Sejarah Ringkas
Terdapat beberapa kajian yang telah dijalankan di dalam Pendidikan Jasmani, Psikologi dan bidang-bidang lain berhubung dengan masa reaksi dan kepantasan pergerakan. Pada asalnya, para ahli psikologi telah menumpukan perhatian dalam mengkaji perkaitan di antara masa reaksi dengan pembelajaran, manakala bagi para pengkaji di dalam bidang sukan pula telah melihat masa reaksi ini daripada segi kaedah-kaedah untuk mempertingkatkan kepantasan pergerakan dengan masa reaksi dan faktor-faktor yang mempengaruhi prestasi fizikal. Sejarah penyelidikan masa reaksi telah dimulakan oleh seorang pengkaji di Pusat Pemerhatian Greenwich yang telah membuat keputusan untuk memecat seorang pembantunya kerana telah mencatatkan masa persinggahan bintang melintasi teropong, 0.5 saat lebih lambat daripada catatan sebenar. Ekoran kejadian tersebut, timbul minat dikalangan beberapa pengkaji ketika itu untuk mengkaji masa reaksi dengan lebih mendalam. Antara pengkaji-pengkaji tersebut ialah Bessel, Donders dan Singer.
KAJIAN LAMPAU
Banyak kajian berkaitan dengan masa reaksi telah dilakukan oleh para pengkaji mengikut perkembangan dan keperluan semasa. Penyelidikan tentang masa reaksi tidak hanya tertumpu kepada sesuatu aspek sahaja malahan turut membabitkan aspek fisiologi dan psikologi. Ramai yang menjangkakan terdapatnya perkaitan rapat antara masa reaksi dan kepantasan pergerakan seseorangi individu kerana setiap individu mempunyai tahap kepantasan reaksi yang berbeza terhadap rangsangan yang diterima. Kepantasan masa reaksi akan meningkat seiring dengan perkembangan individu. Thomas, Callagher dan Purvis (1981) dalam Johnson dan Nelson (1986) telah mengkaji kesan perkembangan dan pertumbuhan manusia terhadap masa reaksi. Mereka berpendapat bahawa apabila umur meningkat, masa reaksi juga akan meningkat.
Botwinik dan Thompson (1968) dalam Johnson dan Nelson (1986) pula berpendapat bahawa orang-orang tua mempunyai masa reaksi yang lebih perlahan jika dibandingkan dengan golongan yang lebih muda. Apabila mencapai umur akhir remaja dan awal 20an, didapati kepantasan masa reaksi seseorang berada pada tahap mendatar lalu beransur kurang. Chema (1977) dalam Johnson dan Nelson (1986), dalam kajiannya mendapati orang-orang tua mempunyai masa reaksi pramotor yang lebih lambat dalam semua keadaan. Beliau mengaitkan faktor utama yang menyebabkan keadaan sebegini adalah kemampuan sistem saraf pusat yang semakin berkurangan dan lebih perlahan.
menguji
Hipotesis Henry (1960) iaitu mengenai Memory Drum Theory . Memory Drum Theory menyatakan set sensori bertumpu kepada rangsangan sementara set motor lebih kepada pergerakan yang akan dilakukan. Henry mengandaikan penumpuan perhatian kepada pergerakan akan melambatkan masa reaksi dan pergerakan. Kajian Christina menyokong set sensori berkenaan dengan kepantasan masa reaksi tetapi tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan atau jelas pada skor masa pergerakan.
