Masalah untuk membezakan bunyi vokal dengan konsonan juga dihadapi oleh dislaksia auditori

Disleksia visual-auditori
o

Kesukaran mambaca yang amat teruk dan ini disebabkan oleh kelemahan untuk memproses tulisan secara visual dan audio

7.0 7.1

MASALAH UTAMA KANAK-KANAK DISLEKSIA Masalah Bahasa

Masalah utama yang dihadapi kanak-kanak disleksia kebanyakanya adalah dalam proses pembelajaran. Permasalahan ini boleh dikelaskan kepada;

Mengeja

10

Kelemahan mengeja akan menyebabkan kebolehan untuk menyampaikan pengetahuan yang diperolehi adalah terhad. Untuk tempoh jangka mas yang panjang kelemahan dalam proses mengeja akan memberi kesan terhadap kelemahan membaca. Timbulnya masalah ini adalah berpunca daripada masalah-masalah awalan seperti terdapatnya kekeliruan dalam mengenal pasti huruf-huruf seperti; mw ce y g j pq un hn mn bd

Terdapat juga kekeliruan dalam membunyikan huruf seperti th fv

Membaca
o

Kesukaran ini menghadkan kebolehan kanak-kanak untuk mendapatkan maklumat daripada rujukan-rujukan yang berkaitan. Secara langsung ianya akan membuat kanak-kank merasa rendah diri dan tidak berkeyakinan. Mereka censerung menterbalikkan perkataan seperti; Batu tuba Gula - lagu

Selain itu mereka juga melakukan pembalikkan dalam ayat. Contohnya seperti berikut; pada masa yang sama dapa masa yang masa

Kekeliruan perkataan antara Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris. Contohnya seperti berikut;

Bahasa Inggeris dengan Bahasa Melayu Jam jem

cat - cat

Menulis
11

Kanak-kanak ini juga mengalami kesukaran untuk memindahkan maklumat ke atas kertas. Mereka jiga mengalami kesukaran untuk memegang pensel dan tidak dapat menulis mengikut garisan yang disediakan.

Kanak-kanak ini juga cenderung menulis perkataan yang pelik-pelik

Bercakap dan mendengar Terdapat juga diantara mereka yang mengalami kesukaran untuk bertutur. Mereka juga kelihatan seperti tidak mendengar atau mempedulikkan. Hal ini berlaku disebabkan kelambatan dalam proses maklimat yang diperolehi. Mereka juga tidak melakukan atau menyusun sesuatu mengikut susunan.

7.2

Masalah Matematik Matematik didefinisikan sebagai pembelajaran atau kajian mengenai kuantiti,

corak. Struktur, perubahan dan ruang, atau dalam erti kata lain, kajian mengenai nombor dan gambar rajah. Matematik juga adalah penyiasatan aksiomatik yang menerangkan struktur abstrak menggunakan logik dan simbol matematik. Matematik dilihat sebagai lanjutan mudah kepada bahasa perbualan dan penulisan, dengan kosa kata dan tatabahasa yang sangat jelas, untuk menghurai dan mendalami hubungan fizikal dan konsep. Matematik juga diangggap sebagai badan ilmu berpusat kepada konsep-konsep ibarat kuantiti, struktur, ruang dan perubahan, dan displin kajian-kajian ilmiah berkaitan dengannya. Menurut Benjamin Peirace memanggil matematik sebagai Sains yang melukis kesimpulan-kesimpulan yang perlu. Ia berkembang, melalui penggunaan pemujaradan dan penakulan logik, daripada membilang, pengiraan, pengukuran, dan kajian bentuk-bentuk dan pergerakan objek-objek fizikal. Konsep Matematik ialah bahasa istimewa dan penting yang harus dipelajari oleh semua orang. Cara dan teknik Matematik itu sendiri haruslah dikuasai jika kita hendak mendalami bahasa bidang tersebut. Seperti yang kita sedia maklum, matematik merupakan satu ilmu yang banyak menggunakan simbol-simbol dalam menyelesaikan masalah. Oleh itu, kita perlulah mahir supaya dapat menyelesaikan masalah dengan sebaik mungkin dan sistematik. Selain itu, konsep pendidikan pemulihan matematik
12

dinyatakn sebagai satu tindakan yang diambil untuk mengatasi masalah pembelajaran murid-murid yang lemah dalam dalam mata pelajaran matematik di sekolah rendah amnya. Pendidikan Pemulihan ini lebih menumpukan kepada kemahiran-kemahiran asas seperti nombor, operasi tambah, operasi tolak, operasi darab dan operasi bahagi. Biasanya program ini dikendalikan oleh guru-guru ynag telah menjalani latihan khas matematik. Kanak-kanak disleksia sering dilihat mengalami masalah dalam mata pelajaran matematik. Terdapat pelbagai masalah yang dihadapi oleh mereka. Antaranya ialah masalah pra nombor, matematik sosial. Operasi asas, penyelesaian masalah dan diskakkulia.

7.2.1 Pra Nombor Pra nombor merupakan kemahiran asas matematik pada peringkat awal bagi pembelajaran matematik. Murid didedahkan dengan nombor, susunan, perbezaan objek dan bilangan. Namun demikian, kanak-kanak disleksia tidak mampu untuk membezakan kumpulan benda yang seakan-akan sama banyak seperti tidak sama banyak, kurang dan lebih. Dari aspek bentuk, kanak-kanak disleksia dilihat sukar mengasingkan bendak mengikut bentuk. Hal ini adalah kerana, pandangan mata mereka melihat setiap bentuk yang ditunjukkan itu adalah sama saiz.i Selain itu, mereka juga gagal dalam melihat kuantiti sesuatu objek. Contohnya guru menunjukkan dua bakul yang mempunyai objek di dalam bakul tersebut , kemudian guru meminta kanakkanak disleksia itu melihat sendiri objek di dalam bakul tersebut seterusnya menyatakan kuantiti objek di dalam bakul yang manakah paling banyak dan kurang. Namun demikian kanak-kanak ini tidak dapat untuk membezakan kuantiti objek yang terdapat di dalam bakul tersebut. Hal ini terjadi kerana mereka tidak dapat mentafsir apa yang dilihat. Kanak-kanak disleksia juga sering kali mengalami masalah dalam menamakan benda mengikut jenis/ Misalnya, mereka tidak dapat mengelaskan ciri-ciri haiwan dengan tepat seperti haiwan yang mempunyai pelepah, dua kaki dan sebagainya. Masalah ini sering berlaku disebabkan kanak-kanak ini mengalami kekeliruan dalam
13

mengecam objek atau benda. Oleh yang demikian, pelbagai kemahiran perlu diajar oleh guru supaya masalah ini tidak berleluasa lagi.. Bagi membolehkan masalah ini diatasi bagi peringkat awal, guru boleh mendedahkan kepada murid konsep perbandingan kuantiti. Kemahiran ini membolehkan murid menyatakan kuantiti melalui perbandingan iaitu banyak atau sedikit, sama banyak atau tidak sama banyak, lebih atau kurang. Guru boleh melakukan aktiviti seperti mengasingkan kumpulan, mewarnakan kumpulan dan menamakan kumpulan. Secara todak langsung, kanak-kanak disleksia ini diberi pendedahan awal seterusnya menguatkan lagi kemahiran mereka dalam membezakan benda atau objek mengikut kuantiti.

