Anda di halaman 1dari 1

Banjir Di Kampung Saya Pada musim tengkujuh, hujan turun dengan tidak berhenti-henti di kampung saya.

Sudah tiga hari tetapi hujan masih turun mencurah-curah. Air sungai semakin naik dan akhirnya mencapai paras bahaya. Keesokannya air sungai melimpah dan mula menenggelami kawasan kampung. Kami berasa bimbang lalu memindahkan barang-barang ke tempat yang tinggi. Kami juga mengemaskan barang-barang dan dokumen-dokumen yang penting. Air semakin tinggi dan kami berasa cemas. Nasib baik pasukan penyelamat muncul di kampung kami. Dengan tidak berlengah, ibu dan ayah membawa kami adik-beradik melarikan diri dengan menaiki bot penyelamat. Kami dibawa ke tempat yang selamat iaitu balai raya. Kedudukan balai raya lebih tinggi kalau dibandingkan dengan bangunan lain. Tempat ini telah dijadikan pusat pemindahan sementara. Di sini, kami diberi bantuan makanan dan rawatan perubatan. Keadaan di sini riuh-rendah dan tidak selesa. Selama dua malam di sini, saya tidak melelapkan mata saya kerana khuatir tentang barang-barang dalam rumah saya. Pada hari ketiga, air pun surut. Kami dibenarkan pulang. Sepanjang perjalanan pulang kami terlihat sampah-sarap bertaburan dan bangkai binatang ternakan mati bergelimpangan. Apabila sampai ke rumah, kami hampir pengsan melihat rumah kami penuh dengan lumpur. Barang-barang kami telah rosak dan berbau hapuk. Dengan perasaan geram dan sedih, kami membersihkan rumah kami. Banjir amat merugikan. Saya berharap banjir tidak akan melanda lagi di kampung saya. Banjir Di Kampung Saya Pada musim tengkujuh, hujan turun dengan tidak berhenti-henti di kampung saya. Sudah tiga hari tetapi hujan masih turun mencurah-curah. Air sungai semakin naik dan akhirnya mencapai paras bahaya. Keesokannya air sungai melimpah dan mula menenggelami kawasan kampung. Kami berasa bimbang lalu memindahkan barang-barang ke tempat yang tinggi. Kami juga mengemaskan barang-barang dan dokumen-dokumen yang penting. Air semakin tinggi dan kami berasa cemas. Nasib baik pasukan penyelamat muncul di kampung kami. Dengan tidak berlengah, ibu dan ayah membawa kami adik-beradik melarikan diri dengan menaiki bot penyelamat. Kami dibawa ke tempat yang selamat iaitu balai raya. Kedudukan balai raya lebih tinggi kalau dibandingkan dengan bangunan lain. Tempat ini telah dijadikan pusat pemindahan sementara. Di sini, kami diberi bantuan makanan dan rawatan perubatan. Keadaan di sini riuh-rendah dan tidak selesa. Selama dua malam di sini, saya tidak melelapkan mata saya kerana khuatir tentang barang-barang dalam rumah saya. Pada hari ketiga, air pun surut. Kami dibenarkan pulang. Sepanjang perjalanan pulang kami terlihat sampah-sarap bertaburan dan bangkai binatang ternakan mati bergelimpangan. Apabila sampai ke rumah, kami hampir pengsan melihat rumah kami penuh dengan lumpur. Barang-barang kami telah rosak dan berbau hapuk. Dengan perasaan geram dan sedih, kami membersihkan rumah kami. Banjir amat merugikan. Saya berharap banjir tidak akan melanda lagi di kampung saya.