Norie (1974) dalam Johnson dan Nelson (1986) turut mengukuhkan Memory Drum Theory sebagaimana pandangan Henry tadi dan beliau telah berpendapat bahawa proses membuat keputusan bagi tugasan pergerakan mudah berlaku sebelum bermulanya sesuatu pergerakan. Manakala
berdasarkan Goggin dan Cristina (1979) dalam Johnson dan Nelson (1986) , kepantasan masa reaksi adalah berkurangan bagi pergerakan yang laju mengarah ke sasaran kecil kerana lebih masa diperlukan untuk merancang tindakbalas. Ini dikukuhkan lagi dengan kajian Christina pada tahun 1985, iaitu jelasnya semakin kompleks sesuatu tindakbalas, maka ia akan menambah masa merancang lalu melambatkan masa memulakan tindakbalas. Selain itu terdapat beberapa kajian yang menyatakan bahawa masa reaksi atlit adalah lebih pantas daripada masa reaksi bukan atlit. Smith (1969) dalam Johnson dan Nelson (1986), telah mendapati bahawa golongan atlit mempunyai masa reaksi yang lebih pantas daripada bukan atlit. Hasil ujikajinya juga, beliau berpendapat bahawa atlit yang terlibat dalam acara berpasukan mempunyai masa reaksi yang lebih pantas berbanding dengan atlit dalam sukan
individu. Situasi tersebut mungkin dipengaruhi kadar intensiti kerja yang menyebabkan atlet lebih peka terhadap sesuatu rangsangan persekitaran.
Pada Tahun 1960-an Nelson, F. B. telah membentuk satu alat pengukur masa reaksi yang membabitkan ujian masa tindakbalas untuk tangan dan ujian masa tindakbalas untuk kaki. Alatan ujian masa reaksi Nelson adalah mudah dan murah tetapi dibentuk berasaskan hukum pecutan malar objek yang jatuh bebas di bawah tarikan graviti. Teknik yang telah diperkenalkan beliau telah menarik minat ramai pihak untuk menggunakan kaedah yang sama untuk menjalankan ujian terhadap masa reaksi.
Ujian yang diperkenalkan oleh Nelson, F.B, masih popular dan terus digunakan hingga kini walaupun terdapat peralatan-peralatan lain yang lebih canggih untuk mengukur kepantasan masa reaksi. Alat ini dinamakan The Nelson Reaction Timer. Alat ini dicipta berasaskan hukum pecutan seragam jasad yang jatuh dengan bebas. Beliau telah menggunakan sebatang kayu berskala yang dibaca dalam unti masa untuk mendapatkan kepantasan reaksi seseorang dengan menggunakan formula seperti berikut :-
Masa =
Alat pengukur ini telah digunakan untuk mengukur masa reaksi tangan dan kaki serta kepantasan pergerakan tangan. Pada keseluruhannya alat-alat pengukuran ini adalah tepat.
Ujian pertama Nelson bertujuan menilai masa reaksi subjek untuk menangkap alat pengukur yang dilepaskan setelah isyarat diberikan. Dalam ujian pertama yang dinamakan ujian masa tindakbalas Nelson untuk tangan ini, subjek dikehendaki duduk dalam keadaan selesa serta meletakkan tangan dominan di atas lengan kerusi. Dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk, subjek bersedia untuk mencubit alat pengukur yang digunakan. Subjek juga diingatkan untuk memberikan sepenuh perhatian kepada Zon Tumpuan yang ditandakan pada hujung alat pengukur. Alat tersebut digantung pada jarak hujung bawahnya berlegar atas ibu jari dan jari telunjuk subjek. Bagi mengelakkan subjek dapat mengagak atau meramal jatuhan alat pengkur tersebut, maka masa melepaskan alat selepas isyarat diberikan hendaklah sentiasa diubah-ubah oleh penguji. 20 percubaan diberikan dengan masa yang terpantas dan 5 masa yang terlambat disingkirkan. Semua 10 masa yang lain dijumlahkan dan dibahagikan dengan 10 untuk mendapatkan purata masa. Ujian kedua Nelson melibatkan ujian masa tindakbalas untuk kaki yang bertujuan untuk menilai keupayaan subjek untuk bertindakbalas dan bergerak dengan cepat ke arah yang betul mengikut rangsangan yang diberikan. Dalam ujian ini dua garisan berjarak 14 ela dengan satu garisan tengah dilukis. Subjek dikehendaki berdiri dalam keadaan sedia di atas garisan dengan menghadap ke arah penguji. Pihak penguji akan menunjukkan tangan ke satu arah samada kiri atau kanan dengan cepat dan pada masa yang sama memulakan jam randik.
