Anda di halaman 1dari 15

Pengenalan Teori Tugas Perkembangan Robert Havighurst Robert Havighurst merupakan seorang ahli psikologi Amerika yang terkenal

dengan teori perkembangan sosio budaya dan antropologi. Beliau dilahirkan pada 5 Jun 1900. Seterusnya beliau membesar dan menerima ijazah Ph.D dalam bidang kimia pada tahun 1924 di Universiti Ohio. Havighurst telah mengubah haluan kerjayanya kepada mengkaji perkembangan remaja dan proses pendidikan setelah beliau menjadi guru sains di Sekolah Tinggi dan Maktab Perguruan. Setelah beberapa tahun, pada tahun 1974 Havighurst telah mendapat gelaran Profesor Emiritus in Development and Education dan berjaya menerbitkan buku hasil dari penulisan dan pengalaman beliau bertajuk Human Development and Education pada tahun 1953. Robert Havighurst menyatakan bahawa perkembangan seseorang kanakkanak adalah dipengaruhi oleh faktor persekitaran. Ini adalah merupakan satu elemen penting yang berperanan dalam pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Beliau memfokuskan kepada keadaaan sekeliling atau

persekitaran dimana tempat seseorang kanak-kanak itu membesar yang akan memberi dan meninggalkan impak sama ada positif atau negatif bergantung kepada ibu bapa yang mencorakkan mereka. Menurut Robert Havighurst di dalam buku psikologi perkembangan halaman 19 - 25 menyatakan bahawa contoh persekitaran yang mempengaruhi kanak-kanak dapat dilihat dari segi pemakanan, rakan sebaya, guru, bahan bacaan dan media elektronik ( internet ). Bagi faktor persekitaran seperti pemakanan ianya dapat dilihat jika makanan yang diambil oleh ibu semasa mengandung adalah seimbang dan berzat maka, bayi di dalam kandungan akan membesar dengan sempurna dan sihat. Jika sebaliknya, berkemungkinan bayi akan mendapat penyakit seperti PKU. Ini adalah kerana kurangnya enzim di dalam badan bayi selepas di lahirkan. Seterusnya, bagi pemakanan untuk kanak-kanak adalah perlu diberi dengan makanan yang seimbang berdasarkan piramid makanan. Dari sini, ianya akan membantu kanak-kanak membesar dengan sihat dan cergas. Di samping itu, ianya dapat membantu dalam perkembangan kanak-kanak ke arah yang positif.

Seterusnya, bagi faktor persekitaran seperti rakan sebaya pula, Havighurst menyatakan ini adalah kerana jika seseorang kanak-kanak itu berkawan dengan rakan yang manja, maka kanak-kanak itu akan sedikit sebanyak cenderong untuk menjadi manja dan inginkan belaian dan kasih saying dari ibunya. Jika dia tidak mendapat apa yang diinginkan seperti apa yang diperoleh olah kawannya, maka kanak-kanak itu akan cuba untuk memberontak. Ini terbuki bahawa faktor persekitaran memainkan peranan yang sangat penting dalam perkembangan seseorang kanak-kanak. Selain dari itu, faktor persekitaran seperti bahan bacaan adalah sangat penting kerana ianya akan memberi pengaruh yang besar kepada pembaca. Jika bahan yang dibaca berfaedah dan bermanfaat maka selamatlah kanak-kanak tersebut. Sebaliknya jika tidak, ianya akan mempengaruhi perkembangan seseorang kanak-kanak seperti berkemungkinan lambat bertutur dan sebagainya. Dari sini, kita sebagai ibu bapa dan guru perlulah sentiasa membimbing dan membantu kanak-kanak dalam membentuk peribadi mereka supaya menjadi insan yang berguna kepada masyarakat, bangsa dan negara kelak. Menurut Havighurst, ibu bapa mahupun guru terutamanya perlulah menyediakan persekitaran yang kondusif dan selamat untuk kanak-kanak membesar dengan sempurna. Ini akan membantu kanak-kanak untuk berjaya.

