Anda di halaman 1dari 3

TGFU Model Teaching Games for Understanding Approach (1986) Model ini telah diperkenalkan oleh James Torpe,

iaitu seorang atlet Amerika Syarikat. Model ini menghujahkan bahawa teknik pengajaran dalam pendidikn jasmani untuk mengajar atau melatih seseorang individu dalam teknik dan kemahiran permainan tidak menyumbang kepada kejayaan, menambah pengetahuan mahupun meningkatkan kemahiran. Model ini bertujuan untuk membaiki model kurikulum bagi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani sedia ada. Teori Bunker dan Thorpe telah berfungsi untuk mewujudkan guru atau jurulatih bukan sahaja mementingkan kemahiran pada kanakkanak malah memberi ruangan kepada kanak-kanak untuk terus meneroka dan mengekalkan minat mereka sendiri dengan seronok dan ianya menghasilkann faedah yang baik. Mereka berpendapat bahawa, dalam sesuatu permainan,kanak-kanak haruslah diberi kesedaran tentang Mengapa dan Bila sesuatu kemahiran perlu diaplikasikan dan bila ia patut ditunjukkan dalam sesuatu permainan tertentu. Dengan itu,kanak-kanak akan memberi respons yang lebih baik dan peka jika mereka tahu bagaimana sesuatu teknik atau kemahiran harus dilakukan. Terdapat banyak kebaikan model ini sebagai kurikulum di sekolah. Antaranya ialah ia dapat Memberi peluang kanakkanak meneroka permainan yang telah ubahsuai berdasarkan umur dan tahap pengetahuan mereka, kaedah ini lebih sistematik berbanding kaedah pengajaran yang sedia ada, ia mencakupi semua aspek yang perlu diterapkan kepada kanakkanak dan kanak-kanak dapat menerokai permainan yang diubahsuai secara berperingkat. Namun begitu, model ini tidak terlepas daripada mempunyai kelemahannya yang tersendiri. Antara kelemahannya ialah

kanak-kanak mungkin akan keliru kerana pengubahsuaian permainan ini mungkin akan mengubah sifat asal sesuatu permainan itu dan peralatan yang digunakan juga mungkin tidak bersesuaian untuk permainan tersebut. Teori Bunker dan Thorpe telah sependapat bahawa model kurikulum yang telah direka dan diperkenalkan oleh mereka menitik beratkan dan memfokuskan kemahiran asas ( theoritical base ) dan peringkat jangka masa singkat ( temporal sequence ) dalam pengajaran sesuatu permainan sebelum permaianan tersebut dikuasai dengan lebih baik dan mantap.

Kategori permainan model TGFU Terdapat empat kategori permainan yang terkandung dalam model TGFU ini. Antaranya ialah: Target Menempatkan objek pada sasaran atau mendekati sasaran untuk mendapat mata Contoh: bowling, archery, golf Striking / Fielding Perlawanan yang melibatkan dua pihak: pasukan striking dan pasukan fielding Mengumpul mata melalui larian yang selamat dan berjaya selepas pukulan dalam masa atau pusingan yang ditetapkan Contoh: baseball , softball, cricket Net / Wall Permainan dimainkan antara jaring atau atas dinding Mengumpul mata melalui menghantar objek ke gelanggang pihak lawan dengan syarat objek tersebut tidak dapat dihantar

balik dalam kawasan gelanggang Contoh: badminton, squash, table tennis Invasion / Serangan Permainan berpasukan Dalam jangka masa yang tertentu, masuk ke dalam kawasan pihak lawan dan mengumpul mata Contoh: soccer, basketball, handball

6 peringkat TGFU, berikan 4 jenis kategori prmainan. komponen pgerakan asas, 3 jenis pgerakan lokomotor n bukan lokomotor butiran mengajar (mayb gerakan grapvine), terangkan konsep ansur maju. langkah2 keselamatan dlm kelas pj

esei: konsep pgerakan asas lokomotor dan bukan lokomotor, manipulasi alatan pengurusan dan penilaian dlm pj (mengelola prmainan kecil) teknik penilaian sst prmainan langkah2 keselamatan dlm pj.(cth: kaedah RICE, TOTAPS, ABC, CPR..)