Subjek yang terlibat bertindakbalas kepada rangsangan dengan berlari pantas ke arah yang telah ditunjukkan oleh rangsangan itu. Masa diberhentikan apabila peserta melepasi garisan arah yang ditunjukkan oleh penguji tersebut. 10 percubaan diberikan dengan lima ke satu arah dan lima lagi ke arah yang bertentangan. Walaupun begitu hala rangsangan hendaklah dilakukan secara rawak dengan masa rehat 20 saat untuk setiap percubaan.
Masa reaksi juga melibatkan pengukuran julat dan aplikasi stimulus sehingga perubahan pertama dalam aktiviti kortikol di dalam otak. Ia boleh diukur dengan menggunakan Elektroensefalograf.(EEG). Masa reaksi terhadap
stimulus yang diterima oleh sistem auditori adalah lebih cepat dari masa reaksi yang diterima oleh sistem visual iaitu kira-kira 50 msec. Kajian terkini mendapati aktiviti stimulus auditori tiba di serebral kortek 8-9 msec selepas diberikan rangsangan, berbanding stimulus visual yang mengambil kira-kira 20-40 msec untuk sampai ke korteks. Oleh kerana panjang kedua-dua sensori adalah sama maka perbezaan dianggarkan oleh perbezaan kepantasan pemindahan impuls. (Sage, 1984).
KAJIAN TERKINI
Bjorklund (1991), telah mengkaji tentang pengukuran masa reaksi dan masa pergerakan dengan menekan dan melepaskan punat komputer. Peserta terdiri daripada 20 orang pelajar lelaki yang berumur dalam lingkungan 20 hingga 28 tahun di Universiti of Oslo. Masa reaksi dan masa pergerakan diukur dalam dua keadaan iaitu dengan menekan dan melepaskan punat komputer. Secara amnya, keadaan melepaskan punat komputer memerlukan lebih maklumbalas persepsi daripada menekan punat. Oleh itu masa reaksi adalah lebih panjang dalam keadaan melepaskan punat. Bjorklund menjelaskan reaksi seseorang dibantu oleh satu tegangan otot permulaan (initial muscle tension) sebelum mengesan sesuatu isyarat. Oleh itu, jari yang dalam keadaan menekan dapat menjanakan tegangan otot antisipatori yang lebih besar. Dalam keadaan melepaskan kekunci pula, peserta mesti menghentikan daya tegangan otot itu sebelum dapat melakukan pergerakan melepaskan kekunci. Oleh itu, masa reaksi untuk menekan punat lebih singkat daripada pelepasan punat.
Lock dan Berger (1990), telah menjalankan kajian tentang pengaruh jantina, umur dan blok percubaan keatas masa reaksi mudah kanak-kanak sekolah rendah. Peserta terdiri daripada 78 orang kanak-kanak lelaki dan perempuan yang dominan tangan kanan dan berumur 6, 8 dan 10 tahun. Mereka ini diarahkan menekan satu daripada punat komputer sebagai respon terhadap pemulaan stimulasi perintah (cahaya biru) untuk empat pelaziman dan 20 ujian percubaan. 20 ujian percubaan tersebut terdiri daripada 5 blok percubaan yang setiap satunya mempunyai 4 foreperiod. Analisis dibuat terhadap faktor yang
berbeza (jantina, umur dan blok percubaan) dengan mengulangi ukuran fakor terkini iaitu blok percubaan. Hasil dapatan menunjukkan bahawa masa reaksi kanak-kanak lelaki adalah lebih pantas berbanding dengan kanak-kanak perempuan. Selain itu, masa reaksi juga berkurangan mengikut tahap umur. Hal ini adalah disebabkan oleh beberapa faktor iaitu kematangan saraf motor, kemajuan dalam memproses maklumat dan peningkatkan dalam tumpuan terhadap stimulus berkaitan. Didapati kanak-kanak bertindak lebih cepat semasa percubaan blok pertama dan kedua-dua daripada blok yang lain.
Kesimpulannya, masa reaksi adalah merupakan masa yang diambil untuk bergerak atau bertindak selepas menerima rangsangan untuk berbuat demikian. Kebolehan seseorang itu bergerakbalas dengan secepat yang mungkin membantunya dalam situasi permainan dan di dalam keadaan kecemasan. Ianya juga merupakan kombinasi kekuatan otot dengan kelajuan dimana ia merujuk kepada kebolehan individu melakukan suatu pergerakan pantas (mengejut atau eksplosive) yang kuat dalam jangkamasa yang singkat dengan kecekapan yang tinggi. Hasil daripada penguncupan otot yang cepat dalam jangkamasa yang singkat memerlukan gabungan dan kepantasan penguncupan otot.