Ini dibuktikan lagi dalam Teori Robert Havighurst menyatakan bahawa setiap individu perlu membesar dan berkembang dengan melalui sebanyak 10 peringkat yang bermula dari peringkat bayi sehinggalah ke peringkat tua seterusnya meninggal dunia. Beliau memberitahu bahawa, jika seseorang individu itu tidak dapat mencapai tugas-tugas dalam setiap peringkat, maka dia akan berasa sedih dan kecewa. Ini akan cenderong kepada perkembangan kanak-kanak tersebut menjadi lewat dan tidak setaraf dengan kanak-kanak normal. Maka untuk membanteras gejala ini dari berlaku, guru perlulah menyediakan aktiviti yang bersesuaian dengan peringkat kanak-kanak seperti aktiviti dalam bentuk permainan mahupun lakonan. Hal ini dapat membentuk kreativiti kanak-kanak.

Havighurst menyatakan bahawa tugas-tugas dalam perkembangan kanak-kanak hanya perlu dipelajari sekali sahaja seperti berjalan, berlari, perbezaan jantina dan sebagainya. Jadi ini dapat disimpulkan bahawa setiap perkembangan yang dialami oleh kanak-kanak perlulah dengan relaan kanakkanak itu sendiri, bukan dengan paksaan yang diberikan oleh ibu bapa kerana dengan paksaan akan membuatkan kanak-kanak itu tidak berupaya untuk berdikari sendiri dan akan memberi kesan yang dalam terhadap perkembangan mereka. Peringkat-Peringkat Perkembangan Havighurst telah membahagikan kepada 10 peringkat dalam perkembangan kanak-kanak. 1. Peringkat pertama bayi dan awal kanak-kanak ( lahir 2 tahun) Pada peringkat ini, bayi menjalinkan kasih sayang dengan ibu bapa, adik beradik dan pengasuhnya. Sistem deria dan fungsi motor beransur-ansur matang. Pada tahap ini kanak-kanak sepatutnya mencapai kecerdasan deria dan memahami sifat objek. Sebagai contoh adik ketawa sebab suka. Cadangan aktiviti adalah aktiviti bersama keluarga Kanak-kanak pada peringkat ini masih tidak boleh berdikari dan memerlukan perhatian, pertolongan dan bimbingan daripada keluarga. Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan oleh ibu bapa terhadap anak mereka seperti membantu mereka makan, bermain bersama dan membantu anak-anak mandi dengan betul. Sebagai contoh ibu makan bersama anak sambil mengajar anak mereka makan. Dalam aktiviti ini,anak-anak akan dapat belajar makan melalui ibu dengan memerhati ibu makan disamping ibu mengajar anak itu makan. Aktiviti ini dapat meningkatkan kemahiran motor kasar kanak-kanak melalui cara anak itu menyuap makanan ke dalam mulut. 2. Peringkat kedua pertengahan kanak-kanak Toddlerhood (2-3 tahun) Kanak-kanak boleh melakukan pergerakan yang pelbagai seperti turun naik tangga. Kanak-kanak juga boleh berkomunikasi dengan bahasa mudah. Penglibatan mereka dalam permainan fantasi mula mengawal pergerakan diri. Sebagai contoh menjadikan pisang sebagai telefon dan roda atau pelampung sebagai stereng kereta. Ini mendorong kepada pembentukan daya imaginasi

kanak-kanak. Cadangan aktiviti adalah bermain kereta mainan,lego atau blok. Dari sini, alat permainan mampu meningkatkan kemahiran motor halus mahupun kasar kanak-kanak. 3. Peringkat ketiga prasekolah (4 6 tahun ). Kanak-kanak mula belajar peranan mengikut jantina masing-