7.2.2 Matematik Sosial Matematik sosial merupakan ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan pengiraan yang diaplikasikan dalam kehidupan seharian dalam sesebuah masyarakat. Matematik sosial mempunyai fungsi yang sangat besar dalam masyarakat seperti membolehkan sesebuah masyarakat menjalankan proses jual beli secara terancang, membolehkan masyarakat mengurus kehidupan dengan lebih baik dengan adanya pengetahuan berkaitan masa dan waktu, membolehkan manusia mengira umur, hari, bulan, dan tahun serta membolehkan manusia menentukan jangka ,masa untuk melakukan sesuatu. Bagi kanak-kanak normal, mereka tidak mengalami masalah matematik sosial. Namun demikian, bagi kanak-kanak disleksia mereka sering kali mengalami masalah matematik sosial kerana mereka tidak berupaya untuk mengaplikasikan pembelajaran di sekolah ke dalam kehidupan harian mereka. Hal ini terbukti apabila kanak-kanak disleksia ini tidak menyatakan waktudengan tepat. Misalnya jam menunjukkan pukul 10.15 pagi,guru meminta murid menulis masa tersebut dalam bentuk tulisan namun demikian kanak-kanak itu menulis jam tersebut. Adalah 12.00 tengah hari. Hal ini terjadi kerana mereka tidak dapat menyatakn masa tersebut dengan tepat melainkan dengan batuan jam digital. Jam digital sangat mudah kerana kanak-kanak tidak perlu melihat jarum namun hanya melihat kepada nombor yang dinyatakan di dalam jam digital tersebut. Bagi mengelakkan masalah ini
14

berterusan guru perlulah selalu menggalakkan kanak-kanak ini mneggunakan jam yang mempunyai jarum panjang dan pendek supaya mereka benar-benar mahir dalam menentukan masa. Selain itu kanak-kanak ini juga dilihat tidak dapat membezakan waktu pagi, tengah hari, petang, malam dan tengah malam, Kanak-kanak ini hanya mengetahui waktu pagi dan malam sahaja. Apalbila terdapat cahaya matahari, mereka menyatakan waktu pagi namun apabila tiada matahari ia dianggap waktu malam. Waktu yang lain kurang dinyatakan dengan betul. Bagi mengelakkan masalah ini berulang kembali, guru perlulah memperkenalkan murid dengan konsep waktu. Mereka perlu didedahkan dengan kemahiran menamakan bahagian-bahagian dalam sehari semalam iaitu pagi, tengah hari, petang, malam dan tengah malam. Pemahaman yang kukuh dengan meminta kanak-kanak ini merekodkan aktiviti-aktiviti yang dijalankan mengikut bahagian siang dan malam dapat meningkatkan kefahaman mereka seterusnya membolehkan mereka membezakan waktu dengan tepat. Kanak-kanak disleksia juga mengalami masalah dari segi kiraan wang, di mana mereka tidak dapat menjumlahkan nilai sen dalam wang. Misalnya mereka tidak mengetahui bahawa apabila terdapat 10 bilangan 10 sen akan menjadi RM1 dan seterusnya. Mereka juga keliru dengan nilai baki yang ada selepas digunakan. Oleh itu guru perlu mendedahkan murid dengan kemahiran menyatakan perbandingan nilai wang bertujuan untuk membolehkan murid mengaplikasikannya dalam kehidupan harian seperti membeli belah. Selain itu kanak-kanak disleksia ini juga mengalami masalah ukuran seperti tidak dapat menentukan saiz dan kuantiti benda seperti lebih panjang, lebih pendek, lebih besar, lebih kecil, lebih berat, lebih tebal dan sebagainya. Tambahan pula, kanak-kanak ini lemah dalam ukuran yang melibatkan dalam simbol seperti meter (m), kilometer (km), gram (g) dan kilogram (kg). Oleh yang demikian, guru poerlulah menjelaskan kepada kanak-kanak ini dengan menggunakan bahan konkrit supaya mereka mudah faham dan menguasai konsep asasnya. Masalah lain adalah dari aspek timbangan berat. Kanak-kanak ini tidak dapat menentukan bilangan atau isipadu sesuatu objek atau benda. Guru perlu menerangkan dengan lebih jelas supaya

15

kanak-kanak ini dapat membuat pengasingan pada pemikiran mereka bahawa berat dan kuantiti bilangan atau isipadu ialah konsep yang berlainan.

7.2.3 Operasi Asas Kanak kanak disleksia sering kali melakukan kesilapan operasi asas seperti mereka tidak dapat membezakan simbol dengan betul dan tidak dapat menyelesaikan masalah dengan baik. Lazimnya, kanak-kanak ini boleh menguasai operasi asas tambah. Hal ini adalah kerana, operasi asas tambah merupakan operasi yang mudah difahami serta diaplikasiakan dalam kehidupan mereka. Namun demikian, kanak-kanak ini mengalami masalah dalam operasi asas tolak, darab dan bahagi. Masalah asas operasi tolak sering dilakukan kerana mereka tidak memahami konsep asas operasi tolak. Tolak bermakna mengurangkan jumlah yang sedia ada dengan nombor yang diberiakan. Operasi darab juga kerap menjadi masalah kerana mereka kurang faham konsep gandaan itu sendiri. Manakala operasi bahagi pula, mereka tidak mengetahui bahawa simbol bahagi memerlukan mereka berbuat apa. Masalah operasi asas ini sering dilihat dalam hasil kerja murid yang mengalami masalah disleksia Pelbagai kaedah digunakan mengikut kefahaman mereka sendiri. Oleh yang demikian guru perlulah membantu mengubah kefahaman mereka supaya masalah ini tidak berleluasa dengan cepat. Antara langkah yang boleh diambil, guru boleh menerangkan konsep asas ini kepada murid dengan menggunakan bahan-bahan konkrit supaya mereka dapat merasainya sendiri seterusnya memahami setiap simbol mempunyai kaedah dan kata kunci yang berbeza-beza.

7.2.4 Penyelesaian Masalah Penyelesaian masalah dalam matematik merupakan suatu situasi pembelajaran itu tercapai melalui suatu pemilihan proses dan pelaksanaan proses. Penyelesaian masalah lebih menjurus kepada soalan-soalan yang memerlukan murid mengeluarkan isi penting seterusnya memikirkan jalan penyelesaiannya. Bagi kanak-kanak disleksia,
16

mereka tidak dapat menyelesaikan masalah ini kerana mereka tidak dapat memahami struktur ayat dalam soalan tersebut. Selain itu, mereka juga gagal mentafsir kehendak soalan dan operasi apa yang terlibat dalam menyelesaikan masalah matematik tersebut. Lazimnya, soalan penyelesaian masalah jarang dijawab oleh kanak-kanak disleksia. Mereka sering kali meninggalkan tempat kosong. Hal ini bukan bermakna mereka tidak mahu menyelesaikannya namun mereka lebih kepada tidak memahami cara bagaimana untuk menyelesaikan masalah ini. Oleh yang demikian, guru perlulah sentiasa peka dengan masalah kanak-kanak disleksia dan cuba mengatasi masalah ini dengan menggunakan pelbagai kaedah yang boleh diaplikasikan dalam pembelajaran. Antaranya guru mengadaptasi kaedah latih tubi dan menggunakan pelbagai strategi yang bersesuaian. Selain itu, guru juga boleh menggunakan bahan-bahan konkrit bagi memudahkan murid memahami soalan seterusnya dapat menjawab dengan baik dan betul. Murid perlu menguasai kemahiran penyelesaian masalah supaya mereka dapat menyelesaikan masalah dalam kehidupan dan menggalakkan murid berfikir dengan positif.

7.2.5 Diskalkulia. Diskalkulia ialah masalah yang kurang kebolehan mempelajari matematik, disesabkan terdapat satu kawasan yang tertentu dalam otak.yang tidak berfungsi secara normal. Ciri-ciri kanak-kanak yang menghidap diskalkulia ialah sukar untuk mempelajari dan mengingati nombor serta sukar memahami konsep nombor. Selain itu, kanak-kanak disleksia sering menulis nombor serta sukar memahami konsep nombor. Selain itu, kanak-kanak disleksia sering menulis nombor secara terbalik seperti `31` menajdi `13`. Selain itu, mereka yang mengalami masalah diskalkulia juga sering bermasalah dalam membaca dan menulis nombor. Mereka juga sering salah membaca nombor seperti `20006` ditulis `dua ratu enam`. Selain itu, mereka juga mengalami masalah arah kerana sukar memahami arah kiri dan kanan. Mereka tidak dapat membezakan kedua-dua arah dengan tepat. Tambahan pula, mereka mengalami masalah mematuhi arahan semasa membaca
17

peta. Hal ini adalah kerana, membaca peta memerlukan pengetahuan yang tinggi berkaitan arah. Sekirannya mereka tersilap membaca arah, maka mereka juga akan silap dalam memberi arah di dalam peta. Bagi mengatasi masalah mereka, guru perlu memahami masalah kanak-kanak ini dengan jelas kemudian cuba menggunakan cara yang bersesuaian supaya mereka tidak mengalami masalah ini dengan serius.