RUMUSAN
Rangsangan terhadap deria dapat memberikan kesan kepada masa reaksi. Rangsangan terhadap deria yang berlainan menghasilkan masa reaksi yang berbeza. Susunan kepekaan deria terhadap rangsangan ialah
pendengaran, penglihatan, kesakitan, rasa, menghidu dan sentuhan. Apabila umur meningkat, masa reaksi juga akan turut meningkat. Di samping itu, lelaki mempunyai masa reaksi yang lebih pantas berbanding perempuan. Namun begitu, apabila umur melepasi 25 tahun, masa reaksi akan menurun. Kajian juga menunjukkan seseorang ahli sukan mempunyai masa reaksi yang lebih pantas berbanding mereka yang tidak melibatkan diri dalam sukan.
Hasil penyelidikan dalam topik ini juga menunjukkan bahawa masa reaksi amat mempengaruhi pencapaian prestasi seseorang dalam sukan. Pengaruh masa reaksi dapat dilihat dengan jelas terutamanya melibatkan sukan-sukan yang mementingkan elemen-elemen ketangkasan seperti larian pecutan dalam olahraga, bola sepak, ragbi serta sukan-sukan tempur lain seperti taekwondo dan silat olahraga. Kita perlu mempercayai bahawa, memiliki masa reaksi yang pantas dalam sukan-sukan tersebut akan memberikan kelebihan untuk mengatasi lawan semasa bertanding.
Walaupun begitu, masa reaksi mungkin kurang mempengaruhi sukansukan yang mementingkan kemahiran motor halus (fine motor skill) atau mudahnya sukan-sukan yang tidak mementingkan keagresifan. Keadaan ini dapat dilihat dalam sukan-sukan seperti memanah, menembak dan boling.
Masa reaksi mungkin tidak mempengaruhi sukan-sukan seperti ini kerana ianya tidak mementingkan keagresifan sebaliknya lebih menitikberatkan kepada ketenangan ketika bertanding.
Di samping itu terdapat beberapa faktor yang lain yang mempengaruhi pencapaian masa reaksi seseorang tetapi tidak dinyatakan secara mendalam melalui perbincangan topik ini. Salah satu faktor tersebut ialah arousal ataupun lebih dikenali sebagai kebangkitan. Kebiasaannya seseorang yang mempunyai arousal akan lebih bersedia untuk beraksi samada secara fizikal, intelektual atau perseptual berbanding atlet yang tidak mempunyai arousal. Seseorang yang mempunyai arousal juga biasanya akan lebih bersedia untuk menghadapi stimulus yang bakal dihadapinya. Kedua-dua kenyataan di atas jelas membuktikan bahawa apabila seseorang itu mempunyai arousal maka secara tidak langsung ia turut mempengaruhi pencapaian masa reaksi yang lebih baik. Walaupun begitu tahap arousal seseorang perlu dikawal kerana arousal yang terlalu tinggi adakalanya akan menjejaskan prestasi.
Kesimpulannya, masa reaksi banyak dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti jantina, motivasi seseorang, tahap kecerdasan, rangsangan dan keadaan kesihatan individu itu sendiri. Bagi individu yang kurang aktif faktor-faktor tersebut amat memainkan peranan penting dalam menentukan kepantasan untuk bertindakblas terhadap rangsangan persekitaran. Walaupun begitu, bagi individu yang bergelar atlet, faktor-faktor tersebut bukanlah alasan utama kepada kegagalan masa reaksi yang baik sebaliknya pencapaian masa reaksi yang baik boleh dihasilkan melalui latihan.
KEPENTINGAN KAJIAN
Ujian kepantasan masa reaksi ini mempunyai pelbagai kegunaan dalam bidang Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan. Antara kepentingan ujian masa reaksi ialah:
i.
Sebagai salah satu faktor di dalam ujian-ujian kecergasan motor, keupayaan motor dan kemahiran sukan atau permainan.
ii.