masing .Misalnya kanak-kanak perempuan meniru peranan ibu seperti memasak, membasuh kain dan mengemas rumah. Kanak-kanak juga mula bermain dengan rakan di luar dan wujudnya perkembangan moral. Pada peringkat awal perkembangan moral, iaitu jika mereka jahat mereka akan didenda. Mereka mula bermain dalam kelompok atau kumpulan kanak-kanak yang lain. Cadangan aktiviti adalah melibatkan kanak-kanak dengan aktiviti seharian ibu bapa di rumah. Hal ini adalah bagi membantu perkembangan dan menambahkan pengetahuan mereka. Sebagai contoh, apabila ibu memasak anak akan datang membantu seperti membasuh sayur, mengupas bawang dan meramas santan .Melalui aktiviti ini,kemahiran motor halus dan kasar dapat ditingkatkan. 4. Peringkat keempat sekolah rendah ( 6 12 tahun ) Kanak-kanak mula belajar bersahabat. Dari segi kognitif,kanak-kanak ini berada pada tahap operasi konkrit iaitu mula menguasai 3M seperti membaca, menulis dan mengeja. Pada peringkat ini,kemahiran permainan dan kognitif terbentuk kerana perkembangan fizikal dan dengan adanya galakkan daripada ibubapa. Kanak-kanak turut mengalami perkembangan kendiri yang positif seperti menjaga kesihatan. Cadangan aktiviti adalah digalakkan mengikuti aktiviti ko-kurikulum yang dijalankan di sekolah seperti kelab, persatuan, unit beruniform dan permainan. Dari sini, mereka dapat bersosial apabila melibatkan diri dengan aktiviti ko-kurikulum. Disamping itu, masa yang terluang dapat diisi dengan aktiviti yang berfaedah sebagai contoh, mereka bermain bola sepak dengan rakan yang lain. Ini dapat mengembangkan kemahiran motor kasar mereka melalui tendangan bola yang dilakukan. 5. Peringkat kelima awal remaja ( 12 18 tahun ) Pada tahap ini, remaja akan mencapai tahap kematangan fizikal seperti tinggi yang maksimum. Dari segi kognitif pula, mereka berada pada peringkat

operasi formal. Dari segi emosi, wujudnya berbagai emosi dalam diri remaja seperti ingin Berjaya dan mereka mampu untuk kawal emosi. Remaja pada peringkat ini akan membentuk kumpulan rakan sebaya dan mula tertarik pada lain jantina. Cadangan aktiviti adalah melibatkan diri dalam aktiviti yang lebih mencabar minda mereka untuk berfikir secara kreatif, kritis dan inovatif . Terdapat pelbagai aktiviti yang berfaedah dan mencabar seperti reka bentuk,kesenian dan teknologi.Sebagai contoh melukis. Jadi, dari sini mereka boleh melukis sesuatu seperti potret yang nampak sama dengan gambar asal yang memerlukan daya imaginasi yang kuat. Hal ini telah meningkatkan kemahiran motor kasar dan motor halus mereka. Sekaligus dapat mengasah bakat yang mereka miliki. 6. Peringkat keenam akhir remaja (18 22 tahun) Remaja cuba mempengaruhi otonomi daripada ibu bapa. Remaja mula membentuk identiti mengikut jantina iaitu lelaki atau perempuan.Melalui pergaulan sosial, remaja akan mematuhi nilai moral masyarakat. Pada peringkat ini juga,mereka mula memilih kerjaya yang sesuai dengan diri mereka. 7. Peringkat ketujuh awal dewasa ( 22 34 tahun ) Pada peringkat ini,seseorang akan meneroka persahabatan intim yang berlainan jantina.Bagi pasangan yang telah berkahwin akan mengasuh dan mendidik anak- anak.Selain itu,individu berusaha memantapkan profesion serta wujud kehidupan sendiri. 8. Peringkat kelapan pertengahan dewasa ( 34 60 tahun) Peringkat ini, individu mempunyai berkemahiran dalam pekerjaan dan menjadi ketua. Seseorang individu yang berjaya mampu memupuk kebahagiaan dalam rumahtangga, mengasihi keluarga dan mengumpul harta. Individu peringkat ini banyak terlibat dengan kerja amal. 9. Peringkat kesembilan akhir dewasa ( 60 75 tahun ) Individu pada peringkat ini telah bersara dan lebih menumpukan masa kepada kerja-kerja amal dan ibadat. Individu turut menjalani kehidupan hari tua, mensyukuri nikmat dan takdir Allah. Selain itu,individu pada peringkat ini berfikir tentang perkara yang telah dilakukan semasa hidupnya.