7.3

Masalah Pengamatan Pengamatan adalah satu proses untuk mengenal maklumat daripada tindak

balas panca indera ataupun mekanisma yang mentafsirkan sesuatu pergerakan panca indera dengan kuasa intelek - Janet W Leaner (1971). Oleh yang demikian, guru perlulah mengkaji dan membuat pemerhatian yang khusus bagi mengenal pasti ciri-ciri yang terdapat pada murid yang mengalami masalah pengamatan. Terdapat 16 ciri yang dikenalpasti ditonjolkan oleh murid yang mengalami masalah pengamatan. Ciri pertama adalah mereka lambat dalam membuat satu-satu pengolahan seperti mengkelaskan satu-satu himpunan mengikut jenisnya. Contohnya seperti guru memberi gambar rajah tumbuh-tumbuhan dan kenderaan seperti kereta, motor dan lori, kemudian guru meminta murid untuk mengkelaskan gambar rajah tersebut mengikut jenis yang diberikan. Namun apabila guru menyuruh murid mula mengkelaskan gambar rajah tersebut, murid kelihatan mengambil masa yang lama untuk mengelaskannya. Hal ini adalah kerana, mereka kurang faham dan tidak tahu untuk melakukan aktiviti tersebut, namun apabila mereka faham dengan jelas arahan aktiviti, mereka dilihat sangat berminat untuk melaksanakan aktiviti tersebut. Oleh itu guru perlulah membuat peneguhan secara berulang kali bagi mengelakkan masalah kemahiran pengamatan terjadi. Ciri kedua adalah mereka mempunyai kesukaran dalam mengaitkan perkara yang diketahuinya kepada situasi baru. Contohnya, murid mengetahui bagaimana membezakan bentuk dengan menggunakan bahan bantu mengajar yang maujud, namun apabila diberi latih tubi mereka tidak dapat membezakannya. Ciri ketiga adalah murid yang mengalami masalah pembelajaran sering cepat lupa. Oleh itu, mereka memerlukan ulangan yang kerap. Sebagai contoh, guru
18

melaksanakan aktiviti menyebut perkataan yang mempunyai suku kata KV dan KVK seperti `bakar`, `sakit`, dan `perut`.Sekiranya guru memberi gambar bersama dengan perkataan seperti gambar `rumah`, murid tersebut dapat menyebut dengan lancar. Namun sekiranya guru tidak meletakkan gambar rajah bersama dengan perkataan yang ingin disebut murid tidak dapat menyebut dengan lancar. Murid mengambil masa yang lama untuk menyebutkan perkataan tersebut. Bagi meningkatkan daya ingatan murid, guru perlulah menyediakan bahan bantu mengajar yang besesuaian dan mempunyai warna yang pelbagai bagi menarik minat murid. Selain itu, guru juga boleh mempelbagaikan kaedah mengajar dengan menjadikan aktiviti tersebut sangat menarik seperti nyanyian dan menggunakan teknik modifikasi tingkah laku seperti ekonomi token. Apabila alternatif yang dinyatakan diaplikasikan, guru boleh membuat peneguhan dengan mengulangi aktiviti secara berterusan bagi menggalakkan murid mengingat. Sekiranya murid masih tidak dapat mengingat, guru perlu mengulanginya pada waktu sesi pembelajaran yang lain. Ciri keempat adalah murid lebih cenderung ke arah tindakan yang terburu-buru dan memberi sesuatu keputusan tanpa berfikir. Contohnya guru memberi latihan kemahiran pengamatan penglihatan seperti mencantumkan dua suku kata menjadi perkataan yang bermakna. Guru meletakkan suku kata di dalam kotak dan murid perlu mengamblnya dan ditampalkan di papan putih. Apabila aktiviti dimulakan, murid dilihat mencantumkan dua suku kata dengan betul. Namun perkataan yang dibina tidak mempunyai makna. Oleh yang demikian, guru perlu membetulkan kesilapan murid dan menerangkan kepada murid bahawa perkataan yang dicantum tidak membawa makna. Murid sepatutnya berfikir terlebih dahulu sebelum cuba untuk mencantunkan dua suku kata tersebut. Ciri kelima adalah murid lemah ko-ordinasi motor-tangan. Contohnya guru membri aktiviti seperti menyambung titik, apabila titik disambungkan ia akan membentuk huruf seperti `a`, `b` dan `c`. Namun murid dilihat tidak dapat menyambung titik dengan betul. Hal ini adalah kerana, murid tidak dapat memegang pensel dengan betul an tumpuan mata yang diberi terhadap aktiviti yang dijalankan adalah kurang. Oleh itu bagi menngkatkan kemahiran ko-ordiansi motor-mata tangan murid, guru
19

seharusnya memperbanyakkan lagi aktiviti yang melibatkan kedua-duanya figunakan dalam satu masa. Ciri keenam ialah murid mengalami masalah ketidakbolehan membuat keputusan secara am. Contohnya, guru memberi aktiviti seperti meletakkan satu gambar rajah di papan putih, kemudian guru menceritakan serba sedikit berkaitan gambar rajah berkenaan seterusnya guru meminta murid untuk membuat kesimpulan terhadap gambar rajah yang diberikan berdasarkan pengalaman yang pernah dilalui oleh murid. Namun kesimpulan yang dibuat tidak menepati gambar rajah yang diberikan. Oleh itu guru perlulah menggalakkan murid untuk belajar membuat keputusan yang berkait rapat dengan persekitaran dan memberi pendedahan yang teliti kepada murid berkaitan aktiviti supaya mereka dapat membuat kesimpulan dengan baik. Manakala ciri seterusnya adalah dalam permainan, dimana murid jenis ini dilihat susah sekali untuk turut serta kerana mereka tidak dapat mengikut corak permainan. Contohnya, guru kelas menganjurkan pertandingan membina ayat dengan perkataan yang diberikan. Murid yang mengalami masalah kesukaran pengamatan tidak akana melibatkan diri dan dilihat lebih banyak mendiamkan diri. Hal ini adalah kerana, mereka tidak dapat menguasai kemahiran membina ayat tersebut. Oleh itu, guru pemulihan perluah mengajar murid asas membina ayat yang mudah sehingga murid mampu membina ayat sendiri, kemudian ke peringkat yang lebih sukar. Cir kelapan adalah mereka tidak mahir dalam kerja-kerja yang memerlukan daya kreatif. Misalnya, guru memberi aktiviti menghasilkan kad ucapan sempena Hari Kebangsaan, murid tidak akan dapat menghasilkannya dengan baik di mana kertas yang diberikan seperti diconteng dan tidak kelihatan seperti kad ucapan. Bagi mengatasi masalah ini, guru perlulah mengajar murid untuk membuat kad ucapan dengan baik seperti cara lipatan dan bagaimana untuk mewarnakan kad ucapan supaya ianya menarik untuk dilihat. Ciri keembilan adalah murid mengalami masalah ketidakupayaan membuat kerja dengan cepat seperti apabila guru memberi latih tubi murid mengambil masa yang sangat lama untuk menyiapkan latih tubi tersebut. Ciri seterusnya adalah mereka lambat sekali untuk menukar tumpuan perhatian dari satu
20

situasi kepada situasi yang lain. Sekiranya guru memberikan sat aktiviti seperti menampal kertas mengikut bentuk yang diberikan. Apabila aktiviti tersebut tamat, dan guru melaksanakan aktiviti lain, murid masih tidak memberi tumpuan kepada aktiviti baru yang dijalankan oleh guru. Murid dilihat masih menampal kertas tanpa menghiraukan arahan guru. Ciri kesebelas mereka selalunya belajar secara hafalan tanpa memahami apa yang dilakukannya. Contohnya, guru membacakan satu potongan ayat yang mudah dan murid perlu mengikutnya. Guru mengulang ayat tersebut berulang kali dan menyuruh murid membaca sendiri. Oleh disebabkan lang yang dilakukan berulang kali, murid dilihat menghafal ayat tersebut bagi mengelak daripada dimarahi oleh guru. Ciri kedua belas adalah murid lemah dalam diskriminasi pendengaran murid tidak dapat membezakan bynyi guruh dengan air terjun. Namur apabila bunyi tersebut disertakan dengan gambar, murid dapat membezakannya degan mudah. Ciri seterusnya adalah murid berfikir terlalu lama sebelum membuat sesuatu kerja seperti murid dilihat termenung lama sebelum memulakan kerja yang diberikan oleh guru. Ciri keempat belas adalah mereka juga kadang kala menunjukkan sifat kurang kerjasama seperti tidak mengikut arahan guru apabila berada di dlam kelas pemulihan khas. Seterusya adalah mereka seringkali tgerlanggar alat-alat di dalam kelas. Seperti melanggar ahan bantu mengajar guru yang disusun di satu tempat yang khas, melanggar meja dan pintu kelas. Ciri terakhir adalah membuat sesuatu kerja itu tanpa mengetahui di mana harus berhenti seperti guru memberikan latih tubi dan meminta murid melakukan aktiviti satu sahaja, namun murid tersebut meneruskannya sehingga aktiviti tiga.

