Anda di halaman 1dari 30

PENGENALAN BOLA BALING

DISEDIAKAN OLEH : BOK CHEW HONG WINNIE WONG WEI NEE

SEJARAH BOLA BALING


dimainkan sebelum kurun ke-6 lagi mula dikenali sebagai urania pada Zaman Kerajaan Greek, harpaston pada Zaman Kerajaan Rom fangballspiel pada Zaman Pertengahan di Jerman Pada kurun ke-19 pula, telah wujud tiga permainan yang mirip dengan permainan bola baling Pada kurun ke-19 pula, telah wujud tiga permainan yang mirip dengan permainan bola baling , iaitu : 1. haandbold berasal dari Denmark 2. hazena berasal dari negara Bohemia dan Slovakia 3. torball berasal dari Jerman Ketiga-tiga permainan ini bolehlah dianggap pencetus kepada permainan bola baling masa kini.

Handbold
dicetuskan oleh Helger Nilson -seorang ketua pengawas sekolah yang cuba

mencari dan mencipta sukan yang seakan sama dengan permainan bola sepak timbul setelah permainan bola sepak telah banyak menyebabkan kerosakan pada tingkaptingkap di sekolahnya dia telah memperkenalkan permainan bola dengan menggunakan tangan kepada rakanrakannya akhirnya berjaya dikembangkan sebagai sukan baru sehinggalah ke seluruh negara Denmark

Hazena
mula diperkenalkan oleh Vraclac Karas dan Antonin Kristof. pertama kalinya telah dimainkan di Prague, Republik Czech dengan saiz gelanggangnya (48m x 32m; bentuk kawasan gol, 6m lengkung; saiz gol, 2m x 2.4m dan masa permainan 2 x 25 minit, yang hampir sama dengan bola baling moden membahagikan kawasan gelanggang kepada tiga kawasan 1. kawasan penjaga gol 2.kawasan pertahanan 3.kawasan penyerang

Torball
Hermann Bachmann merupakan orang

pertama yang telah memperkenalkanya di Jerman Saiz kawasan gelanggang ialah 40m x 20m kawasan lengkungan di kawasan gol diukur 4m setiap negara mempunyai peraturan permainan yang berbeza, penganjurannya di peringkat antarabangsa menjadi agak sukar Justeru itu, penyelarasan peraturan pertandingan telah dilakukan oleh Karl Schelenz pada 1917 di Berlin

Bola Baling
dimainkan di kawasan padang bola sepak dengan kekuatan 11 pemain setiap pasukan Saiz gol, kawasan gol dan beberapa peraturan telah ditukar dan digubal sedikit demi sedikit sehinggalah permainan ini telah dipertandingkan di peringkat antarabangsa International Amateur Handball Federation (IAHF) telah ditubuhkan pada tahun 1928 di Amsterdam untuk 1.mempromosikan sukan bola baling, 2.menganjurkan kejohanan di peringkat dunia 3. menyediakan program bagi membolehkan sukan ini dipertandingkan di sukan Olimpik

Pada tahun 1936, sukan bola baling telah dipertandingkan di sukan Olimpik di Berlin
Austria dan Jerman merupakan kuasa besar

bagi sukan ini International Handball Federation (IHF) merupakan satu organisasi baru yang telah ditubuhkan di Copenhagen, Denmark pada tahun 1946 di mana satu arah baru dalam evolusi sukan bola baling telah wujud

Pengenalan Bola Baling


Di Malaysia, permainan ini diperkenalkan pada tahun 1977 oleh Lim

Hock Han
Kementerian Pendidikan Malaysia mengendalikan beberapa kursus

yang berbentuk pengenalan, pengadilan dan kejurulatihan bola baling mulai tahun 1978
Tujuannya hendak memperkembangkan permainan ini di peringkat

sekolah.
Negeri Selangor merupakan negeri pertama yang menubuhkan

Persatuan Bola Baling Olimpik pada tahun 1981.


Tahun 1984, Persekutuan Bola Baling Olimpik Malaysia telah

ditubuhkan.
Pertandingan Bola Baling kebangsaan yang pertama telah diadakan di

Stadium Negara, KL pada 1983.


Pada tahun 1987, sukan ini diterima sebagai salah satu permainan

anjuran MSSM untuk Peringkat kebangsaan.


Permainan ini adalah salah satu kegiatan sukan dalam program

kokurikulum pelajar.

Kemahiran Asas Permainan Bola Baling Olimpik


1. Berlari 2. Melompat 3. Hantaran bola 4. Menyambut bola 5. Mengelecek bola dengan tangan 6. Mengadang 7. Menjaring

8. Menjaga gol

Menghantar dan menyambut bola


Kecekapan membuat hantaran dan

menyambut bola akan membantu pemain menguasai bola dan juga mengatur serangan oleh pasukannya. Kemahiran menyambut dan menghantar bola perlu diberi perhatian supaya para pelajar mengamalkan teknik yang sesuai dan bermutu semasa bermain.