10. Peringkat kesepuluh tua ( 75 tahun meninggal dunia ) Pada peringkat ini mereka mula menangani masalah kesihatan seperti osteoporosis, nyanyok dan menopause. Mereka turut mengenang zaman muda dan dewasa. Bagi individu yang berjaya mereka akan berasa puas hati dan tenang sambil menanti saat untuk meninggal dunia.

Laporan Sejauhmana Teori Tugas Perkembangan Robert Havighurst Telah Diaplikasikan Di Sekolah Selaras dengan Program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) yang berlangsung selama satu minggu iaitu pada 5 Mac hingga 9 Mac 2012, saya telah diberikan tugasan untuk memerhatikan sejauhmana teori perkembangan Robert Havighurst telah diaplikasikan di sekolah khususnya tugas-tugas perkembangan kanak-kanak pada peringkat umur 6 hingga 12 tahun. Sekolah yang telah saya pilih untuk program PBS iaitu SJK (C) Chung Hwa 2 B di Muar, Johor. Sepanjang pemerhatian dan interaksi saya dengan komuniti sekolah, saya telah memahami bahawa keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam dan luar bilik darjah memerlukan pengetahuan dan kefahaman berkaitan dengan perkembangan kanak-kanak. Dengan memahami perkembangan mereka akan memudahkan tugas untuk menyesuaikan tahap kebolehan dengan kaedah dan teknik pengajaran. 1.0 Kurikulum Dalam sukatan pelajaran Sains, terdapatnya banyak sukatan pelajaran yang membantu murid dalam membentuk kemahiran fizikal untuk permainan. Sebagai contohnya, guru mengajar topik yang berkaitan dengan sukatan pelajaran Sains Tahun Tiga. Guru telah mengajar konsep tentang magnet dengan menunjukkan contoh-contoh barang yang mempunyai magnet serta kekutuban magnet. Bahan-bahan konkrit ini telah menarik minat kanak-kanak dan merangsang pelbagai kemahiran psikomotor mereka. Mereka dapat menyentuh bahan konkrit itu dan merasai ciri-ciri bahan tersebut. Dalam topik ini, pelajar dikehendaki menggunakan semua deria dan kemahiran psikomotor halus dan kasar semasa memahami bagaimana magnet menarik dan menolak. Hal ini dapat melatih kemahiran fizikal mereka dalam mengendali magnet. Guru juga telah menyediakan aktiviti kumpulan apabila mengajar tentang topik ini. Guru telah membahagikan murid-murid kepada enam kumpulan dan memberi tugasan kepada kumpulan maisng-masing. Murid-murid telah menjalankan perbincangan

kumpulan dan belajar mengenal pasti mana satu benda yang dapat ditarik oleh magnet. Selain itu, Carl Rogers telah mendefinisikan konsep kendiri sebagai suatu gambaran persepsi seseorang tentang ciri-ciri dan kebolehannya, juga persepsi dirinya berbanding dengan orang lain di persekitaran. Individu yang berkonsep kendiri yang positif mempunyai penerimaan kendiri dan mempunyai kefahaman tentang diri sendiri. Konsep kendiri yang positif adalah stabil dan mempunyai ruang untuk menerima dirinya sama ada positif atau negatif. Antara ciri-ciri konsep kendiri yang positif ialah bebas membuat pilihan dan keputusan, bertanggungjawab, menghadapi cabaran dengan penuh semangat dan lain-lain. Dalam pembelajaran Sains, pelajar akan diajar tentang konsep sains dan penggunaan sains secara berfaedah kepada manusia dalam kehidupan seharian. Dalam pengajaran topik kemagnetan, guru telah menyediakan aktiviti pengajaran yang berpusatkan murid. Guru telah membahagikan pelajar kepada kumpulan dan menjalankan perbincangan kumpulan. Semua pelajar telah melibatkan diri secara aktif dalam sesi perbincangan. Dalam sesi perbincangan, mereka dikehendaki memilih seorang ketua kumpulan. Mereka telah membentuk konsep kendiri yang bebas memilih dan membuat keputusan. Selain itu, mereka juga perlu menjawab semua soalan yang diberikan oleh guru dalam masa yang ditetapkan melalui kerjasama kumpulan. Mereka juga berpeluang berinteraksi dengan kawan lain dan berkongsi pengalaman antara satu sama lain. Hal ini dapat membantu mereka mengeratkan hubungan yang rapat dalam kelas. Melalui cara ini, konsep kendiri yang positif dalam jiwa pelajar telah dibentuk. Mereka dapat mencapai ciri-ciri konsep kendiri seperti sedia menghadapi cabaran, bertanggungjawab, boleh bertolak ansur dan mempengaruhi orang lain dan mudah berkawan. Tambahan pula, dalam aktiviti kumpulan, kanak-kanak akan sedar akan keupayaan diri mereka, maka keyakinan diri mereka akan meningkat. Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran subjek sains, guru telah menwujudkan interaksi antara murid. Guru memberi tugasan secara kumpulan

