Anda di halaman 1dari 4

NAMA: WONG SOON HENG

Apa itu sukan rekreasi? Mengikut Ford (1981), rekreasi ialah program yang meliputi penggunaan persekitaran semula jadi bagi tujuan mengukuhkan pengajaran dan pembelajaran kurikulum yang sedia ada. Ini merangkumi perkembangan pengetahuan, kemahiran dan sikap khususnya penggunaan masa senggang. Selain itu, sukan rekreasi juga ditakrifkan sebagai aktiviti yang terancang yang dilakukan untuk memenuhi masa lapang dan bukan untuk tujuan pertandingan tetapi untuk memperolehi ketenangan minda dan merehatkan badan serta mempelajari pengetahuan tentang sesuatu perkara. Aktiviti sukan rekreasi dibahagikan kepada dua jenis, iaitu aktiviti berasaskan darat dan aktiviti berasaskan air. Terdapat juga sukan rekreasi yang meliputi aktiviti darat dan aktiviti air. Ciri-ciri utama bagi aktiviti rekreasi adalah aktiviti rekreasi ini merupakan suatu aktiviti di mana pergerakannya bebas. Sesiapa yang menjalankan aktiviti rekreasi boleh memilih tempat dan masa untuk menjalankan aktiviti tersebut ikut suka hati mereka sahaja. Selain itu, aktiviti rekreasi adalah tidak terhad dan tertakluk kepada peraturan yang ketat semasa ia dimainkan atau dilakukan. Seterusnya, aktiviti rekreasi tidak mempunyai jadual tertentu untuk mengendalikannya. Jika aktiviti tersebut diminati, ia boleh dilakukan sama ada sekali atau lebih daripada sekali dalam masa tertentu. Terdapat pelbagai jenis faktor untuk melakukan aktiviti rekreasi. Ada yang menjadikan aktiviti rekreasi sebagai hobi dan hiburan mereka. Oleh itu, mereka akan melakukan aktiviti rekreasi apabila teringin melakukannya. Terdapat segelintir melakukan aktiviti rekreasi kerana mereka boleh mendapat

keseronokan dalam aktiviti. Aktiviti rerkreasi juga boleh dilakukan untuk mengisi masa lapang. Dengan cara ini, masa itu boleh digunakan untuk berfaedah dan bermakna. Melalui aktiviti rekreasi, mereka dapat mengurangkan ketegangan dan tekanan yang telah lama berkumpul sama ada dalam badan atau dalam minda. Sesetengah aktiviti rekreasi juga boleh memberi kepuasan kepada pemainnya.

Dalam kurikulum di sekolah, aktiviti rekreasi dititikberatkan kepada murid. Oleh sebab itu setiap tahun, kebanyakan sekolah akan menganjurkan pelbagai aktiviti rekreasi untuk pelajar-pelajar. Sukan rekreasi diselaraskan di sekolah bagi merealisasikan falsafah pendidikan kebangsaan bagi melahirkan modal insan minda kelas pertama yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Sekiranya para pelajar atau murid sentiasa mengambil bahagian dalam aktiviti rekreasi, ia dapat mengekalkan keadaan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial yang sihat. Salah satu aktiviti rekreasi yang boleh dilaksanakan di sekolah ialah perkhemahan. Berkhemah adalah penghidupan di luar sama ada di hutan, di pantai, di bukit, di gunung dan sebagainya. Pada masa yang sama, berkhemah juga bermakna anda menerima atau memikul beberapa tanggungjawab terhadap pengurusan makanan, perlindungan dan melibatkan diri dalam aktiviti berkaitan dengan persekitaran anda. Sekiranya anda berkhemah secara individu atau berkumpulan, perhubungan rapat dengan alam semula jadi diperlukan dan diutamakan. Aktiviti berkhemah merupakan salah satu aktiviti utama kegiatan kokurikulum di sekolah. Murid-murid juga diberi peluang untuk mendekati dengan alam semula jadi dan mendapat pengetahuan daripada ia. Melalui aktiviti ini, unsur-unsur asas pembangunan kemanusiaan dapat dipupuk dan disemai dalam para peserta sejak kecil dahulu. Selain itu, pendidikan konservasi juga perlu diterapkan dalam para peserta yang masih kecil-kecil belaka itu. Pendidikan konservasi boleh didefinisikan sebagai satu usaha untuk menimbulkan kesedaran atau kepekaan terhadap kepentingan atau keperluan terhadap sesuatu perkara. Manakala sukan rekreasi pula boleh didefinisikan sebagai aktiviti yang terancang yang dilakukan untuk memenuhi masa lapang bukan untuk tujuan pertandingan tetapi untuk memperolehi ketenangan minda dan merehatkan badan serta mempelajari pengetahuan tentang sesuatu perkara. Maka kepentingan pendidikan konservasi dalam sukan rekreasi boleh didefinisikan sebagai satu usaha ataupun cara untukk mendidik seseorang individu dalam sesuatu perkara apabila mereka mengikuti aktiviti rekreasi ini.

