Anda di halaman 1dari 16

Modul BMM3105 Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer. Hasil Pembelajaran 1.

Menggunakan internet, laman web, pembelajaran secara dalam talian dan luar talian; model perpautan dalam penyusunan bahan, dan perpautan antara bahan. 2. Memilih bahan internet untuk pengajaran dan pembelajaran. 3. Membina tapak pembelajaran yang mudah. 4. Mengedit bahan pengajaran secara dalam talian. 5. Menggunakan bahan bahasa Melayu dalam internet, alat pengarangan, animasi dalam persembahan, dan cakera padat pembelajaran dalam p&p bahasa Melayu. 6. Mengadakan simulasi pengajaran Bahasa Melayu secara sidang video. Sinopsis: Kursus ini menjelaskan penggunaan internet, pemilihan bahan internet, laman web, dan papak pembelajaran, perpautan dalam penyusunan bahan, perpautan antara bahan, pengeditan bahan pengajaran secara dalam talian; penggunaan bahasa Melayu dalam bahan internet, simulasi pengajaran bahasa Melayu secara sidang video, penggunaan alat pengarangan, animasi dalam persembahan bahan; dan penggunaan CD pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Tajuk kursus: Tajuk Kandungan Jam Catatan 1 Penggunaan Enjin Pencari Bahan Bahasa Melayu Menggunakan web, video, audio, dan imej

Menggunakan kata kunci, frasa yang sesuai untuk mendapatkan bahan pengajaran bahasa Melayu.

Menyimpan bahan dalam bentuk fail internet dan katalog internet. 6 Modul 2 Menggunakan Internet, Enjin Pencari Bahan dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Mengumpul dan mengkategorikan bahan audio, video, grafik dan teks. Mengumpul bahan daripada internet ke dalam folder berdasarkan kemahiran bahasa. 6 Amali 3 Aplikasi Garis Panduan dan Etika Penggunaan Internet Memuat turun garis panduan dan etika penggunaan internet Memindahkan garis panduan dan etika 6 Modul 2 Tajuk Kandungan Jam Catatan penggunaan internet dalam bentuk brosur dan PowerPoint

4 Pemilihan Bahan Internet untuk Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Memilih bahan sastera

Memilih bahan tatabahasa

Memilih bahan bidang ilmu lain 6 Amali 5 Membina dan Menggunakan Tapak, Laman Web Pembelajaran dan Pakej Tutorial Pembelajaran dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Prosedur pembinaan tapak pembelajaran bagi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu Prosedur pembinaan laman web pembelajaran bagi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu Membina dan menggunakan tapak pembelajaran dan laman web bahasa Melayu Membina dan menggunakan pakej Tutorial Pembelajaran. 6 Modul dan Amali

6 Membina dan Mengaplikasikan Struktur Perpautan dalam Penyusunan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Struktur Hierarki dan Struktur Komposit

Struktur Linear

Struktur Rangkaian 6 Modul 7 Mengaplikasikan Model Pemprosesan Maklumat dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Bengkel model pembinaan pemprosesan maklumat Mengaplikasi model pemprosesan maklumat dalam simulasi pengajaran dengan menggunakan tapak pembelajaran. Membina bahan. 6 Amali 8 Pengajaran Bahasa Melayu Secara Dalam Talian dan Luar Talian Melaksanakan simulasi pengajaran dalam talian.

Melaksana simulasi pengajaran dalam talian dan

luar talian dengan menggunakan laman web dan tapak pembelajaran 6 Amali 9 Mengedit Bahan Pengajaran Bahasa Melayu Secara Dalam Talian Menjadi Brosur, News Letter, dan Kad Pengumuman Prosedur pengeditan

Prinsip pengeditan 6 Modul 3 Tajuk Kandungan Jam Catatan Melaksanakan pengeditan

Aplikasi ke dalam pengajaran kemahiran bahasa. 10 Membina Bahan Video dan Audio Untuk Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu Menentukan peringkat pengajaran dan kemahiran bahasa Menentukan prinsip pembinaan bahan video dan audio Membina bahan video dan audio

Menggunakan persian audio untuk pengajaran kemahiran mendengar bertutur dan membaca. 6 Modul dan Amali 11 Pengajaran Bahasa Melayu Secara Sidang Video Konferensi secara dalam talian

