Anda di halaman 1dari 1

PENGHARGAAN

Alhamdulillah dan bersyukur ke hadrat Ilahi kerana saya telah berjaya menamatkan Latihan Industri di ZMD PLANNING CONSULT selama 12 minggu. Sepanjang tempoh latihan industri ini memberi pengalaman dan pengetahuan dalam bidang pembelajaran yang diceburi serta memberi pendedahan dengan alam pekerjaan yang sebenar untuk membantu pelajar agar lebih bersedia selepas tamat pengajian. Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya saya dapat menyiapkan Laporan Latihan Industri untuk sesi ke-2 Jun 2013. Terlebih dahulu saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Penyelaras Latihan Industri kali ini iaitu Encik Abdul Razak bin Jaffar dalam memberi tunjuk ajar dan panduan dalam menyiapkan laporan penulisan ini. Syukur Alhamdulillah kerana saya diterima sebagai pelajar latihan industri di firma perancang ZMD. Sejunjung kasih dan sekalung penghargaan di ucapkan kepada pengarah Tuan Zulkifli Mohd Dahlim kerana menerima saya dan memberi peluang kepada saya untuk menimba ilmu dalam bidang perancangan bandar ini. Penghargaan ikhlas kepada Penyelaras Latihan Industri Cik Yuhanis binti Yaakup di atas dorongan dan panduan yang diberi dalam berkongsi pengalaman dan pengetahuan beliau sepanjang tempoh latihan. Tidak lupa juga kepada staf-staf syarikat di atas sokongan, dorongan dan tunjuk ajar sepanjang penglibatan saya di ZMD. Segala tunjuk ajar yang diberikan amatlah dihargai dan disanjungi. Semoga segala pengalaman dan tunjuk ajar yang telah di timba sepanjang tempoh latihan industri ini dapat saya amalkan apabila saya menempuh alam pekerjaan nanti. Begitu juga dengan pengorbanan dan dorongan yang diberikan oleh ayahanda dan bonda tersayang. Terima kasih.