kepada murid-muridnya agar mereka berpeluang bersosial dengan kawan dalam kelas mereka. Guru menggunakan strategi pengajaran koperatif dan kolaboratif serta pengajaran secara berkumpulan. Pembentukan kumpulan heterogenus di mana kanak-kanak dengan tahap kemahiran yang pelbagai diletakkan dalam satu kumpulan ini membolehkan kanak-kanak mendapat bantuan dan sokongan daripada rakan-rakan yang sudah memahami konsep yang diajar. Selaras dengan teori perkembangan Robert Havighurst, kanak-kanak dipengaruhi oleh faktor persekitaran iaitu rakan sebaya. Mereka membentuk kemahiran sosial untuk berkawan dengan rakan sebaya. Aktiviti berkumpulan ini sudah pastinya dapat membentuk murid yang berkemahiran bersosial dengan rakan sebaya mereka sendiri. Di samping itu, dalam sukatan pelajaran subjek Sains, semua pelajar dikehendaki menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira. Kanakkanak telah belajar membaca dan menulis nama siantifik dan kadang-kala dikehendaki belajar mengira soalan pengiraan yang memerlukan formula saintifik. Dalam kelas, guru telah menyediakan sudut bacaan kepada murid-murid agar mengalakkan mereka supaya suka membaca. Sebagai contohnya, sebelum guru masuk kelas, semua murid-murid perlu membaca buku mereka serentak sehingga guru mereka masuk kelas menjalankan P&P. Semasa PBS, saya teleh memerhatikan bahawa setiap kelas dalam sekolah itu mempunyai sudut bacaan. Hal ini telah menunjukkan sekolah itu telah menggunakan teori tugas perkembangan Robert Havighurst bahawa jika kita menyediakan persekitaran yang bagus dan sempurna, murid-murid akan berasa minat dan dapat menambah ilmu pengetahuna pada bila-bila masa pun. Pihak sekolah juga mengadakan Program Baca Pagi yang bertujuan melatih kemahiran membaca dalam kalangan pelajar. Mereka menjalankan program ini atas bimbingan guru yang bertugas secara menyeluruh dalam dewan sekolah. Dalam memperoleh kemahiran menulis, murid-murid perlu menyediakan buku tulisan dan membuat kerja tulisan apabila guru mengajar satu nama saintifik yang baru. Latihan juga diberikan untuk melatih kemahiran menulis. Sebagai contohnya, semasa saya masuk ke kelas tahun tiga, guru mereka tengah mengajar mereka tentang topik