Mengadakan sidang video untuk mengajarkan kemahiran mendengar bertutur, membaca, dan menulis. 6 Amali 12 Menggunakan Alat Pengarangan dalam Pengajaran Bahasa Melayu Menggunakan alat pengarangan dalam mencapai kemahiran bahasa sukatan pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah Aplikasi penyuntingan bahan Bahasa Melayu dengan menggunakan alat pengarangan 6 Modul 13 Mereka Cipta Animasi dalam Persembahan Bahan Pengajaran Bahasa Melayu

Menggunakan animasi perkataan dan objek PowerPoint Mencari, mengumpul, menyesuaikan dan menggunakan animasi daripada Internet Memanipulasi animasi dalam persembahan 6 Amali 14 Bengkel Cakera Padat Pembelajaran dalam Pengajaran Bahasa Melayu Meneroka dan mengklasifikasikan cakera padat

Memilih cakera padat pembelajaran bahasa Melayu Menggunakan cakera padat dalam aktiviti pengajaran 6 Amali 15 Seminar dan Pameran TMK Dalam Pengajaran Bahasa Melayu Dekad Kini dan Mendatang Mengadakan seminar

Mengadakan pameran 6

Amali JUMLAH 90 Untuk penjelasan lanjut, sila hubungi: 4 Lokman Abd Wahid IPG Kampus Bahasa Melayu Lembah Pantai, 59990 Kuala Lumpur lokmanibmm@yahoo.co.uk Maklumat yang berkaitan terdapat di laman pembelajaran yang berikut: http://bme3103.tripod.com http://bmm3105.tripod.com http://bmm3105.bravehost.com/index http://media14minggu.tripod.com Arahan umum kepada pelajar. 1. Sila buka folder utama dan namakan folder utama itu sebagai BMM3105 <nama, ipg> 2. Di dalam folder utama itu, buka 15 folder dan namakan setiap folder dengan tajuk 1, tajuk 2, sehinggalah ke tajuk 15. 3. Simpan kerja setiap tajuk ke dalam folder yang telah dibuka. 4. Pensyarah akan memeriksa semua kerja pelajar yang telah disimpan ke dalam folder 3 kali satu semester. 5. Pada penghujung semester, pelajar akan memindahkan semua kerja mereka ke dalam folder dan menyimpan kekal sebelum diserahkan kepada pensyarah.

Tajuk 1 Penggunaan Enjin Pencari Bahan Bahasa Melayu


1.1 Menggunakan web, video, audio, dan imej 1.2 Menggunakan kata kunci, frasa yang sesuai untuk mendapatkan bahan pengajaran bahasa Melayu. 1.3 Menyimpan bahan dalam bentuk fail internet dan katalog internet. 1.1 Menggunakan laman web, bahan video, audio, dan imej 1.1.1 Menggunakan laman web. Terdapat beberapa pembekal maklumat yang terdapat di internet seperti Yahoo, Google, MSN dan lain-lain. Yang selalu digunakan ialah Yahoo dan Google. Kesemua pembekal maklumat internet memberikan perkhidmatan yang hampir sama iaitu bahan yang berelemenkan audio, video, teks, dan grafik. Untuk melayari internet dengan menggunakan pelayar tertentu, pengguna perlu menaipkan alamat internet. Selalunya, apabila pengguna mengklik ikon internet, maka pengguna akan dibawa terus ke halaman yang telah disetkan secara semula jadi. Contoh alamat pembekal maklumat internet: www.yahoo.com www.yahoo.co.uk www.yahoo.com.my www.google.com Untuk mendapatkan bahan, taipkan nama bahan yang berkenaan di dalam kotak pencari dan kemudian klik pada Web search. Untuk mendapatkan bahan video, klik pada perkataan video dan kemudian klik di dalam kotak pencari bahan yang hendak diperolehi daripada internet. Bahan video boleh juga didapati daripada Youtube dengan menaipkan www.youtube.com Lihat contoh di bawah.

