Anda di halaman 1dari 2

MOHD KHAIRI BIN OTHMAN (4 PISMP SAINS) ISL Kepentingan Teknologi Dalam Pengajaran & Pembelajaran Perkembangan teknologi

acap kali menjadi titik sasaran untuk dicapai terutamanya bagi negara-negara maju dan negara-negara sedang membangun. Kemajuan teknologi seolah-olah menjadi penanda aras betapa membangun sebuah negara dan dimana tahap pemikiran rakyatnya. Teknologi mempunyai pelbagai kepentingan terhadap beberapa bidang yang domain seperti bidang pendidikan. Kepentingan pertama ialah teknologi menggalakkan pembelajaran secara kendiri. Sebagaimana yang kita sedia maklum, tugas guru adalah sebagai pemudah cara bagi pelajar. Sebaiknya, pelajar melakukan akses sendiri walaupun tanpa kehiran guru. Hal ini membolehkan pembelajaran berlaku secara tersusun dan berterusan. Kepentingan yang kedua ialah teknologi dapat merangsang minat pelajar untuk belajar jika guru mereka menggunakan teknologi maklumat dalam pengajaran. Hal ini dibuktikan oleh sekumpulan pengkaji dari Fakulti Pendidikan, UITM. Keputusan ini

sekaligus menunjukkan bahawa motivasi pelajar juga akan meningkat dengan penggunaan teknologi dalam pendidikan seperti e-learning. Kepentingan yang ketiga ialah membolehkan pembelajaran berlaku walaupun terdapat kekangan yang tidak dapat dielakkan. Kekangan-kekangan tersebut ialah

kekangan kos, risiko keselamatan ataupun tahap kesukan sesuatu aktiviti yang terlalu sukar dilakukan dengan cara biasa. Contohnya, pelajar boleh menggunakan virtual laboratory untuk menjalankan eksperimen secara maya yang jika dalam keadaan

sebenar adalah berkos tinggi dan bahaya. Dengan ini, aktiviti P&P dapat dijalankan dengan dengan lebih bermakna. Secara kesimpulannya, perkembangan teknologi sangat memberikan impak yang positif terhadap bidang pendidikan walaupun tidak dapat dinafikan sedikitsebanyak membawa kesan yang kurang baik terhadap bidang ini. Namun, kelemahan ini diharapkan dapat kita atasi seiring dengan usaha membentuk kematangan berfikir dalam kalangan rakyat Malaysia yang kita cintai ini.

MOHD KHAIRI BIN OTHMAN (4 PISMP SAINS) Rujukan Point 1: Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, Wan Kamaruddin Wan Hassan (2009). Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran . Shah Alam : Oxford Fajar Snd. Bhd.. Point 2: Chan Yuen Fook (Ph.D), Gurnam Kaur Sidhu (Ph.D), Peranan Teknologi Maklumat Terhadap Peningkatan Motivasi Pembelajaran Di Kalangan Pelajar Universiti. Point 3: Engkizar Bin Maritas, Pengintegrasian ICT Dalam Proses Pengajaran Dan

Pembelajaran Pendidikan Islam.

Anda mungkin juga menyukai