kemagnetan. Guru mereka telah menyuruh mereka menwarnakan bentuk-bentuk magnet dalam buku latihan mereka. Hal ini telah secara langsungnya melatih mereka agar menulis dan melukis. Sukatan pelajaran subjek Sains telah menekankan penerapan nilai-nilai murni dan kemahiran hidup dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Semasa guru mengajar tentang ciri-ciri kemagnetan, guru telah membimbing murid-murid mengakplikasikan konsep yang mereka telah belajar dalam kehidupan seharian mereka. Dalam aktiviti kumpulan, guru juga memastikan semua pelajar mematuhi peraturan yang ditetapkan dan mempunyai tanggungjawab masingmasing. Selain daripada itu, dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, guru akan menanya murid-murid dalam kelas tentang pendapat mereka kekutuban magnet. Tindakan yang berpusatkan murid ini telah membantu murid mengimbas semula memori mereka terhadap ciri-ciri magnet dalam kehidupan mereka. Selepas itu, guru akan menggunakan contoh yang diberi oleh murid untuk memulakan pengajaran tentang konsep magnet. Guru juga memberi peluang kepada murid untuk menanya soalan dan menwujudkan interaksi antara pelajar dengan guru. Hal ini telah banyak membantu kanak-kanak membentuk sifat kebebasan peribadi. Mereka dapat memahami hak mereka dalam kelas iaitu bebas mengemukan soalan yang tidak faham dalam kelas kepada guru masingmasing. Dalam kerja kumpulan, semua murid berpeluang memilih ketua kumpulan melalui cara undian. Mereka bebas memilih ketua kumpulan yang mereka berasa sesuai supaya mereka dapat membentuk sifat kebebasan peribadi. Disebabkan pembahagian kumpulan ini tidak mengira kejatinaan, murid-murid telah menubuhkan kumpulan yang merangkumi lelaki dan perempuan. Melalui cara ini, kanak-kanak ini dapat belajar peranan lelaki dan perempuan semasa membahagikan tugasan kepada rakan-rakannya. Mereka dapat belajar bahawa lelaki berperanan membantu rakan perempuan yang lebih lemah dengan menolong mereka mengangkat barang yang lebih berat. Murid perempuan yang lebih teliti akan bertanggungjawab dalam kerja tulisan dalam aktiviti kumpulan. Mereka dapat belajar interaksi dan bersosial dengan rakan yang berlainan jatina. Selain itu, guru juga mengawal dan mengalakkan kanak-

kanak bercakap sendiri semasa menyelesaikan sesuatu masalah. Guru akan membimbing kanak-kanak merealisasikan idea semasa bercakap sendiri dalam situasi yang memerlukan penyelesaian. Kanak-kanak telah mendapat galakan dan motivasi daripada guru supaya bebas menyuarakan pandangan sendiri dalam kelas yang selaras dengan pencapaian membentuk sifat kebebasan peribadi. Tambahan pula, guru telah mengamalkan pendekatan kontruktivisme dalam pengajaran dan pembelajaran dengan murid-murid. Selain pengajaran yang berpusatkan murid, guru juga akan meminta semua pelajar mencari maklumat yang berkaitan dengan ciri-ciri magnet melalui bahan rujukan yang telah diberi. Dalam proses ini, semua kanak-kanak dapat lebih memahami konsep tersebut dan mengukuhkan memori mereka terhadap konsep sains ini. Mereka juga dapat mencari cara pembelajaran yang mereka sesuai dan secara tidak langsung dapat melatih kanak-kanak ini belajar secara berdikari. Mereka akan mencari maklumat dan menjawab soalan atas usaha sendiri melalui membuat rujukan dari pelbagai sumber dan seterusnya membina pengetahuan sendiri tanpa selalu bergantung kepada nota atau jawapan dari guru. Dalam membuat latihan sains, guru akan menyuruh pelajar cuba menjawab soalan tersebut berdasarkan kefahaman mereka sendiri sebelum membuat

perbincangan dan memberi jawapan kepada murid-murid. Pendekatan ini dapat mengukuhkan sifat kanak-kanak supaya dapat belajar secara berdikari. Sepanjang seminggu saya dalam sekolah tersebut, saya telah melihat banyak paparan bahan pembelajaran di sekitar sekolah. Paparan tentang visimisi, peranan sekolah, dan papan kenyataan yang memaparkan isu semasa. Selain itu, setiap tangga juga mempunyai kata-kata hikmah sebagai nasihat atau dorongan kepada murid-murid. Justeru itu, papan-papan amaran juga diadakan di kantin, tandas dan sebagainya supaya pelajar tidak melanggar peraturan. Bahan paparan ini telah membentukan konsep kendiri yang diujarkan oleh Robert Havighurst. Hal ini telah menunjukan sekolah ini telah mengapikasikan teori tugas perkembangan Robert Havighurst.

