Anda di halaman 1dari 3

Aktiviti fizikal memberi banyak faedah dari segi kesihatan tubuh badan, sosial, dan emosi serta boleh

mengurangkan insiden penyakit-penyakit kronik. Penyertaan dalam aktiviti fizikal yang kerap dapat menyumbang ke arah pencapaian kecergasan yang lebih baik dan kesejahteraan keseluruhannya. Salah satu isu kesihatan kanak-kanak dan remaja kini adalah obesiti di kalangan kedua-dua golongan ini. Kajian menunjukkan bahawa obesiti yang berlaku pada usia muda maka akan berterusan masalah ini sepanjang hayat mereka. Masalah obesiti di kalangan kanak-kanak dan remaja perlu diberi perhatian serius memandangkan terdapat pelbagai risiko kesihatan sampingan yang timbul disebabkan oleh gejala tersebut. Kajian terkini menunjukkan bahawa kadar obesiti di kalangan kanak-kanak dan remaja berpotensi untuk terus meningkat jika langkah-langkah pencegahan tidak dilaksanakan. Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan pada tahun 2006 di kalangan orang dewasa (merangkumi golongan yang berumur lima belas tahun ke atas) menunjukkan bahawa kadar obesiti dalam kalangan rakyat yang berumur telah meningkat dengan mendadak dari 4.4% pada tahun 1996 ke 12.3% pada tahun 2006. Masalah ini berpunca akibat pengambilan makanan berlebihan dan kurang mengamalkan aktiviti fizikal. Gaya hidup kanak-kanak dan remaja masa kini yang hanya menghabiskan masa di sekolah, pusat tuisyen dan bermain permainan video turut menyumbang kepada masalah ini. Oleh yang demikian, amat wajar supaya golongan kanak-kanak dan remaja dapat meningkatkan tahap kesihatan dan keterampilan mereka sejak usia yang muda dengan mengamalkan aktiviti fizikal secara konsisten sebagai satu bentuk amalan cara hidup sihat.

Memanaskan Badan, Kelonggaran dan Regangan Aktiviti ini akan membentuk kesediaan mental dan fizikal bagi menghadapi satu gerak kerja aktif yang akan dilakukan nanti. Tindakan ini akan menyediakan tubuh badan untuk bersenam tanpa menghadapi ancaman bahaya akibat kecederaan dan kerengsaan dengan melenturkan otot, tendon dan ligamen yang kejap serta mampat serta meningkatkan kelenturan atau kelembutan.

Faedah sesi memanaskan badan seperti berikut: a) Meningkatkan suhu badan: Apabila suhu badan meningkat, otot-otot, tendon dan ligamen akan dipanaskan menjadikan mereka lebih luntur apabila mengecut. Ini akan mengelak anda dari mendapat kecederaan otot.

b) Meningkatkan pengaliran darah ke otot-otot: Ini akan menambah bekalan darah ke otot-otot serta meningkatkan bekalan oksigen dan glukosa yang diperlukan untuk menghasilkan tenaga.

c) Meningkatkan pengaliran darah ke jantung

d) Menambahbaiki proses pengecutan otot: Otot yang panas adalah lebih anjal dan cekap untuk menghadapi sebarang kegiatan yang lebih lasak.

e) Merangsang transmisi atau pengaliran saraf: Ini akan menambahbaik penyelarasan antara otot dan saraf serta membantu f) Menyediakan sistem kardiovaskular lebih awal: Apabila badan dipanaskan, kita akan memberi masa kepada organ-organ dalaman seperti jantung, paru-paru serta saluran darah untuk lebih bersedia menghadapi gerak kerja yang lebih mencabar nanti.

g) Menggalakkan penggunaan oksigen dengan lebih berkesan: Suhu panas di dalam otot menggalakkan penguraian adunan kimia oksigen dan darah. Ini akan membantu membebaskan oksigen untuk digunakan dengan lebih mudah oleh otot bagi menghasilkan tenaga.

Antara contoh aktiviti ketika memanaskan dan menyejukkan badan: a) Senaman Ringan Berlari-lari anak, berjalan setempat b) Senaman Kelonggaran Ulangan: 5-10 kali Pusingkan bahu dan pergelangan tangan/ kaki

Anda mungkin juga menyukai