Taipkan video yang hendak digunakan di dalam kotak pencari. Setelah mendapatkan video yang diperlukan, anda perlu memuat turun video tersebut dengan menggunakan youtube downloader. Youtube down loader ini boleh dimuat turun secara percuma daripada internet. Setelah dimuat turun, gunakan youtube downloader ini untuk memuat turun bahan yang diperlukan 6 Kesemua bahan yang dimuat turun daripada internet, hendaklah disaring terlebih dahulu sebelum digunakan di dalam pengajaran Bahasa Melayu di bilik darjah. Guru perlu mengambil kira faktor agama, kepercayaan, adat resam, dan sensitiviti kaum sebelum menggunaan bahan yang diperoleh daripada internet. Gunakan kotak pencari Yahoo! untuk mendapatkan bahan bunyi, teks, dan grafik. Simpan semua bahan berkenaan di dalam folder tajuk 1. Di dalam folder tajuk 1, buat folder audio, video, grafik, dan teks dan masukkan bahan yang berkenaan ke dalam folder yang berkaitan. 1.2 Menggunakan kata kunci, frasa yang sesuai untuk mendapatkan bahan pengajaran bahasa Melayu. Untuk mendapatkan bahan daripada internet, anda harus menaipkan perkara yang hendak diperolehi ke dalam kotak pencari. Sila lihat contoh di bawah. Setelah menaipkan perkara yang hendak diperolehi, sila klik Web search dan anda akan diberikan pilihan seperti yang berikut. Anda akan diberikan pilihan yang di dalamnya mengandungi perkataan resepi + masakan. Ini menjadikan pilihan anda menjadi terlalu banyak. Anda boleh mengurangkan pilihan anda dengan menggunakan tanda seperti resepi masakan. Dengan berbuat begini, anda akan mengurangkan penyenaraian anda. Setelah anda menemui apa yang diperlukan, anda perlu menyesuaikan isi kandungan yang berkenaan dengan hasil pembelajaran yang hendak dikuasai dalam sesuatu pengajaran. Pastikan anda sentiasa merujuk kepada sukatan pelajaran Bahasa Melayu untuk memastikan

anda tidak terpesong daripada hasil pembelajaran yang telah dirancangkan melalui Rancangan Tahunan dan Rancangan Pengajaran Seminggu. Sila gunakan perkataan dan frasa yang tepat untuk mendapatkan bahan seperti yang anda perlukan. 7 1.3 Menyimpan bahan dalam bentuk Alamat Internet dan Katalog Internet. Bahan yang diperolehi daripada internet boleh disimpan dalam bentuk Alamat Internet dan katalog Internet. Sila lihat prosedur di bawah. 1.3.1 Alamat Internet Untuk menympan bahan dengan menggunakan alamat internet, anda perlu mendapatkan halaman yang berkenaan terlebih dahulu. Lihat gambar rajah yang berikutnya. Apabila telah menemui halaman yang berkaitan, sila klik kanan pada bahagian alamat tapak. Setelah diklik kanan, paparan arahan yang keluar dan sila klik copy. Buka fail Word dan klik paste alamat tersebut ke atas fail yang berkenaan. Apabila ini dilakukan, alamat yang berkenaan akan dipindahkan ke dalam fail Word. Setelah itu, masukkan tajuk laman tadi. Sila buat berulang-ulang kali sehingga anda mahir melakukannya. Sebagai contoh, yang berikut diberikan beberapa contoh alamat internet yang telah diberikan. 8 Alamat Internet. Wajik http://ms.wikipedia.org/wiki/Wajik Karipap http://ms.wikipedia.org/wiki/Karipap Menambah Nilai Buku http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0114&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ren

cana&pg=re_02.htm Jangan Biar Penjenayah Gugat Hak Anak Kita http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0114&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ren cana&pg=re_03.htm Tangani Kemelut Kejiranan di Kawasan Bandar http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0114&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ren cana&pg=re_06.htm Modus Operandi Terciptanya Bangsa Melayu http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0114&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ren cana&pg=re_08.htm Memperkasa Pantun Melayu http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0114&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ren cana&pg=re_09.htm 9 Bergaya Dengan Teknologi Nano http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0113&pub=Utusan_Malaysia&sec=Meg abait&pg=me_01.htm Penglihatan Dan Keselamatan Jalan Raya http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0113&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesi hatan&pg=kn_04.htm Pantun Melayu http://www.pnm.my/sirihpinang/sp-pantun-m.htm 1.3.2 Katalog Alamat Internet. Katalog alamat internet mempunyai perbezaan daripada alamat internet kerana katalog alamat internet, mempunyai tajuk, alamat laman, dan sinopsis. Dengan menggunakan katalog alamat internet, anda dapat mengetahui isi kandungan laman berkenaan daripada sinopsis yang

disertakan. Sila sediakan kotak seperti yang di bawah ini:


Tajuk URL Sinopsis

Untuk mendapatkan alamat laman, sila ikut prosedur yang telah dinyatakan di atas dan pindahkan ke dalam kotak seperti yang ditunjukkan di dalam contoh di bawah. Masukkkan tajuk, alamat laman, dan sinopsis. Sila lihat contoh yang berikutnya. Katalog Alamat Internet
Tajuk Peribahasa Melayu URL http://www.karyanet.com.my/bahasa/peribahasa_sm/simp.php?pageNum_simpulan=2&sim pulan_abjad=a Sinopsis Laman sesawang yang di keluarkan oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka ini mengenai peribahasa Melayu yang di gunakan dalam sukatan pelajaran bagi sekolah menengah di Malaysia. Laman sesawang ini menyenaraikan semua peribahasa. Tajuk Seni Tenun Melayu URL http://culture.melayuonline.com/?a=c3VUL29QTS9VenVwRnRCb20%3D= Sinopsis Laman sesawang mengenai seni tenun Melayu yang terdapat di nusantara. Tajuk Tatabahasa : Kata Nama URL http://tatabahasabm.tripod.com/tata/knama.htm

10
Sinopsis Laman sesawang mengenai kata nama dan menunjukkan jenis kata nama dan contoh penggunaan kata nama. Tajuk Tatabahasa : Penjodoh Bilangan URL http://tatabahasabm.tripod.com/tata/pjodoh.htm Sinopsis Penjodoh bilangan digunakan sebelum sesuatu kata atau nama yang menunjukkan jumlah atau bilangan. Kadangkala kata bilangan disertai penjodoh bilangan seperti batang, buah,

ekor, orang, dan sebagainya. Tajuk Pakaian Tradisional URL http://www.alambina.net/images/sintang_traditional.jpg Sinopsis Gambar mengenai pakaian tradisional di Malaysia Tajuk Sukatan Pelajaran & Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah URL http://myschoolnet.ppk.kpm.my/sp_hsp/sp_hsp.htm Sinopsis Laman sesawang yang memuatkan segala maklumat mengenai Pusat Perkembangan Kurikulum. Laman ini juga ada menyediakan kemudahan memuat turun sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran bagi semua matapelajaran. Tajuk Pusat Perkembangan Kurikulum URL http://www.ppk.kpm.my/ Sinopsis Laman ini memuatkan pelbagai maklumat yang boleh di dapati seperti huraian sukatan pelajaran bagi semua matapelajaran. Tajuk Ayat Inti URL http://tatabahasabm.tripod.com/tata/ainti.htm Sinopsis Laman sesawang mengenai ayat inti contoh dan penggunaan yang betul.

Tugas pelajar: 1. Dapatkan bahan dalam bentuk elemen audio, video, teks, dan grafik dan simpan dalam bentuk alamat internet dan katalog internet. 2. Bagi setiap elemen, dapatkan 10 bahan 3. Jangan gunakan bahan yang sama bagi katalog internet. 4. Simpan semua kerja Tajuk 1 ke dalam folder tajuk 1. Selamat belajar. 1

Tajuk 3 Aplikasi Garis Panduan dan Etika Penggunaan Internet 3.1 Memuat turun garis panduan dan etika penggunaan internet 3.2 Memindahkan garis panduan dan etika penggunaan internet dalam bentuk brosur dan PowerPoint Amali: Mengakses maklumat tentang garis panduan dan etika penggunaan Internet.

Membina brosur dan power point menggunakan publisher

Memindahkan garis panduan dan etika penggunaan Internet dalam bentuk brosur dan Power Point Catatan: Secara individu pelajar dapat menghasilkan:

Brosur dan power point yang memuatkan garis panduan dan etika penggunaan internet.

Brosur yang dicetak dalam bentuk hardcopy. Klik di sini untuk mendapatkan bahan rujukan: http://www.ftsm.ukm.my/mas/nota%20tm3923/mm%20etika%20profesional%20TM.pdf Arahan kepada pelajar: 1. Pensyarah akan menjelaskan etika penggunaan internet kepada anda. 2. Pensyarah meminta anda memuat turun bahan asal daripada laman web yang disediakan di atas. 3. Setelah memuat turun bahan yang berkenaan, anda diminta menjadikan bahan yang berkenaan kepada bentuk persembahan Power Point dengan menggunakan konsep tapak. 4. Anda juga diminta menukarkan bahan etika penggunaan internet kepada bentuk brosur

dengan menggunakan templat yang diambil daripada Microsoft Publisher. 5. Setelah siap, sila simpan bahan yang berkenaan di dalam folder tajuk 3. 6. Sila lihat contoh yang telah disediakan. 7. Sila hayati etika penggunaan internet kerana etika ini perlu dipatuhi. 8. Sebarang penyalahgunaan bahan internet dan perkakasan TMK, ialah tanggungjawab anda sendiri.