7.4

Konsep Kendiri Kanak-kanak disleksia mengalami konsep kendiri yang menjejaskan masalah

sosial dan emosi mereka. Hal ini disebabkan kanak-kanak disleksia terpaksa menempuh persekitaran dalam keadaan berbeza daripada rakan sebaya normal yang lain.
21

Dr Samuel Orton menjelaskan bahawa pada peringkat pra sekolah kanak-kanak disleksia ini masih mampu menyesuaikan diri dengan baik dan ceria. Masalah mula wujud apabila mereka merasakan bahawa arahan-arahan dan bimbingan daripada guru adalah tidak selaras dengan gaya pembelajaran mereka. Apabila kanak-kanak ini menyertai sekolah rendah, tekanan ke atas mereka semakin hebat kerana tahap pembelajaran yang semaki sukar dan mementingkan kecemerlangan akademik. Oleh itu, kanak-kanak disleksia ini berasa berputus asa kerana mereka tidak dapat mengikut proses pembelajaran seperti rakan yang lain yang secara tidak langsung menyebabkan mereka memberontak. Namun demikian, kita juga perlu menyedari bahawa masalah sosial juga merupakan salah satu kesan daripada masalah disleksia. Antara kesan yang berkaitan dengan konsep kendiri kanak-kanak disleksia adalah seperti berikut :

7.4.1 Mengelak ke sekolah dan kerja rumah Masalah ini adalah disebabkan oleh masalah pembelajaran yang dihadapi oleh mereka di sekolah, umpamanya tugasan atau set latihan yang berat. Ibu bapa perlu sentiasa bekerjasama dengan guru bagi memastikan tahap dan perkembangan kanakkanak disleksia ini sentiasa diberi perhatian agar mereka tidak terus ketinggalan dalam proses pembelajaran. Di rumah ibu bapa perlu merancang dan membuat sedikit aktiviti fizikal bagi menyeronokkan hati kanak-kanak disleksia selain memberikan mereka masa rehat setelah pulang daripada sekolah.

7.4.2 Ketagihan menonton televisyen Masalah ini merupakan masalah yang sering dialami oleh kebanyakan kanak-kanak disleksia malahan kanak-kanak normal yang lain turut mempunyai masalah ini. Set televiseyen biasanya menjadi tempat kanak-kanak melepaskan diri dan lari daripada apa yang berlaku di sekeliling mereka.

22

Televisyen juga memberikan ruang yang lebih untuk kanak-kanak ini berada di alam imaginasi mereka sendiri. Bagi menguruskan masalah ini, ibu bapa perlu memastikan masa menonton televisyen adalah secara terancang dan mengikut waktu yang telah ditetapkan. Oleh itu, ibu bapa perlu menyediakan aktiviti alternatf lain yang lebih menjana minda seperti melukis dan mewarna.

7.4.3 Menipu Apabila kanak-kanak merasakan diri mereka tidak dapat menyiapkan kerja sekolah yang di luar kemampuannya, mereka akan menipu bagi memastikan kerja sekolah tersebut dapat disiapkan. Oleh itu, guru perlu bekerjasama dengan ibu bapa bagi memastikan kerja sekolah yang diberikan adalah bersesuaian dengan tahap akademik kanak-kanak disleksia tersebut. Ibu bapa dan guru juga perlu sentiasa memberikan peneguhan dan menghargai setiap usaha yang ditunjukkan oleh kanakkanak disleksia ini. Dalam sistem yang berasaskan akademik, kadang kala kanakkanak disleksia menipu kerana mereka merasakan itu sahaja jalan penyelesaian untuk menyiapkan kerja sekolah mereka.

7.4.4 Tingkah laku agresif dan suka mengawal Kanak-kanak yang berasa kecewa dan dipinggirkan kerana tidak dapat menguasai pembelajaran seperti rakan yang lain akan melepaskan kemarahannya kepada orang lain. Biasanya mereka memendam perasaan itu di sekolah yang kemudiannya melepaskannya di rumah dengan mengamuk tanpa sebab ataupun bergaduh. Bagi menangani situasi ini, ibu bapa perlu mempunyai tahap kesabaran yang tinggi selain mereka perlu meneliti punca sebenar kanak-kanak disleksia ini bertindak sedemikian dan mencari jalan penyelesaian yang terbaik.

23

7.4.5 Mudah putus asa Ramai kanak-kanak disleksia merasa kecewa di sekolah kerana semua usaha mereka gagal, ditambah lagi dengan ejekan ataupun kemarahan yang diterima daripada rakan-rakan dan guru. kebanyakkan kanak-kanak ini berhenti berusaha keran mereka berasa lebih rela dimarahi apabila mereka tidak berusaha langsung daripada mereka dimarahi setelah mencuba sedaya upaya tetapi tetap mendatangkan hasil yang kuarng memuaskan.

7.5

Pemprosesan Maklumat Satu lagi masalah yang sering dikaitkan dengan kanak-kanak disleksia adalah

masalah pemprosesan maklumat. Pemprosesan maklumat berkait rapat dengan struktur otak seseorang. Ini adalah disebabkan oleh otak berfungsi untuk menganalisis dan meneliti maklumat yang diperolehi oleh seseorang ke dalam bentuk yang lebih lengkap. Seterusnya, maklumat-maklumat tersebut akan dihurai dan diterjemah sama ada dalam pelbagai bentuk seperti lisan, tulisan dan sebagainya. Masalah pemprosesan maklumat yang dialami mereka terbahagi kepada beberapa aspek iaitu masalah pengkodan fonologi, masalah mengingat perkataan dan masalah ingatan jangka pendek.

7.5.1 Masalah Pengkodan Fonologi Pengkodan fonologi merujuk kepada hubungan sistematik antara huruf dengan bunyi. Secara ringkasnya, kanak-kanak disleksia lazimnya mengalami kesukaran membezakan perkataan yang mempunyai bunyi yang hampir sama, seperti pasu dan paku. Mereka juga tidak dapat mendengar rima akhir yang sama dalam perkataan perkataan. Contohnya, Jack and Jill wentup the hill .Perkataan Jill dan hill tidak dapat di kesan oleh mereka sebagai perkataan yangbunyi akhirnya sama. Sebaliknya mereka akan menjawab Jack dan Jill .ini juga bermakna mereka keliru dan sukar membezakan harga sesuatu barang dalam bahasa Inggeris , seperti antara fifty cents
24

dan fifteen cents . Kesukaran ini bukanlah disebabkan oleh masalah pendengaran, sebaliknya berkaitan dengan pemprosesan maklumat di dalam otak (Farrer, 1996). Keprihatinan dan pengetahuan para guru mengenai masalah kanak-kanak disleksia sangat penting dalam usaha membantu mereka belajar. Umpamanya, kanak-kanak itu perlu diberi tempat duduk yang paling hadapan di dalam bilik darjah. Dengan cara ini , guru dapat memerhatikan kanak-kanak itu secara berterusan bagi memastikan arahan guru dapat diikuti dengan jelas. Misalnya, apabila guru mengarahkan murid-murid memerhati teks di muka surat 32, kanak-kanak itu tidak tercari-carinya di halaman 23.

7.5.2 Masalah Mengingat Perkataan Secara umumnya, kanak-kanak disleksia mempunyai IQ yang normal, malah sebahagian daripada mereka mempunyai kecerdasan luar biasa. Namun begitu , mereka mempunyai masalah dalam mencari semula perkataan. Ini bererti mereka tidak dapat menjawab soalan secara spontan. Mereka juga sering didapati mengalami kesukaran mengingati nama kawan-kawan dan anggota keluarga dan sering merujuk individu tersebut sebagai kawan saya disekolah atau budak lelaki itu . Mereka sukar mengingati fakta-fakta yang telah mereka dengar. Seorang kanak-kanak disleksia mungkin dapat menghuraikan proses penyebaran dalam subjek sains dengan panjang lebar, tetapi mereka mengalami kepayahan menyenaraikan contoh tumbuhan yang menggunakan angin sebagai mekanisma penyebaran. Selain itu, kanakkanak disleksia juga cenderung menjadi kaku dan membisu apabila ditanyakan soalan.

7.5.3 Masalah Penyusunan Bersiri Kajian menunjukkan kanak-kanak disleksia sukar menyusun sesuatu secara bersiri, seperti susunan bulan dalam setahun , susunan hari dalam seminggu, susunan huruf , nombor dan ejaan-ejaan bagi perkataan-perkataan. Justeru, mereka menghadapi masalah menghafal sifir ataupun mengingat susunannya. Apabila ditanya secara spontan, Berapakah nilai 5 7? Mereka terpaksa membaca sifir daripada awal sehingga sampai kepada nombor yang dikehendaki itu. Ini bermakna penyelesaian satu masalah matematik yang mudah memerlukan jangka
25

masa yang lama serta banyak tenaga dan usaha. Masalah yang sama juga berlaku dalam operasi pembahagian. Hal sebeginilah yang dikatakan pemprosesan maklumat dalam diri seseorang individu.