3. Hantaran bola

terdapat cara-cara penghantaran bola

yang sama dengan cara-cara yang digunakan dalam permainan bola keranjang dan bola jaring.

Jenis-jenis hantaran
1. Hantaran bahu 2. Hantaran lantun 3. Hantaran aras dada 4. Hantaran lompat 5. Hantaran sisi 6.Hantaran belakang kepala 7.Hantaran belakang badan

Prinsip asas hantaran bola


1. Suai masa (timing) - bilakah bola patut

dilepaskan? 2. Ketepatan adakah bola ditujukan kepada sasarannya 3. Arah ke manakah bola dihantar supaya permainan menjadi positif ? 4. Kekuatan sekuat manakah bola patut dibaling dalam situasi yang dihadapi oleh pemain supaya sesuai dengan jarak dan kedudukan pemain yang menerima bola?

Hantaran bahu
Cara yang sering digunakan oleh pemain Biasanya dilakukan semasa membuat

hantaran jauh Kelebihannya ialah persediaan hantaran ini boleh mengelirukan pihak lawan. Dari keadaan bersedia,pemain boleh terus mengelecek,menjaring, menukar hala hantaran, atau memusing badannya.

Hantaran lantun
Diamalkan apabila membuat hantaran secara

mengejut. Kelemahannya ialah bola itu dapat disekat oleh lawan yang bertindak balas pantas, Hantaran ini biasanya dilakukan dengan sebelah tangan.

Hantaran aras dada


Berasal daripada kemahiran yang sama

dalam permainan bola keranjang Sesuai untuk hantaran jarak dekat di aras dada. Pergerakan bola itu adalah hasil tolakan dari jari-jari tangan. Tangan hendaklah ikut lajak di akhir tolakan.

Hantaran lompat
Satu lagi gerak keliru yang berasal dari

permainan bola keranjang Biasanya apabila seorang penyerang melompat untuk menjaring tidak berpeluang berbuat demikian, ia akan membuat hantaran terus kepada kawannya supaya bola tidak terlepas kepada pihak lawan.

Hantaran sisi
Cara ini digunakan bila membuat hantaran

jarak dekat dan pantas. Pemain tidak perlu memusingkan badannya untuk menghadap ke arah penerima hantarannya apabila hantaran sisi dilakukan. Banyak melibatkan pergerakan pergelangan tangan Memang sesuai bagi pemain yang mempunyai tapak tangan yang besar.

Hantaran Belakang Kepala


Cara ini dibuat agar pelawan sukar untuk

mengesan hala bola, Biasanya pemain tidak menghadap penerima. Cara ini kurang digunakan kerana ketepatan hantaran sukar dipraktikkan.

Hantaran belakang badan


Hantaran ini sama dengan cara

mengendalikan hantaran belakang kepala. Bola akan dikeluarkan dari belakang pinggang. Pelawan sukar menyekat bola kerana jarak antara penghantar dan pelawan.

Menyambut bola
Kecekapan menyambut bola Perlu semasa berdiri untuk menerima

hantaran, berlari dan menyambut Dalam situasi di mana pemain dikehendaki melompat untuk mendapat bola. Penerimaan bola baik dengan sebelah atau kedua-dua belah tangan untuk memennuhi tiga prinsip asas

Tiga prinsip asas


Menyerap kepantasan bola Menguasai dan mengawal bola Memindahkan bola itu ke kedudukan yang

sesuai dengan tindakan atau pergerakan yang selanjutnya(mengelecek, menghantar atau menjaring)

Cara menyambut bola


Dengan kedua-dua belah tangan bola aras

muka Dengan kedua-dua belah tangan bola rendah Menyambut bola dengan sebelah tangan Menyambut bola tinggi

Dengan kedua-dua belah tangan- Bola aras muka


Pemain hendaklah berada di belakang hala

pergerakan bola itu. Kedua-dua belah tangan dihulur secara lurus ke hadapan untuk menyambut bola.

Dengan kedua-dua belah tangan bola rendah


Pemain perlu merendahkan badannya dan

kedua-dua belah tangan dihulur untuk menerima bola yang menuju kepadanya. Jari-jari menghala ke bawah semasa menyambut bola

Menyambut bola dengan sebelah tangan


Apabila penerima bola tidak menghadapi

tekanan atau gangguan daripada pihak lawan semasa hantaran dibuat Penerima juga memerhatikan bola sehingga dapat disambutnya Untuk kawalan bola yang kemas,keseluruhan tapak tangan yang menyambut bola hendaklah berada di belakang bola

Menyambut bola tinggi


Pemain hendak melompat untuk menyambut

bola hantaran tinggi Penting dalam situasi adalah lompatan hendaklah dibuat pada masa yang tepat Kedua-dua belah tangan dihulur ke atas untuk menyambut bola Bola hendak dibawa rapat ke badan supaya dapat mengawalnya lebih kemas

Rujukan
TEAM HANDBALL(STEPS TO SUCCESS)-

REITA E. CLANTON MARY PHYL DWIGHT PANDUAN PENGAJARAN KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN-TENG BOON TONG