Anda di halaman 1dari 2

PERANAN MEDIA CETAK DALAM MEMBANTU GURU MENINGKATKAN KEBERKESANAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM BILIK DARJAH (SOALAN

ISL 1) 1) Bahan cetak mudah diperoleh dalam pelbagai topik dan juga bentuk Penggunaan bahan cetak seperti buku latihan kini telah menyediakan pembelajaran berdasarkan topik-topik yang telah dipecahkan supaya pelajar mudah untuk menguasai sesuatu topik dengan lebih mudah. Misalnya buku latihan matematik yang menyediakan latihan bab demi bab yang rasionalnya adalah untuk memudahkan lagi proses pembelajaran bagi pelajar. Ia juga turut mmebantu guru untuk memudahkan aspek latihan dimana latihan-latihan boleh diberi berdasarkan topik yang telah dipelajari agar pelajar terlebih dahulu menguasai sesuatu topik tersebut.

2) Kebanyakkan bahan cetak mudah digunakan dan tidak perlu banyak penerangan Bahan cetak seperti buku teks dan juga buku latihan sangat membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Buku teks yang merupakan rujukan utama dalam pengajaran dan pembelajaran dan buku teks mempunyai isi yang cukup bermakna serta mudah untuk difahami. Logiknya, pelajar boleh untuk belajar dengan sendiri tanpa bimbingan daripada guru. Contoh-contoh yang jelas yang ditunjukkan dalam buku membantu pelajar untuk memahami konsep serta idea-idea akan matapelajaran yang dipelajari.

3) Bahan cetak boleh didapati dengan harga yang murah Hampir kesemua bahan cetak boleh didapati dengan harga yang murah dan mampu milik. Terdapat juga segelintir daripada bahan cetak ini percuma dari segi harganya dan boleh diperoleh dalam kuantiti yang banyak. Aspek inilah yang menjadikan bahan cetak ini sebagai salah satu sumber utama dalam pengajaran dan juga pembelajaran kerana bahan cetak ini mudah diperoleh berbanding dengan bahan yang lain di mana ia membantu guru serta pelajar dalam mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang bermakana.

4) Bahan cetak mudah dibawa ke mana-mana Bahan cetak yang mempunyai ciri-ciri seperti ringan dan juga kecil menjadikan ia mudah untuk dibawa kemana-mana terutamanya untuk dibawa ke dalam bilik darjah semasa prose penagajran dan pembelajaran. Ia juga boleh diberikan kepada pelajar di mana pelajar boleh untuk membawanya pulang sebagai ulangkaji di rumah. Bahan cetak ini tidak memberi sebarang kesulitan kepada penggunanya kerana sifatnya yang mesra pengguna dan mudah untuk dibawa kemana-mana.

Anda mungkin juga menyukai