7.5.4 Masalah Ingatan Jangka Pendek Ingatan jangka pendek ataupun ingatan bekerja merujuk kepada stor di mana maklumat yang sedang digunakan disimpan. Kanak-kanak disleksia didapati menghadapi masalah memproses maklumat yang baru masuk dan pada masa yang sama mengambil maklumat dari stor ingatan jangka panjang. Kesemua proses ini akan mengumpul maklumat di stor ingatan jangka pendek bagi digunakan pada masa itu. Ini bererti kanak-kanak disleksia tidak berupaya mengingati arahan-arahan panjang yang diberikan. Sebagai contoh, pelajaran membuat origami dalam subjek Pendidikan Seni, membuatkan mereka kehilangan punca kerana arahan yang terlalu panjang dalam aktiviti tersebut. Masalah yang serupa juga dihadapi oleh kanak-kanak disleksia apabila berhadapan dengan soalan aneka pilihan. Untuk memilih jawapan yang tepat, mereka perlu memegang satu soalan dan empat pilihan jawapan dalam stor ingatan bekerjanya. Ini merupakan masalah berat bagi mereka. Oleh kerana itu , mereka lebih berupaya menjawab dengan baik dalam soalan terbuka yang memberi ruang untuk mereka berfikir dan menulis jawapan yang dikehendaki.

8.0 8.1

KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Kaedah Multisensori Pada tahun 1925 Orton seorang pengkaji disleksia telah membuat sati hipotesis

mengenai kesukaran membuat satu hipotesis mengenai kesukaran membaca yang disebabkan olej laporan imej visual yang dihantar ke bahagian otak kanan telah diganggu oleh input-input dari otak kiri. Kaedah ini adalah pendekatan pengajaran dan pembelajaran serentak yang menjurus kepada aplikasi visual, auditori dan kinestatiktactile. Hubungan yang wujud antara visual,auditori, kinestatik-tactile akan menjadi laluan atau agen dalam pembelajaran membaca dan mengeja.
26

Penerapan teknik seperti menulis berdasarkan `feel` melalui penggunaan deria rasa dan alatan seperti kertas pasir menjadikan stratregi multisensori lebih berjaya membantu kanak-kanak disleksia. Kewujudan pelbagai kaedah yang berteraskan multisensori ini menunjukkan betapa kaedah ini mampu memberi impak positif terhadap perkembangan pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak disleksia.

8.2

Kaedah mengingat/pemprosesan Maklumat Menurut pakar-pakar psikologi yang menjalankan kajian berkaitan dengan

ingatan manusia, menunjukkan bahawa setiap hari kita sentiasa menjalani proses mengingat. Biasanya daya ingatan manusia terbahagi kepada ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang. Kajian juga menunjukkan bahawa kita lebih mudah mengingati pengalaman yang paling banyak meninggalkan kesan ke atas diri kita atau yang paling menyentuh dan mempengaruhi perasaan. Apa pun sebagai seorang guru, bagi membantu murid-murid memperbaiki daya ingatan beberapa kaedah pengajaran dan pembelajaran mengingat harus diterangkan dan dapat diaplikasikan mengikut kesesuaian.

8.2.1 Latih tubi Latihan tubi membantu pelajar memperolehi kemahiran baru serta meningkatkan kecekapannya dalam sesuatu kemahiran yang dilatih contohnya dalam penggunaan komputer. Kaedah ini bertujuan menyediakan latihan dan peneguhan secukupnya yang spesifik supaya mereka boleh,

kepada pelajar tentang sesuatu pembelajaran

secara automatik, menyebut atau mengingati semula maklumat apabila disuruh berbuat demikian. Dengan memaksimumkan faedah daripada penggunaan latih tubi melalui komputer, penglibatan guru dalam mengendalikan komputer bersama-sama dengan pelajar membawa faedah jangka panjang. Seseorang guru dapat mengenal pasti masalah pelajar serta kaedah yang tidak lengkap dalam penggunaan perisian yang
27

terpilih merupakan strategi pengajaran yang efektif. Contohnya penggunaan fakta dan komputasi dalam perisian matematik. Latih tubi boleh dilaksanakan dalam mata pelajaran lain.

Ciri-ciri kaedah latih tubi : Latihan dalam memahami maklumat berbentuk visual atau auditori supaya pelajar belajar berbincang dan menulis apa yang telah dipelajari. Maklum balas segera terhadap respons pelajar supaya respons yang betul diterima atau diperkukuhkan manakala respons yang salah dianalisis dan dibetulkan. Ulangan latihan dalam jangka masa tertentu pada peringkat awal dan seterusnya dalam jangka masa yang tidak ditentukan.

Oleh sebab latih tubi melibatkan ulangan, kaedah ini mungkin membosankan. Untuk mengelakkan kebosanan, pelbagai bentuk latih tubi boleh digunakan, antaranya : Permainan dan pertandingan merupakan cabaran kepada sesetengah pelajar Latih tubi boleh dijalankan dengan cara menyuruh mereka menulis pada permukaan-permukaan yang aneh seperti di tanah yang basah, pasir atau menyuruh mereka mengulangi maklumat secara berbaring di atas lantai, ketika bermain atau ketika sedang mandi. Banyak pihak boleh membantu pelajar dalam proses latih tubi. Ini termasuklah guru, rakan sebaya, pelajar-pelajar lain di dalam kelas dan keluarga di rumah. Kaedah ini juga boleh digunakan bersama-sama dengan kaedah-kaedah lain, iaitu ujian lisan, buku kerja, permainan dan pengajaran berprogram.

28

8.2.2 Ulangan Perancangan aktiviti p&p dengan rapi. Menurut Coralie Loeong (1998) kanakkanak disleksia memerlukan arahan yang berulang. Kiranya tidak akan ketinggalan dalam pelajaran atau arahan. Pengulangan dapat membantu atasi masalah muridmurid disleksia. Ini adalah teknik yang paling mudah di mana kita hanya perlu mengulangi beberapa kali maklumat yang kita perlu ingat. Sesuatu maklumat yang sering

digunakan secara berulang-ulang akan lebih mudah diingati, sebagai contoh, mengingati nombor telefon rakan anda yang sering dihubungi. Begitu juga dalam bacaan sifir menerusi pengulangan, individu akan lebih mudah menguasai dan mengingati jawapannya. Apabila guru bertanyakan soalan secara rawak, pelajar yang kerap membuat pengulangan akan lebih mudah menyatakan hasil darab dengan betul dan yakin berbanding pelajar yang kurang membuat ulangan selepas sesuatu

pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan. Pelajar boleh menjawab dengan betul tetapi mengambil masa yang panjang disebabkan membaca sifir dari awal lagi. Apa juga mata pelajaran kiranya diberikan ulangan akan dapat menghasilkan sesuatu yang lebih baik kerana ia menambahkan daya kefahaman dan meningkatkan daya ingatan.

8.2.3 Chunking Maklumat yang tidak berkaitan dikumpulkan menjadi satu kumpulan mengikut keseragaman tertentu. Contohnya untuk menghafal bulan-bulan Islam, nama Allah, nama-nama Malaikat dan juga 26 abjad dikaitkan dengan lagu tertentu. Penghafalan huruf abjad lebih berjaya menerusi penggunaan teknik chunking, seperti berikut: ABCDEFG HIJKLMN OPQRSTU VWXYZ

Adalah agak sukar untuk seorang kanak-kanak menghafal 26 abjad huruf tersebut tanpa penggunaan kaedah yang bersesuaian. Menerusi kaedah chunking dan disertakan dengan lagu menambahkan minat murid malahan lebih memudahkan daya penghafalan selepas menjalani beberapa sesi latihan. Kita juga pernah melihat
29

kebolehan seseorang individu yang berjaya mengingat nombor telefon dalam masa yang singkat, sebagai contoh 0174857662 ditulis dengan cara begini 017-485-7662.

8.2.4. Mnemonics Teknik ini mudah digunakan dan sering digunakan. - Teknik Akrostik Akrostik adalah frasa ataupun ayat di mana huruf pertama pada perkataan pertama dapat menolong kita ingat maklumat yang hendak dihafal kerana hurufnya serupa. Frasa atau ayat di mana huruf pertama pada perkataan pertama dapat menolong ingat maklumat yang hendak dihafal, contoh, PTKS Pergi tidur kalau sakit.

