Anda di halaman 1dari 5

4.

PERANAN GURU SEBAGAI AGEN SOSIALISASI

4.1.1 Peranan Guru Terhadap Institusi Pendidikan

Sosialisasi merupakan proses bergaul dan bermesra antara satu sama lain. Sosialisasi memberi pengaruh yang kuat ke arah sahsiah dan secara tidak langsung ia mempengaruhi cara pergaulan, sikap dan minat kita secara umumnya. Dalam sosiologi pihak-pihak yang melaksanakan sosialisasi disebut sebagai agen atau media sosialisasi. Fuller dan Jacobs membahagikan empat agen sosialisasi utama iaitu pihak-pihak yang melaksanakan proses sosiologi utama. Keempat- empat agen atau media sosialisasi tersebut adalah keluarga, rakan sebaya, sekolah dan media massa. Sekolah merupakan salah satu agen sosialisasi yang paling berpengaruh. Menurut Dreeben, dalam institusi pendidikan seseorang pelajar belajar membaca, menulis, dan mengira. Apabila di rumah seorang anak mengharapkan bantuan dari orang tuanya dalam melaksanakan pelbagai pekerjaan, tetapi di sekolah sebagian besar tugas sekolah harus dilakukan sendiri dengan penuh rasa tanggung jawab.

Di sekolah, mereka belajar tentang perspektif yang lebih luas tentang segala hal yang membantu mereka untuk menjalankan peranan yang ada di luar keluarga seperti patriotisme, kebaikan, demokrasi, kejujuran yang diterapkan dalam pelajaran. Ini menunjukkan peranan guru sebagai agen sosialisasi begitu penting dalam kehidupan pelajar. Guru berupaya menggalakkan pergaulan yang mesra dalam kalangan pelajarnya. Ini dapat dilakukan melalui aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Kerja kumpulan yang diadakan akan menggalakkan interaksi antara pelajarnya. Sebaliknya, jika guru menganjurkan kerja kumpulan, peluang untuk bersosialisasi akan berkurangan sesama pelajar.

Peranan guru seterusnya ialah menekankan aspek komunikasi dua hala. Guru perlu mempunyai kemahiran dan dinamika untuk mengendalikan kumpulan-kumpulan dalam bilik darjah. Ini kerana guru yang menekankan aspek ini akan mendorong pelajar pelajar untuk menyoal dan menjawab soalan dan dengan itu dapat membantu pelajarnya mengembangkan perhubungan yang sihat yang akan membaiki sikap terhadap sekolah dan pembelajarannya. Jika guru itu memilih untuk menyampaikan maklumat sahaja, maka kemahiran berkomunikasi tidak dikembangkan. Kemahiran berkomunikasi adalah penting untuk sosialisasi.

Guru juga bertanggungjawab memupuk nilai-nilai murni seperti belas- kasihan, bertolak ansur, bertimbang rasa dan bekerjasama. Pelajar yang muda amat memerlukan keperluan-keperluan psikologi tersebut dan ini dapat dipenuhi oleh seorang guru yang baik hati serta ada perasaan belas kasihan. Kesemua nilai ini amat dihargai dalam sosialisasi. Dengan adanya penekanan nilai-nilai tersebut, suasana yang kondusif telah wujud untuk sosialisasi.

Selain itu, guru perlu mengendalikan projek gotong- royong untuk membersihkan kawasan sekolah, balai raya, pusat warga tua, rumah anak yatim dan sebagainya. Usaha seperti ini akan menyediakan peluang untuk pelajar berinteraksi sesama mereka atau dengan penghuni-penghuni di pusat-pusat tersebut. Ini juga merupakan peluang untuk pelajar bersosialisasi.

Tingkah laku guru merupakan salah satu pengaruh sosialisasi dalam kalangan pelajarnya. Ini kerana guru berdiri di hadapan beratus-ratus orang pelajar. Segala percakapan, tindakan dan tingkah laku guru diperhatikan dengan rapi oleh para pelajar. Ini membawa implikasi bahawa perwatakan guru sering diteliti oleh pelajar. Lantaran itu, guru hendaklah memainkan peranan sebagai contoh teladan atau role model kepada pelajar-pelajarnya. Sekiranya guru itu memiliki sahsiah yang mesra dan sentiasa menyapa pelajar- pelajar dengan baik, maka pelajar itu juga berasa lebih selesa. Sahsiah guru itu akan dicontohi oleh para pelajarnya. Justeru, pelajar akan membesar menjadi individu yang lebih peramah, mesra dan mudah untuk berdampingan dengan orang lain.

4.1.2 Guru Sebagai Penggerak Masyarakat (Innovator) Seseorang guru juga berperanan sebagai innovator selain dari mengajar. Guru merupakan orang yang mendatangkan pelbagai pembaharuan dalam sesebuah masyarakat. Sesebuah masyarakat yang maju terdiri daripada masyarakat tradisional yang bergantung pada pertanian berubah kepada masyarakat yang berasaskan perindustrian adalah disebabkan oleh kemajuan teknologi dalam bidang sains dan teknologi. Usaha untuk melahirkan ahli sains dan jurutera adalah bergantung kepada guru. Ini menunjukkan betapa pentingnya peranan guru dalam melahirkan serta menjana ekonomi negara.

