Anda di halaman 1dari 27

PSK 3101 PENGENALAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN

DISEDIAKAN OLEH : ADZMI ADZIM BIN PONIRAN SITI AISHAH BT MOHD SHAMIL NUR HAZIQAH BT MUSTAFA KAMIL AZNIA BT ISMAIL KELAS: G3.6

PEND.SIVIK & KEWARGANEGARAAN


Mata Pelajaran Pendidikan Sivik dan

Kewarganegaraan diajar sebagai satu mata pelajaran persekolahan mulai tahun 2005, di sekolah rendah dan menengah.
Pada masa dahulu, pendidikan sivik

bertumpu pada struktur dan jenis kerajaan. Tetapi kini, mata pelajaran ini memberi tumpuan pada keadaan semasa masyarakat serta keperluan masa depannya.

Kepentingan Mata Pelajaran Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan

Rakyat yang hilang nilai sivik dan kewarganegaraan

Bendera Malaysia di bakar, dipijak dan dihina

Lagu Negaraku dipermainkan

Lagu Negaraku pun telah diubah menjadi negaraKUKU

Tiada nilai sivik-vandalisme

Masalah sosial dalam kalangan remaja

membuli

KONSEP GOOD CITIZENBERBEZA MENGIKUTMASA, BUDAYA, GENDER DANFALSAFAH

DEFINISI GOOD CITIZEN


Good citizen bermaksud sebuah masyarakat yang

hidup dalam keadaan damai,sejahtera, tenteram , aman dan memiliki apresiasi yang besar terhadap perbezaan masa, budaya, genderdan falsafah politik.
Good citizen ini juga dapat ditafsirkan sebagai

masyarakat madani atau civil society


Good citizen ini memaparkan sistem sosial yang

diasaskan kepada prinsip moral yang menjamin keseimbangan antara kebebasan Individu dengan kestabilan masyarakat

1.0 Konsep Good Citizen Berbeza Mengikut Masa


1.1 SEBELUM MERDEKA

Penduduk Tanah Melayu pada zaman itu

dipecahkan atau diasingkan melalui sistem empat jenis sekolah yang berlainan iaitu - sekolah aliran bahasa Melayu, - sekolah aliran bahasa Cina, vernakular sekolah aliran bahasa Tamil -

- sekolah aliran bahasa Inggeris yang dianggap sebagai sekolah non vernakular yang diberikan taraf yang lebih tinggi daripada sekolah vernakular.

Keempat--empat jenis sekolah itu bukan

sahaja menggunakan pengantar yang berlainan bahkan sukatan pelajaran dan buku teks yang digunakan juga berbeza-beza.
Di sekolah Inggeris, modelnya ialah England. Sekolah Melayu:sukatan pelajaran dan buku

teks berorientasikan Tanah Melayu


Sekolah Cina dan Tamil: buku teks yang

digunakan diimport dari negeri China dan India, bahkan guru-guru pun didatangkan dari negeri China dan India.

Pelajar termasuk juga guru

mereka,
tidak mengetahui negeri ini, tidak mengetahui sejarah dan

warisannya,
dan tidak mengenali satu sama lain

kerana mereka dipisahkan oleh sistem dan dasar yang berbeza

1.2 MENJELANG KEMERDEKAAN

Tun Abdul Razak meletakkan suatu asas

yang terbaik bagi negara seperti Malaysia untukmelangsungkan kewujudannya sebagai sebuah negara-bangsa yang yang bersatu-padu, maju dan adil untuk semua penduduk (rakyat), merentas sempadan dan kepentingan kaum, bahasa, budaya, etnik, dan agama demi kepentingan nasional

Wawasan Pendidikan Razak


Mencadangkan dua formula penting untuk

mewujudkan perpaduan bangsa atau negara melalui sistem pelajaran:


Pertama, sistem persekolahan di Persekutuan Tanah

Melayu(Persekutuan Malaysia) hendaklah menggunakan sukatan pelajaranyang sama.


Kedua, sistem pendidikan kebangsaan selepas

merdeka hendaklah menggunakan satu bahasa yang sama, iaitu bahasa kebangsaan,sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem itu.

Pendidikan selepas merdeka


Wujud sekolah kebangsaan yg menggunakan bahasa

kebangsaan sebagai bahasa pengantar.


Bahasa Inggeris dijadikan mata pelajaran wajib di

sekolah kebangsaan dan juga di sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil.
Melalui sistem dan dasar yang telah dibentuk ini

masyarakat Malaysia yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina, India serta penduduk minoriti lain boleh hidup di dalam satu dasar, matlamat serta visi dan misi yang sama yang dibentuk oleh satu pucuk pimpinan yang diberi kepercayaan oleh semua kaum dan bangsa.

2.0 Konsep Good Citizen Berbeza Mengikut Budaya


2.1 DASAR KEBUDAYAAN MAMPU MEMBENTUK KONSEP GOOD CITIZEN

Menurut A.Aziz Deraman (2006) Dasar Kebudayaan Kebangsaaan (DKK) yang digubal pada tahuan 1971 ialah bagi mendukung kerasionalan tersendiri setelah mengambil kira segala pertimbangan mencakupi sejarah, mengiktiraf akan situasi kependudukan, budaya, bahasa dan agama di Malaysia dengan semangatnya mendukung Perlembagaan Persekutuan. Asas-asas keperibumian dan keterbukaan untuk menerima pengaruh luar yang baik tercerna rapi dalam perlembagaan itu maka DKKmenetapkan bahawa : i) Kebudayaan Kebangsaan Malaysia hendaklah berteraskan kepada kebudayaan rakyat asal rantau

