Anda di halaman 1dari 2

NURUL ATIKAH BT MUHAMAD ZUBAIRI 2PISMP TESL 3

REFLEKSI BIG Pada 11 Ogos 2012, Big Siri Ke-2 dijalankan di rumah warga emas Mengkuang. Kelas kami bergabung dengan kelas PC dan Tamil. Pada BIG kali ini memberikan saya satu pengalaman yang amat berharga. Tambahan pula, kami bergabung dengan kelas yang berlainan bangsa dan kaum. Oleh itu, kerjasama dan tolak ansur sangat penting. Saya berkumpul seawal jam 7.30 pagi bersama-sama kawan di kantin. Pada hari tersebut, pelajar muslim termasuk saya berpuasa kerana BIG diadakan pada bulan Ramadhan. Namun begitu, semua itu tidak menghalang saya untuk melaksanakan tanggungjawab dan tugas saya yang telah ditetapkan semasa di sana. Saya perlu membawa baldi bagi memudahkan gotong-royong di sana nanti. Antara aktiviti yang dijalankan di sana ialah, gotong royong, persembahan untuk warga tua, interaksi antara warga emas, senaman pagi dan menanam pokok bagi setiap kelas. Saya tidak pernah mengunjungi rumah warga emas. Oleh itu, saya manfaatkan masa yang ada untuk menghabiskan masa berbual dengan warga emas dan membuat apa yang termampu untuk menolong mereka di sana. Saya perlu menyapu sampah. Kawasan rumah warga tua tidaklah luas. Perasaan sedih menyelubungi saya apabila melihat keadaan warga emas di sana. Pelbagai kisah dapat saya dengar tentang mereka di sana. Kebanyakkan daripada mereka di hantar oleh anak mereka kerana tidak sanggup menjaga mereka disebabkan terlalu sibuk dengan kerja. Saya begitu kecewa dengan sikap mereka. Betullah kata pepatah bahawa seorang ibu mampu menjaga sepuluh orang anak tetapi sepuluh orang anak belum tentu dapat menjaga seorang ibu. Saya mengambil peluang untuk menyuapkan makanan kepada warga tua di sana. Walaupun saya kurang memahami percakapan mereka keran sebahagian besarnya merupakan warga Cina tetapi saya teta berusaha mendengar apa sahaja yang mereka luahkan. Saya dapat rasakan bahawa mereka kesepian dan merindui keluarga mereka. Seterusnya, kelas kami membuat persembahan deklamasi sajak dan dua buah nyanyian istimewa buat mereka di sana. Moga kehadiran kami walaupun sekejap memberikan keceriaan buat mereka. Saya menyertai kawan saya dalam persembahan sajak. Saya berusaha membuat yang terbaik dan sangat berharap agar mereka gembira dengan kehadiran kami di sana. Saya juga mengambil

NURUL ATIKAH BT MUHAMAD ZUBAIRI 2PISMP TESL 3

kesempatan

untuk

mengedarkan

makanan

kepada

mereka

semasa

sesi

persembahan. Saya sangat bersyukur kerana mereka memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada kami. Ini dapat dilihat semasa sesi senaman agi dan persembahan. Mereka turut menyertai kami dengan bertepuk tangan dan turut menyanyikan lagu yang mereka pandai. Tuntasnya, semua pengalaman itu akan selalu saya kenang. Saya juga berhasrat ingin membahagiakan kedua ibubapa saya dan saya berjanji bahawa saya tidak akan membuat perkara yang sama seperti menghantar kepada rumah warga tua ibubapa saya. Saya tidak sanggup melihat mereka menghabiskan sisa hidup mereka di sana. Pengorbanan ibubapa saya akan selalu saya ingat. Saya juga berterima kasih kepada semua kawan-kawan yang membantu saya dalam program BIG kali ini.