Sebagai panduan kepada guru atau jurulatih untuk menjalankan latihan yang spesifik.
iii.
Berguna kepada guru-guru Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan dalam mengklasifikasikan pelajar kepada kumpulan tertentu untuk menjalankan aktiviti.
iv.
Digunakan
untuk
menilai
keberkesanan
latihan
dalam
mempertingkatkan kepantasan pelajar. v. Dapat mengenalpasti keupayaan kepantasan masa reaksi pelajar bagi merancang program latihan. vi. vii. Dapat digunakan dalam memilih pelajar untuk aktiviti sukan. Sebagai satu alat pengukuran untuk mengetahui perbezaan dan membuat perbandingan keupayaan kepantasan masa reaksi atlit-atlit dalam bidang tertentu. viii. Sebagai sumber motivasi dan maklum balas kepada pelajar untuk mempertingkatkan prestasi masa reaksi pelajar.
ix.
Sebagai
alat
pengukuran
untuk
mengetahui
perbezaan
dan
perbandingan keupayaan masa reaksi seseorang atlit atau pelajar dalam bidang sukan yang berlainan.
OBJEKTIF UJIAN
Pada akhir sesi ujian masa reaksi ini diharapkan agar pelajar dapat: i. Menerangkan konsep dan kepentingan ujian kepantasan masa reaksi dengan jelas dan tepat. ii. iii. Menggunakan alat pengukuran ujian dengan teknik yang betul. Mengelola dan mentadbir ujian-ujian kepantasan masa reaksi dengan teknik yang betul dan sistematik. iv. Memperoleh data-data untuk membentuk norma tahap kepantasan masa reaksi individu dan kumpulan. v. Mengetahui apakah faktor-faktor fisiologi dan psikologi yang
mempengaruhi prestasi kepantasan masa reaksi individu. vi. Mengenalpasti ujian-ujian yang sesuai yang boleh dijalankan untuk mengukur kepantasan masa reaksi. vii. Mengumpul dan menganalisa data-data yang diperolehi untuk mengetahui prestasi individu.
DILIMITASI UJIAN
Ujian masa reaksi ini dijalankan kepada pelajar-pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris bagi memenuhi keperluan Kursus Pengukuran, Pengujian dan Penilaian Pendidikan Sains Sukan. Subjek yang dipilih adalah berdasarkan latar belakang yang berbeza seperti jantina, umur dan tahap kecergasan yang berlainan. Sebanyak tiga bateri ujian masa reaksi telah dipilih dan ujian berkenaan hanya sah digunakan pada masa dan tarikh ia dijalankan. Hasil dapatan ujian hanya boleh digunakan untuk rujukan kepada pelajar-pelajar Universiti Pendidikan Idris sahaja. Keputusan yang diperolehi tidak boleh digunakan sebagai rujukan oleh mana-mana pihak lain yang ingin mentadbir ujian masa reaksi yang sama di mana-mana tempat lain.
LIMITASI UJIAN
Pengendalian ujian dan keputusan yang diperolehi daripada ujian ini dibatasi oleh beberapa limitasi. Di antaranya adalah seperti berikut:
i.
Alatan - Pengukuran kepantasan keseluruhan badan yang tepat sukar dijalankan kecuali dengan menggunakan peralatan yang canggih dan piawai.
ii.
Keadaan Makmal - Kepantasan masa reaksi dalam situasi permainan sebenar mungkin lebih tepat jika dibandingkan dengan ujian yang dilaksanakan dalam makmal. Situasi ini dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti interpretasi subjek terhadap ujian tersebut, kedudukan badan yang berlainan semasa menjalankan ujian, tahap penguasaan asas subjek serta pengalaman lampau.
iii.