- Teknik Akronim Seakan-akan teknik akrostik. Akronim adalah sejenis kata singkatan, contoh MARA bagi Majlis Amanah Rakyat. Jika anda mempunyai satu senarai fakta yang panjang, anda boleh memudahkan proses mengingatnya dengan membuat

kependekan/penyingkatan.

- Teknik Skrip Cerita Cara mengingat dengan mengarang cerita, contoh tangga, papaya dan bas. Bas merah membawa mereka tiga beradik balik ke kampong. Dari jaugh tangga rumah nenek kelihatan. Pokok papaya di tepi dapur sudah tinggi tapi tidak berbuah lagi.

- Rima Boleh dijadikan nyanyian atau pantun, contoh: Satu tangan bilangan lima, Dua tangan bilangan sepuluh, Nenek tanam biji delima, apa sebab peria tumbuh

30

8.2 5. Kategori Mengkategori adalah kegiatan mental yang melibatkan aktiviti-aktiviti memilih dan membuat perbandingan berdasarkan kriteria tertentu. Fungsinya adalah hampir sama dengan kegiatan mengklasifikasi. Walaubagaimanapun, mengkategori lebih

berfokus kepada pengumpulan atau pengelompokan mengikut penjenisan dan kadar keupayaan. 8.2.6. Konfigurasi Konfigurasi melibatkan cara mengingat menerusi susun atur bahan yang telah dibaca secara yang lebih sistematik supaya ianya lebih mudah untuk dipanggil semula ketika memerlukannya. 8.2.7. Hubung Kait Membuat perkaitan adalah kegiatan mental yang dilakukan untuk

menghubungkan elemen-elemen yang berkaitan. Ia mungkin melibatkan usaha mengesan punca dan kesan, sebab dan akibat, menstruktur idea atau konsep, mencari sesuatu struktur atau corak perhubungan. Kemahiran ini digunakan untuk membuat inferens, meramal, membuat andaian, mensintesis, membuat hipotesis, menyelesaikan masalah dan membuat kesimpulan. Menurut pakar psikologi, M.R.Raugh dan R.C.Atkinson menasihatkan supaya maklumat yang hendak dihafal itu diberi makna kepadanya atau mengaitkan dengan kehidupan sendiri. Sebagai contoh, apabila sedang membaca buku teks sejarah berkenaan ciri-ciri individu yang memiliki perjuangan fikirkan seorang rakan sendiri yang memiliki ciri-ciri seperti itu. Katakanlah anda hendak ke kedai membeli pisang, kelapa, topi dan minyak. Cuba buat gambar dalam kepala dan dalam gambar itu semua benda-benda itu ada. Sebagai contoh, buat gambar seekor monyet yang sedang makan pisang sambil memegang kelapa dan memakai topi sambil meminum minyak. Menurut penyelidik M.A.Mc Daniel dan G.O. Einstein melaporkan apabila gambar itu makin gila-gila dan tidak masuk akal, gambar itu semakin mudah diingat. Sebagai contoh, jika anda hendak
31

mengingat nombor telefon yang diberikan kepada anda, anda bolehlah mengaitkan nombor telefon itu dengan fakta-fakta yang yang telah diketahui, contohnya:Nombor telefon : 3352012 Boleh dipecahkan ke 335 20 12 Dan boleh diingatkan sebagai, Nombor rumah : 335 Bilangan ibu dan ayah : 2 Setelah meninggal : 0 Bilangan adik beradik : 12

8.2.8. Klasifikasi Mengklasifikasi melibatkan kegiatan memilih atau mengumpulkan sesuatu mengikut bahagia-bahagiannya yang serupa dan berkait rapat. Dalam kemahiran berfikir, mengklasifikasi digunakan untuk membolehkan kita membuat penjenisan atau membuat pengelompokan mengikut kelas atau kumpulannya. Misalnya kita

menetapkan penjenisan buah-buahan tempatan dan buah-buahan luar negara. Atau kita mengklasifikasikan kenderaan di darat dan kenderaan di laut, atau kita membahagikan jenis pokok berbunga atau pokok tidak berbunga dan sebagainya. Mengklasifikasi adalah juga perbuatan mengasingkan dan mengumpulkan objek atau fenomena kepada kumpulan masing-masing berdasarkan kriteria tertentu seperti ciri atau sifat. Ia lebih menekankan kepada ciri atau sifat tertentu sperti ciri atau sifat sepunya. Kemahiran ini digunakan apabila kita hendak menyelesaikan terlalu banyak item atau maklumat item atau maklumat yang tidak tersusun. Membuat pengelasan seolah-olah memberi label kepada benda tersebut ianya tidaklah semudah itu. Contoh, kiranya kita kenal pasti pokok durian, kita sebenarnya mengambil kira ciri-ciri khusus pokok durian yg boleh membezakan pokok tersebut dgn pokok-pokok lain. Kita akan cuba kenal pasti dan senaraikan ciri-ciri pada pokok durian atau pokok lain. Dapatannya kita lebih mengenali pokok durian dari sebelumnya. Kemampuan utk mengumpul, mencari dan menyenaraikan dan mengkategorikan ciri32

ciri pokok durian membantu kita menyusun dan mengatur maklumat yg kita kumpulkan itu dgn lebih sistematik dan terurus.

8.3

Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu

8.3.1 Bacaan Aktiviti Peringkat Prabacaan Menyesuaikan bentuk-bentuk yang sama Memilih bentuk yang sama dan berbeza dari segi warna, bentuk dan saiz. Mengecam dan membiasakan diri dengan bentuk huruf. Mengelaskan benda atau bentuk gambar mengikut kumpulan. Menyusun benda atau gambar mengikut urutan.

Aktiviti Peringkat Bacaan Mekanis Membunyikan huruf-huruf dalam perkataan. Membaca perkataan bergambar. Menyusun semula huruf yang diberi untuk membina perkataan bepandukan gambar. Membunyikan suku kata yang ditunjukkan. Mengeja perkataan dan membaca ayat Membatangkan suku kata terbuka dan suku kata tertutup dalam perkataan.

33

Aktiviti Peringkat Membaca Dan Memahami Menyusun dan memadankan gambar-gambar dengan perkataanperkataan yang diberi. Menyesuaikan ayat dengan gambar yang diberi. Membaca senyap sesuatu cerita untuk dibincangkan. Menggambarkan isi bacaan yang dibaca dalam bentuk gambar rajah. Menggambarkan bahan yang dibaca dengan memberi penerangan. Menggambarkan cerita yang dibaca dalam bentuk lisan

8.3.2 Kaedah Menulis Kemahiran menulis secara mekanis Melibatkan latihan pergerakan tangan, otot, jari dan sebagainya Penting dikuasai pada peringkat awal supaya murid dapat menulis dengan kemas. Pelajar diperkenalkan huruf, tanda bacaan dan lain-lain.

Menulis Secara Mekanis Latihan pergerakan tangan, otot dan jari Tunjukkan pergerakan tangan menulis di awangan, di pasir, di papan tulis dan sebagainya. Melatih menulis unsur-unsur huruf perkataan dan gambar. Mengawasi tulisan murid tentang bentuk, saiz, tegak atau condong dan lain-lain. Melatih murid menulis cepat, senang dan kemas.

Penulisan Kreatif / Pelahiran Mental Biasanya dikuasai selepas pelajar menguasai kemahiran mekanis
34

Contohnya membuat karangan melibatkan pernyataan pendapat atau lain-lain.

Cara Menulis 1. Alat tulis yang paling sesuai ialah sederhana lembut HB. setelah menguasai cara menulis yang baik bolehlah gunakan pen Pen berdakwat lebih baik daripada `ballpoint` lebih baik

2.