Guru merupakan agen pembaharuan. Guru yang inovatif sentiasa memperkenalkan dan mencuba sesuatu yang baharu dalam pengajarannya. Antara usaha yang dilakukan ialah mencuba strategi pengajaran serta sumber- sumber pengajaran dan pembelajaran yang baharu. Guru seperti ini sentiasa berminat untuk menghadiri pelbagai program, kursus, bengkel, seminar dan forum untuk memperkenalkan idea-idea yang baharu ke dalam bilik darjahnya untuk diaplikasi serta meningkatkan mutu pengajaran serta keberkesanan pembelajaran pelajarnya.

Selain itu, guru-guru yang inovatif banyak menyumbangkan idea-idea yang baharu dalam penggubalan kurikulum-kurikulum seperti KBSR dan KBSM. Mereka mahukan aktiviti-aktiviti pelajar ditekankan. Oleh itu, KBSR adalah memusatkan pelajar jika dibandingkan dengan KBSL yang lebih memusatkan guru. Oleh itu, pembelajaran akan lebih menarik dan berkesan.

Oleh itu, guru sebagai innovator akan melengkapi para pelajar dengan pengetahuan serta kemahiran yang baharu untuk diterapkan kepada murid serta menjadi penggerak kepada masyarakat dan negara amnya.

4.1.3 Guru Sebagai Pembina Negara Pemupukan nilai-nilai dan sikap kenegaraan adalah tugas setiap guru yang memahami dan menghayati aspirasi dan hasrat negara yang berlandaskan kepada prinsip-prinsip Rukun Negara. Guru hendaklah sentiasa mewujudkan suasana pembelajaran yang berkesan bagi pelajar mengembangkan pengetahuan, kemahiran fizikal serta memupuk semangat kenegaraan. Pembinaan dan pemupukan semangat kenegaraan di sekolah merupakan usaha tanggungjawab bersama. Semangat bekerjasama dan sikap sedia memberi dan menerima dalam kalangan guru akan dapat melahirkan individu-individu yang mencintai serta bangga terhadap bangsa dan negara.

Kegiatan kokurikulum dalam bentuk pasukan unit berpakaian seragam, kelab, dan sukan boleh memupuk nilai-nilai kenegaraan. Apabila pelajar-pelajar berinteraksi antara satu sama lain, semangat kekeluargaan dan perpaduan dapat disemai dan dipupuk.

Begitu juga aktiviti permainan dan sukan dapat menyihatkan tubuh badan dan fikiran serta memupuk kestabilan emosi. Selain itu, permainan dan sukan dapat memenuhi perkara-perkara seperti menggalakkan interaksi dan sosialisasi dalam kalangan pelajar pelbagai kaum. Permainan ini melatih pelajar patuh kepada peraturan-peraturan dan memupuk sifat adil, timbang rasa dan toleransi. Semangat bekerjasama harus dipupuk kepada persaingan dan bersedia menerima kekalahan. Dengan itu, seseorang dapat meningkatkan kemahiran, kestabilan, kematangan emosi, dan cara bergaul dan seterusnya semangat identiti ini dapat dipupuk dalam pasukan sekolah dan negara sendiri.

Manakala pasukan unit berpakaian seragam dan kelab dapat memupuk minat dan dedikasi serta berkhidmat untuk masyarakat. Kegiatan-kegiatan tersebut membolehkan pelajar menyemai semangat setiakawan, kekitaan, persefahaman dan perpaduan dalam kalangan ahli seperti mengenali masyarakat melalui aktiviti-aktiviti seperti gotong royong, khemah kerja dan lawatan. Selain itu, sifat mematuhi kepada ketua dan memupuk nilai bertanggungjawab merupakan tanggungjawab terhadap kewajipan diri, bangsa dan juga negara.

Dengan itu, peranan guru sebagai pembina negara adalah amat penting sekali. Mereka ini akan menjadi aset yang dapat memberikan sumbangan yang bermakna kepada masyarakat, agama dan negara.

4.1.4 Guru Sebagai Penyebar Ilmu

Ilmu bermaksud cara memperoleh dan mengendalikan maklumat dan pengalaman. Guru sebagai penyebar ilmu akan menitikberatkan aspek budaya ilmu di sekolah. Budaya ilmu itu merangkumi kegiatan-kegiatan seperti membaca, berfikir, berkarya, bermesyuwarah dan menjalankan refleksi.

Guru akan sering menekankan budaya membaca dalam kalangan pelajarnya. Pelajar akan memperolehi pelbagai jenis pengetahuan tentang agama, falsafah, sains, matematik, sastera, teknologi maklumat, nilai- nilai murni dan bahasa melalui bacaan.

