Anda di halaman 1dari 20

TEORI BEHAVIORIS

TEORI BEHAVIORIS
HASIL KAJIAN OLEH : - Ivan Pavlov - B.F Skinner Antara teoris yang lain - Joseph Wolpe - M.B Shapiro - Hans Eysenk

KANDUNGAN TEORI BEHAVIORIS

Pandangan terhadap manusia

Peranan Kaunseling

Teknik/Strategi untuk membantu kaunseling

PANDANGAN TERHADAP MANUSIA


bagi ahli behavioris: Dilahirkan neutral dan mempunyai potensi yang sama untuk menjadi baik atau jahat,bersifat rasional atau tidak rasional. Mampu memberi terhadap rangsangan yang sesuai dan apa yang telah mereka pelajari sahaja Adalah pelaziman iaitu rangsangan gerak balas. Reaksi terhadap satu-satunya ransangan bergantung kepada pengalaman. Mempelajari dan menyimpan pola-pola tingkah laku dan seterusnya mengulang pola-pola tersebut pada masa depan.

PERANAN KAUNSELING
Secara am , teori behavioris adalah berorientasikan tindakan. Antara tindakan adalah seperti berikut: - Memantau tingkah laku yang kurang wajar - Mengamalkan kemahiran mengrus tingkah laku tersebut dan - Menyempurnakan tugasan yang diberikan.

TEKNIK/STRATEGI MEMBANTU KLIEN


OPERAN KLASIKAL Desensitasi Bersistematik Pelaziman Avertif

Kontrak Kontigensi
Pembentukan Modelling Ekonomi Token Main Peranan Latihan Asertif

Kontrak Kontigensi
Apabila kanak-kanak dilibatkan bersama perlulah ditentukan beberapa syarat : - Bahasa yang mudah difahami - Matlamat kaunseling mestilah jelas - Peneguhan yang sesuai

Proses Kontrak Kontigensi


Kenalpasti masalah LANGKAH 1

Kumpul data baseline

LANGKAH 2

Tentukan matlamat

LANGKAH 3

Bentuk pelan KOntigensi Tidak berkesan

LANGKAH 4 Menilai pelan kontigensi Bentuk pelan penyelenggaraan berkesan

LANGKAH 5

Pembentukan ( Shaping )
Secara praktik, ciri-ciri tingkahlaku yang mirip kepada tingkah laku sasaran diberikan peneguhan sehingga terhasilnya tingkah laku tersebut. Proses ini dikenali sebagai Successive Approximations. Guru bimbingan dan kaunseling yang ingin menggunakan teknik ini hendaklah mematuhi langkah-langkah berikut:

Antara langkah-langkah berikut: i. Mengenalpasti tingkah laku yang diingini . ii. Menunggu sehingga kelihatan tingkah laku tersebut; dan iii. Memberi peneguhan yang wajar.

Modelling
Mendedahkan kanak-kanak yang berkenaan kepada seorang atau lebih individu. Watak-watak tersebut akan mempamerkan ciri-ciri tingkahlaku seperti yang dihasratkan oleh kanak-kanak tadi. Kadangkala, guru bimbingan dan kaunseling , ataupun rakan-rakan sebaya boleh menjadi model yang mendemostrasikan ciri-ciri tingkahlaku tertentu.

Ekonomi Token
Dianggap serupa dengan ganjaran ekstrinsik. Ekonomi token atau markat ( points ) diberikan apabila kanak-kanak menunjukkan tingkahlaku yang wajar. Sebaliknya, mereka juga akan hilang token sekiranya menunjukkan tingkahlaku distruptif. Token atau point yang dikumpul boleh digantikan dengan masa permainan, gula-gula dan sebagainya.

Main Peranan
Kanak-kanak diberi peluang untuk melihat tingkahlaku sepertimana yang dilihat oleh orang lain, serta memperoleh maklumbalas mengenai tingkah laku tersebut. Kanak-kanak juga berpeluang untuk mempelajari sebab akibat satu-satu tingkahlaku yang mereka tunjukkan serta mengalami konsekuen yang berkaitan dalam seting yang selamat. Selain itu, ramai kanak-kanak lebih berupaya untuk melakonkan satu-satu situasi tersebut dengan menggunakan perkataan.

Latihan Asertif ( Teknik meningkatkan keyakinan diri )


suatu teknik untuk membantu klien menambahkan keyakinan diri apabila berhadapan dengan individu yang dianggap mampu memberi ancaman kepada dirinya . Contoh situasi: - Rakan sekelas merampas pen atau penselnya, memotong barisan, merebut alatan dan sebagainya.

MATLAMAT LATIHAN ASERTIF: Memberi kekuatan kepada klien untuk memulakan tingkah laku yang diingini. Mengajar klien bertindak dengan mengambil langkah yang produktif

Ramai kaunselor mendapati bahawa klien perlu membina kemahiran asertif untuk meningkatkan kebolehan pengurusan diri yang baik dansekaligus mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi. Jika tidak klien boleh hilang rasa penghargaan kendiri(self-esteem).Latihan asertif boleh dilaksanakan dengan melakukan aktiviti role play atau lakonan berulang kali,penerokaan dan mentafsir masalah dan sebagainya

Desensitasi Bersisitematik
Diutarakan oleh Wolpe dan bertujuan untuk menghapuskan kebimbangan dan ketakutan yang sedang dialami oleh seseorang. Contoh: seorang kanak-kanak mengalami kebimbangan yang keterlaluan semasa aktiviti pengucapan awam. Terlebih dahulu, guru bimbingan dan kaunseling akan menyediakan satu hiararki situasi berhubung dengan ketakutan tersebut.

0 baring atas katil;perihalkan tentang bilik tidur anda. 1 fikir tentang tajuk ucapan anda 2 bincang apa yang hendak disampaikan 3 duduk dalam kelas sambil mendengar rakan sekelas berucap. 4 tulis ucapan anda di rumah. 5 latih berucap secara perseorangan atau di hadapan rakan 6 Bersiap sedia pada pagi sesi pengucapan awam 7 Makan sarapan pagi sambil berfikir tentang ucapan anda 8 Masuk dalam kelas pada hari berkenaan 9 tunggu giliran anda sambil rakan sekelas sedang berucap 10 berdiri di hadapan kelas sambil pandang muka rakan-rakan 11 sampaikan ucapan anda

Pelaziman Aversif
Merupakan penggunaan ransangan berbentuk aversif terhadap satu-satu tingkahlaku. Contoh- kanak-kanak yang suka menggangu perjalanan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dikehendaki cubit sendiri setiap kali mereka melakukan tingkahlaku tersebut. Teknik ini boleh digabungkan dengan ekonomi token di mana ganjaran dan peneguhan positif diberikan sekiranya kanak-kanak tersebut melakukan tingkahlaku yang baik.

RUJUKAN
Choong Lean Keow,PhD, 2010, Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak ( untuk Perguruan Ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujian Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kumpulan Budiman Sdn.Bhd Subang Jaya. http://belajarpsikologi.com/teori-belajarbehaviorisme/ http://bkuinsuska.blogspot.com/2012/10/teor i-konseling-behavioral-menurut.html