Anda di halaman 1dari 1

Refleksi Pengajaran Pengajaran dan pembelajaran pada hari ini berjaya dilaksanakan.

Bidang yang dipilih pada hari ini ialah bidang kraf tradisional.Aktiviti yang dipilih ialah menghasilkan menghasilkan anyaman ikan degan menggunakan teknik anyaman.Tajuk aktiviti pada hari ini ialah Anyaman Ikan.Pada hari ini semua murid hadir iaitu seramai 35 orang. Aktiviti dimulakan dengan set induksi.Guru menyangkan video mengenai suasan dasar lautan. Seterusnya guru meminta murid mengaitkan video yang ditunjukkan yang diberikan tadi dengan aktiviti yang akan dibuat. Guru memperkenalkan tajuk pengajaran iaitu Anyaman Ikan.Semasa sesi penerangan,guru menerangkan mengenai aktiviti Anyaman Ikan yang akan dijalankan.Murid mendengar dengan penuh khusyuk.Guru juga menerangkan tentang alat dan bahan yang akan digunakan dalam aktiviti ini. Guru menunujukkan demonstrasi sambil diikuti oleh murid.Aktiviti diteruskan sehingga penamat.Semasa sesi apresiasi karya,guru memilih tiga orang murid untuk menceritakan pengalaman mereka membuat aktiviti Anyaman Ikan. Guru menilai hasil karya mereka dengan baik,sederhana dan lemah.Penutup dijalankan dengan rumusan pembelajaran pada hari ini. Kekuatan Kekuatan yang dapat dikenal pasti dalam pengajaran dan pembelajaran kali ini ialah dari segi kawalan kelas. Guru dapat mengawal kelas dengan baik berdasarkan suara yang lantang dan sikap guru yang tegas semasa menjalankan aktiviti.Aktiviti juga berjalan dengan lancar dan tamat pada masa yang ditetapkan.Selain itu juga, murid melaksanakan aktiviti dalam keadaan yang selesa,dan kemas.Selain itu juga,guru telah mengaplikasikan ICT bagi memperbaiki pengajaran dan pembelajaran.Murid berjaya menunjukkan minat semasa melaksanakan aktiviti. Kelemahan Kelemahan yang dikenal pasti dalam pengajaran kali ini ialah guru terlepas pandang terlupa membuka lampu semasa aktiviti dijalankan.hal ini kerana pada sesi set induksi guru mematikan lampu supaya tayangan video dapat dijalankan.Murid membuat aktiviti dalam keadaan pencahayaan yang kurang mencukupi. Penambahbaikkan Pada pengajaran dan pembelajaran akan datang, guru perlu memastikan pencahayaan yang mencukupi dan sentiasa peka terhadap sekeliling.