Anda di halaman 1dari 6

Laras bahasa ialah subset sesuatu bahasa yang digunakan untuk tujuan tertentu.

Istilah ini pertama kali digunakan olehThomas Bertram Reid(1956) Pakar linguistik menggunakan laras ini pada tahun 1960 an untuk membezakan antara variasi bahasa berdasarkan pengguna dengan variasi bahasa berdasarkan kegunaannya. Fokus diberikan kepada cara bahasa digunakan dalam situasi tertentu.

Laras merupakan satu konvensi sosial yang digunakan untuk keadaan atau situasi tertentu. Pemilihan laras yang tidak sama untuk situasi yang berlainan dapat menunjukkan bahawa anggota sesuatu masyarakat sedar akan situasi situasi berbeza. Laras ialah bentuk bahasa yang wujud akibat situasi sosial yang berlainan. Anggota masyarakat dapat menggunakan beberapa laras dalam situasi sosial yang berlainan seperti laras semasa bercakap dengan rakan sejawat tentang hal pekerjaan, laras semasa bercakap dengan orang berjawatan, laras bersama keluarga dan laras bahasa dalam majils formal.

Laras bahasa berbeza berdasarkan bidang yang hendak diperkatakan. Ayat-ayat dalam laras tertentu mengandungi kata-kata serta ungkapan yang berlainan. Laras merupakan fenomena sosial kerana selain elemen linguistik, laras juga boleh dimanifestasikan melalui tingkah laku orang yang bercakap , gerak geri tangan dan intonasi suara. Penanda utama laras ialah ciri-ciri linguistik yang wujud dalam bentuk serta laras.

Penggunaan laras bahasa dalam situasi formal berbeza dengan laras bahasa yang digunakan dalam situasi todak formal. Kata ganti nama diri seperti aku dan engkau tidak digunakan dalam situasi formal. Tajuk yang dibicarakan akan menentukan laras bahasa yang digunakan . Laras bahasa yang berkaitan dengan undangundang berbeza dengan laras bahasa yang digunakan untuk membicarakan hal-hal politik, agama, ekonomi dan sains. Perbezaan laras dalam setiap bidang ini ketara dari segi pengunaan istilah dan gaya penyampaian.

Halliday(1964) mengenal pasti tiga pembolehubah yang menentukan laras bahasa, iaitu bidang,tenor dan mod. Bidang merujuk kepada perkara yang diperkatakan, manakala tenor merujuk kepada penutur yang terlibat dan hubungan antara mereka manakala mod merupakan saluran komunikasi tersebut. Kesemua elemen bahasa adalah berbeza antara satu laras dengan laras yang lain. Beliau juga menyebut laras bahasa berbeza daripada dialek kerana dialek berbeza dari segi isi, manakala laras berbeza dari segi bentuknya.

Laras sebagai bahasa yang dipilih dikaitkan dengan pelbagai kegunaan. Laras penting dalam aktiviti berbahasa kerana ketidaktepatan penggunaan laras bahasa menjadi ketara apabila terdapat penggunaan bentuk-bentuk yang tidak sesuai. Hal ini dapat dilihat melalui kesalahan yang dilakukan oleh penutur bukan ahli sesuatu bahasa, terutamanya dalam aspek pemilihan kata yang tidak sesuai bagi sesuatu laras dan campur aduk perkataan dalam laras yang berlainan.