Ilmu tentang pemikiran seharusnya disebar dan dipupuk dalam kalangan pelajar. Dalam pengajaran guru, pelajar-pelajar tidak akan menerima sahaja fakta-fakta yang disampaikan. Sebaliknya, mereka hendaklah digalakkan untuk bertanya dan bertukar-tukar pendapat dengan guru. Pelajar pula sepatutnya menyoal sekiranya kurang memahami suatu konsep yang disampaikan oleh guru. Dalam keadaan ini, adalah nyata guru telah cuba memupuk budaya berfikir dalam kalangan pelajarnya.

Ilmu berfikir terdiri daripada pelbagai jenis. Contohnya pemikiran konvergen, pemikiran divergen, induktif, deduktif, kreatif, membina, kritis, lateral dan menegak. Dalam bidang ICT, guru akan mengajar pelajar pelbagai program komputer yang dikatakan menyampaikan ilmu. Selain itu, pelajar-pelajar diajar melayari beberapa laman web untuk mendapatkan maklumat tambahan tentang apa yang telah dipelajari dalam bilik darjah.

Guru yang mengajar pelajar-pelajar mengarang berbagai-bagai cerpen, puisi, cerpen, syair, artikel, telah cuba menyampaikan ilmu berkarya. Para guru akan memilih hasil karya yang baik untuk dihantar ke beberapa majalah terkemuka. Dorongan seperti ini akan memupuk lagi semangat pelajar untuk berkarya.

Selain itu, melalui amalan bermusyawarah, seseorang guru dapat menyebarkan ilmu kepada individuindividu lain. Seterusnya ahli-ahli lain yang akan mendapat manfaat daripada idea-idea yang tercetus itu. Bermusyawarah merupakan salah satu cara bagaimana guru dapat menyebarkan ilmu.

Kempen yang dijalankan oleh guru di sekolah juga merupakan cara guru menyebarkan ilmu. Beberapa jenis kempen yang lazim di jalankan di sekolah terdiri daripada kempen menggunakan Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, sopan-santun, antidadah, dan antimerokok. Kesemuanya menyebarkan ilmu tentang tema yang ditekankan. Hasil daripada kempen-kempen itu, para pelajar akan dapat memperoleh kesedaran tentang pentingnya Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris selain kebersihan, sopan santun, antidadah dan antimerokok. Kesemuanya menyebarkan ilmu tentang tema yang ditekankan. Hasil daripada kempen-kempen itu, para pelajar akan dapat memperoleh kesedaran tentang pentingnya Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, dan kebersihan diri sendiri. Selain itu, mereka juga dapat membentuk

sikap benci dadah dan amalan merokok. Manakala dari segi moral, pelajar-pelajar akan berakhlak mulia hasil dari ilmu yang disebarkan oleh gurunya.

5.1

KESIMPULAN

Fungsi utama sekolah ialah untuk memberi pendidikan dan latihan. Pendidikan dianggap sebagai proses membentuk seorang manusia yang sanggup berfikir kritis dan mempunyai daya kreatif. Latihan pula bertujuan memberi kemahiran teknikal dan kegiatan psikomotor. Oleh itu, peranan sekolah ialah untuk memberi peluang kepada generasi muda untuk menguasai berbagai-bagai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang difikirkan sesuai untuk menyesuaikan diri dalam perkembangan masyarakat dan kehidupan harian.

Sekolah sebagai satu institusi masyarakat juga mementingkan perkembangan dan perubahan tingkah laku murid-murid mengikut nilai, norma dan kehendak masyarakat. Justeru, persekolahan yang berorganisai itu memainkan peranan dalam mengekalkan corak kehidupan dan kebudayaan yang dianggap baik dalam. Sehubungan itu, guru bukan hanya menyampaikan ilmu pengetahuan sematamata, tetapi juga menanam sikap, nilai dan sahsiah yang sempurna dan mematuhi peraturan masyarakat. Guru juga memainkan peranan sebagai agen sosialisasi dengan membawa perkembangan kualiti social mengikut arus perkembangan masa kini. Kesemua jenis ilmu sama ada akademik ataupun kerohanian, emosi dan jasmani dapat memanfaatkan pelajar-pelajarnya. Setiap pelajar yang membesar dan memegang jawatan yang penting dalan sektor awam dan swasta akan terkenang kepada guru kerana peranannya sebagai penyebar ilmu. Guru merupakan agen sosialisasi yang penting yang perlu memastikan kelangsungan proses sosialisasi pelajarpelajar di sekolah adalah mengikut acuan nilai, budaya dan aspirasi masyarakat kita.

Tingkah laku guru sendiri akan mempengaruhi kadar sosialisai dalam kalangan pelajarnya. Sekiranya guru itu memiliki sahsiah yang mesra dan sentiasa menyapa pelajar-pelajar dengan baik, maka pelajar itu juga berasa lebih selesa. Sahsiah guru itu akan dicontohi oleh pelajar-pelajarnya. Lantaran itu, pelajar-pelajar akan membesar menjadi individu yang lebih peramah dan mesra. Individu seperti ini mudah berdamping dengan orang lain. Justeru, peranan guru sebagai agen sosialisasi merupakan peranan yang penting. Dalam usaha kea rah mewujudkan sebuah masyarakat penyayang dan ikram gurulah yang akan membentuk anggota-anggota masyarakat yang memiliki sifat-sifat yang dihasratkan.