2.0 Ko-Kurikulum Falsafah Pendidikan Negara menggariskan bahawa individu yang bentuk adalah individu yang seimbang dan harmonis dalam pelbagai aspek iaitu meliputi aspek intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial. Ini membawa pengertian bahawa proses pembinaan individu yang dihayati dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan itu perlu berlaku secara terus menerus dan berlaku secara menyeluruh, merentasi kurikulum dan berpadu tanpa ada pemisahan antara kurikulum dengan kokurikulum. Aktiviti kokurikulum merupakan kegiatan yang dirancang atas lanjutan dari proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah dan memberi murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan niali yang telah belajar dalam bilik darjah. Untuk program kokurikulum, saya telah menemu ramal dengan Guru Penolong Kanan Kokurikulum iaitu Puan Yeo Chew Guek. Beliau telah memberikan kerjasama yang penuh kepada saya. Selain itu, beliau juga telah menceritakan kepentingan kokurikulum kepada saya. Permainan Memandangkan minggu PBS saya ialah minggu ujian. Oleh itu, saya tidak dapat memerhatikan semua aktiviti kokurikulum. Oleh itu, saya telah menemu ramal dengan guru-guru yang berkenaan. Untuk permainan, saya telah menemu bual penyelaras sukan/permainan iaitu Puan Too Peck Yong. Beliau telah menyenaraikan kelab-kelab seperti kelab catur, kelab ping pong, kelab badminton, kelab bola tampar dan empat rumah sukan yang terdapat dalam sekolah tersebut. Melalui beliau, saya mendapati bahawa kelab badminton adalah kelab yang paling hangat dan ramai pelajar berminat dalam bermain badminton. Mereka telah mengambil Dato Lee Chong Wei sebagai teladan dan contoh. Melalui aktiviti aktiviti ini dapat menambah semangat kekitaan dan kerjasama dalam kalangan murid-murid yang terdiri daripada pelbagai kaum dan keturunan. Melalui program kokurikulum, semangat perpaduan dapat dipupuk dan diperkembangkan ke dalam masyarakat.

Persatuan Untuk persatuan, saya telah menemu bual dengan Ketua Kelab Guru Penasihat Persatuan Matematik. Dalam Persatuan Matematik, saya diberitahu bahawa ahlii-ahli persatuan telah dibahagikan kumpulan untuk menjalankann latihan soalan Matematik. Oleh demikian, kanak-kanak dapat berinteraksi dan bersosial dengan rakan sebaya yang berlainan kelas. Mereka dapat

mengembangkan kawasan sosial mereka dari kelas ke seluruh sekolah. Dalam sesi perbincangan, mereka akan bekerjasama mencari jawapan dan

membentangkan jawapan mereka secara berkumpulan. Mereka juga dapat belajar cara-cara berkomunikasi yang berkesan dengan orang lain. Hal ini juga membantu dalam membentuk ciri konsep kendiri iaitu mudah berkawan. Aktiviti dan latihan dalam Persatuan Matematik telah memperolehi kemahiran membaca, menulis dan mengira kepada semua ahlinya. Latihan soalan yang diberikan oleh guru pembimbing telah mengukuhkan kemahiran 3M dalam kalangan kanakkanak ini. Mereka dikehendaki membaca soalan, menulis penyelesaian dan mengira untuk mendapat jawapan. Hal ini telah mengaplikasikan teori perkembagan Robert Havighurst iaitu pengaruh rakan sebaya dan teori 3M. Unit Beruniform Bagi unit beruniform, saya telah merujuk kepada ketua Guru Pemimpin St. John Ambulans. Dalam St. John Ambulans, semua ahli St. John Ambulans telah belajar pelbagai pengetahuan dan teknik pertologan cemas dan cara-cara kawad kaki. Kanak-kanak ini dapat melatih kemahiran psikomotor halus dan kasar mereka melalui latihan kawad kaki dan latihan pertolongan cemas. Semua aktiviti yang dijalankan telah membantu kanak-kanak ini mempunyai badan yang cegas dan sihat. Perkembangan fizikal mereka juga terjamin dengan latihan yang diberikan secara berterusan dan mencabar. Selain itu, kemahiran hidup juga dapat dikuasai oleh ahli-ahli Persatuan PBSM melalui latihan pertolongan cemas yang menyeluruh. Mereka dapat belajar teknik CPR dan teknik merawat luka yang kecil supaya mereka dapat menggunakannya dalam kehidupan seharian. Dalam latihan pertolongan cemas persatuan PBSM, murid mempunyai hak

