Anda di halaman 1dari 3

LAPORAN LAWATAN BENCH MARKING SEKOLAH KEBANGSAAN SERI BERANG KUMPULAN 1: CIRI-CIRI DAN JENIS KEPIMPINAN Sukatan Pelajaran

Pendidikan Bina Insan Guru, BIG adalah suatu program khas yang diajurkan oleh Bahagian Pendidikan Guru dan diwajibkan ke atas semua pelajarpelajar institusi pendidikan guru Malaysia. Program ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan awal dan pengalaman yang bermakna kepada para pelajar sebelum mereka bergelar seorang warga pendidik. Hal ini kerana, setiap aktiviti yang diajurkan di dalam program ini adalah menekankan kepada unsur-unsur hidup bermoral dan beragama bersesuaian untuk melatih individu menyelami jiwa seorang warga pendidik disamping melahirkan individu yang mempunyai kemantapan akhlak dan nilai kerohanian yang tinggi serta semangat juang yang kuat dan kental dalam mengharungi liku-liku kehidupan sebagai seorang warga pendidik selaras dengan prinsip-prinsip Rukun Negara, Falsafah Pendidik Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru. Bagi memenuhi program Bina Insan Guru (BIG) PISMP semester 5, kami telah mengadakan satu lawatan ilmiah berbentuk banch marking ke Sekolah Kebangsaan Seri Berang pada 28 Februari 2011 yang lalu untuk melihat bagaimana sistem

pentadbiran dan pengurusan di sana. Kami telah memilih sekolah tersebut sebagai pusat lawatan ilmiah kami adalah kerana, SK Seri Berang merupakan sebuah sekolah kluster kecemerlangan. Oleh itu, secara tidak lansung kami dapat mengetahui bagaimana pihak pengurusan mentadbir kurikulum sekolah sehingga mendapat anugerah tersebut.

SITI NURHANI BINTI ABDUL GHANI

Kejayaan sebegini ini sudah pastinya bukan sesuatu yang mudah untuk dikecapi. Tanpa kesungguhan dan komitmen yang tinggi daripada pihak pentadbir serta pegorbanan guru disini, sudah pasti kejayaan sebegini tidak akan dapat dikecapi. Namun begitu, tanpa perancangan yang rapi dan kemudahan yang mencukupi, kejayaan sebegini tidak juga dapat dikecapi. Oleh itu, adalah menjadi kewajipan pihak pengurusan untuk mengurus dan mentadbir sekolah dalam memastikan objektif sekolah tercapai. Di Sekolah ini, kami dapat lihat keberkesanan pihak pengurusan sekolah dalam mentadbir dan menguruskan sekolah dimana setiap murid telah dibekalkan jadual kelas kurikulum dan jadual kokurikulum bagi memastikan kejayaan mereka dan objektif sekolah tercapai. Ciri-ciri kepimpinan pihak pentadbiran, Puan Hasnah bt Hasan selaku Guru Besar dan guru-guru pentadbir lain yang ditunjukkan juga amat

memberangsangkan kerana dari segi penampilan, kami dapat membuat sedikit rumusan bahawa ciri kepimpinan yang ditonjolkan bersifat kepimpinan sokongan iaitu mempunyai struktur yang tinggi diselangi dengan sifat timbangrasa. Walaupun kebitaraan sekolah tersebut dari sudut akademik adalah Bahasa Inggeris dan dari sudut sukan pula adalah bola sepak, namun kami masih dapat mengambil pengajaran dengan melihat ciri-ciri kepimpinan yang ditonjolkan untuk mentadbir sekolah tersebut sehingga mencapai target yang ditetapkan. Setelah melakukan aktiviti temu bual dengan staf sokongan, kami mendapati bahawa Guru Besar sekolah tersebut adalah berjiwa rakyat kerana walaupun beliau menggalas banyak tanggungjawab yang berat, beliau juga masih sudi memegang

SITI NURHANI BINTI ABDUL GHANI

tanggungjawab sebagai seorang guru matematik bagi darjah 6. Target beliau adalah dengan mensifarkan golongan gagal dalam matematik. Beliau juga adalah seorang yang berkeyakinan dalam mentadbir dan bersemangat waja disamping

berpengetahuan, berkemahiran, dan berkebolehan dalam kerjaya. Sepanjang kami berada di Sekolah Kebangsaan Seri Berang, kami dapat melihat pelbagai kemudahan sekolah yang serba lengkap dan dihias dengan menarik. Contohnya, Pondok Seri Nilam yang dihias dengan langsir yang berwarna-warni dan dibekalkan dengan pelbagai jenis buku bacaan. Hal ini adalah untuk menarik perhatian murid dan memupuk minat membaca disamping dapat meningkatkan pengetahuan. Dari sini, kami dapat menilai bahawa kesungguhan kepimpinan yang ditadbir oleh Guru Besar bersama-sama dengan guru pentadbir yang lain dalam merealisasikan kebitaraan sekolah tersebut dari aspek akedemik. Kesimpulannya, pendedahan pada program Bina Insan Guru kali ke-5 ini banyak memberikan maklumat yang berguna dan akan saya jadikan panduan apabila mengajar di sekolah rendah kelak. Melalui Lawatan penanda aras seperti ini, para guru pelatih akan mendapat peluang untuk menimba ilmu terutamanya dari aspek pengurusan dan pentadbiran oleh pihak sekolah.

SITI NURHANI BINTI ABDUL GHANI

Anda mungkin juga menyukai