DKK merupakan formula Malaysia yang

terbaik dalam pembinaan budaya dan membina bangsa Malaysia juga telah meresap dalam jiwa kaum bukan Melayu
Lantaran itu, kaum-kaum lain di Malaysia

bebas untuk mengamalkan budaya masing-masing tanpa ada kongkongan dan manipulasi daripada pihak-pihak lain. Justeru, konsep Good Citizen dapat disemai dalam aspek budaya

3.0 konsep good citizen mengikut gender


Sebenarnya, konsep Good Citizen ini telah

terpatri diminda semua masyarakat Malaysia tidak kira lelaki mahupun wanita.
Dalam memartabatkan kedaulatan negara,

,kaum lelaki atau kaum wanita memainkan peranan yang sama tanpa ada perasaan prejudis atau bias gender.
Secara tidak langsung kewujudan

masyarakat yang mendukung konsep Good Citizenberakarumbi di hati semua masyarakat Malaysia.

Di samping itu, setelah 53 tahun merdeka wujud

4.0 Konsep Good Citizen Berbeza Mengikut Falsafah politik

bangsa Malaysia yang mengasimilasikan konsep Good Citizen


Hal ini dapat dibuktikan dengan terbitnya ideologi

negara yang dikenali sebagai Rukun Negara yang telah diisytiharkan pada 31 Ogos 1970.
Hal ini dapat dilihat dengan sejelas-jelasnya dalam

matlamat Rukun Negara itu sendiri telah membina masyarakat Malaysia yang toleran, damai, sejahtera, tenteram, dan aman.

4.1 Matlamat RukunNegara


Mewujudkan sebuah negara yang rakyatnya bersatu,

masyarakatyang demokratik, adil, liberal serta progresif.


Merupakan peraturan yang menentukan hak, peranan dan

tanggungjawab bagi mencapai matlamat untuk mewujudkan sebuah masyarakatMalaysia yang hidup bersatu padu, adil, liberal, demokratik dan progresif.
Membina masyarakatyang adil bagi menjamin persamaan

peluang untuk menikmati kemakmuran negara serta pengagihan kekayaan yang adil dan saksama.
Membina masyarakatyang liberal, iaitu menjadikan

kepelbagaian dan perbezaan dalam masyarakat sebagai sumber kekuatan dan kemajuan.
Membina masyarakatprogresif yang dapat mencapai

keseimbangan antara kemajuan sains dan teknologi dengan perkembangan nilai-nilai rohaniah.

Kita tidak menafikan bahawa penduduk Malaysia terdiri daripada berbagai kaum. Pihak yang berkuasa tidak ada niat untukmenghapuskan mana-mana kaum. Semua kaum bebas mengekalkan identiti mereka iaitu bahasa, agama dan kebudayaan mereka. Tetapi di waktu kita mencapai kemerdekaan kita telahmembuat satu perjanjian untuk menerima nama rasmi negara inisebagai Malaysia, bangsa kita sebagai Bangsa Malaysia dan bahasa kita Bahasa Malaysia. Semua nama-nama ini diasaskan kepada nama penduduk asal yang terbesar di negara ini iaitu bangsa Melayu. Mengakui dan menerima Malaysia, bangsa Malaysia dan bahasa Malaysia tidak menjadikan kita semua orang Melayu. Daripada segi etnik, kita kekal sebagai Cina atau India atau Iban atau Kadazan atau Murut dan lain-lain. Kita menjadi bangsa Malaysia hanya sebagaipolitikal identitiyang mempunyai negara yang tertentu.

Petikan pernyataan di atas ialah semasa Majlis Pelancaran Rancangan Permasyarakatan Perpaduan yang diadakan di PWTC pada 1 Ogos 1988. Tun Dr. Mahathirbin Mohamad

Jelas di sini paparan matlamat


Rukun Negara yang mengandungi lima

matlamat berfokuskan pembinaan Masyarakat Malaysia yang toleran, damai, sejahtera, tenteram , dan aman.
Jelaslah di sini pernyataan Tun Dr. Mahathir

bin Mohamad telah memperincikan lagi konsep Good Citizen dalam falsafah politik negara.

Hakikat yang perlu kita terima adalah kewujudan bangsa

Kesimpulannya

Malaysia memang patut dilaksanakan.


Hal ini kerana negara Malaysia terdiri daripada masyarakat

yang berbilang kaum dan agama serta budaya.


Walaupun hasrat kerajaan dilihat sebagai sesuatu usaha

murni ke arah menyatupadukan kaum melalui pembentukan bangsa Malaysia, tetapi secara realitinya hanya masyarakat Malaysia yang terdiri daripada tiga kelompok etnik terbesar yang telah terbentuk iaitu kaum Melayu, Cina danIndia.
Kemakmuran dan kestabilan yang wujud di negara kita

adalah hasil sifat toleransi yang diamalkan oleh ketiga-tiga kaum ini yang berasaskan kepada pakatan murni dan kontrak sosial yang telah dipersetujui sejak negara mencapai kemerdekaan sehinggalah sekarang.

Sampai bila ikatan perpaduan ini boleh dikekalkan

adalah bergantung kepada cara kita menangani isu-isu sensitif yang melibatkan perkauman dan sistem undang-undang serta perlembagaan yang menjadi asas utama dalam pembinaan negara Malaysia sebagai negara yang berdaulat.
Sekiranya, kita masih berpegang kepada

peribahasa bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat nescaya konsep good citizen dapat dilestarikan dengan cemerlang, gemilang dan terbilang di bawah Gagasan 1Malaysia

Sumber rujukan
http://en.wikipedia.org/wiki/Good_citizenship

http://www.google.com.my/search?hl=en&cp=7

http://abdnaddin.blogspot.com/2008/12/cara-m