Cara menulis huruf mengikut kumpulan huruf di mana pergerakan menulis bermula

* dari kanan a c * dari kiri r m n p v w x y z u d g o q s f

* dari atas i j l h b k t

* dari tengah e 3. Strategi 3 T = TEKAP TIRU TULIS double line

Gunakan buku yang mempunyai garis 4. Garis panduan untuk latihan menulis -

beri bahan tulisan yang tidak membosankan elakkan daripada menulis satu ayat berulang-ulang. Beri ayat yang bermakna dan mudah difahami murid.

perhatikan kelemahan murid dan bina bahan tulisan yang boleh


35

difahami , pastikan pegangan pensel adalah betul membantu kelemahan itu. elakkan daripada memberi terlalu banyak latihan untuk di tulis

8.4

Kaedah Pengajaran Matematik

8.4.1 Kaedah Polya Diperkenalkan oleh George Polya yang menerangkan 4 langkah untuk menyelesaikan masalah matematik iaitu; Langkah 1 Memahami Masalah Mengenalpasti kehendak soalan mencatatkan maklumat dan clue yang ada dalam soalan. Mencari perkaitan maklumat yang diberi dengan masalah yang ingin diselesaikan Langkah 2 Merancang Strategi Guru membimbing pelajar merancang strategi yang akan digunakan. Fikirkan strategi yang sesuai untuk menyelesaikan masalah diberi, beberapa strategi boleh dicuba. Langkah 3 Melaksanakan Strategi Pilih satu strategi yang terbaik. Gunakan operasi yang sesuai @ formula yang berkaitan Langkah 4 Menyemak jawapan

8.4.2 Kaedah Newman Model Newman digunakan untuk mengesan kesalahan pelajar

menyelesaikan matematik ; Peringkat 1 Membaca dan Memahami Soalan Guru harus kenalpasti samada pelajar tahu @ memahami apa yang dibaca
36

Peringkat 2 Pemahaman tentang apa yang dibaca Pelajar harus mencari perkaitan antara masalah yang ingin diselesaikan dengan konsep matematik

Peringkat 3 Tranformasi Pernyataan dalam soalan perlu dipindahkan kepada symbol matematik. Peringkat 4 Kemahiran Memproses Pelajar memproses maklumat yang diberi kepada ayat matematik yang betul. Gunakan operasi yang sesuai dalam menyelesaikan soalan.

Peringkat 5 Menyah-kod Pelajar perlu menyah-kod yang terdapay dalam soalan supaya jalan pengiraan yang betul dapat dibuat.

Peringkat 6 Cuai Guru mengingatkan pelajar supaya menyemak jawapan bagi

mengelakkan kecuaian. Pada peringkat ini pelajar tidak lagi bergantung pada bahan konkrit dan mereka harus mampu berfikir secara abstrak. Peringkat 7 Motivasi Guru harus memberikan kata-kata semangat dan yakinkan mereka dapat menyelesaikan soalan matematik

37

BIODATA MURID

Nama Murid Tarikh Lahir Jantina Umur Sijil Lahir Alamat Jenis Masalah

: : : : : : :

Syafiqah binti Kiroman 26 Oktober 2001 Perempuan 9 tahun 010524-02-1738 Km 27, Jalan Jasin, 77300 Merlimau, Melaka Disleksia

38

9.0

LAPORAN KANAK-KANAK DISLEKSIA DI SEKOLAH KEBANGSAAN MERLIMAU 2, MELAKA

Pada semester ini bagi subjek Pendidikan Khas kami dikehendaki mengenaplasti masalah pembelajaran bahasa dan Matematik murid disleksia. Saya memilih seorang murid dislkesia di sekolah ini iaitu Syafiqah. Bagi mendapatkan pelbagai maklumat kami telah menemubual pelbagai pihak di sekolah tersebut. Antaranya ialah guru kelas, guru mata pelajaran dan guru penyelaras. Berdasarkan hasil temubual daripada pihak di sekolah tersebut, murid ini seorang yang boleh berkomunikasi dan berhubungan baik dengan rakan-rakannya. Murid ini bertingkah laku baik dan akan memberi kerjasama ketika aktiviti berkumpulan dijalankan. Berdasarkan permerhatian daripada guru mereka menyatakan bahawa

murid ini tidak pernah menimbulkan sebarang masalah bersama rakan-rakannya. Murid ini tidak pernah bergaduh ataupun bermasam muka antara rakan-rakannya. Seperti murid yang lain, murid ini mempunyai tumpuan yang singkat ketika sesi pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan. Ketika sesi soal jawab dijalankan, murid ini akan menjawab soalan dengan betul jika murid ini memberi tumpuan ketika sesi pengajaran dan pembelajaran sedang berjalan. Namun murid ini tidak akan dapat menjawab soalan ini jika dia tidak membri tumpuan ketika sesi pengajaran dan pembelajaran. Murid ini juga tidak akan bertanya secara berlebihan ketika sesi pengajaran. Tetapi jika murid ini berada di dalam kumpulan yang kecil, murid ini akan bertanya dan menjawab walaupun jawapan yang diberikan itu salah. Murid ini lebih berkeyakinan jika berada di dalam kumpulan yang kecil.

9.1

Kemahiran Bahasa Melayu Kemudian perkara yang saya taksir semasa berada di sekolah ialah aspek

Bahasa Melayu. Pelbagai cara saya mentaksir murid ini. Antaranya ialah pemerhatian dan analisis sampel kerja. Terdapat tiga bahagian di dalam aspek Bahasa Melayu.

39

Pertama ialah lisan. Langkah yang saya lakukan ialah murid dikehendaki bercerita mengenai hobi mereka. Pada mulanya, murid ini tidak faham dengan perkataan hobi. Setelah

diterangkan beberapa kali, barulah dia faham. Murid ini mempunyai kurang keyakinan ketika bercerita bersama rakan-rakan tentang hobinya. Murid ini tidak banyak menggunakan bahasa atau perkataan yang sukar. Hobi murid ini ialah membaca buku. Tidak banyak perkara yang murid ini bercerita tentang hobinya. Bahasa yang digunakan ialah bahasa yang mudah difahami dan tidak sukar untuk difahami oleh rakanrakannya. Bahagian kedua ialah bacaan. Kemahiran membaca yang saya pilih ialah KV+KV. Apa yang dapat dilihat semasa murid ini membaca ialah murid ini masih mengeja beberapa huruf ketika membacanya. Tetapi murid ini tidak mengalami kesilapan yang berulang pada huruf yang sama. Bahagian ketiga ialah tulisan. Saya membuat analisis sampel kerja murid ini. Apa yang dapat daripada analisis ini ialah murid ini masih lagi keliru dengan sebutan dan tulisan. Berdasarkan Rajah 1, murid ini menulis berdasarkan perkataan yang guru sebut. Antara kesilapan yang murid ini lakukan seperti di Rajah 1. Terdapat beberapa huruf yang ditukar dan tertinggal ketika menulis.

Rajah 1 .

40

9.1.1 Ujian Diagnostik Bahasa Melayu Saya telah menjalankan pentaksiran menggunakan Ujian Diagnostik Bahasa Melayu dan Matematik ke atas Syafiqa. Saya melakukan Ujian Diagnostik Bahasa Melayu Bacaan dan Tulisan. Kemahiran yang diuji ialah suku kata kv, perkataan vkv, perkataan kv kv, perkataan kv kv kv dan perkataan kvk. Aktiviti tulisan yang dijalankan ialah melengkapkan suku kata awal, melengkapkan suku kata akhir dan menulis perkataan berdasarkan gambar. Berdasarkan ujian bacaa yang dibuat, saya mendapati murid ini mempunyai beberapa kelebihan dan kelemahan. Ujian pertama iaitu membaca perkataan kv kv, v kv, dia dapat membaca dengan lancar. Namun, beliau mempunyai sedikit masalah untuk membaca perkataan kv kv kv dan kvk dan perkataan yang mempunyai lebih dari dua suku kata. Ujian kedua iaitu Ujian Diagnostik Tulisan, dalam kemahiran suku kata kv dia tidak mempunyai masalah. Dia dapat melengkapkan suku kata dengan betul. Kemahiran perkataan kv kv pula, murid ini telah menulis perkataan `guni` kepada `gani`. Dia telah menukar huruf `u` kepada `a`. Manakala kemahiran perkataan vkv terdapat beberapa kesalahan iaitu perkataan `ubi` ditulis `upi` dan perkataan `isi` ditulis `ilisi. Kesalahan yang dilakukan menambah huruf dalam perkataan dan keliru dengan huruf `b` dan `p`. Bagi kemahiran perkataan kv kv kv kesalahan yang dilakukan ialah meninggalkan dan menukar huruf dalam perkataan. Murid ini telah menulis perkataan `peluru` kepada `peru`, `puteri` kepada `puter` `petola` kepada `betola` dan `kereta`, kepada `keleta`. Hasil ujian kemahiran kvk, dia boleh menulis huruf-huruf tetapi mempunyai masalah dalam orientasi huruf yang betul iaitu menulis huruf `j` dengan terbalik. Dia juga keliru dengan huruf `b` dan `d`, `m` dan `n`, `a` dan`e`.

