Anda di halaman 1dari 2

JURNAL PRAKTIKUM Minggu 1 (14/07/2013 18/07/2013) MASALAH PENYESUAIAN DIRI 1.

. Masalah Pada minggu pertama, saya menghadapi masalah untuk menyesuaikan diri dengan penerimaan jadual waktu dan juga penyediaan untuk menulis Rancangan Pengajaran Harian. Pada hari pertama iaitu ketika melaporkan diri, guru pelatih telah diberikan jadual waktu mengajar oleh GPK Pentadbiran. Saya mendapat 10 waktu mengajar seminggu. Untuk semester ini, saya ditugaskan untuk mengajar subjek Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, Kajian Tempatan dan juga Pendidikan Jasmani. 2. Analisis Masalah menyesuaikan diri dengan penerimaan jadual waktu timbul disebabkan pada awalnya saya berpendapat bahawa guru pelatih hanya akan menerima jadual sejumlah 8 waktu mengajar seminggu. Di samping itu, pelbagai perkara yang bermain dalam fikiran, misalnya mengenai penulisan Rancangan Pengajaran Harian (RPH). Masalah untuk menulis RPH subjek PJ dengan baik timbul disebabkan kurang mendapat pendedahan dan tunjuk ajar semasa di IPG.

3. Cadangan Untuk Memperbaiki a. Saya patut membaca buku-buku motivasi mengenai cara menaikkan semangat serta membaca buku mengenai ketabahan seorang guru. b. Saya perlu merujuk huraian sukatan pelajaran dengan kerap sekaligus memikirkan perancangan yang sesuai untuk dilakukan dalam sesi Pengajaran dan Pembelajaran. c. Saya akan bertanya pendapat guru-guru yang berpengalaman mengenai penulisan Rancangan Pengajaran Harian yang sesuai dengan tahap murid-murid.

d. Saya akan bertanya kepada rakan-rakan yang lebih mahir mengenai cara penulisan RPH subjek PJ. 4. Tempoh masa Saya akan cuba mengatasi masalah ini secepat mungkin. Semangat yang kental serta penyesuaian diri terhadap penerimaan jadual waktu adalah perlu bagi memastikan saya tidak kekurangan motivasi untuk mengajar muridmurid. Sekiranya masalah ini tidak diatasi secepat mungkin, sudah tentu objektif-objektif yang telah dirancangkan tidak tercapai sepenuhnya.

5. Penilaian Kejayaan Saya akan meminta kerjasama dari guru pembimbing dan guru guru lain untuk membuat penilaian tentang kejayaan saya. Malah, saya akan meminta pandangan dari rakan sebaya.

6. Tindakan Susulan Sebelum menyediakan rancangan pengajaran harian, saya harus mempunyai dada yang lapang serta bersemangat untuk menulis persediaan mengajar tersebut. Apabila sudah terbiasa menulis rancangan pengajaran harian mengikut format yang betul, saya berkemungkinan tidak menghadapi masalah untuk menyesuaikan diri dengan jadual yang padat.

Disemak oleh guru pembimbing Tandatangan Nama Tarikh

Disemak oleh pensyarah pembimbing Tandatangan Nama Tarikh