Persekitaran merangsang
Situasi
semasa
ujian
dijalankan
harus perhatian
dapat dan
subjek
supaya
tahap
penumpuan
persediaan diri membolehkan subjek mencapai prestasi yang optima. iv. Subjek Faktor jangkaan akan mempengaruhi pengukuran
kepantasan masa reaksi. Tahap Kesihatan dan kesediaan subjek dari segi mental, emosi dan fizikal semasa menjalankan ujian juga akan mempengaruhi keputusan ujian. Kebiasaannya motivasi yang tinggi akan mempengaruhi pencapaian prestasi. Oleh itu kesungguhan dan keikhlasan subjek ketika menjalani ujian juga mempengaruhi
keputusan ujian. Di samping itu faktor kelesuan akan menjejaskan prestasi. Percubaan yang terlalu banyak juga menyebabkan subjek hilang minat dan menjejaskan dapatan kajian. v. Masa - Skor kepantasan masa reaksi yang tepat boleh didapati selepas beberapa ujian dan bilangan percubaan yang mencukupi. Ini melibatkan tempoh masa yang panjang.
vi.
Penguji - Penguji seharusnya terlatih atau faham prosedur ujian dan konsisten dalam memberi arahan dan pembacaan skor.
Ketidakcekapan penguji semasa mengendalikan ujian akan memberi ralat kepada keputusan. vii. Jenis Rangsangan - Ujian kepantasan masa reaksi lebih banyak menggunakan rangsangan penglihatan.
PENTADBIRAN UJIAN MASA REAKSI Pentadbiran Ujian Prosedur Am: i. Seramai 9 orang pelajar yang mempunyai kepelbagaian tahap
kecergasan telah dipilih sebagai subjek bagi ujian masa reaksi. Subjek telah dipecahkan kepada tiga kumpulan yang dinamakan sebagai kumpulan A, B dan C . ii. Bagi memastikan ujian ini membabitkan penglibatan secara menyeluruh, maka ketiga-tiga ujian ini akan dikendalikan sepenuhnya oleh para pelajar dan bukannya oleh kumpulan pembentang. Walaupun begitu, setiap stesen ditetapkan dua orang ahli pembentang yang akan bertindak sebagai penunjuk cara dan pemantau. iii. Setiap kumpulan akan bergerak dari satu stesen ke stesen yang lain dalam kumpulan masing-masing mengikut urutan yang telah ditetapkan. iv. Subjek dicadangkan untuk melakukan ujian tersebut secara bersungguhsungguh dengan memberikan sepenuh tumpuan semasa melakukan ujian berkenaan. v. Bagi stesen 1 dan 2, hanya tujuh percubaan dibenarkan untuk setiap subjek dan bukannya 20 percubaan seperti yang dicatatkan dalam prosedur ujian. Tindakan ini bagi membolehkan pelajar-pelajar dalam kumpulan tersebut melakukan ujian yang sama sekiranya masa mencukupi.
i.
Sebelum melaksanakan ujian, satu sesi taklimat ringkas dibuat yang akan dikendalikan oleh penunjuk cara di setiap stesen tersebut. Setiap ahli kumpulan akan memerhatikan cara melaksanakan ujian tersebut.
ii.
Stesen ujian masa reaksi dibahagikan kepada tiga stesen. Keterangan berkaitan dengan stesen-stesen tersebut adalah seperti berikut: a) Bateri Ujian 1 Ujian Reaksi Tangan Nelson - (Johnson dan Nelson). b) Bateri Ujian 2 Ujian Reaksi Kaki Nelson c) Bateri Ujian 3 Ujian Tindakbalas Pilihan Nelson (Johnson dan Nelson) Ujian ini akan ditadbirkan selama 50 (anggaran masa) minit bagi keempat-
empat stesen tersebut. iii. Bagi setiap jenis ujian, subjek akan diberikan penerangan selama beberapa minit oleh penunjukcara sebelum menjalankan ujian. Subjek juga akan diberi satu percubaan sebagai latihan sebelum melakukan setiap ujian masa reaksi bergantung kepada peruntukan masa yang ada. iv. Bagi memudahkan prosedur pertukaran stesen, satu wisel akan dibunyikan apabila tempoh waktu yang ditetapkan telah tamat. v. Selepas selesai menjalankan ketiga-tiga ujian, setiap kumpulan pelajar dikehendaki berkumpul di satu kawasan yang ditetapkan untuk sesi soal jawab.
Objektif
Pada akhir ujian ini, penguji akan dapat mengukur kepantasan reaksi tangan setiap subjek apabila rangsangan diberikan.
