Anda di halaman 1dari 3

BULAN JUN

1. Tarikh pertandingan lagu Patriotik untuk tingkatan 2 telah diubah dari 15/6/2013 ke 23/6/2013 pada waktu perhimpunan sesi petang kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. 2. Hebahan telah diberikan seminggu awal bagi pelajar-pelajar tingkatan 2 membuat persediaan. 3. Pertandingan bagi tingkatan 2 berlangsung dengan jayanya. 4. Antara pemerhatian yang telah dilakukan sepanjang pertandingan berlangsung ialah: Pelajar membuat persembahan dengan baik berbanding tahun lepas. Ini mungkin kerana guru penyelaras telah mengingatkan pelajar jika markah persembahan yang diperoehi bawah 70 mereka perlu membuat ulangan. Persembahan lebih versetail dan kreatif, gaya serta intonasi yang digunakan penuh bersemangat sesuai dengan lagu patriotik. Penggunaan prop, bendera Malaysia dan laungan satu Malaysia daripada pelajar membuktikan mereka bersemangat pariotik dan bersesuaian dengan lagu yang dinyanyikan. Konduktor bagi kelas juga kelihatan bersungguh-sungguh kerana mereka telah diberi taklimat akan pemilihan konduktor terbaik dan hadiah lumayan diberikan. Alat muzik yang digunakan juga kebanyakkannya ciptaan sendiri, kerana telah diingatkan bahawa jika tidak menggunakan alat muzik ciptaan sendiri markah diberi adalah 0. 5. Walaupun begitu masih terdapat kekurangan yang memerlukan penambahbaikan antaranya: Terdapat komen daripada pelajar,iaitu hakim yang dilantik adalah dikalangan guru tingkatan, kemungkinan markah yang diberi untuk tingkatan sendiri lebih berbanding kelas lain. Oleh itu bagi mengatasi masalah ini untuk masa akan datang guru akan melantik hakim yang bukan di kalangan guru tingkatan. Peminjaman alat muzik dari stor alat muzik juga berkurangan berikutan banyak alat muzik yang rosak dan tidak berungsi dengan baik terutama keyboard. Terima kasih.

Laporan disediakan oleh; .. SITI ROHAYA GHAZALI PENYELARAS PETANDINGAN LAGU PATRIOTIK 2013(SESI PETANG).

KEPUTUSAN PERTANDINGAN LAGU PATRIOTIK SESI PETANG TAHUN 2013 TINGKATAN 2 TING 2.2 2.5 2.6 2.7 2.3 2.8 2.9 2.1 2.0 2.4 HAKIM 1 85 70 70 70 74 74 70 76 78 76 HAKIM 2 93 77 56 74 61 73 76 85 69 87 HAKIM 3 90 75 61 80 73 71 71 81 70 86 HAKIM 4 95 70 70 80 75 75 75 85 75 80 HAKIM 5 94 90 74 87 76 76 81 87 79 89 HAKIM 6 95 91 69 72 77 82 99 99 85 82 JUMLAH MARKAH 552 473 400 463 436 451 472 513 456 500 PURATA MARKAH 92 79 67 77 73 75 79 86 76 83

UNDIAN UNTUK KONDUKTOR TERBAIK OLEH 6 ORANG HAKIM


TING 2.2 2.5 2.6 2.7 2.3 2.8 2.9 2.1 2.0 2.4 UNDIAN HAKIM 5 0 0 0 0 0 0 0 0 1

NOTA : KEPUTUSAN HAKIM ADALAH MUKTAMAD, MARKAH PERSEMBAHAN TINGKATAN 2 AKAN DIBANDINGKAN DENGAN MARKAH PERSEMBAHAN TINGKATAN 1 BAGI PEMENANG AKHIR PERTANDINGAN LAGU PATRIOTIK SESI PETANG.TERIMA KASIH.