41

9.2

Kemahiran Matematik Ujian Diagnostik Matematik pula kemahiran perbandingan, susunan nombor, dan

penambahan. Hasil pentaksiran Ujian Diagnostik Matematik pula adalah berbeza dengan hasil Ujian Diagnostik Bahasa Melayu. Ujian pertama iaitu berkenaan dengan perbandingan, dia mengenal dan mampu membezakan bentuk dengan betul. Ujian kedua pula iaitu susunan nombor menampakkan sedikit kelemahan dirinya. Dia tidak boleh menulis nombor mengikut susunan dan tidak dapat menulis nombor dengan perkataan. Ujian penambahan pula memerlukan masa yang agak lama untuk

menjawab setiap satu soalan. Hal ini menyebabkan dia berasa bosan dan tidak ada keyakinan diri untuk menjawab soalan berikutnya. Namun, dia mampu menjawab proses penambahan yang melibatkan satu tempat nombor dan mempunyai masalah apabila melibatkan dua tempat nombor.

9.3

Kemahiran Sosial Saya juga telah menjalankan pemerhatian terhadap kemahiran sosial dan

tingkah laku murid tersebut. Saya mendapati bahawa Syafiqa merupakan seorang murid yang mempunyai kemahiran sosial yang memuaskan. Hal ini digambarkan apabila dia mampu bermain, bergaul, berbual dan berinteraksi dengan rakan dan gurunya. Dia juga boleh menjawab soalan jika ditanya dan memberi pandangan apabila perlu. Namun, beliau mengambil masa untuk mesra dengan sesiapa yang baru dikenalinya.

9.4

Kemahiran Tingkah Laku Pemerhatian terhadap tingkah laku dia pula memberi gambaran kepada saya

bahawa Syafiqa merupakan seorang murid yang mempunyai perwatakan yang sukar dijangka. Dia boleh menjadi seorang yang periang, suka bermain dan suka bercakap tetapi kadangkala dia menjadi seorang yang pendiam, menyendiri dan lebih suka memerhati.
42

10.0

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MURID KAJIAN Berdasarkan hasil pentaksiran dan pemerhatian yang dijalankan, saya

mempunyai beberapa cadangan yang untuk membantu mengatasi masalah yang dihadapi oleh Syafiqa. Pertama, merujuk hasil Ujian Diagnostik Bahasa Melayu, dia mempunyai masalah dalam membaca perkataan yang lebih dari satu suku kata. Oleh yang demikian, guru boleh mendedahkan Syafiqa dengan lebih kerap tentang perkataan yang melibatkan lebih dari satu suku kata. Guru boleh menggunakan kaedah pengajaran menggunakan kad perkataan, kad bergambar, bercerita dan sebagainya. Usaha ini akan menambahkan lagi perbendaharaan kata dan kemahiran membacanya. Kedua, berkenaan dengan masalah saiz dan orientasi tulisannya. Di sini, guru boleh mengajar menulis saiz huruf dengan betul dengan cara menyuruh dia menulis mengikut saiz kotak atau garisan. Guru boleh melukis kotak atau garisan yang saiznya sesuai dengan huruf. Contohnya, kotak ini atau garis ini . Berkenaan dengan

orientasi tulisannya pula, guru seharusnya memerhatikan cara kedudukannya semasa menulis. Sekiranya kedudukan badan, pensil atau kertas dalam keadaan yang salah seperti senget, guru hendaklah membetulkan kedudukannya. Seterusnya ialah mengenai hasil pentaksiran Ujian Diagnostik Matematik Safiqa. Masalah dalam susunan nombor adalah bukan kerana dia tidak mengenal turutan nombor yang betul tetapi dia mempunyai masalah pemahaman dalam mengenal nombor Bahasa Inggeris. Oleh yang demikian, guru seharusnya mendedahkan dia dengan perkataan Bahasa Inggeris. Hal ini kerana dia mempunyai pemahaman yang kurang dalam Bahasa Inggeris. Sekiranya guru lebih kerap mengajarnya Matematik dalam Bahasa Inggeris, saya berpendapat Syafiqa akan dapat menguasainya dengan lebih baik. Untuk membantu Syafiqa dalam masalah penambahan pula, guru boleh mengajar Syafiqa pengiraan secara konkrit. Ini bermaksud, guru harus membekalkan Syafiqa dengan benda maujud seperti batang aiskrim, biji getah, batu, buah-buahan dan sebagainya untuk pengiraan. Hal ini supaya dia nampak secara jelas bagaimana proses penambahan itu berlaku.

43

REFLEKSI Dalam tugasan ini kami dikehendaki membuat dan menjelaskan mengenai program dan murid disleksia. Sebelum mula membuat tugasan, saya telah berbincang dengan rakan sekelas mengenai tugasan ini. Saya mencari maklumat yang berkaitan dengan tugasan. Semua maklumat ini diperolehi dari buku-buku, internet dan lawatan ke sekolah yang ada kelas disleksia. Saya bersama-sama lebih sepuluh rakan sekelas telah membuat lawatan ke Sk. Merlimau 2, Melaka. Saya mendapatkan maklumat mengenai program ini sebanyak mungkin. Bagi mendapatkan pelbagai maklumat kami telah menemubual pelbagai pihak di sekolah tersebut. Antaranya ialah guru kelas, guru mata pelajaran dan guru penyelaras. Selain itu saya perlu mengenalpasti kanak-kanak yang ada ciri-ciri disleksia. Setelah kanak-kanak itu dikenalpasti saya mengadakan temu ramah dengan kanak-kanak itu. Saya juga memberi latihan bacaan dan tulisan (Ujian Diagnostik) Setelah semua maklumat diperolehi, saya mula membuat draf yang berkaitan dengan soalan. Seterusnya saya menyusun serta membuat penulisan mengenai program disleksia. Walaupun tugasan ini dapat disiapkan pada waktunya, tetapi saya menghadapi beberapa masalah. Antaranya ialah talian internat yang sering terputus serta masalah kekangan masa. Hal ini kerana saya banyak tugasan lain yang perlu disiapkan dalam masa yang sama iaitu pengajaran dan pembelajaran di Kelas Pemulihan, tugas-tugas yang diarahkan oleh PPD serta menghadiri kursus-kursus yang dianjurkan JPN. Jadi, saya agak tertekan untuk menyiapkan semua tugasan yang diberikan tepat pada masanya tetapi melalui sokongan rakan-rakan saya dapat menguruskan perasaan dengan baik. Bagi mengelakkan masalah ini berlaku pada masa akan datang, saya perlu bijak dalam pengurusan masa supaya masalah kekangan waktu dapat diatasi dengan baik. Selain itu emosi saya perlulah stabil setiap masa bagi mengelakkan masalah tekanan berlaku lagi.
44

Sesungguhnya setelah saya berjaya menyiapkan tugasan ini banyak ilmu tentang disleksia yang saya perolehi. Segala ilmu yang diperolehi akan saya gunakan untuk mendidik anak-anak ini agar mereka menjadi insan yang berguna kepada bangsa dan negara. Saya juga dapat kaedah-kaedah baru untuk mengatasi masalah kanak-kanak itu. Selain itu saya juga dapat meningkatkan dan memantapkan lagi ilmu pedagogi saya. Segala ilmu yang diperolehi akan saya gunakan untuk mendidik anak-anak ini agar mereka menjadi insan yang berguna kepada bangsa dan negara. Kesimpulannya, saya berasa amat seronok dan berpuas hati ketika menyiapkan tugasan ini terutamanya ketika menganalisis pelajar yang mengalami masalah bahasa dan matematik. Terima kasih kepada pensyarah pembimbing kerana banyak membantu dan membimbing serta memberi idea-idea yang bernas dalam menjayakan tugasan ini.

45

BIBLIOGRAFI Mok Soon Sang. (2009). Perkembangan Kanak-kanak Selangor : CIPTA Printing & Publishing (M) Sdn. Bhd. Prof. Dr. Mansor Fadzil, Prof. Dr. Abd.Razak Habib & Prof. Dr. Ansary Ahmed. (2007). Kanak-kanak Berrmasalah Pembelajaran. Pengenalan Pendidikan Kanak-kanak Masalah Pembelajaran. (pp.1-18). Kuala Lumpur : Meteor Doc. Sdn.Bhd. Sheila Devaraj, Samsilah Roslan, (2006). Apa Itu Disleksia?. Kuala Lumpur: PTS Profesional Pullishing Sdm. Bhd. Anne Henderson. (1998). Maths for the Dyslexic.London: David Fulton Publishers http://www.scribd.com/doc/12730748/DISLEKSIA . Accessed on 17 Ogos 2010 http:/eprints.usm.my/9988/1/MASALAH- DISLEKSIA-DALAM KALANGAN MURIDMURID PEMULIHAN. Accessed on 18 Sept 2010 http:/pendidikan khas-ani.blogspot.com/2009/03/disleksia. Accessed on 19 Ogos 2010.

46

47

Anda mungkin juga menyukai