Peringkat umur
Pelajar-pelajar
Major
Sains
Sukan
UPSI
yang
Kesahan
Pengukuran masa wujud kerana tarikan graviti bumi membuat objek tersebut jatuh dengan kadar pecutan yang sama.
Kebolehpercayaan :
Alatan
a) b) c) d)
Prosedur
a)
Subjek duduk dikerusi dalam keadaan rehat. b) Tangan yang dominan diletakkan diatas diatas meja. Subjek akan disapu dengan kapur penanda pada ibu jari dan jari telunjuk. Kedudukan jari terkeluar 3 4 inci dari sisi meja. c) Kedudukan jari subjek seperti bersedia dengan jarak menyepit diantara ibu jari dan jari telunjuk seluas 1 inci. d) Penguji memegang kayu pengukur pada
bahagian atas dan biarkan kayu pengukur tergantung telunjuk. e) Subjek menumpukan perhatian kepada diantara ibu jari dengan jari
bahagian yang ditandakan pada alat pengukur. f) Seterusnya, penguji berkata SEDIA dan
melepaskan kayu pembaris diantara ibu jari dan jari telunjuk subjek pada bila-bila masa dengan selang masa yang berbeza-beza. g) Subjek menyepit kayu pembaris dengan
keadaan tangan kekal diatas meja. h) Subjek diberikan percubaan 3 4 kali, sebelum diuji.
Pengukuran
a)
Subjek diberi percubaan sebanyak 20 kali. b) Lima percubaan yang tertinggi dan terendah bezanya tidak akan dikira didalam skor. c) Bacaan akan diambilkira berdasarkan kepada tanda atau garis yang terdekat dengan
bahagian atas ibu jari subjek. d) Skor diambil daripada purata 10 bacaan yang tinggal.
Lampiran Ilustrasi
Objektif
Untuk mengukur masa reaksi kaki subjek apabila rangsangan visual diberikan.
Tahap umur
Pelajar-pelajar
Major
Sains
Sukan
UPSI
yang
Kesahan
Pengukuran masa wujud kerana tarikan graviti bumi yang membuatkan objek jatuh dengan kadar pecutan yang sama.
Kebolehpercayaan :
Alatan
a) b) c)
Alat Pengukur (kayu pembaris) Kerusi dan permukaan dinding Kapur penanda
Prosedur
a) b)
Subjek duduk di kerusi dalam keadaan rehat. Subjek akan menyapu bebola kaki dengan kapur penanda. c) Tapak kaki selari dengan dinding dalam 1 inci. d) Jarak tumit dengan hujung kerusi lebih kurang atau 2inci. e) Penguji memegang kayu pada bahagian atas dan membiarkan kayu pengukur
tergantung diantara dinding dan tapak kaki subjek. f) Subjek menumpukan perhatian kepada bahagian yang ditanda pada alat pengukur. g) Penguji menyebut SEDIA dan melepaskan kayu pembaris di antara tapak kaki subjek dengan permukaan dinding. h) Subjek akan menekan kayu pengukur menggunakan bebola kaki yang tekal di atas kerusi. i) Subjek diberikan 3-4 kali percubaan
sebelum diuji.
Pengukuran
a)
Subjek diberi percubaan sebanyak 20 kali yang mana lima kali percubaan tertinggi dan
terendah bacaannya tidak akan dikira dalam skor. b) Bacaan akan diambil kira berdasarkan garis atau tanda yang terdekat dengan bahagian atas ibu jari kaki subjek. c) Skor diambil daripada purata 10 bacaan yang tinggal.