mereka dalam memilih ahli baru yang mereka ingin mengajar teknik pertolongan cemas. Peranan guru pembimbing dalam hal ini ialah memainkan watak sebagai pemerhati dan pembimbing. Di samping itu, persatuan atau kelab yang telah saya perhatikan telah mengadakan mesyuarat agung dan ahli jawatankuasa telah dipilih melalui undian murid. Cara ini dapat membentuk sifat kebebasan peribadi murid-murid dengan memberi kebebasan kepada mereka untuk memilih ketua yang membimbing mereka. Dalam mesyuarat persatuan, semua ahli mempunyai hak mereka menyuarakan keinginan atau pandangn mereka. Guru pembimbing juga memberi ruang kepada kanak-kanak ini menguruskan perbincangan dengan ahli. Guru pembimbing sentiasa memberi peluang kepada mereka membuat keputusan sendiri supaya membentuk sifat kebebasan peribadi mereka. Ketiga-tiga contoh kokurikulum sekolah ini telah banyak membantu murid dalam membentuk konsep kendiri. Dalam penubuhan persatuan atau kelab ini, murid-murid telah dipilih supaya memegang jawatan pengerusi, setiausaha, bendahari dan ahli jawatankuasa lain-lain dan dibimbing oleh penasihat yang dipegang oleh guru sekolah. Kanak-kanak ini dapat mengamalkan sikap bertanggungjawab dan sifat kepimpinan apabila mereka diberikan jawatan dalam sesuatu aktiviti. Apabila pelajar memegang jawatan pengerusi, mereka akan belajar menjadi ketua. Ahli jawatankuasa juga belajar menguruskan aktiviti persatuan. Ahli biasa juga boleh belajar daripada kawan-kawan yang ada jawatan. Oleh hal yang demikian, dengan menyertai aktiviti kokurikulum, pelajar akan belajar menjadi pemimpin. Bakat-bakat murid dapat dicungkil apabila mereka menjalankan tugas dalam aktiviti persatuan. Ini dapat meningkatkan keyakinan diri mereka. Apabila berdepan dengan sebarang cabaran, mereka akan menghadapinya dengan penuh semangat. Mereka percaya kepada kebolehan diri dan tidak mudah mengalah atau berputus asa. Dalam aktiviti kawad kaki, mereka juga dapat memelihara sikap berdisplin. Mereka sentiasa mematuhi peraturan atau arahan yang diberikan dalam latihan kawad kaki.

Mereka juga akan bangga dengan kejayaan yang telah dicapai dalam aktiviti kokurikulum. Kesimpulannya, semua aktiviti dalam ketiga-tiga kelab atau persatuan ini telah menerapkan konsep-konsep moral, nilai dan kemahiran hidup dalam jiwa murid-murid. Mereka dapat membentuk sifat yang bermoral dalam menjalankan tugasan yang diarahkan oleh guru pembimbing iaitu beramanah,

bertanggungjawab, bertoleransi, adil dan saksama serta berharga diri. Oleh itu, Ko-Kurikulum amat penting dalam pembelajaran sekolah. Menurut kepada teori perkembangan Robert Havighurst, murid-murid dipengaruhi oleh faktor

persekitaran. Oleh itu, sebagai guru, kami perlu menyediakan suasana yang sesuai dan P&P yang menarik supaya perkembangan kanak-kanak menjadi seimbang dari segi mental, rohani, intelek, emosi dan jasmani.