Anda di halaman 1dari 4

Implikasi Jurnal 'Perisian Matematik bagi Tajuk Pecahan untuk Pelajar Berkeperluan Khas' dan Artikel 'Faktor-faktor yang

Mempengaruhi Minat Terhadap Matematik Di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah' dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik

Jurnal memainkan peranan yang penting dalam sesuatu bidang. Contohnya, dalam bidang Matematik. Ia merupakan teras yang penting dalam perkembangan bidang Matematik. Ini kerana, jurnal atau artikel merupakan salah satu medium hasil kajian yang akan dijadikan panduan atau bahan rujukan sumber tambahan. Dalam jurnal 'Perisian Matematik bagi Tajuk Pecahan untuk Pelajar Berkeperluan Khas' contohnya, ia membuktikan bahawa sesi pembelajaran lebih bermakna dengan terciptanya perisian yang dihasilkan bertujuan untuk memberi pemahaman yang lebih baik kepada golongan pelajar berkeperluan khas. Beberapa kajian telah dijalankan dan telah melalui beberapa fasa.Akhirnya, pelajar (responden) telah mahir dalam menyelesaikan masalah pecahan hanya dengan menggunakan perisian yang telah dihasilkan. Ini bermakna, kajian tersebut telah berjaya meningkatkan pemahaman pelajar tersebut. Dengan penghasilan jurnal itu, ia memberi banyak manfaat kepada golongan pendidik terutamanya dalam bidang Matematik. Dengan ini, guru-guru boleh jadikannya sebagai panduan dan sumber rujukan tambahan. Ia dapat menambahkan pengetahuan guru-guru di samping dapat memberi idea untuk merangka proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih baik dan berkesan. Dalam masa yang sama juga, ia dapat menggalakkan kreativiti guru-guru dalam proses pengajaran. Merujuk kepada artikel 'Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Minat Terhadap Matematik Di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah' pula, ia mengupas tentang permasalahan yang berlaku kepada pelajar terhadap matapelajaran Matematik di sekolah menengah. Ia turut mengetengahkan isu-isu yang mungkin menjadi faktor permasalahan itu. Faktor-faktor ini termasuklah faktor luaran dan dalaman diri pelajar tersebut. Ia merangkumi faktor guru, rakan,diri sendiri,ibubapa dan persekitaran. Justeru, guru-guru amnya harus memainkan peranan yang penting dalam membentuk generasi Matematik yang berjaya. Berdasarkan faktor-faktor ini, guru boleh mengambil peluang dan mencipta sesuatu yang lebih baik dalam menangani isu ini. Dengan

ini, guru-guru boleh bersedia dengan lebih awal jika situasi ini terjadi di sekolah masingmasing. Secara kesimpulannya, jurnal dan artikel amat berguna dalam pendidikan. Ia merupakan satu kajian yang mendalam dengan mengetengahkan isu-isu semasa dalam dunia pendidikan.

TUGASAN MTE 3106 : RESOS DALAM MATEMATIK NAMA KURSUS NAMA PENSYARAH : : : SURIANI BINTI SULAIMAN PPG AMBILAN KHAS FEBRUARI 2013 PN. KAMARIAH BINTI BUJANG

Persamaan dan Perbezaan Jurnal dan Artikel Persamaan : * * * Jurnal dan artikel sebagai panduan dan sumber rujukan tambahan. Kedua-duanya dapat memberi banyak input / maklumat tambahan kepada pembaca. Kedua-duanya merupakan hasil nukilan dan menterjemahkannya dalam bentuk penulisan. * Ia dapat memberi idea dan menggalakkan kreativiti pembaca.

Perbezaan :

Ciri-ciri Jurnal

Ciri-ciri Artikel

1. Merupakan format rasmi / formal

1. Tiada format rasmi ( bebas )

2. Terbitan berkala

2. Tidak diterbitkan secara berkala

3. Berdasarkan sumber-sumber yang dipercayai

3. Sumber bebas ( mengikut kreativiti penulis )

4. Grafik yang dihasilkan berbentuk statistik dan warnanya hitam / putih

4. Grafik bebas ( mengikut kreativiti penulis )

5. Ada penilai

5. Tiada penilai

6. Sumber rujukan yang dijadikan sokongan 6. Tidak diperlukan akan ditulis sebagai nota kaki dan bibliografi

7. Penulis merupakan ilmuan / penyelidik yang pakar dalam bidang-bidang tertentu

7. Sesiapapun boleh menghasilkan artikel

8. Bertujuan untuk menerbitkan dapatan dari kajian yang telah dibuat

8. Tiada kajian diperlukan

9. Penerbit merupakan organisasi profesional, dan bukan untuk mendapatkan keuntungan

9. Tidak berkenaan