Pendidikan konservasi dalam sukan rekreasi perlu didedahkan pada peringkat sekolah rendah supaya murid-murid dapat meluaskan ilmu

pengetahuan mereka terhadap kepentingan alam sekitar kepada kita. Hal ini kerana isu alam sekitar sememangnya menjadi suatu isu yang serius dan memerlukan pemerhatian segera. Oleh itu, apabila pendidikan konservasi terhadap alam sekitar diberikan kepada anak murid, amalan memelihara dan memulihara alam sekitar daripada ancaman pencemaran dapat dipupuk. Pendidikan konservasi juga turut mendidik anak-anak murid untuk tidak mencemarkan alam sekitar kita dan perlu sayang dan ramah kepada alam sekitar. Contohnya, menjaga kebersihan di sepanjang jalan menjejak dan tidak membunuh sebarang tumbuh-tumbuhan dan haiwan-haiwan kecil kecuali ia mengancamkan keselamatan. Mereka juga akan mula mencintai flora dan fauna serta sungai yang berada di sekeliling tapak perkhemahan. Dengan ini, mereka akan mengumpulkan semua bekas atau bungkusan makanan dan bawa keluar dari kawasan hutan. Ini akan membantu untuk memelihara alam sekitar kita yang kian hari semakin mengalami pencemaran dan ancaman yang serius. Seterusnya, pendidikan konservasi dalam sukan rekreasi juga menjadi alat utama untuk menanamkan semangat untuk menjaga alam sekitar dan sekaligus menukar sikap mereka yang tidak bertanggungjawab dan tidak prihatin terhadap alam sekitar kepada sebaliknya. Sebagai bukti, mereka tidak mengukir atau menconteng batu atau dinding-dinding batu yang terdapat dalam kawasan hutan. Pendek kata, pendidikan konservasi dalam sukan rekreasi sememangnya sesuatu yang harus ditekankan dan dilaksanakan supaya kita dapat mengubah sikap generasi yang akan datang supaya mereka turut memainkan peranan dalam menjaga alam sekitar kita sejak kecil dahulu. Dengan usaha ini, kita dapat mengurangkan masalah pencemaran alam sekitar dan projek penanaman semula pokok-pokok baru dapat dijalankan dengan lancar dan sempurna. Dengan ini, kawasan sekeliling kita dapat dipenuhi dengan tumbuh-tumbuhan hijau dan bukan kawasan tanah yang gondol ataupun kawasan yang penuh dengan bangunan yang mencakar langit.

RUJUKAN BUKU
Ikmalhisham Bin Hj. Daroji, Chia Chiow Ming. (2012). Pendidikan luar. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd.

Mohd. Salleh Aman. (2006). Pengurusan sukan di Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

LAMAN WEB
Scribd. Kepentingan Konservasi dalam Sukan dan Rekreasi. Retrieved on: 26/9/2012 from: http://www.scribd.com/doc/60229151/Kepentingan-

Pendidikan-Konservasi-Dalam-Sukan-Dan

Scribd. Pengenalan Kepada Sukan Rekreasi. Retrieved on: 26/9/2012 from: http://www.scribd.com/doc/20894453/Definisi-sukan-rekreasi