Lampiran Ilustrasi
Objektif
Pada akhir ujian ini, penguji akan dapat mengukur kebolehan bertindakbalas dan bergerak apabila
rangsangan diberikan. (melalui ujian ini dipercayai untuk mengetahui jenis pergerakan dalam sesuatu jenis sukan)
Peringkat Umur
Pelajar-pelajar
Major
Sains
Sukan
UPSI
yang
Kesahan
Kebolehpercayaan :
Dilaporkan r = 0.87
Alatan
a) b) c) d) e)
Jam Randik Pita Pengukur Pita Pelekat Kon Penanda Bendera Merah dan Kuning
Prosedur
a)
b)
Peserta berdiri di titik tengah antara dua garisan penamat (kon penanda) dalam
keadaan bersedia, kaki dibuka seluas bahu menghadap penguji c) Penguji memegang BENDERA di kedua-dua belah tangan dengan keadaan kedua-dua belah tangan diangkat. d) Penguji berkata SEDIA dan memberi isyarat MULA dengan mengarah tangan ke kiri atau ke kanan serentak dengan itu pencatat masa
menekan butang start. e) Subjek bergerak sepantas mungkin ke arah yang ditunjuk oleh penguji sehingga melintasi garisan penamat. f) Jeda rehat antara percubaan adalah selama 20 saat g) Masa diambil oleh pencatat masa apabila penguji mengarahkan tangan hingga subjek melintasi garisan penamat. h) Jika subjek berlari ke arah yang bertentangan dari yang ditunjukkan oleh penguji, masa tetap terus diambil sehingga peserta berpatah balik
dan
melintasi
garisan
penamat
yang
sepatutnya. i) Skor diambil daripada purata 5 bacaan masa yang hampir j) Penguji sepatutnya terlebih dahulu praktis untuk melakukan signal arahan memberi untuk arahan
mendapatkan
kemahiran
dengan tangan serentak menekan butang start. k) Dalam memilih rangkaian arahan penguji boleh dengan mudah meletakkan 5 slips di kanan mereka dan 5 slips di kiri mereka. l) Prosedur ini dapat mengelakkan dari terjadi subjek dari mengharapkan arahan dari satu percubaan seterusnya. m) Subjek sepatutnya tidak diberitahu yang dia akan bergerak ke atas rangsangan yang diberikan.
Keselamatan
a)
Penguji perlu memastikan subjek berpakaian lengkap yang sesuai dengan ujian serta melakukan aktiviti senaman dan rangsangan terlebih dahulu.
b)
Pengukuran
a)
b)
Masa diambil apabila penguji mengarahkan tangan penamat. hingga subjek melintasi garisan
Lampiran Ilustrasi
TAHAP PENCAPAIAN
CATATAN MASA (SAAT) LELAKI WANITA 1.60 dan ke bawah 1.90 1.65 2.55 1.95 2.85 2.60 2.90 dan ke atas
1.30 dan ke bawah 1.60 1.35 2.40 1.65 2.70 2.45 2.75 dan ke atas
Catatan: Data diperolehi daripada 200 orang lelaki, Louisiana State University, Baton Rough, La, 1968 dan 45 orang wanita, Carpus Christi State University, Corpus Christi, Tex, 1976. Sumber: Johnson, B. L. & Nelson, J. K. (1986). Practical Measurement for Evaluation in Physical Education (4th ed.) Minneapolis, Minnesota: Burgess Publishing Company
BIBLIOGRAFI
Adrian, M.J., & Cooper, J.M. (1995). Biomechanics of human movement. Dubuque, Iowa : Brown & Benchmark. Bjorklund, R. A. (1991). Reaction And Movement Time Measured In A Key Press And A Key Release Condition. Perceptual and Motor Skill, 72, 663-673. Johnson, B. L., & Nelson, J. K. (1986). Practical Measurements For Evaluation In Physical Education (4th ed.) New York : Macmillan Publishing Company. Lock, K. K., & Berger, R. A. (1990). Influence Of Sex, Age And Trial Block On Simple Reaction Time Of Elementary School Children. Perceptual and Motor Skill, 71, 1379 1387. Magill, R.A. (1998). Motor Learning-Concepts And Applications ( 5th ed.) Dubuque, Iowa : McGraw-Hill. Martini, F.H. & Bartholomew, E.F. (2000). Essentials Of Anatomy & Physiology (2nd ed.) Prentice Hall ; Upper Saddle River, New Jersey. Sage, G.H. (1984). Motor Learning & A Neuropsychological Approach . Dubuque, Iowa : Wm. C. Brown Publishers. Schmidt, R.A. (1991). Motor Learning And Performance-From Principles To Practice. Champaign, Illinios : Human Kinetics. Tharp, G.D. (1997). Experiments In Physiology ( 7th ed.) Prentice Hall : Upper Saddle River.