Anda di halaman 1dari 2

NAMA : ZALINA BINTI RASHID NO K/P : 740401-08-6460 NO MATRIKS : ICSN1106076

REFLEKSI
Alhamdullilah, syukur saya ke hadrat Yang Maha Esa kerana dengan izinNya, saya dapat menyiapkan tugasan bagi WAJ3102 ini dengan jayanya. Ucapan terima kasih kepada pensyarah Jabatan Pendidikan Jasmani, En. Mustapha bin Othman yang telah banyak membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada saya dan rakan saya dalam proses menyiapkan tugasan ini. Pada 30 Mac 2013, iaitu pada interaksi yang ke 4, saya dan rakan sekelas telah menjalani latihan praktikal untuk tugasan lari pecut 100 meter. Pada tugasan ini, kami membuat praktikal mengenai acara lari pecut. Pada peringkat permulaan, kami terlebih dahulu telah diajar untuk melakukan aktiviti regangan otot daripada kepala hingga ke kaki. Seterusnya kami telah diajar mengenai teknik melakukan larian pecut. Terdapat 3 fasa larian iaitu fasa permulaan, fasa pecutan, dan fasa penamat. Di setiap fasa larian ini, rakan saya yang bertindak sebagai guru atau jurulatih telah menerangkan dengan jelas bersama dengan praktikalnya sekali. Saya sendiri telah berjaya mencuba setiap fasa yang telah diajar. Seterusnya di dalam tugasan ini, saya juga bertuah kerana mendapat ilmu baru bagi saya iaitu kedudukan dinamik bagi larian teknik pecut. Saya dan rakan yang lain juga turut sama mencuba teknik yang diajar. Pada pendapat saya, dengan adanya praktikal dan melakukan sendiri, ia lebih jelas dan tidak tertumpu kepada cara pembelajaran yang hanya mendengar. Kita akan lebih ingat dan mudah untuk mempraktikkannya di sekolah nanti. Pada pengamatan saya, murid mendapat impak yang baik hasil dari pembelajaran ini. Pelbagai ilmu dan teknik larian yang betul dapat saya ambil daripada aktiviti ini.

Kesimpulannya, pelaksanaan tugasan pada kali ini telah memantapkan lagi pengetahuan saya terhadap sukan terutamanya dalam acara larian pecut . Dengan pelaksanaan tugasan ini saya lebih fokus dalam mengkaji acara yang telah saya pilih dan menambahkan minat saya dalam acara ini . Saya lebih berkeyakinan untuk melatih murid di sekolah saya dalam acara lari pecut khususnya pada latihan untuk hari sukan sekolah nanti. Segala ilmu dan pengalaman yang dikutip akan saya aplikasikan di sekolah saya nanti dan berharap agar suatu hari nanti ada di kalangan anak didik saya berjaya dalam acara lari pecut 100m di peringkat yang lebih tinggi. Insyaallah.

Sekian terima kasih .